My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Monday, November 14, 2011

Kuah Kacang Daging......dan berita sedih dari Malaysia

Assalamualaikum dan slm sejahtera semua......sungguh sayu dan sedih pada awal pagi ini, apabila kami dikejutkan dgn berita pemergiaan abang ipar ida. Dia telah kembali ke rahmatullah, arwah adalah suami kpd kakak sulung ida di Kelantan. Bangun utk solat subuh pagi tadi, suami terbaca mesej dari h/pone mengenai berita sedih ini. Sebak,sedih namun ajal maut ditangan tuhan semua tu....dengan sebab atau tanpa sebab pun, jika ajal kita sudah sampai....kita akan pergi juga mengadap Illahi. Arwah abg ipar ida katanya sakit perut sehari sebelum tu, tapi tak tahu la apa penyakit yg sebenarnya, dia pergi begitu cepat tanpa siapa sangka......semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman..Al-fatihah ..amin.
Semoga kakak ida tabah dgn ujian ini....pesanan utk anak2 buah ida yg sudah kahwin dan yg akan berkahwin iaitu mi,na, ira....jaga ma dan adik2 yg masih bersekolah tu....ingat tu, jangan ketepikan mereka walau dimana kita berada / walau di tahap mana kita berada.

Resepi Kuah Kacang Daging by ida@Happy Cooking Time

Bahan-bahan:

  • 500 gm kacang tanah yg digoreng( ida beli kcg tanpa kulit yg siap digoreng )
  • 1 1/2 labu bawang besar*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 2 inci halia*
  • 1 inci lengkuas*
  • 2 batang serai *
  • 2 batang serai....diketuk( serai boleh dilebihkan, sukatan ni utk org merantau mcm ida k)
  • 6 tangkai cili kering* atau lebih kalau nk lg pedas ....direndam air dahulu
  • 1 sb serbuk cili
  • 350 gm daging lembu didadu
  • 1 sb serbuk kari daging
  • 1 sk serbuk jintan putih
  • 1 sk serbuk jintan manis
  • 1/2 sb serbuk ketumbar
  • Sedikit belacan / boleh letak udang kering
  • 2 kpg gula melaka
  • 2 sb gula merah....utk gelapkan warna
  • 2 cawan gula pasir -/+ atau secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • 4 keping asam gelugor / boleh letak air asam jawa 1/2 cawan pekat -/+
  • 1000 mls air -/+ atau secukupnya ikut kepekatan kuah
Cara membuatnya:

  • Jika menggunakan kacang tanah yg belum digoreng, goreng kacang tanpa minyak hingga biji kacang menjadi coklat, hitam2 sedikit dan naik aroma baunyer.
  • Setelah kacang sudah masak, baru buangkan kulitnya dgn meramas dgn tangan kemudian tampi utk asingkan kulit kacang dgn bijinya.
  • Jika menggunakan kacang siap mcm ida, goreng semula seketika tanpa minyak utk mendapatkan aroma kacang dan warna yg lebih gelap
  • Kisar kacang tanah hingga hancur
  • Kisar pula bahan yang bertanda *
  • Panaskan minyak masak, tumis bahan kisar * dan serai ketuk hingga naik bau dan sedikit garing.
  • Masukkan serbuk cili, rempah kari, serbuk jintan2, serbuk ketumbar dan tambah 1/2 cawan air.....tumis lagi hingga rempah betul2 masak
  • Masukkan daging, 1 cawan air.serta sedikit garam....masak hingga daging separuh empuk/hingga sedikit kering rempahnya.
  • Campur kacang tanah kisar dgn baki air dan kacau sebati. 
  • Masukkan bancuhan kacang tanah, gula melaka, gula merah, gula pasir dan sedikit garam dahulu
  • Didihkan kuah kacang hingga masak, kuah nmpk naik minyak dan pekat. Perasakan cukup masin, manis dan masamnya baru tutup api.
  • Sedia dihidangkan bersama nasi impit dan apa2 shj sate......SELAMAT MENCUBA
Note: Jika nak letak sedikit santan pun boleh dan kena kurangkan air semasa memasak kuah kacang daging ni, kali ni ida tak letak.

Kuah kacang daging  yang tidak boleh miss setiap kali raya kt kampung ida. Mula2 dulu masa kami bujang2 kakak ida yg no.2 masak kuah kcg ni, tak tau kt ner dia belajar, maybe dia belajar dgn member2 dari negeri luar kut.......lepas2 tu adik2 dia pun dh terror buat juga..he..he. bahan2 ada yg ida tambah dan tak letak.....kali ni ida tak letak santan.
Kuah kacang yg  ida buat kt atas ni la pelengkap kpd 'Sate Sosej' yg ida buat Aidiladha lepas. Resepi boleh klik kt link tu.

