My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Wednesday, February 29, 2012

Gulai Daging Salai Daun Kesom(+ rebung Jepun)

SALAM..........
Quick n3 aja malam ni,ni hari Ahad lepas punya menu......minta maaf banyak2 sbb ida belum sempat nk buat kunjung balas. Apa2 pon ida ucapkan jutaan terima kasih kpd teman2 yg sudi meninggalkan komen pada n3 yg lepas2, dan tak lupa juga kpd para pengunjung yg sudi ke blog yg tak seberapa ni.

Sebenarnya kt sini dah lama nak buat menu ni, asyik 'M'jer. Lagipon daging ni kalau disalai atas bara api, lagi meletop2 rasa dia kan. Oleh kerana teringin nk makan, kena buat la jugak walau ku hanya bakar kt bawah dapur gas.Buat pun versi tak pedas,...utk anak2 juga makan sbb dh malas nk masak kuah lain...he..he. Macam2 versi sebenarnya gulai daging salai ni kan....first n3 menu ni, ida buat versi mcm mak ida masak masa ida kecik2 dulu.....letak daun kesom. Tapi sekarang mak dh lama tak buat.

Gulai daging salai daun kesom ( versi org merantau jer ni )
 by: Ida@happy Cooking Time
Bahan-bahan: 
  • 400g daging....disalai/bakar 
  • 2 batang serai, dititik
  • 400 ml santan pekat ( ida guna dlm tin )
  • Tambahan air secukupnya
  • 2 keping asam gelugor
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 biji bawang besar*....kalau ada bawang merah tambah sekali lg sedap
    3 ulas bawang putih*
    1/2 inci kunyit hidup*
    1/2 inci halia*
    1/2 inci lengkuas*
    Cili padi secukupnya*( bahan *dikisar halus)...kali ni ida hanya guna green & red chili ( org Jepun panggil piman ) takut pedas utk anak2
  • Sedikit daun kesom
  • Optional Sayuran...ida letak 1 biji rebung Jepun, boleh ditukar kpd nangka muda, belimbing buluh etc..

CARA MEMBUATNYA :

  • Daging dipotong saiz sederhana besar dibersihkan dan lumur dgn sedikit garam kunyit, perap seketika dan salai/bakar hingga masak, balik2kan. Biar sedikit sejuk baru hiris nipis. 
  • Rebung dihiris nipis dan bersihkan
  • Masukkan bhn kisar ke dlm periuk, serai, santan,asam gelugor/asam keping, sedikit dulu garam & gula dan tambahan air secukupnya. Didihkan seketika
  • Masukkan  daging yg dihiris, rebung dan serai...teruskan memasak dgn api yang sederhana sambil dikacau sekali - sekala. 
  • Akhir sekali, baru masukkan daun kesom....kacau seketika
  • Cukupkan rasa baru tutup api gas. Sedia dihidangkan bersama nasi putih dan menu2 yg lain.

 Gandingan yang serasi.....heeee, ehh segan la pulak tayang gambo budu ni.Hari tu kami makan tak hinggat dunia.....nasi bertambah2..huhuuuu


Sekian, jutaan terima kasih utk semua yg masih sudi ke sini.

Tuesday, February 28, 2012

Kuih Ketayap / Kuih Gulung...kaler pink la pulak

ASSALAMUALAIKUM....dan SLM SEJAHTERA buat semua teman2, pengunjung2..
3 hari sepi aja kt sini.......nak BW pon lagi la tak sempat. Lately ida agak sibuk sedikit.....semalam ida pergi umah kawan ida Nina sbb dia pindah ke rumah lain semalam. Pergi tolong apa yang patut.....para jejaka pulak tolong angkat yg berat2. Alhamdulillah...segala urusan telah selesai dan dipermudahkan olehNya. Lepas settle sumer....biasala acara makan2 pulak. Memang makan semalam tak ingat la...tuan rumah buat nasi tomato, ida ambil alih masakkn ayam sambal tomatonya....kawan2 yg lain bawak bihun goreng, ada cucur udang, puding pun ada, ...


