My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Wednesday, February 8, 2012

Bubur Lambuk @ bubur asyura versi Johor

ASSALAMUALAIKUM..........sorry yer gambar sgt kurang memuaskan. Musim sejuk mcm ni la...susah nk dpt cahaya matahari. Tenggelam timbul dia......banyak hari yang mendung, dari hari yang terang..mendung yang tak beerti hujan.Apa2 pun itu kuasa Allah yg maha berkuasa.....kita redha dan terima segala ketentuanNya.

Malam ni ida cuma nak n3 satu menu 'bubur'. Setengah orang panggil juga bubur 'asyura' dan ada juga yg panggil bubur lambuk. TAPI setiap negeri bubur ni berbeza2 rasanya, ada yg manis, masin, & pedas berempah serta berbeza sedikit bahan2nya. Resepi bubur ni ida dpt dari kawan ida Linda kt sini, yg berasal dari Johor. Mekasih byk2 yer linda...izinkan k'ida share kt sini pulak yer.
Resepi asal, tdk ditulis sukatan bahan2 nya....jadi ida nak kena pandai2 sukat sendiri berapa byk yg nak kena letak. Ada juga bahan yg ida omit & olah step memasaknya. Alhamdulillah......sedappp sekali bagi tekak ida & keluarga. Pernah juga ida makan yg kawan ida  buat, sedappp sgt....nampak anak2 dan asben pun suka makan. 
Jadi ni baru pestaim ida cuba buat sendiri. Kalau bubur asyura belah Kelate, lain sikit......rasa lebih berempah, kaler dia lebih gelap...huuuhhhh lamanyer tak makan. Tapi asben kureng yg versi Kelate ni.

RESEPI BUBUR LAMBUK/ASYURA.

Bahan-bahan:
  • 2 cawan beras
  • 2-3 senduk santan ( ida letak 1 cawan jer )
  • 1 labu bawang besar*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1 inci* bahan * dikisar
  • 2 cawan / lebih daging lembu kisar / daging ayam kisar / yg cincang ( ida letak ayam je, boleh juga letak dua2 sekali )
  • 1 sk serbuk lada putih
  • 1 sk / lebih serbuk lada hitam 
  • sedara mara kekacang (kacang tanah, kacang kuda dll – direndam semalaman).....ida tak letak pon sbb tak der stok kt dapur & tak plan nk buat ari tu )
  • sedikit daun sup / jika tak der boleh letak daun saderi..dipotong halus
  • Kentang n carrot secukupnya – dipotong dadu
  • Garam+gula secukup rasa
  • Bawang goreng
  • 4 sb rempah soto ( jika tiada, boleh letak serbuk rempah sup + serbuk rempah kurma )
  • 1 pkt sup bunjut
  • Rempah 4 sekawan
  • Air secukupnya
  • Serbuk perasa jika suka cth serbuk pati ayam 
  • 1/2 sk serbuk jintan putih ( ni ida tambah )
Bahan hiris :
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 labu bawang besar

Cara membuat :
  • Panaskan sedikit minyak, tumis set rempah 4 sekawan, kemudian masukkan bahan hiris, tumis seketika baru masukkan bahan kisar.....tumis hingga sedikit garing & naik bau.
  • bancuh perencah soto / sup ngan ½ cawan air, masukkan dlm tumisan tadi.....tumis seketika
  • masukkan daging ayam, masukkan lada hitam/putih n sup bunjut dan sedikit air dulu.,...kacau seketika masukkan beras, kekacang jika suka, air secukupnya, sedikit garam dulu, sikit gula & serbuk pati ayam jika suka......biar ia mendidih
  • Apabila nampak beras hampir kembang, baru masukkan kentang+carrot
  • slps kentang, carrot n kekacang lembut, masukkan santan dan tambahan air masak jika nampak terlalu pekat.( masak cam buat bubur nasi gitu )
  • perasakan dgn garam secukupnya
  • bila dah masak, tabur bawang goreng dan daun sup / daun saderi.... (*keluarkan set rempah 4 sekawan n sup bunjut dari bubur )
  • Sedia dihidangkan panas2 cthnya bersama telur dadar halus, daun sup/daun saderi dan serunding ikan/daging/ayam ( ida tambah serunding ikan )

Jemput makan sume.........sedap tak?? Alah....persan tak, lupa la pulok nk tabur bawang goreng masa snap pic dia. Sekali sekala sedap jugak pekena bubur ni...sejuk2 perut asyik lapar jer.....masuk apa pon, laju jer telan..hiiiiiii...pas tu mok2 jadinya....sabar jer la.
Alahaii.....tak sempat jugakkkk nk terjah dapur kwn2 mlm ni, mata dh rasa mengantukk......ida minta maaf byk2...kpd yg masih sudi singgah sini & komen, ida ucapkan jutaan terima kasih.....serba salah jadinya, kunjung balas tak terbuat2.

9 comments:

amal said...

Wahh. bubur lambuk , lama sgt tak makan :) nak sikit kak , pos laa mai sini , hehe.



jom tgk amal buad pancake yg tak berapa nk jd bentuk dia , hehe

http://applehijaulife.blogspot.com/2012/02/pancake.html

mama sara nur said...

kalu kat KL panggil bubur lambuk ni, memang sedap kan sekali sekala pekena bubur ni....yum yum

Emma said...

Kalau kat kedah ni dipanggil bubur lambuk biasa ya me jadi hidangan popular berbuka pad a bulan ramadhan, bubur asyura pun Ada, tapi disediakan pad a hari asyura 10 Muharam kalau bubur asyura kedah, dah macm kuih talam , lebih manis, Ada pisang, kekacangan, keledek, kenyang dab.

Acik Erna said...

assalam ida..acik memang suka makan bubur..kadang2 letak santan ngan garam je..itu pun dah suka makan..kalau macam yang ida buat ni lagi la sedap kan..macam2 ada.

Gee® said...

kalau di sini bubur lambuk lain sikit...bahan utamanya isi ikan, pucuk paku merah, daun kaduk, daun kesom dll... teringin pulak nk rasa lambok dr Johor ni...

nur easy said...

sedap kan bubur lambuk.. tp kita lebih suka bubur 0 + lauk..;)

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

asal tgk bubur lambuk sure teringat masa bulan pose sebab umi selalu buat....terlioqnyer akak

Kamalia said...

salam kak..seda@pnye bubur lambuk..eh,elok je gambar tu cantik saya tengok..
saya pernah buat untuk juadah berbuka tahun lepas..suka org2 egypt n pakistan ni makan..hehe

Seri Haryani said...

Assalamualaikum.. perkenalkan diri saya seri haryani.. dari selangor.. tetiba nak buat bubur asyura.. search2 dpat kt blog akak ni. saya nak cuba buat saya minta izin print out ya.. terma kasih.