My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Sunday, August 7, 2011

Ayam Beriani Tomato

Dah tgk resepi 'pajeri nenas tanpa santan' jom tgk n3 seterusnya...pelengkap ke-2 menu 'nasi jagung berempah kurma' Resepi bole klik SINI
Nampak cam msk kari pun ada jugak kn......tapi mmg pakai rempah beriani faiza tu. Sesuai utk budak2 ni, mmg tak pedas., anak2 ida suka.....Anak2 ida kalau kari pekat2, mmg tak mkn sbb pedas. Jadi ida msk ayam mcm ni, rupa cam kari tapi tak pedas dan sedappp.....ida pernah masak daging style gini, pun sedap gak.

Bahan-bahan:
  • 1 kg ayam ( saiz kecil )...dibersihkn & potong 8
  • 3 sb rempah beriani Faiza @ apa2 brand
  • 1 sd bsr serbuk kari daging
  • 1/2 tin @ 1 cwn tomato puree / tomato cut dlm tin
  • 400 mls santan ( kali ni ida hanya letak 200 mls santan + 200 mls susu segar )
  • 1 btg serai...diketuk
  • Kalau nk tambah serbuk cili pun boleh
  • 1/4 keping gula melaka @ boleh juga letak 1 sd bsr gula pasir
  • Air asam jawa secukup rasa ( sikit jer sbb dh letak tomato puree )
  • Garam secukup rasa
  • Kentang secukupnya ...dikupas dan dipotong 4
Bahan kisar
  • 3/4 labu bawang besar
  • 1 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 hiris nipis lengkuas...tak letak pun tak pe
Bahan menumis
  • 1/2 inci halia
  • 4 ulas bwg putih
  • 1/2 labu bwg besar atau 4 ulas bwg merah
  • 2 btg kecil kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • 5 kuntum cengkih
Cara-cara;
  • Panaskan minyak, tumis bhn menumis hingga naik bau & sikit garing.
  • Masukkan bhn kisar dan serai...tumis hingga msk
  • Masukkan rempah beriani & serbuk kari, masukkan 1/2 cwn air...tumis hingga naik minyak
  • masukkan tomato puree kacau sekejap
  • masukkan santan serta sedikit air...biarkan mendidih baru masukkan ayam serta bhn2 lain
  • Masak ayam hingga separuh empuk bersama sedikit kuah tadi
  • Masukkan susu segar, kentang dan biar mendidih hingga ayam & kentang empuk ( tambah air secukupnya, masak kuah pekat2 )
  • Sedia dihidangkn bersama nasi putih @ apa2 nasi pilihan

8 comments:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

anak ayu pow suka makan careeee
cuma weols di ajar mkn pedas...selalu beli rempah briyani yg india punya...sedap :D

Lovely Kitchen said...

Bz ye ida, almaklumlah bdk2 semua kat rumah kan tgh cuti...klu e-na ni kanak2 mmg ada je kt umah tu yg bznya pun x habis2....n3 pun yang mana sempat je...

Memang sedap kan ayam beriani...lum pernah try rempah faiza...

Mas said...

ayam tu klu dicicah ngan roti..
sedapp tu...

ijayuji said...

Salam kak ida!!!! sedapnyer beriani! mkn dgn nasi jagung akak tuu mmg sesuwai sgr! kita sejak2 duk jauh ni suke mkn nasi2 n lauk2 mcm ni pastu ada acar mentah mg best! kdg tu kalau malas sgt kita bukak tin nenas mkn dgn nenas gitu jer nasi2 gini sbb masa tak cukup janji ada manis2 masam tu dah cukup :D

quinnie said...

kak ida...dah lama saya tak makan nasi briani sejak rempah kegemaran saya tu tokeh dia cam dah tak jual rasanya....hehhehe..saya ni kalau dah suka kat satu brand susah skit nak tukar ke brand lain...sayang betul sebab rempah dia memang sedap..sejak tu memang dah tak masak nasi briani...:(

anymz said...

lain pulak anak2 akak,kalau bulan posa ni nak kari yg pekat2..balik terawih boleh makan cicah roti..kuah ayam ida ni sedap gak di makan dgn roti kan?..:)

izahdaut said...

memang sesuai la ni menu untuk budak2 kan.. sekarang nak ajar anak makan pedas la rasanya.. susah jugak kalau sik kena masak menu lain je.. haii nampak sangat mak malas ni.. kikiki

Kamalia said...

sy pun suka aym beriani,tp kalu buat mmg xpedas sgtla..sng ank2 nak mknkan.sy pun cam ayu gak,guna paste beriani pakistan mari..sedap.