My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story
Showing posts with label bubur. Show all posts
Showing posts with label bubur. Show all posts

Wednesday, February 8, 2012

Bubur Lambuk @ bubur asyura versi Johor

ASSALAMUALAIKUM..........sorry yer gambar sgt kurang memuaskan. Musim sejuk mcm ni la...susah nk dpt cahaya matahari. Tenggelam timbul dia......banyak hari yang mendung, dari hari yang terang..mendung yang tak beerti hujan.Apa2 pun itu kuasa Allah yg maha berkuasa.....kita redha dan terima segala ketentuanNya.

Malam ni ida cuma nak n3 satu menu 'bubur'. Setengah orang panggil juga bubur 'asyura' dan ada juga yg panggil bubur lambuk. TAPI setiap negeri bubur ni berbeza2 rasanya, ada yg manis, masin, & pedas berempah serta berbeza sedikit bahan2nya. Resepi bubur ni ida dpt dari kawan ida Linda kt sini, yg berasal dari Johor. Mekasih byk2 yer linda...izinkan k'ida share kt sini pulak yer.
Resepi asal, tdk ditulis sukatan bahan2 nya....jadi ida nak kena pandai2 sukat sendiri berapa byk yg nak kena letak. Ada juga bahan yg ida omit & olah step memasaknya. Alhamdulillah......sedappp sekali bagi tekak ida & keluarga. Pernah juga ida makan yg kawan ida  buat, sedappp sgt....nampak anak2 dan asben pun suka makan. 
Jadi ni baru pestaim ida cuba buat sendiri. Kalau bubur asyura belah Kelate, lain sikit......rasa lebih berempah, kaler dia lebih gelap...huuuhhhh lamanyer tak makan. Tapi asben kureng yg versi Kelate ni.

RESEPI BUBUR LAMBUK/ASYURA.

Bahan-bahan:
  • 2 cawan beras - air secukupnya 10 - 12 cwn
  • 2-3 senduk santan ( ida letak 1 cawan jer )
  • 1 labu bawang besar*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia* bahan * dikisar
  • 2 cawan / lebih daging lembu kisar / daging ayam kisar / yg cincang ( ida letak ayam je, boleh juga letak dua2 sekali )
  • 1 sk serbuk lada putih
  • 1 sk / lebih serbuk lada hitam 
  • sedara mara kekacang (kacang tanah, kacang kuda dll – direndam semalaman).....ida tak letak pon sbb tak der stok kt dapur & tak plan nk buat ari tu )
  • sedikit daun sup / jika tak der boleh letak daun saderi..dipotong halus
  • Kentang n carrot secukupnya – dipotong dadu
  • Garam+gula secukup rasa
  • Bawang goreng
  • 4 sb rempah soto ( jika tiada, boleh letak serbuk rempah sup + serbuk rempah kurma )
  • 1 pkt sup bunjut
  • Rempah 4 sekawan
  • Air secukupnya
  • Serbuk perasa jika suka cth serbuk pati ayam 
  • 1/2 sk serbuk jintan putih ( ni ida tambah )
Bahan hiris :
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 labu bawang besar

Cara membuat :
  • Panaskan sedikit minyak, tumis set rempah 4 sekawan, kemudian masukkan bahan hiris, tumis seketika baru masukkan bahan kisar.....tumis hingga sedikit garing & naik bau.
  • bancuh perencah soto / sup ngan ½ cawan air, masukkan dlm tumisan tadi.....tumis seketika
  • masukkan daging ayam, masukkan lada hitam/putih n sup bunjut dan sedikit air dulu.,...kacau seketika masukkan beras, kekacang jika suka, air secukupnya, sedikit garam dulu, sikit gula & serbuk pati ayam jika suka......biar ia mendidih
  • Apabila nampak beras hampir kembang, baru masukkan kentang+carrot
  • slps kentang, carrot n kekacang lembut, masukkan santan dan tambahan air masak jika nampak terlalu pekat.( masak cam buat bubur nasi gitu )
  • perasakan dgn garam secukupnya
  • bila dah masak, tabur bawang goreng dan daun sup / daun saderi.... (*keluarkan set rempah 4 sekawan n sup bunjut dari bubur )
  • Sedia dihidangkan panas2 cthnya bersama telur dadar halus, daun sup/daun saderi dan serunding ikan/daging/ayam ( ida tambah serunding ikan )

Jemput makan sume.........sedap tak?? Alah....persan tak, lupa la pulok nk tabur bawang goreng masa snap pic dia. Sekali sekala sedap jugak pekena bubur ni...sejuk2 perut asyik lapar jer.....masuk apa pon, laju jer telan..hiiiiiii...pas tu mok2 jadinya....sabar jer la.
Alahaii.....tak sempat jugakkkk nk terjah dapur kwn2 mlm ni, mata dh rasa mengantukk......ida minta maaf byk2...kpd yg masih sudi singgah sini & komen, ida ucapkan jutaan terima kasih.....serba salah jadinya, kunjung balas tak terbuat2.

Monday, July 4, 2011

Bubur Jagung Durian


Baru sempat nak bersiaran dgn menu yg simple jer......ni pun menu minggu lepas kot. Kebetulan jagung kat kedai murah sikit masa tu, ida beli 4 pkt, satu pkt ada 2 btg. Isi jagung Japan ni sedapp sangat, manis dan ranggup sikit. Masa dok kikis isi jagung ni, ida siap ratah mcm tu jer....mmg manis dan ranggup la isi dia. Buat bubur cam ni lagi la, tambah sikit isi durian....fuhhhh mabeless.
Kebetulan dlm freezer ada sikit balance isi durian beli hari tu. Ada dapat sikit rasa dan bau pun jadi la. Itu pun beli isi durian Thai yang frozen.