Nak nk cerita pasal kuih ketayap/kuih gulung ni pulak...kuih ni ida ada bawak sikit ke rumah kawan ida semalam. Inti tu sebenarnya ida buat utk kuih pau, pau yg tak sempat nk b'possing pun...inti ada lebih jadi ida buat lak kuih ketayap ni. Mula2 nk buat kulit kaler ijau, tapi mcm tak kena pulak, inti dh kaler ijau...last2 ida buat kulit dia kaler pink2 gitu. Buh sirap ros pekat dlm adunan tu..Wahh wangii....inti wangi pandan, kulit wangi sirap ros....mmg kena.
Kuih ketayap ni ida buat cam resepi yg ida buat sebelum ni jer, cuma ida pakai cwn, dulu pakai mug kecil.

RESEPI KUIH KETAYAP 
By ; Ida@Happy Cooking Time

INTI KELAPA PANDAN
Bahan-bahan:
  • 150 gm kelapa lembut(saya pakai kelapa kering je)
  • 1/2 cawan santan pekat dlm tin (jika menggunakan kelapa kering)
  • 3 cawan gula pasir @ seukup rasa
  • sedikit garam
  • 1 sk pandan emulco
  • Sedikit pewarna hijau
  • 1/4 cawan air @ secukupnya utk lembutkan kelapa kering
  • 2 helai daun pandan...disimpul

Cara-cara
Masak gula bersama air hingga hancur, tambah  santan, garam, pandan emulco, daun pandan..kacau

Masukkan bahan2 lain...kacau hingga pekat dan kelapa kering sedikit lembut
Biarkan sejuk.


KULIT KUIH KETAYAP

Bahan-bahan (kulit)
  • 2 cawan  tepung gandum
  • 3/4 cawan kecil susu segar atau boleh letak santan
  • 2 cawan air
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sk gula
  • sedikit essen vanilla
  • sedikit pewarna sirap ros

Cara-cara:
  • Masukkan semua bahan ke dalam blender.Blend hingga sebati dan tapis
  • ATAU kacau di dalam bekas dgn whisker dgn pecahkan telur dulu, kacau sedikit dgn garfu, letak susu dan tepung kacau. Selepas tu baru tambah bahan2 lain dan air sedikit demi sedikit.
  • Panaskan kuali leper non-stick,sapu sedikit minyak.
  • Ambil adunan menggunakan senduk kecil,tuang di tengah kuali kemudian ratakan nipis bulat menggunakan bawah senduk tersebut...agak-agak la ye saiznye
  • Ulangi langkah tersebut hingga habis.
......sambil buat kulit,boleh terus masukkan inti kelapa dalam kulit yang sudah masak & gulung kemas-kemas.SELAMAT MENCUBA

Saturday, February 25, 2012

Creamy Tomato Soup

ASSALAMUALAIKUM semua.....semoga semuanya ceria2 di hari minggu ini. Apa plan hari.......shopping? Jalan2 ? Masak dan makan2?......
Ida hari ni tak ke mana2....namum sentiasa bz dgn aktiviti kt rumah ni. Quick n3 dari dapur HCT hari ni ialaha 'creamy tomato soup'...sedap, lemak berkrim utk dihirup2 dan enak sgt dicicah bersama dgn homemade garlic bread ni...

Sebelum ida pernah buat versi mushroom, aja.....cuba kelainan pulak. Resepi asal ida ada rujuk kt  SINI...tapi ida ada adjust2 sikit dan kurangkan sikit sukatannya..

Menu ni sangat sesuai dijadikan hidangan sarapan pagi di rumah. Sup tu boleh disediakan malam sebelumnya, esok pagi cuma dipanaskan semula.

