My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story
Showing posts with label Juadah Hari Raya. Show all posts
Showing posts with label Juadah Hari Raya. Show all posts

Wednesday, August 22, 2012

Salam Eidulfitri & Cerita Raya 2012



 Assalamualaikum.....
Rasanya masih belum terlambat utk ida ucapkan Salam Aidilfitri buat semua di sini.....maaf zahir & batin jika ada salah dan silap dari ida. Ida minta halalkan resepi2 yg pernah ida cuba dan telah menjadi darah daging kami sekeluarga...terima kasih banyak2, tanpa sumber2 tersebut, ida mungkin tidak akan bertapak di sini. Ida minta maaf banyak2 sbb lately ida tdk dpt meninggalkan komen di blog kwn2...masa amat terbatas sekali. Terima kasih byk2 di atas kunjungan.

 Cinta hati saya....



 Salam2 dulu di pagi raya...abah kasi duit raya tu. Seronok la anak2.

 Hari raya pertama lepas, ida combine ngan kawan ida iaitu linda & aimi buat open house raya kecil-kecilan kt umah ida.
Ni la rumah kecil kami kt sini...

 Tetamu dah mula datang

 Menu dari ida laksa utara/laksa asam, soft cotton japanese cheesecake ( 1st time try, sedap sgt...lembut..resepi dari myresepi by alma..tqvvm ), agar2 bandung rintik coklat, pulut kuning, tapai pulut ( pestaim menerai, sib baik jadik..alhamdulillah) air koktel dan kuih2 raya ( 4 jenis ja buat, kerepek2 import dari M'sia )

 Kawan ida linda masak nasi dagang serta kuncu2nya, rendang daging dan dadih manggo.
Kawan ida, aimi masak nasi hujan panas serta pelengkapnya, sate ayam, kuah kacang, lemang serta nasi impit.
ida rebus ketupat pulut segera jer



 Tak ramai dah yang ada, tdk seperti tahun2 lepas....lagipun ramai jugak yg balik beraya kt M'sia dan ada juga yg dah back 4 good.

 Kt bawah kiri tu, Japanese muslim.....cute2 anaknya. Mereka la tetamu akhir kami..dh kul 6 ptg lebih masa tu. Nak kena siap2 pulak sbb mlm nak serang umah kawan ida juga buat open house
Alhamdulillah......insyaallah, inilah aidilfitri terakhir kami sekeluarga kt sini.

Tuesday, December 13, 2011

Lontong Singapura

Quick n3 lagi......Lontong Singapura...resepi korek2 kat dapur K'Ita, Masam Manis ........bila masuk dapur k'ita ni, memang susah nak balik....mesti nak tenung lama2 apa yg k'ita tayang. Mekasih banyak2 yer k'ita.....izinkan ida share kt sini pulak. 
Ohhhhh......kalau yg kaler sedikit nk merah2 ni lontong singapura ke......pernah makan dua2 versi, dan pernah buat yg versi kuah kuning tu jer. Ida buat dgn menggunakan bahan2 yg ada sahaja kat sini....apa2 pun sangat mabeless. .k' ita oo k'ita...rasanya k' ita terlupa taip santan dlm bahan2 tu..tak per ida agak2 la yer ikut selera ida.


TQVVM to all for visited here.......




LONTONG SINGAPURA
Sumber asal : Majalah SAJI keluaran April 2011

Bahan-bahan:
  • Nasi Impit
  • Telur rebus ....lupa nk letak masa possing
( Nasi impit dibuat sendiri atau beli yg segera, balik rebus jer )

Bahan Kisar*
  • 10 tangkai cili kering - jika suka pedas boleh lebihkan( ida letak serbuk cili jer ) *
  • 4 ulas bawang merah ( ida guna 1/2 labu bawang besar ) *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 3 cm halia *
  • 2 batang serai *
  • 2 cm kunyit hidup - dalam resepi guna kunyit serbuk *
  • 100gm udang kering - rendam dulu biar lembut *
  • 1 inci belacan - k'ita tambah ( ida letak sikit jer ) *

