My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Monday, August 8, 2011

Nasi Ayam Penyet


Salam kembali......penyet ke penyek haaa, sama jer kan....asyik2 nasi ayam jer erkk. Nak bagitau, menu ni bukan menu iftar sebenarnya, nasi ayam ni ida buat mmg dah lama sgt2....saja jer nak n3 kt sini, kut2 ada yg teringin nk buat lagi. Ida pun cam teringin nak buat lagi bila tgk Ika, Arah buat hari tu. Dulu masa buat ni, ida amik resepi dari umah E-na Lovely Kitchen.....thanks a lot ye e-na. According to e-na, dia amik resepi dari blog Kak Madiha tapi dah diedit sikit katanya. Izinkan Ida letak resepi kt sini lak ye, sebelum ni nak update kat blog bertangguh2.Apa2 pun terima kasih kpd sume yg beri idea dan sumbangkan resepi nasi ayam ni.


AYAM GORENG PENYEK
Bahan-bahannya:
1 ekor ayam
10 cawan air ( ida lebihkn sikit )
1 inci halia–di ketuk
Ayam di bersihkan dan di potong 4 bahagian.
Masukkan air, halia dan ayam ke dalam periuk. Rebus selama 15 - 20 minit.
Angkat ayam dan toskan.
Simpan air rebusan ayam untuk memasak nasi, kremes dan di buat sup.

½ sudu besar Jintan Manis* – goreng tanpa minyak hingga naik bau
½ sudu besar Jintan Putih* – goreng tanpa minyak hingga naik bau
3 sudu besar Biji Ketumbar* – goreng tanpa minyak hingga naik bau
Bahan * ida letak yg serbuk jer & tak perlu goreng
1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
1 sudu besar Serbuk Kunyit
½ sudu besar Serbuk Lada Putih
3 ulas Bawang putih
1cm Halia
Sedikit Air
1 sudu kecil Garam
2 keping tauhu
1 keping tempe (yg dlm plastik. kalau yg dlm daun.. guna 2 ~ 3 keping)
Minyak masak untuk menggoreng.
Tepung jagung


Cara menyediakannya:
Dengan menggunakan pengisar kering, kisar hingga halus bahan-bahan yang bertanda *.
Tumbuk bawang putih dan halia hingga hancur.
Satukan bahan kisar, bahan tumbuk, serbuk kari,serbuk lada putih, serbuk kunyit, garam dan sedikit air. Kacau sebati.
Ambik 2 sudu teh bahan perapan ayam ini dan simpan untuk di buat kremes nanti.
Perapkan ayam, tauhu dan tempe. Ketepikan.
Kemudian masak nasi pula.

NASI AYAM ( sukatan beras ida tambah sbb ahli rumah ada 6 org )
Bahan-bahan (Sukatan air dan beras bergantung kepada isirumah masing-masing)

2 mug beras( ida masak 6 cwn beras Jepun )
2 1/2 mug air rebusan ayam ( ida letak 6 1/4cwn )
Sehelai daun pandan
1 ulas bawang putih - ditumbuk ( ida letak 3 ulas )
2 ulas bawang merah - ditumbuk ( ida letak 1/2 labu bwg bsr saiz sederhana )
1 inci halia - ditumbuk
1 kuntum bunga lawang ( ida letak 2 )
2 kuntum bunga cengkih
1 inci kayu manis ( ida letak 2 btg pendek )
2 biji buah pelaga ( ida letak 4 )
1 sudu kecil garam ( ida letak 3 sdk )
2 sudu besar marjerin
Bhn tumis ida tambah sedikit bawang putih, halia dan bwg besar hiris

Cara memasak Nasi Ayam:
Beras di cuci dan toskan.
Masukkan air, garam dan daun pandan ke dalam rice cooker.
Panaskan marjerin di dalam kuali dan tumis semua bahan-bahan tumbuk dan rempah 4 sekawan (kayu manis, pelaga hindi, bunga lawang, bunga cengkih) sehingga wangi (.termasuk halia & bawang hiris yg ida tambah)

Masukkan 1 senduk air rebusan ayam (dlm rice cooker tadi) ke dalam kuali dan kacau. Tutup api.
Kemudian masukkan beras dan bahan tumis ke dalam rice cooker. Masak seperti biasa menggunakan rice cooker.
Bila nasi hampir kering, kacau sekali. Biar sehingga masak.
Sediakan pula sambal.