Creamy Tomato Soup ( utk 4 org lebih kurang )
  • 2 sb butter
  • 3 ulas bawang putih....ditumbuk/cincang halus / 1 sb yg sudah dikisar
  • 1/4 labu bawang besar....cincang halus / boleh kisar
  • sedikit batang celery cincang halus
  • 4 sd besar tepung gandum
  • 1/2 tin diched tomato...boleh dikisar dulu jika tak nk kasar
  • 1 biji tomato segar...cincang halus / boleh kisar dulu
  • 2 sb tomato puree pekat ( ida guna yg M'sia )
  • 2 1/2 cawan susu segar ( 625 mls )
  • Tambahan air secukupnya...ikut kepekatan kuah
  • 1/2 sd teh serbuk pati ayam
  • 1/2 sd teh serbuk lada sulah
  • 1/4 sd teh serbuk lada hitam atau lebih
  • 1 1/2 sd teh gula
  • Garam secukup rasa
  • Optional......garlic seasoning powder 1 sk atau boleh letak Italian mix herb
 Note : Jika tak suka sgt masam, boleh la adjust2 pada sukatan tomato tu yer

Cara-cara:
  • Panaskan butter hingga cair,kemudian tumiskan bawang putih hingga kekuningan, tambah bawang besar cincang / kisar dan celery.
  • Masukkan tepung gandum tak perlu bancuh ngan air.Kacau seketika dgn whisker tangan...masukkan 1/4 cawan air dahulu...kacau sehingga tepung gandum tidak berketul.Masukkan lagi 1/2 cawan lg air sambil kacau agar ia tidak berketul.
  • Kemudian baru masukkan susu, dan masukkan bahan yang lain....kacau lagi dengan menggunakan whisker.
  • Masak dengan api yang perlahan sahaja, tambah air secukupnya.
  • Masak  sehingga sedikit pekat.Jika terpekat,boleh tambah dengan sedikit air panas lagi...kacau seketika.
  • Sesudah cukup rasa,boleh la tutup api.Baru sediakan roti garlic pula.

Untuk homemade garlic bread, resepi garlic butter tu boleh tgk SINI tapi kali ni ida buat cara simple jer. Ida campur butter dgn sedikit garlic seasoning powder. Sedappp!! Garlic seasoning ni dh dicampur dgn pelbagai italian spice, sedikit cheese, garam dan of course bawang putih sbg bahan utama dia. Mcm2 kegunaan dia dlm bahan masakan......boleh spread atas roti, tabur atas ayam sebelum dibakar, tabur atas pizza, tabur atas pasta....ehhh byk la kegunaan dia. Ida beli kt Costco....import mari, bukan Japan mari.

Karipap Ranggup Inti Kentang + Keledek 3 Rempah

ASSALAMUALAIKUM  semua......
Petang ni ida tak dpt nk celoteh panjang sbb ada hal lain lagi  yg nak disettlekan. Ida cuma nak share satu lagi resepi karipap yg ranggup!! Ia juga salah satu resepi kulit karipap yg memikat selera tekak ida & keluarga. Resepi kulit karipap ranggup ida terjumpa kt dapur Along Roz, Home Kreation hasil dari dok m'google hari tu. Melihat pada hasil yg dibuat oleh Along, ida sgt tertarik utk mencuba. Memang ranggup sekali hasilnya. Mekasih byk2 yer Along di atas sumber resepi ni. Izinkan ida share kt laman ida pulak ya. TQVVM.


Intinya pulak ida campur2 ubi kentang dgn keledek, tapi buat resepi 'Inti kentang 3 Rempah' yg ida buat sebelum ni, cuma ida ada adjust2 sikit lagi. Anak2 ida cukup cerewet pasal karipap ni. Kalau inti tu pedas, mmg diaorg tak akan makan, kulit tak ranggup pon diaorg tak brp suka. Hishhh...cerewet2nya anak2 ummi. Ada ke buleh diaorg ckp, karipap ummi buat jer sedappp......hai..anak2. Yer la kt sini, banyak makan yg ummi dia masak......cuba kalau skrg ni dok kt M'sia...ummi kerja tau....sempat masak pon yg wajib2 jer. 