Perencah tambahan - k'ita tambah
  • 1 kiub ikan bilis
  • 1 kiub daging
ida hanya letak 1 sk serbuk pati ayam
  • garam secukup rasa
  • 4 cm lengkuas - dihiris 
  • Ida tambah sedikit shj gula dan air asam jawa
  • Santan secukupnya.....ida letak 400 mls santan dlm tin
  • Tambahan air secukupnya
Bahan Sayuran

  • 5 tangkai kacang panjang - potong 1 inc ( ida guna kacang peas )
  • 100 gm sengkuang - potong memanjang ( tak der )
  • 200 gm kobis - dihiris kasar
  • 3 keping tauhu lembut ( ida beli tauhu biasa yg digoreng )
  • 2 keping tempe - potong dadu dan digoreng ( tak der )
  • 200gm suun - rendam hingga lembut
  • 1 batang lobak merah - potong memanjang
Cara-cara:
  • Tumiskan bahan kisar dgn 3 sudu makan minyak/secukupnya hingga naik bau.( K'ita tumis lama sikit supaya bau lada kering kurang) Setelah terbit minyak masukkan santan dan lengkuas. Masak dan biarkan hingga mendidih (kacau selalu supaya santan tak pecah minyak) masukkan perencah tambahan dan garam secukup rasa.
  • Tambah sedikit air, masak dengan kuah yang  sedikit pekat.
  • Kemudian barulah masukkan bahan sayuran, mulakan dgn kacang, lobak merah, sengkuang, tempe, tauhu, suun dan kubis.( ida letak mana yg ada kt jepun jer )
  • Setelah masak, hidangkan bersama nasi impit dan telur rebus. enak juga dimakan dgn serunding daging. ( ida makan dengan serunding ikan dan serunding daging )
Kalau ada telur rebus..boleh letak sekali masa nak makan....dan maknanya lontong ni tak perlu lagi buat sambal tumis apa2....TAPI kalau ada pun, lagiiii la meletop!! betul tak......yg sedap, bertambah2 la sedapppp.
Masa possing lupa lak nak letak. telur....huhuuuu

Semoga bertemu kembali di lain siaran...kalau free, dlm masa yg terdekat..kalau tak.....sunyi jer la dari HCT...bye!

Monday, November 14, 2011

Kuah Kacang Daging......dan berita sedih dari Malaysia

Assalamualaikum dan slm sejahtera semua......sungguh sayu dan sedih pada awal pagi ini, apabila kami dikejutkan dgn berita pemergiaan abang ipar ida. Dia telah kembali ke rahmatullah, arwah adalah suami kpd kakak sulung ida di Kelantan. Bangun utk solat subuh pagi tadi, suami terbaca mesej dari h/pone mengenai berita sedih ini. Sebak,sedih namun ajal maut ditangan tuhan semua tu....dengan sebab atau tanpa sebab pun, jika ajal kita sudah sampai....kita akan pergi juga mengadap Illahi. Arwah abg ipar ida katanya sakit perut sehari sebelum tu, tapi tak tahu la apa penyakit yg sebenarnya, dia pergi begitu cepat tanpa siapa sangka......semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman..Al-fatihah ..amin.
Semoga kakak ida tabah dgn ujian ini....pesanan utk anak2 buah ida yg sudah kahwin dan yg akan berkahwin iaitu mi,na, ira....jaga ma dan adik2 yg masih bersekolah tu....ingat tu, jangan ketepikan mereka walau dimana kita berada / walau di tahap mana kita berada.