SAMBAL

Bahan-bahan
3 biji cili merah (lebihkan jika mahu pedas)
3 biji cili padi (lebihkan jika mahu pedas)
3 ulas bawang merah - dimayang
1 ulas bawang putih - di mayang
2 biji tomato besar - di belah 4
1cm belacan
2 sudu besar ikan bilis
1 1/2 sudu teh gula merah / gula pasir ( secukup rasa)
garam
minyak masak


Cara membuatnya:
Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga ranggup. Jangan sampai hangit nanti pahit. Angkat dan ketepikan.
Goreng belacan seketika, angkat dan ketepikan.
Masukkan bawang merah, bawang putih, cili besar dan cili padi. Setelah layu masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api.
Biarkan semua bahan sejuk pada suhu bilik.
Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
Kemudian masukkan ke dalam kuali / periuk dan didihkan.
Masukkan gula merah dan garam. Sesuaikan rasa pedas, masin dan manis.
Tutup api.
Sediakan pula sup kosong

Note : Sambal boleh di sediakan sehari sebelum dan simpan di dalam peti sejuk. Panaskan sebelum dihidang.



Walaupun cerita ceritinya panjang berjela, cara menyediakannya lebih kurang kita buat nasi ayam biasa shj cuma yg berbeza pd sambal, ayam dan ada kremes....ida tak buat kremes tu. Fuhh......mmg sedap nasi ayam ni. Pestaim mkn dulu masa kt Johor.

SUP KOSONG
Bahan-bahan :
Air rebusan ayam tadi (simpan 1 1/4 cawan untuk buat kremes)
1 bungkus sup tulang adabi
1/2 inci halia - diketuk
2 ulas bawang putih - di ketuk
Daun sup dan daun bawang
sedikit bawang goreng
garam dan perasa


Cara Membuatnya:
Didihkan air rebusan ayam tadi bersama bunjut sup tulang.
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih halia dan 4 rempah sekawan (sedia ada dalam bungkusan sup tulang adabi)
Bila sudah wangi masukkan ke dalam kuah sup.
Perasakan garam dan perasa.
Semasa menghidang taburkan dengan hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
Sediakan pula kremes.
Note : Boleh juga guna sup bunjut adabi atau serbuk rempah sup.

KREMES ( ida tak buat )

60 gram tepung beras
1 1/4 cawan air rebusan ayam
1/2 cawan air (anggaran)
1 biji telur - dipukul sedikit
2 sudu teh bahan perapan ayam tadi

Cara membuatnya :

Gaulkan air rebusan ayam, tepung beras, telur, dan bahan perapan ayam sehingga rata.
Masukkan air dan kacau menjadi adunan yang agak cair.
Tambah sedikit garam jika tidak masin.
Ambil sesudu dan tuang ke dalam minyak yang betul betul panas.
Sentiasa di kacau sehingga kekuningan.
Goreng hingga garing.
Angkat dan toskan.
Ulang sehingga habis.
Akhir sekali goreng ayam, tauhu dan tempe.

Cara Menggoreng Ayam, Tauhu dan Tempe :( tauhu ida tak letak )

Panaskan minyak.
Golek-golekkan ayam di atas tepung jagung dan goreng sehingga garing. (Tidak perlu goreng lama sebab ayam telah pun masak)
Angkat dan toskan.
Goreng tempe dan tauhu mengikut langkah yang sama seperti menggoreng ayam tadi.
Semasa menghidang ayam hendaklah di PENYEK (di ketuk) terlebih dahulu sebelum di potong ke bahagian kecil. Tauhu dan tempe juga di potong kecil.

Bahan-bahan sampingan:

Salad
Timun
Tomato
Kacang panjang...tak letak
kacang botol..tak letak
Kobis..tak letak

8 comments:

ijayuji said...

Salam kak! gerammmnyerrrrrr tgk dia punyer sambal ituuuuuuu :D suke sgt sambal nasi ayam penyet nii mcm mkn sambal getuk, ltk ikan bilis byk2 aduhhhhhhh leh letak kat atas bubur pulak :D

Liza said...

Salam kenal Ida...sedap jer nmpak ayam penyet tu...xpernah buat pun dan xpernah lg mkn...tp mmg dah lama teringin nk buat...cuma xjadi2 lg...hehehe sabo je laa

AI said...

- tgk cara yg panjang benor2 ni sah le teman x buat ...hehehe

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

k.ida samalah ai buat masa iftar ke 2 x tahan tgk mek ika tayang...sedapkan...kat sambal jer ai kurangkan pedas :D

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum ida...
waaah tergodaaaa akak tgk nasi ayam penyet tu tau... cantik sungguh lg menyelerakan... akak mmg suka bab2 nasi ayam nie... sedaaap

quinnie said...

salam kak...saya ni tah bila la nak buat nasi ayam penyet nih...hehhehe..tak pernah buat lagi nih..duk tengok org buat je....kita tengok gambar org je la dulu...hehehhe

dZana said...

aslmkum ida.. waduh panjangnya resepi.. akk mmg tak prnh buat NAP ni.. tentu sedap bila buat sendiri kan.. puas makan..

kasihredha said...

jauhnya ayam penyek ni merantau kan ida...sampai ke Jepun.
Akak selalu makan kat restro je ...sebab "M" nak masak sendiri..hik2