My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story
Showing posts with label Di Lamar Majalah Jelita. Show all posts
Showing posts with label Di Lamar Majalah Jelita. Show all posts

Tuesday, November 22, 2011

Selitan Kenangan Di Lamar Majalah Jelita...


Salam buat semua kawan2 yang ida kenal dan tidak kenal di alam maya ini.....semoga hari Rabu ini menjanjikan sesuatu yang indah dan semoga setiap apa yang kita lakukan mendapat keberkatan dan dipermudahkan oleh yang maha Esa.

N3 ida hari ini cuma cerita yang dah lama.........baru ida berpeluang utk kongsi di sini.Ida abadikan di sini juga sebagai coretan kenangan pada ida dan blog Happy Cooking Time. Ida abadikan segala gambar2 menu dari blog ida yang keluar dlm ruangan 'Sajian Majalah Jelita Oktober, 2011' yang lepas. Dan juga satu hadiah dan penghargaan yang besar buat Happy Cooking Time juga. Apalah yang ada sangat dengan blog ida ni, masih tak ke mana, masih setahun jagung lebih, tidak la glamour seperti blog2 masakan yang lain pun. 
Jutaan terima kasih ida ucapkan kepada semua pengunjung yang sudi ke sini sama ada secara nampak atau secara silent reader dan tak lupa juga kepada semua followers.....domo arigatougozaimasu. Kepada yang tak sudi datang ida tak kisah semua tu, walaupun ida ada beberapa kali visit tapi dia tak der visit langsung w/pun kita pernah berselisih jalan masa nak balik dari ronda2.Itu pun ida tak kisah, may be ida ni peminatnya yang paling bawah sekali dari yang lain2 tu.....biarla sume tu.  Kadang2  ida pun tak dapat nak visit semua blog kawan2 yang ada.Faktor masa yang tidak mengizinkan juga. Ida minta maaf banyak-banyak jika ada blog kawan2 yang ida tak terkunjung balas......mungkin ida terlupa/ tak perasan. Sila ingatkan ida k....Follower pun masih tak seberapa, namun ida tak pentingkan sumer tu, sebab bukan itu tujuan ida berblogging. Berblogging hanya sekadar suka2 jer, ida abadikan sesetengah masakan ida di sini hanya sebagai memorie dan utk rujukan ida pada masa akan datang...disamping itu juga , ida boleh share sekadar yang termampu. Jika ada yang kekurangan apa yang ida share kat sini, ida minta maaf banyak2 sebab bila ida masak, kadang2 tu ida terlupa nak catit sukatan bahan dan main campak2 jer. Sesetengah menu masih ada lagi yang tak sempat nak update kat sini.Ye la, bila dah balik M'sia nanti, entah sempat entah tidak untuk berblogging semula. Sesetengah lagi masih ada yang tak sempat nak update kat sini.

Perantauan ida di Japan bermula pada akhir tahun 2009, beberapa bulan selepas itu bermula wujudnya blog HCT ni atas cadangan suami tercinta sendiri agar hasil air tangan ida ni diabadikan dalam blog sendiri sebagai kenangan dan secara tidak langsung boleh dikongsi bersama. Dialah orang yang mula2 membantu ida mewujudkan HCT, dialah pengkritik utama dari segi rasa menu yang ida masak, dari segi persembahan dan dari segi gambar2 yang ida ambil dan sehingga sekarang dialah yang membantu ida jika ada sebarang masalah dalam berblogging.
Terima kasih banyak2 bang......jasamu tetap ku kenang selama-lamanya


Ida copypaste email yang ida terima dari writer majalah Jelita pada 15 Ogos, 2011...

Kebenaran menyiarkan resipi dan gambar daripada blog.


Salam perkenalan.


Semoga puan sekeluarga sihat hendaknya dan selamat menjalani ibadah puasa.