INTI KENTANG + KELEDEK  3 REMPAH
Sumber/resepi : Happy Cooking Time

  • 500 gm ubi kentang
  • 300 gm ubi keledek
  • 1 labu bawang besar bersaiz besar*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 3 hiris nipis halia *
  • 1 genggam udang kering...direndam air panas sekejap*
  • 1 labu bawang besar....didadu
  • 2 sd besar serbuk kari daging.....sukatan rempah2 boleh letak lebih jika nk pedas
  • 1  1/2 sb serbuk kurma
  • 1/2 sb serbuk rempah beriani ( ida guna rempah pakistan )....mmg sedap rempah ni
  • 1 tangkai kecil daun kari
  • 2 1/2 sd besar gula/secukup rasa
  • 1 sd teh pes asam jawa @ boleh letak sedikit air asam jawa
  • Sedikit air
  • Garam secukup rasa
  • 1 cawan mix vegetables yg frozen...kali ni ida tak letak
  • Sedikit minyak utk menumis
  • Daun saderi utk tabur jika suka
CARA:
  • Kentang & keledek dikupas kulit, dibersihkan dan didadu kecil
  • Kisar bahan yg bertanda *
  • Panaskan sedikit minyak, tumis bhn kisar hingga sedikit garing, masukkan bawang besar dadu dan daun kari. Tumis sekejap.
  • Bancuh serbuk rempah2 dgn sedikit air panas dan masukkan ke dlm bahan tumisan
  • Tumis sehingga masak...tambah sedikit air jika terlalu kering
  • Masukkan  gula, air asam jawa dan garam....kacau
  • Akhir sekali, masukkan ubi kentang yg didadu, tambah 1/2 cawan air......masak hingga kentang empuk dan pekat dgn api yg sederhana
  • Cukupkan rasanya dulu baru angkat dan ketepikan



    Karipap Ranggup

    By: AlongRoz@HomeKreationSource: MyStyleMyWay (Original by: here)

    Bilangan 36 ketul ( lebih kurang )
    BAHAN2:
    500g Tepung
    50g Tepung Beras
    50g Tepung Ubi
    1 sb Gula
    1 st Garam
    2½ sb Majerin* ida tambah lg 1 sb sbb sudu ida kecil
    ¼ cwn Minyak* (* panaskan)
    Air..secukupnya

    CARA2:

    • Campurkan kesemua bhn2 kering.
    • Tuangkan minyak panas & gaul rata.
    • Tuangkan air sedikit2 sehingga membentuk doh lembut.
    • Bahagi dok kpd bebola kecil.
    • Leperkan & isi dgn inti kesukaan...ida guna inti kt atas 
    • Buat sehingga habis.
    • Goreng dgn minyak dalam sehingga garing.
    pesanan dari Along : karipap perlu digoreng lama sedikit, supaya ia garing hingga ke dalam.
    Masih lagi guna original method......adehhhh rasa nak patah  pinggang dok mengelim karipap pakai tangan  hari tu....ayat org 'M' sama ni hiiiiii

    Thursday, February 23, 2012

    Nasi Tomato Berempah dan Ayam Masak Hitam Tomato..acar mentah pun ada

    ASSALAMUALAIKUM.......Salam di hari Jumaat yg penuh barakhah, semoga setiap apa yg kita lakukan diberkatti & dipermudahkan oleh Allah s.w.t. Ehh,....dh 3 hari tak update blog rupanya. Haaii..sibukkk sgt ker ida ni...hu.hu. Mood dh dihanyutkan ke laut biru pun ya jugak. Ok la, menu yg ida nk n3 hari ni, menu nasi pulak ya......buat hampir seminggu yg lalu. So, dh yilekkk...layan gambo aje la.

      
     Kali ni ida buat versi berempah sikit, pernah buat versi biasa boleh tgk SINI. Teringat satu masa tu buat open house kt M'sia dulu. Set nasi tomato sebagai menu utama, seingat ida masa tu ida buat lauk ayam masak merah, dalca daging dan acar masak.....terkezuutt giler sbb ramai sgt kwn hubby yg datang...sampai tak muat rumah hhuuuu. Nasi dan lauk terpaksa masak tambah...yer la tak pandai nk budjet masa tu & hubby pon tak citer satu kapal dia ajak. Sib baik ada assistant masa tu, sorang student hubby dtg tolong...mekasih byk2 yer Irfah...kalau idakkk boleh pengsan buat sorang2. Lepas tu ckp kt hubby dh serikk nk buat....kalau nk buat lagikkk, order ngan catering jer.he.he.  Sebelum mai Japan.....buat sikit makan2, tapi main order ja ngan catering sbb dh tak sempat nk msk2 lagi, dh sibuk buat preparation nk mai sini. Kenangan2....Ok la...jom layan resepi.

