My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Monday, August 8, 2011

Roti Lapis Daging Berkeju

Salam ramadhan ke - 9 buat semua umat Islam. Hari ni ida nak n3 menu iftar yg paling latest, ptg smlm punya kuih.......... yg sebelum2 ni masih ada lagi nun tersimpan dlm album. Bukan semua yg dimasak sempat ida amik pic pun. Pic roti lapis daging ni pun agak kelam jer nmpk...maklum la dh gelap2 baru sempat nk snap gambar, tu pun agak tergesa2..haii..boleh la kn
Roti lapis daging berkeju yg sgt best!! Resepi amik kt dapur K'Nor cayang........sape tak kenal akak femes kita ni @ K'Nor Secubit Garam . Mekasih byk2 ye kak...izinkan ida letak & share resepi kt sini lak ye. Bahan2 ada yg ida adjust sikit2 ikut mana yg ada kt dapur ida serta ikut selera budak2 ni yg tak pandai nk mkn pedas. Maaf sgt2.

Bahan :
Untuk inti :
  • 300gm daging ayam cincang @4 keping daging burger ayam (dihancurkan)
  • 2 bj bawang putih ~ diketuk dan dicincang
  • 1 labu bawang besar ~ dipotong dadu
  • 2 sudu besar paste tomyam.(.ida letak 1 sd bsr jer dan ida tambah 1 1/2 sdb serbuk rempah kurma)
  • 1/4 cawan air( ida lebihkan sikit lagi air sbb nk empukkan kentang )
  • 1 helai daun limau purut ~ dihiris halus
  • 1 biji cili merah ~ dihiris halus ( ida letak capsicum )
  • sedikit garam dan gula
  • minyak
  • Ida tambah 1 biji kentang..didadu kecil2
  • Ida tambah sedikit sos tomato dan beberapa btg sosej dipotong dadu
Lain2:
  • 12kpg roti( ida letak 5 keping jer sbb loyang ida kecil saiz 18 cm )...inti ada lebih sikit, bole buat benda lain lak
  • 3 biji telur( ida letak 2 biji )
  • 200ml susu fresh ( ida letak 150 mls )
  • daun saderi ~ dihiris
  • 8 kpg slice cheese ( ida letak mix cheese yg halus2 )
  • cheddar cheese ~ diparut ( ida letak mix cheese juga )

CARA:
  • Utk membuat inti
  • Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih hingga wangi dan masukkan bawang besar.
  • Goreng hingga bawang layu dan masukkan paste tomyam.( dan serbuk kurma yg ida tambah )
  • Goreng hingga wangi dan masukkan air.
  • Goreng sekejap dan masukkan daging ayam, kentang dan goreng sambil tekan supaya daging ayam tidak berketul.
  • Masukkan daun limau purut dan cili merah.( dan sosej, capsicum ganti cili merah dan sos tomato yg ida tambah )
  • Perasakan dgn garam dan gula secukup rasa (jgn terlalu banyak garam sbb biasanya paste tomyam dah masin)
  • Goreng hingga kering dan padamkan api.
  • Buangkan lebihan minyak dlm inti dan biarkan inti sejuk.
Utk membuat Roti Lapis Daging Berkeju:Boleh tengok The making yg K'Nor tunjuk klik
SINI )
  • Sapukan keseluruhan bekas tahan panas dgn butter (kalau guna loyang biasa, alaskan loyang dgn aluminium foil dan lebihkan sedikit bahagian tepi utk mudah nak keluarkan masa nak makan) ida alas loyang dgn cooking sheet. Jgn lupa sapu keseluruhan loyang dan aluminium foil dgn butter.( ida sapu keseluruhan loyang termasuk cooking sheet dgn butter)
  • Bancuh telur dgn susu fresh dlm sebuah mangkuk hingga sebati
  • Celup sekeping roti ke dalam bancuhan susu td dan susun didlm loyang. Buat sehingga memenuhi ruang dalam loyang.
  • Tuangkan 1/2 dari inti daging tadi dan ratakan.( ida letak sedikit sos cili ke atas lapisan daging dan ratakn dgn sudu )
  • Tabur dgn daun saderi ke atas daging tadi.
  • Susun slice cheese ke atasnya.( ida tabur mix cheese )
    Ulang sekali lg proses dr awal tadi dan tutup dgn 1 lagi lapisan roti yg dicelup kedalam bancuhan susu (sekiranya ada lebihan bancuhan susu boleh dicurahkan keatas roti atau dicelah2nya supaya tidak membazir.
  • Kemudian tabur dgn parutan cheddar cheese.( ida tabur dgn mix cheese dan paipkan sedikit mayonis ke atasnya )
  • Bakar dalam oven yg dah dipanaskan pada suhu 180C lebih kurang 35 - 40 min (sehingga masak) Ida bakar 35 minit jer nak gelap sikit kena lebihkn masa lagi kut ya.
  • Keluarkan dari oven dan biarkan seketika.
  • Potong dan hidangkan dgn sos cili.

Oishiii!!......sume kt rumah suka, TQVM sekali lagi buat K'Nor. Tengok!! roti tu terpaksa ida potong ikut kesesuaian saiz loyang ida, kalau tgk yg K'Nor buat ngam2 jer 4 keping roti tu boleh muat loyang dia. Lagipun hanya loyang 4 segi bsr ni jer yg boleh masuk dlm microve oven ida yg comei tu....kecik sgt.
Pstt : Insyaallah...kalau free2 nanti nk jengah jap luar sana

10 comments:

K.Nor said...

salam ida.. wahh roti lapis daging berkeju dah sampai dapur ida ya.. mekasih sudi cuba :)

Ida,Japan said...

Alamak!! cepatnyer tuan resepi nmpk..malunyer, baru nk gi ckp,mekasih k'nor 4the recipe...dh sampai kak...dh lama nk buat roti lapis daging ni sebenarnya...bila tgk k'nor tayang terus berkenan yg k'nor lak

ijayuji said...

Salam kak ida!! Kak norrr mmg cepat sampai kalau resepi dr umah kak nor :D KAk ida!!!!! dah cat umah baru ya?? kita tak cat lahhh tak larat hihihi... sedap tu kak! pinjam inti kat umah akak dulu boleh tak kak? kita kan kalau resepi2 mcm ni malas betul nak buat inti dia tuu kalau boleh nak ada depan mata jerr kikiki.. wagamama :D

Ida,Japan said...

ikaa....tu la berdesup dia dtg..
nk inti ke, bole2 tapikn rasanyer cukup utk buat 4 keping roti jer kut..k'ida pun malas gak, tapi sgt2 tehingin nk cuba sbb dh lama pendam nk buat...tu la godeh2 smlm last2...lauk2 lain terpaksa lambat msk, sib baik sempat ika..alhamdulillah, sempurna utk iftar ke 8 smlm

Gee® said...

waaa.... sedapnya ida... k.gee pon dh buat hr anak balik ituhari tp x smpat nk snap gmbornya... memang sedap... thanks to k.nor

ucubakery said...

Sampainye hati mu ida...dah nak terkeluar air liur ni dibuatnye...

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

nampak sedap....
rajin betul k.ida try macam2 ;D

Afikah Aziz said...

kak ida,ika dah terliur cmne ni hehe :P

K.zai said...

salam ida..akak pun dh tenung2 dan jeling2 resepi ni..tp xtau bila terlaksana..npk mcm mudah dan bhn2 pun x byk

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum ida...
nampak sedap ler roti lapis daging berkeju tu... tergodaaaa lg tgknya... uwaaaaaa