Segera & cepat dimasak......ini lah dia breakfast kami pagi tadi.Ha..ha,express bikin punya b'fast,hanya menggunakan roti keping yang dibeli serta topping ngan bahan-bahan lain,di bakar/di toast dalam oven selama 10 minit,siap boleh dimakan panas-panas. Pernah terpandang kat ner ye?....haa..rumah E-na ( lovely kitchen )..thanks ya E-na,give me idea.Topping tu ikut selera masing-masing la ya, ida taruk je apa yang ada kat esbox.
Meh ler kita tengok cammana nak buat....tak tengok, jeling pun tak pe dah ahhh....
Meh ler kita tengok cammana nak buat....tak tengok, jeling pun tak pe dah ahhh....
Bahan-bahan:
- Beberapa keping roti sandwich/roti keping
- Sos pizza atau boleh pakai sos tomato + sos cili
- Capsicum/cili belanda....hijau/merah
- 1/2 labu bawang besar
- Beberapa batang sosej
- Cendawan butang dalam tin
- Oregano
- Mozarella cheese @ kalau tak ada,boleh pakai slice cheese je.
- Sedikit serbuk lada hitam ( optional )
Cara-cara:
- Capsicum di potong bulat nipis,bawang besar di potong dadu kecil.
- Sosej dibersihkan dahulu dan dihiris nipis bulat/nipis panjang.
- Hiris nipis cendawan butang.
- Kalau menggunakan sos tomato & sos cili.....dalam mangkuk kecil campurkan kedua-dua sos tersebut.
- Jika takut pedas untuk anak-anak,boleh la menggunakan sos tomato sahaja.
- Ambila sekeping roti dahulu,sapu dengan sos, aturkan sosej,tabur bawang besar,susunkan cendawan & capsicum...Ida tambah ayam cincang,lebihan yang dimasak untuk telur bungkus semalam,tengok masih elok sebab disimpan dalam peti ais.
- Kemudian tabur mozarella cheese, tabur pula dengan sedikit serbuk lada hitam dan akhir sekali tabur oregano.
- Bakar/toast kan dalam toster selama 10 minit.Selamat Mencuba.
5 comments:
ida, pizza tadi tak cukup la, nak lagi, nampak sedap sangat..ok juga pelbagaikan roti ...bijak2...
salam kenal...
boleh try ni...pizza roti segera...anak2 mesti suke makan..
slm kenal juga ain....sila2,sempoi je ni..
baru jek buat last week.. guna roti gardenia.. main campak2 jek..
Emy...walaupun pakai campak2 jek..tapi sedapkan
Post a Comment