    Nasi Tomato Berempah
    by : Ida@Happy Cooking Time
    Bahan-bahan:

    • 6 cwn beras basmathi.....direndam 30 minit...ida pakai cup periuk nasi
    • 6 3/4 cwn air.......kuantiti air adalah bergantung kepada jenis beras yg dipakai ya
    • 1 cwn susu segar/susu cair
    • 5 sb tomato puri....bole letak lebih, ini versi jimat he..he( ida pakai M'sia mari ) + 2 sd bsr sos tomato
    • 1/2 sb serbuk jintan putih
    • 1 sk serbuk jintan manis
    • 1 sb serbuk kari daging
    • 2 biji buah tomato......didadu kecil
    • 4 sd bsr minyak sapi
    • 1 sd bsr marjerin
    • 1/4 cawan minyak masak atau secukupnya
    • 1 sd besar gula
    • Garam secukupnya.....masukkan lebih kurang 4 sd teh dahulu
    • 2 helai daun pandan .....disimpul
    • 2 tangkai daun ketumbar
    • Sedikit kismis......kali ni ida tak letak
    • Contoh bahan hiasan/tabur : bawang goreng, daun sup / daun bawang ....kali ni ida tak letak pun
    Bahan kisar:
    • 4 ulas bwg putih
    • 1 inci halia
    • 1 labu bwg besar saiz sederhana
    Bahan untuk menumis
    • 3 ulas bwg putih #
    • 6 ulas bwg merah atau 1/2 labu bwg besar#
    • 1 inci halia # ......Bahan bertanda # dihiris halus
    • 4 biji buah pelaga
    • 2 kuntum bunga lawang
    • 4 kuntum bunga cengkih
    • 3 btg pendek kulit kayu manis
    • 3 helai daun bay
    Cara-cara: 
    • Panaskan minyak bersama minyak sapi dan marjerin. 
    • Tumis bahan menumis dahulu hingga naik bau dan sikit garing.
    • Kemudian masukkan bahan kisar, serbuk jintan2 dan rempah kari, buah tomato yg didadu....masak sehingga naik bau. 
    • Masukkan pula tomato puri + sos tomato,gula,garam...masak hingga pekat
    • Akhir sekali masukkan daun ketumbar, daun pandan. ..kacau sekejap dan tutup api.
    • Basuh beras basmathi di dalam periuk nasi, sejatkan sedikit airnya....
    • Tuangkan bahan rempah yg ditumis tadi ke dalam periuk nasi. Masukkan air & susu segar ....kacau sebati. 
    • Masak nasi seperti biasa.
    • Jika hendak masukkan kismis...boleh taburkan semasa 15 minit terakhir nasi tengah masak.
    • Setelah nasi sudah masak, kacau sedikit agar kismis tadi sebati dan semasa menghidang, boleh la ditabur dengan bawang goreng, daun sup/daun saderi dan juga daun bawang.



     Sebelum ni pernah buat  versi hitam2 cair aja boleh tgk SINI. Kali ni ida buat versi tomato & adaptasi sikit bahan2 nya dari situ dan buat versi pekat...lagi sedappp.

    AYAM MASAK HITAM TOMATO
    by : Ida @ Happy Cooking time
    Bahan-bahan :
    • 1.5 kg ayam
    • 2 labu bawang besar atau 1 labu bwang besar + 8 ulas  bwg merah*
    • 4 ulas bawang putih*
    • 1 1/2 inci halia *
    • 1 batang serai * 
    • 1/2 inci lengkuas *
    • 1 1/2 sd besar cili kering kisar @ serbuk cili......boleh dilebihkan
    • 1/2 sk serbuk lada hitam...boleh dilebihkan
    • 1 cawan tomato puree + 3 sb sos tomato....boleh dilebihkn sikit jika nak kuah banyak
    • 1/2 cawan kicap pekat hitam....boleh dilebihkan
    • 1 sd bsr serbuk jintan putih ( cumin )
    • 1/2 sd besar serbuk jintan manis
    • 1/2 sd besar serbuk ketumbar
    • 2 btg serai...diketuk
    • Air yg mencukupi sebagai kuah....kepekatan terpulang pada masing2
    • Garam dan gula secukup rasa
    • 1 labu bwg besar....dihiris bulat nipis
    • 6 helai daun limau purut...potong2 
    • Optional...tomato segar( dibelah 4 )
    * Kisar/blend bahan yg bertanda *