Resepi Kuah Kacang Daging by ida@Happy Cooking Time

Bahan-bahan:

  • 500 gm kacang tanah yg digoreng( ida beli kcg tanpa kulit yg siap digoreng )
  • 1 1/2 labu bawang besar*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 2 inci halia*
  • 1 inci lengkuas*
  • 2 batang serai *
  • 2 batang serai....diketuk( serai boleh dilebihkan, sukatan ni utk org merantau mcm ida k)
  • 6 tangkai cili kering* atau lebih kalau nk lg pedas ....direndam air dahulu
  • 1 sb serbuk cili
  • 350 gm daging lembu didadu
  • 1 sb serbuk kari daging
  • 1 sk serbuk jintan putih
  • 1 sk serbuk jintan manis
  • 1/2 sb serbuk ketumbar
  • Sedikit belacan / boleh letak udang kering
  • 2 kpg gula melaka
  • 2 sb gula merah....utk gelapkan warna
  • 2 cawan gula pasir -/+ atau secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • 4 keping asam gelugor / boleh letak air asam jawa 1/2 cawan pekat -/+
  • 1000 mls air -/+ atau secukupnya ikut kepekatan kuah
Cara membuatnya:

  • Jika menggunakan kacang tanah yg belum digoreng, goreng kacang tanpa minyak hingga biji kacang menjadi coklat, hitam2 sedikit dan naik aroma baunyer.
  • Setelah kacang sudah masak, baru buangkan kulitnya dgn meramas dgn tangan kemudian tampi utk asingkan kulit kacang dgn bijinya.
  • Jika menggunakan kacang siap mcm ida, goreng semula seketika tanpa minyak utk mendapatkan aroma kacang dan warna yg lebih gelap
  • Kisar kacang tanah hingga hancur
  • Kisar pula bahan yang bertanda *
  • Panaskan minyak masak, tumis bahan kisar * dan serai ketuk hingga naik bau dan sedikit garing.
  • Masukkan serbuk cili, rempah kari, serbuk jintan2, serbuk ketumbar dan tambah 1/2 cawan air.....tumis lagi hingga rempah betul2 masak
  • Masukkan daging, 1 cawan air.serta sedikit garam....masak hingga daging separuh empuk/hingga sedikit kering rempahnya.
  • Campur kacang tanah kisar dgn baki air dan kacau sebati. 
  • Masukkan bancuhan kacang tanah, gula melaka, gula merah, gula pasir dan sedikit garam dahulu
  • Didihkan kuah kacang hingga masak, kuah nmpk naik minyak dan pekat. Perasakan cukup masin, manis dan masamnya baru tutup api.
  • Sedia dihidangkan bersama nasi impit dan apa2 shj sate......SELAMAT MENCUBA
Note: Jika nak letak sedikit santan pun boleh dan kena kurangkan air semasa memasak kuah kacang daging ni, kali ni ida tak letak.

Kuah kacang daging  yang tidak boleh miss setiap kali raya kt kampung ida. Mula2 dulu masa kami bujang2 kakak ida yg no.2 masak kuah kcg ni, tak tau kt ner dia belajar, maybe dia belajar dgn member2 dari negeri luar kut.......lepas2 tu adik2 dia pun dh terror buat juga..he..he. bahan2 ada yg ida tambah dan tak letak.....kali ni ida tak letak santan.
Kuah kacang yg  ida buat kt atas ni la pelengkap kpd 'Sate Sosej' yg ida buat Aidiladha lepas. Resepi boleh klik kt link tu.

Tuesday, November 8, 2011

Sate Sosej......sedap, satu kelainan bila mkn sate

Slm bersua kembali di sini.........hari tak der WW, rutin harian mcm biasa sajer....n3 hari ni cuma 'sate sosej' yang ida buat utk mkn kt umah sempena Aidiladha lepas. Dapat idea dari sorang kawan ida, Nina....maknyer biasa buat sate sosej katanya. Teringin nk cuba buat....ehhh sedap la pulak, buat sikit jer la masa tu sbb petang kami ada jamuan hari raya.  Satu kelainan sikit bila makan sate. Bahan perap sama jer yang ida buat untuk perap sate ayam /daging cuma kena kurangkan sedikit garam tu jer. Lupa la pulok, mana ada lagi n3 pasal sate ayam / sate daging kt HCT sebelum ni....
Kepada yang ingin mencuba terutamanya Lia dan Ayu  yg bertanyakan resepi pada komen n3 yg lepas....resepi ada di bawah yer.