Bubur jagung merupakan salah satu bubur kegemaran keluarga ida. Wokey!! tak leh nak cakap banyak.....bila ada kesempatan, insyaallah nanti nak ronda2 mana yang belum dironda.
Mekasih banyak2 kepada yang sudi ke sini...mmmuahhh!
BAHAN-BAHAN:
  • 8 batang jagung manis
  • 400 mls/ 1 tin santan pekat dalam tin
  • 700 - 1000 mls air / secukupnya
  • 1 cawan gula /secukup rasa
  • 1 1/2 sd teh garam
  • 2 sb tepung jagung
  • 1/2 cawan isi durian / lebih
CARA:
  • Jagung dibuang kulit dan dibasuh
  • Kikis isi jagung dengan pisau
  • Masukkan isi jagung ke dalam periuk dan rebus bersama 600 mls air sehingga separuh empuk
  • Masukkan santan dan lebihan air.
  • Masukkan juga gula dan garam....kacau sebati
  • Bancuh tepung jagung dengan sedikit air, kemudian tuang ke dalam periuk...kacau sebati
  • Didihkan lagi sehingga jagung empuk.
  • SEDIA dihidangkan.....makan suam2 panas pun sedap, letak beberapa ketul ais dalamnya pun lagi sedap.

Sekadar tatapan buat semua pengunjung yang AMAT dihargai...........terima kasih.

Thursday, June 2, 2011

Bubur Pulut Hitam


Salam kembali........salah satu bubur feberet kami. Dah lama tak makan sebenarnya. Beras pulut hitam biasanya senang didapati di belah2 Kelantan dan Sempadan Thai seperti di Padang Besar.....sbb asalnya mmg dari Thai kn. Beras ni pun adalah pemberiaan kawan hari tu.


Jemput makan semua......

BAHAN-BAHAN:
  • 400 gm beras pulut hitam...direndam semalaman @ 3-4 jam
  • 1 tin santan pekat ( dlm 400 mls ) / pati santan segar...boleh dilebihkan atau dikurangkan sukatan santan
  • 2 sd teh garam
  • 1 ketul/keping gula melaka
  • Tambahan gula pasir secukup rasa
  • Tambahan air lebih kurang 1 1/2 - 2 liter....ikut kepekatan yg diingini
CARA-CARA:
  • Beras pulut hitam direbus sehingga separuh empuk dgn 1 liter air lebih kurang
  • Setelah agak sudah empuk sedikit, masukkan bahan2 lain kecuali gula pasir.
  • Masak sehingga empuk tapi jangan sampai biji beras jadi kembang....kalau dah kembang kurang menarik jadinya.
  • Perasakan gula secukupnya baru angkat.


Monday, August 23, 2010

Bubur Som-Som Pandan

Ni dessert berbuka petang semalam.....hari ni tak tau nak masak apa pulak.Makan kek aje la....sebenarnya kek dah siap bakar pagi tadi selepas bersahur.
Resepi copy dari dapur Azita ( Azita Kitchen ) sebab baru terpandang baru-baru ni kat dapur dia ....pernah makan suatu ketika dulu,kawan kat tempat kerja kat M'sia bawak..K'Midah namanya.Sedap & sejuk lemak manis bila makan ni. Sesuai dijadikan dessert semasa berbuka dan sesuai pada musim panas ni. Kalau letak seketul 2 ketul ais lagi sedap & nyaman. Thanks ye ita,ida letak resepi kat sini pulak ya...senang nak rujuk nanti
Bahan-bahan:( sukatan yang sesuai untuk ida sekeluarga..tak lebih dan tak kurang )
  • 1 cawan tepung beras
  • 4 cawan santan/boleh ganti dgn kisar daun pandan & tapiskan......ida pakai 2 cawan santan dlm tin + 2 cawan air
  • 1 sd teh pandan emulco...ida tak letak,cuma gantikan dengan 1 helai daun pandan disimpul
  • secubit garam
  • Ida tambah sedikit pewarna hijau
Cara-cara:
  • Masukkan bahan ke dalam periuk,kacau sebati....ida kacau pakai whisker
  • Masak dgn api yang sederhana besar sambil mengacau hingga mendidih dan pekat
  • Setelah pekat,tutup api. Keluarkan daun pandan.Tuangkan ke dalam acuan kecil-kecil.
  • Boleh juga dituang ke dalam loyang 4 segi...bila dah sejuk baru potong kiub-kiub
  • Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk
  • Sedia dimakan dengan sirap/air gula melaka.....ida buat sirap gula merah
Sirap gula melaka
  • 250 gm guls melaka
  • 500 mls air
  • 2 helai daun pandan
Atau
Sirap gula merah
  • 1/2 cawan gula merah
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 500 -600mls air
  • 1-2 helai daun pandan
*Jika suka lebih manis boleh lebihkan gula lagi
Cara-cara :
Masak semua bahan sehingga gula cair dan tapiskan.Sejukkan sebelum dimakan bersama bubur tadi.
Atau semasa hendak makan letak 2/3 ketul ais lagi sedap.