    Bahan menumis :
    • 2 btg kecil kulit kayu manis
    • 2 kuntum bunga lawang
    • 4 kuntum bunga cengkih
    • 5 biji buah pelaga
    • 1/2 inci halia...dihiris halus
    • 3 ulas bawang putih...dihiris nipis
    • 1/2 labu bawang besar...dihiris nipis kecil
    CARA:

    • Bersihkan ayam dan potong saiz yg sesuai.
    • Gaul garam kunyit dan goreng sehingga masak.....jgn terlalu garing
    • Panaskan minyak di dalam periuk, tumis bhn menumis sehingga naik bau dan sedikit garing.
    • Masukkan bahan2 kisar, tumis sehingga masak, masukkan cili, tumis lagi sehingga masak.
    • Masukkan lain2 bahan, tambah 1 cawan air...biarkan mendididh.
    • Tambah air sebagai kuah dan masukkan serai ketuk .....biar pekat lagi sedap
    • Masukkan ayam yg telah digoreng, gaul rata...biarkan mendidih
    • Akhir sekali masukkan bawang besar yang dipotong nipis bulat, tomato segar & daun limau purut.......gaul rata sekejap
    • Perasakan garam dan padam api.

    Pelengkap lain ialah papadom/papad dan acar mentah aja.....

    ACAR MENTAH
    by: Ida@Happy Cooking Time
    Bahan-bahan acar mentah:
    • 1 biji timun.......potong ikut selera masing2 & rendam dengan sedikit air kapur
    • 1/2  batang carrot....potong & rendam dengan air kapur juga
      1/4 biji kobis...diracik halus
    • 1/2 cawan cuka*
    • 2 sd bsr gula* atau secukup rasa
    • garam secukupnya*
    • sedikit nenas...potong kecil-kecil
    • 1/2 inci halia dihiris halus*
    • 1/2 labu bawang besar dihiris halus juga*
    Cara-cara:
    • Satukan bahan yg bertanda * dalam mangkuk kecil,kacau sebati.
    • Dalam bekas,satukan timun,carrot dan nenas
    • Masukkan campuran yg bertanda * ke dalamnya..kacau sebati
    • Biarkan ia mesra seketika sebelum dimakan

    Monday, February 20, 2012

    Best Moist Chocolate Cake Recipe

    Salam semua......dh makan ker belum??
    Resepi kek ni ida intai2 kt dapur Naz....sungguh tergoda, dan suka buat koleksi resepi kek cokelat sebenarnya. Mekasih byk2 yer Naz. Satu kelainannya pada resepi kek ni sbb penggunaan butter milk tu. Ni kek tempahan dr kawan ida Rozan utk meraikan asben dia yg lulus entrance exam...dia nk buat suprise katanya. Feedback dari kwn ida tu....sgt sedap, sedang2 moistnyer..dia suka. Lagi simpan esok lagi moist dan sedap kata Naz....betul tu.


    BEST MOIST CHOCOLATE CAKE RECIPE
    OLEH : Naz COSK @ovenkecil.blogspot.com....tqvvm Naz
    RESEPI ASAL : boleh klik link ni utk tgk video cara penyediaan http://www.bestmoistchocolatecakerecipe.com/...tqvvm
    Bahan-bahan :


