My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story
Showing posts with label Ais krim/Ice cream. Show all posts
Showing posts with label Ais krim/Ice cream. Show all posts

Sunday, May 27, 2012

Simple ais krim strawberry beryogurt

Salam di pagi Isnin...
Nampaknya cuaca kt Nihon dah semakin panasss.......terpaksa onkan fan tadi. Jadi cuaca panass, mkn ais krim best kan utk sejukkan tekak.....
Ais krim yg tak ikut buku sgt resepinya....dpt idea dari SINI, cuma ida buat cara ida, sbb tak ada ice cream maker, pas tu ida tambah yogurt....tapi sgt mendapat sambutan dari anak2. Sebenarnya, ais krim ni buat dah lama, baru sempat post sini


Bahan-bahan:
  • 200 mls whipping cream
  • 1 kotak besar plain yogurt 400 gm -+
  • 600 mls susu segar
  • 1/4 sk garam
  • 1/2 sk essen vanilla
  • 1 sk strawberry emulco
  • 1 pkt buah strawberry segar
  • Gula secukup rasa...sorry ida terlupa sukat
  • Optional...red food colouring
cara-cara:
  • Buah strawberry, buang daun, bersihkan dan potong 4
  • Campurkan semua yogurt dan buah strawberry ke dalam mangkuk besar....kisar dgn food processor hingga hancur
  • Tambah bahan2 lain, kisar sebati....tuangkan ke dalam bekas yg sesuai utk dibekukan
  • Bekukan selama 1 jam
  • Keluarkan dari peti ais, kisar semula dgn food processor ( tak payah keluarkan dari bekas, terus kisar dgn hand food processor. )
  • Masukkan semula ke dalam freezer selama 30 minit, keluarkan selepas itu dan kisar semula*
  • Ulangi langkah bertanda * sebanyak 3 /4 kali utk mendapatkan tekstur yang agak halus.( byk kali kisar ,lg halus )
  • Selepas siap, bekukan utk kali terakhir dan sedia dihidangkan selepas itu
  • Boleh hias dgn apa saja ikut selera masing2.