Terlebih dahulu saya perkenalkan diri, nama saya Anis Mastura Remli penulis daripada Majalah Jelita. Begini, saya ingin meminta kebenaran puan untuk menyiarkan resipi pencuci mulut beserta gambar (bersaiz besar) menerusi blog puan, idaddapur.blogspot.com


Justeru, saya berharap mendapat kebenaran dan kerjasama daripada puan sekali gus dapatlah disiarkan dalam Majalah Jelita edisi Oktober 2011.


Sekian, terima kasih.


--
s Mastura Remli


Writer JELITA
Berita Publishing Sdn Bhd
No. 16-20, Jalan 4/109E
Desa Business Park
Taman Desa
Off Jalan Klang Lama
58100 Kuala Lumpur

cnp email seterusnya dari writer majalah pada 18 Ogos, 2011

Re: Kebenaran menyiarkan resipi dan gambar daripada blog.


Salam...oh terima kasih Ida.


Begini, Anis sudah pun memilih 7 jenis resipi daripada blog Ida (hehehe walaupun belum tahu tuan tanah blog nak bagi kebenaran atau belum ketika itu). Resipinya Anis boleh ambil daripada blog Ida, cuma gambar kami perlukan yang bersaiz besar. Mungkin Ida boleh email 2000pixel (300dpi). Ini untuk elakkan gambar pecah dan blur. Jadi, kerjasama daripada Ida, sangat diharapkan. Jelita juga akan kredit nama blog Ida pada page sajian itu. Cadangnya mahu gunakan untuk isu Oktober 2011. Kalau ada apa-apa, Ida boleh email saya ye. Terima kasih banyak-banyak.


1. Yogurt Fruity Bread Pudding
2. Cheesy Epal Blueberry Jelly
3. Fruits Custard Tart
4. Kek Kastard Pandan
5. Blueberry Buckle
6. Puding Tembikai
7. Three Layer Cheesecake

Dari ketujuh-tujuh resepi, ada juga resepi ida sendiri


Pesanan ida kepada penulis majalah Jelita, .....ida ucapkan berbanyak2 terima kasih di atas kesudiaan menyunting menu2 dari blog HCT yang tidak seberapa ini dan telah dimuatkan di dalam ruangan 'Sajian Majalah Jelita Oktober, 2011'. Terima kasih daun keladi he..he


Pesanan ida kepada semua penyumbang resepi........mekasih yang tidak terhingga dan tidak terbalas oleh ida...ida hanya mampu ucapkan terima kasih sahaja



Terdapat 7 resepi yang dipilih oleh penulis majalah. Pada muka surat pertama, terdapat kesilapan teknikal sedikit kat situ...gambar lain, resepi lain. Kata penulis, ini adalah kesilapan dari pihak grafik.

Kat sini juga ada kesilapan teknikal berlaku 'Blueberry Buckle' tu, gambarnya dok kat depan tadi...
Semoga berjumpa lagi di lain siaran....mungkin next week sebab selepas hari ini, ida agak sibuk sekali....ada hal sikit. Salam sayang dari ida...mmmuahhhh!!!

Saturday, October 1, 2011

Dah beli ke Majalah Jelita Edisi Oktober 2011?

Salam buat semua dan TQVM yang sudi jelajah ke sini.dan kpd .teman2 yang sudi tinggalkan komen, masih banyak komen 2 belum sempat ida jawap........kali ni tak de n3 masak2, cuma cerita Majalah Jelita bulan ni. Ada sesiapa dah beli?? Kalau dah beli nanti komen k.....ida sebenarnya tak sabar nak tengok ruangan sajian majalah jelita keluaran Oktober ni. Tapi apakan daya jauh dirantau, hajat nak dapatkan cepat2 tidak kesampaian la nampaknyer.
Kalau sesaper dah terbaca majalah bulan ni.......mungkin mereka dapat tahu kaitan n3 ida kali ni. Mcm buat promosi pulak ida ni.......beli cepat sebelum terlambat hi..hi.