Resepi Sate Sosej by ida@Happy Cooking Time

Bahan-bahan:

  • 15 batang sosej..kalau tak cukup, boleh lebihkan k
Bahan perap:
  • 1/2 labu bawang besar*
  • 4 ulas bawang putih *
  • 1 inci halia*
  • 4 hiris nipis lengkuas*
  • 2 batang serai...potong nipis2*
  • 1 sk serbuk jintan putih
  • 1 sk serbuk jintan manis
  • 1 sk serbuk rempah ketumbar
  • 1/2 sk kecil serbuk kunyit atau boleh letak 1/2 inci kunyit hidup ( kisar )
  • 2 sb kacang tanah goreng yg dikisar halus
  • 1 sb gula merah
  • 1/2 sk serbuk cili jika nk pedas....kali ni ida tak letak
  • 2 sb minyak zaitun / boleh juga letak minyak biasa
  • Sedikit air asam jawa / air lemon....secukup rasa
  • Garam secukup rasa...ida agak2, jgn terlalu masin
Bahan sampingan:

  • Lidi sate secukupnya...direndam air semalaman / beberapa jam utk mengelakkan ia mudah hangus
  • 1 batang serai dititik......utk merenjis sate
  • Sedikit minyak zaitun/ minyak masak
  • Lebihan bahan perapan sate..disimpan
Cara membuatnya:
  • Panaskan air, celur sosej seketika dan toskan
  • Kisar bahan yang bertanda *
  • Gaul semua bahan perap dlm satu bekas.....cukup masin, sedikit manis dan masam
  • Potong sosej kepada 5 mcm yg ida buat.
  • Perap sosej yg telah dipotong dgn bahan perapan semalaman atau beberapa jam atau boleh terus cucuk dgn lidi sate dan perap
  • Sejatkan lidi sate dari airnya 
  • Cucuk sosej yg diperap dgn menggunakan lidi sate tadi.
  • Masukkan sedikit minyak ke dlm lebihan bahan perapan #
  • Bakar sate seketika shj, ..guna sebatang serai tadi dan minyak dari # utk merenjis sate semasa proses membakar
  • Renjis kedua-dua belah.
SELAMAT MENCUBA, ANAK2 PASTI MENYUKAINYA!!!
Bila2 free nanti ida postkan kuah kacang daging tu pulak k......mekasih yg tidak terhingga kpd kwn2 dan para pengunjung yg sudi singgah ke teratak ida yg tdk seberapa ni...ta ti tu

Monday, November 7, 2011

Kenangan Aidiladha di Japan

Salam Aidiladha sekali lagi kepada semua kawan2 dan seluruh umat Islam, syukur alhamdulillah kita dipanjang umur hingga ke hari ini, semoga setiap apa yang kita lakukan, diberkati oleh Allah dan dipermudahkan urusan segalanya. ....Gambar-gambar ini adalah sebagai kenangan sambutan aidiladha ida di rantau. Sudah menjadi kebiasaan bagi kami beraya dirantau, kepada yang baru sampai mungkin masih tak biasa, berkumpul beramai-ramai begini lah caranya untuk meriahkan suasana hari raya kami kat sini. Gambar kat atas tu adalah menu2 yg ida buat sempena hari raya semalam.....
Tolak sate sosej jer ( buat utk mkn kt umah jer ) menu yg lain2 tu ida bawa ke majlis sambutan hari raya group kami M'sia kt sini smlm. Menu2 yg ida bawa sate sosej, kuah kacang daging, kek karamel alunan kasih dan nasi beriani ayam goreng. Nak resepi ke?? he..he bila2 la ye.....free2 nanti ida post kt sini.
Inilah kami yang ada sekarang di sini....end of year 2011 / Aidiladha 2011
Ucapan dari kawan kami yang akan pulang ke tanah air tak lama jer lagi....