27 comments:

ucubakery said...

al fatehah utk awrah...semoga arwah berada dikalangan orang2 yg beriman..amin..
untuk ida n keluarga takziah..semoga kalian redha dgn pemergiannya...

Amie said...

al-fatihan buat keluarga arwah, darinya kita datang kepadanya jua kita akan kembali...., takziah buat Ida & kakak Ida..

Anna Qawina said...

takziah buat keluarga Ida ya..semoga arwah dicucuri rahmatNya..semoga keluarga arwah tabah meneruskn hidup

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

takziah dan al fatihah buat seluruh keluarga akak...mmg perit sangat kehilangan org tersyg....lagi sedih bila x dpt melihat buat kali terakhir...tu harga yg kena dibayar di tinggal di perantauan ni....semoga tabah

Liza said...

salam ida....takziah jugak dr Liza n family di sini...
semoga keluarga ida esp kakak ida redha dgn ketentuan drNya...berat mata memandang, berat lg bahu yg memikul...tu lah yg pernah liza lalui...
Alfatihah...

sabar dubai said...

salam takziah kak ida..smg roh abg ipar kak ida dicucuri rahmat yer....tabahkan hati....yerr kak ida...

lina said...

salam al fatihah dan takziah!

Asmara said...

Takziah, Al-Fatihah untuk arwah. Moga keluarga kak ida tabah dgn ujian ni. InsyaAllah..

Nadz Nazharzan said...

Assallamualaikum Ida..
Takziah dan Al-Fatihah atas pemergian arwah mengadap Illahi.. Semoga yg ditinggalkan terus tabah meneruskan hidup dan menghadapi kehilangan yg dirasakn pahit ini..

Chik Mimi said...

Salam takziah n alfatihah buat arwah,semoga rohnya ditempatkan dikalangan para shuhadak Aminn

anumuchan said...

Al fatihah...

Acik Erna said...

Alfatehah untuk arwah..dan takziah buat keluarga.

Nuridah said...

Assalamualaikum Ida,

Al-fateha buat arwah nya, moga ditempatkan dikalangan org yg beriman dan diampunkan segala dosa. Ya lah Ida,ajal dn maut tiada siapa yg dpt menduga...bila2 masa ia akan dtg...

Ida, cantik nya kuah kacang tu...kak nur minta izin ambil resepi ini ya.

Mamasya said...

Salam takziah buat family Ida.moga rohnya dicucuri rahmat.kak Ida juga tabah menghadapi dugaan. Al-fatihah..
menarik resepi kuah kacang berdaging...belum pernah cuba lagi..

tun_telani said...

al-fatihah.. semoga ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..

rahel said...

salam takziah Kak Ida...banyak tabah ek..

quinnie said...

salam takziah buat kak ida sekeluarga....mesti sedih tak dpt nak ziarah...sekarang ni memang gitu la kak..yg sihat2 berjalan ni yg meninggal dulu tanpa disangka2....

saya pun suka kuah satay taruk daging...sedap...:)

cik cek said...

Salam Takziah tuk Ida.&. family ..AlFatehah...memang siapa kita tuk melawan takdirnya....semuga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan org2 yang beriman....aminn...

Cantik je kuah kacang Ida buat..ni menu wajib ada setiap kali raya...tak lengkap juadah raya kalau tak de kuah kcg ni...fav family kak cek...

Unknown said...

assalam kak Ida...sedih juga bila dgr berita gini kan bila kita dok jauh diperantauan org ni.apapun didoakan semoga arwah tenang disana dan Alfatihah buat arwah. Salam takziah juga buat kak Ida sekeluarga.

Juwita Jamaludin said...

takziah buat keluarga kakak akak.. moga beliau tabah... kuah kacang memang all time fav

JaSSNaNi said...

al-fatihah utk arwah.. dan ucapan takziah dari saya..

Ayu said...

Assalam ida, wah sedap ni kuah kacang daging..makan dgn nasi impit ini aje dah cukup kan..
Salam takziah akak ucapakan kepada keluarga ida & arwah ya..semuga dicucuri rahmat dan ditempatkan disisi orang2 yang beriman..inyaallah..

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

senyap jer kaka
x der recipe baru ker???

E-na Zarina said...

Alfatihah...moga family kakak ida tabah dgn dugaan ini...peritnya bila dok jauh dgn berita sedih camni kan...hanya doa mampu kita kirimkan..salam takziah dari kami...

K.zai said...

salam takziah utk kakak ida dan family..alfatehah...

K.zai said...

sedap npk kuah kcg ida...

Ida,Japan said...

mekasih YG TDK TERHINGGA buat kalian semua di tTas keprihatinan dan ucapan yg diberikan....semoga doa kita dimakbulkan olehNYA