    • 2 cawan tepung gandum
    • 2 cawan gula ...ida tambah lg 1 sb
    • 3/4 cawan serbuk koko Hershey's (Naz guna yang biasa jer)
    • 2 tsp soda bikarbonat
    • 1 tsp serbuk penaik
    • 2 biji telur saiz A @ B
    • 1 tsp garam
    • 1 cawan buttermilk (resepi buttermilk di bawah)
    • 1 cawan Mazola vege oil (Naz guna minyak jagung)....ida guna minyak salad
    • 1 1/2 tsp asen vanilla
    • 1 cawan air mendidih (boleh dijadikan 1 cawan kopi sekiranya suka)..ida buh 1 sk serbuk nescaffe

    Cara Penyediaan :


    • Panaskan oven pada suhu 300 F (lebih kurang 150 C) untuk membakar secara perlahan.(Naz menggunakan suhu 170 C)....ida bakar 150C
    • Lapik loyang kek dengan kertas kalis minyak.
    • Masukkan semua bahan di atas kecuali air mendidih ke dalam mixing bowl.
    • Putar pada kelajuan sederhana selama lebih kurang 1 minit. Kemudian masukkan air mendidih dan teruskan memutar hingga sebati.
    • Tuangkan ke dalam loyang.
    • Bakar selama 1 jam atau sehingga kek masak sepenuhnya. (Naz bakar dengan suhu 170 C selama lebih dari 1 jam sebab mungkin loyang kek 7" X 7" yang digunakan menyebabkan kek lebih tebal dan perlu masa yang lebih untuk masak sepenuhnya).
    • Cucuk kek dengan lidi atau pisau. Sekiranya pisau atau lidi yang dikeluarkan bersih, maknanya kek telah masak. Sekiranya terdapat adunan kek yang masih basah melekat pada pisau atau lidi, bakar lagi kek dengan tambahan masa 5 minit dan uji lagi selepas itu sehingga kek masak sepenuhnya.
    • Sejukkan kek sebelum dinikmati atau dihias.

    RESEPI SUBSTITUTE BUTTERMILK

    RUJUKAN : http://frugalliving.about.com/od/condimentsandspices/r/Buttermilk_Sub.htm
    Bahan-bahan :

    Susu segar - lebih kurang 1 cawan
    1 Tbsp cuka masak atau jus lemon
     

    Cara Penyediaan :
    Masukkan cuka masak atau jus lemon ke dalam jug penyukat.
    Tuangkan susu segar hingga menjadikan campuran tepat pada ukuran 1 cawan.
    Biarkan larutan berehat selama 5 minit.
    Boleh digunakan.

     Kek sebelum dimekap.

    Ok la,ida kasi resepi yg ida buat mekap kek ni....

    Krim Coklat: ( utk filling dan crumb coating/sapuan seluruh luar kek )
    • 200 mls whipping cream
    • 4 sb gula halus atau secukup rasa
    • 2 sb serbuk koko*( dibancuh pekat / bentuk pes dgn sedikit air panas )
    • 1/4 sk garam
    Cara membuat krim
      • Satukan bahan krim ke dalam mangkuk besar
      • Putar hingga kembang dan sedikit pekat.( jgn terlalu pekat, jika terlalu pekat sapuan krim pada kek tidak akan licin/smooth)

      Chocolate ganache( kali ni ida buat cara ni pulak...kalau tak nak byk bole kurangkan sbb yg ida buat ni pun ada lebih )
      • 200 gm cooking chocolate( ida guna bitter sweet cooking choc )
      • 200 mls whipping cream
      • 1/2 sb butter
      • 3 sb honey....ida tambah sbb coklat ni pahit sikit
      • Sedikit garam...one pinch

      Cara membuatnya:
      • Masukkan coklat & krim ke dlm mangkuk
      • Masak/panaskan secara double boiler.....jgn sampai terlalu mendidih.
      • Apabila coklat sudah lembut, baru masukkan bahan2 lain, tutup api. kacau sebati. Rehatkan dulu atau biar ia sedikit pekat baru dicurahkan ke atas kek.  
      • Jika ia dh terpekat sgt sms rehat, boleh panaskan semula secara double boiler.
    •  


     Filling yg ida buat...sapu krim coklat dan tuang sikit choc.ganache dan baru tutup dgn lapisan kek satu lagi.

    Cokelat love tu ada jerawat la pulakk..sbb homemade, baru belajar2 buat ni.


    Cth Double boiler....