Gambar menu yang paling atas tu adalah menu yg dibawa oleh Japanese Muslim. Tu la 'shirashi sushi'...sushi yg lauk dan sayurnya tabur2 kat atas nasi jer.
Macam2 menu ada...semua nk rasa, tapii perutku tak mampu nak isi semua tu...rasanyer ada lagi yg tak sempat nk snap pic



KENANGAN AIDILADHA 2010 
Bilangan kami end of year 2010 / aidiladha 2010
Tahun lepas menu yang ida bawa hanya laksa utara, nasi impit bersama kuah kacang daging...........kuah kacang daging yg mmg tak miss setiap hari raya kt kampung dulu, resepi asalnya dari kakak ida yg telah turun pula kepada adik2 dia....ida jugak bahan yang ida tambah dan ida tak letak. Adik ida pun dah terror masak kuah kacang daging ni. Resepi belum pernah ida post lagi kt sini...ok la kali ni insyaallah ada.

Wednesday, September 22, 2010

Rendang Tok

Menu selepas raya sebenarnya.......sebab hari raya tak sempat buat rendang, kepingin sekali hendak mkn...kebetulan ada kiriman ketupat palas segera Nona dari kawan kami Linda Ismail...thanks a lot ya linda...huhuhh tak merasa yg ori dpt yg ini pun jadi la. Lama dah rasanya tak mkn rendang tok...belah2 perak selalunya senang dpt ni....first time makan umah member kat perak dulu..hish dah lama benor dah ni. Hitam2 dia tapi sedappp. Googles recipe....rupa2 nya mcm2 versi ya..dari gabungan beberapa resepi dan setelah di tapis sedikit, sebab ada sesetengah bahan ida tak masukkan dan tambahkan/kurangkan...terima kasih & maaf bebanyak ya kpd tuan punya resepi....gomen ne..

Close up sikit ketupat palas segera Nona......
Sumber : Cek De Sam fotopage & Chef Sabri blogspot
Bahan-bahan :
  • 1 kg daging lembu ....didadu
  • 2 liter/ 8 cawan santan dari 4 biji kelapa....sukatan kelapa mcm banyak.... boleh dikurangkan...yg ni ida pakai santan segera 4 cawan + 4 air
  • 3/4 cawan kerisik
  • 1 1/2 sd besar serbuk jintan manis
  • 1 1/2 sd besar serbuk jintan putih
  • 1 1/2 sd besar serbuk ketumbar
  • 1/2 sd bsr serbuk lada hitam...boleh dilebihkan
  • garam secukup rasa
  • 2 sd besar gula merah
  • 8 sd besar pes cili kering....boleh dilebihkan atau dikurangkan
  • 3 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • Sedikit air asam jawa/3 keping asam gelugor
  • Sedikit sahaja belacan...ida letak sebesar hujung jari telunjuk je
  • Tambahan air jika daging masih belum empuk
Bahan kisar halus:
  • 3 biji bawang besar dikupas
  • 12 biji bawang merah....kalau tak ada, pakai bwg bsr...1 labu lg
  • 8 ulas bawang putih
  • 6 cm halia
  • 6 batang serai...dihiris nipis2 supaya senang utk dikisar
  • 4 cm lengkuas...dihiris nipis2 juga
Bahan lain :
  • Isi kelapa tua....kalau ada, dihiris halus...ida tak letak
  • 4 helai kecil daun kunyit....dihiris halus
  • 8 helai daun limau purut...dihiris halus
Cara-cara:
  • Masukkan daging, santan, bahan kisar, pes cili, 3 beradik rempah ratus tadi dalam kuali dan renihkan. Masak di atas api kecil sehingga empuk.
  • Tambah kerisik, serbuk lada hitam, jintan2, serbuk ketumbar dan belacan..sikit je tau. Masak sehingga kuah memekat.
  • Masukkan garam ( bubuh sedikit dahulu garam sebab kita akan pekatkan kuah dia nanti, jika kurang masin baru tambah kemudian ) gula merah, air asam jawa...jika menggunakan asam keping, masukkan awal2 lagi. Terus memasak sehingga menjadi agak sedikit kering.
  • Jika daging belum betul2 empuk boleh la tambah sedikit air lagi dan terus memasak.
  • Kemudian baru masukkan hirisan daun kunyit dan daun limau purut...kacau sehingga betul-betul kering.
  • Jika suka rendang lembab2...masak jangan terlalu kering.