My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story
Showing posts with label Menu simple. Show all posts
Showing posts with label Menu simple. Show all posts

Wednesday, May 16, 2012

Egg Benedict

Assalamualaikum.....
Quick n3 hari ni....'Egg Benedict'..Resepi intai2 lama dh dulu kt dapur Hana, sumber asal my.resepi  by zurin. Tqvvm to both of u dear.Tapi kali ni ida tabur ngan garlic seasoning powder kt atas sebelum bakar...pon sodap. Selalu gak buat utk sarapan pagi2...selalu tak menyempat pon nk snap gambar. Satu hari tu...si kakak req nk mkn ni utk lunch...so sempat la snap pic dulu.Anak2 & hubby cukup suka maybe telur dia jadi cam ala2 telur half cooked gitu kut...Ida jer kureng ngan telur kurang masak nihh.

RESEPI EGG BENEDICT
Bahan-bahan
  • 2 biji telur
  • 2 keping roti putih - dibuang tepinya
  • lada hitam - freshly cracked
  • Ida tambah garlic seasoning powder
  • Sedikit butter atau majerin
  • Garam 
Cara-cara
  • Butterkan bekas muffin atau bekas membakar kecil yg digunakan.( ida alas dasarnya dgn baking paper & sapu ngan marjerin termasuk tepi bekas )
  • Letakkan sekeping roti didalam bekas muffin. Butterkan roti, taburkan sedikit lada hitam dan garam.
  • Pecahkan sebiji telur ke atas roti. Tabur lagi sedikit lada hitam & garam( ida tabur juga ngan garlic seasoning powder ). Boleh juga ditaburkan sedikit cheese kalau mahu (optional)
  • Bakar pada suhu 180 C selama 15-20min atau hingga telur putih just set & telur kuning cair sedikit.( ida bakar 12 minit guna oven )
psst:kalau nak senang makan...alihkan roti ke dlm pinggan & sedia di makan bersama sedikit kicap/salsa dll


Garlic sesoning powder ni dh dicampur juga ngan oregano kalau tak silap ida.

Thursday, February 9, 2012

Bun Pizza .....edisi nak abiskan stok roti bun

Assalamualaikum dan selamat malam semua....dah nak tidur ke? Kalau tak tidur lagi, meh cuci mata kat sini dulu....cukup sekadar cuci mata pun tak per.

 Tayangan malam ni cuma menu simple aja yer.......salah satu cara nak memikat selera anak2 makan bun kosong ni. Daripada tak abis dan dibiar expired......ida buat versi 'bun pizza' ni. Bun / dinner roll ni ida beli kat Costco baru2 ni. Punya la banyak 1 pack besar tu....mula2 laju jer diaorang ni makan, cicah air milo, sapu jem/marjerin la.....lepas tu dh tak mau makan dah. Last2 ida belah dua, letak simple topping cam buat topping pizza dan bakar. Balik sekolah hari tu, laju pulak anak2 ida ni amik kunyah bun yg dah jadi pizza ni. Tak membazir kan......saper yg ada bun kt rumah yg tak berapa nak jalan tu, boleh la try buat ni.

 Okesss....layan aja la yer, tak leh lama2......

Bun Pizza
  • Roti bun secukupnya
  • Sos cili + sos tomato @ boleh letak sos pizza
  • Mozarella cheese halus@ mix cheese pun boleh
  • Sedikit bawang besar...didadu
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Mayonis 
  • Sosej secukupnya...dicelur seketika & dihiris nipis
  • Optional....garlic spread/garlic seasoning powder ( ni ida beli kt Costco )...sedappp
Cara membuat :
  • Roti bun dibelah dua
  • Ambil satu persatu, sapu dgn sos, tabur sikit cheese, susun sosej, tabur bawang besar dadu & tabur lagi cheese.
  • Paipkan sedikit mayonis, tabur bahan seterusnya.
  • Panaskan oven dan bakar dalam suhu 200 C selama 7 - 8 minit @ hingga cheese mencair.

 Oyasuminasait ! / Selamat malam.......ida minta maaf byk2 sbb lately ida jarang2 dpt BW, kalau terjah pun tak sempat nak komen bagai....namun masih ada juga yg sudi tinggalkan jejak kt sini...ida sgt hargai sumer tu, TQVVM
Ida post n3 ni pun curi2 masa sikit, bila sumer anak2 dah tidur, tu pun tak boleh lama, sejuk2 ni mata cepat aja mengantuk..adehhh. Selalunya malam2 aja lah baru free sikit..siang2 pulak rasa masa tu kejap jer, lagipun nak kena disiplinkan diri .....buat kerja rumah pun rasa cam tak abiss2.

Thursday, February 2, 2012

Tauhu Kukus Pedas

 ASSALAMUALAIKUM.....DAN SALAM SEJAHTERA BUAT SEMUA.


Meh kita layan menu simple dimple, menu sihat ni dari ida....Ida buat beberapa hari lepas. Menu utk salah satu bentou/bekal en.asben. Yang dlm pic ni utk tuan blog ni makan...sorry yer bang, yg bentou utk abg tak buh cendawan sbb baru beli selepas tu..he..he. Aikkss..tak der lauk ker...ada. Cuma dia malu2 nak interprem kt sini heeee.

Bahan-bahan :( A )
  • 2 keping tauhu ( jenis yg lembut sedikit )
  • Sayuran pilihan ( cth sawi dan cendawan Jepun...sbb tak tau nama cendawan ni )
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk lada sulah secukup rasa
Bahan tumis :( B )
  • 3 ulas bawang putih...dicincang halus*
  • 1/4 labu bawang besar...cincang/dadu halus*
  • 1 sb udang kering...direndam & cincang halus*
  • 1/2 sb cili kering kisar ( boleh juga letak cili serbuk )...boleh tambah jika nk lebih pedas
  • Sedikit minyak zaitun extra virgin utk menumis
  • 2 sb kicap pekat lemak masin
  • 1 sb sos tiram
  • Sedikit air perahan lemon/limau nipis pun boleh
  • Tambahan sedikit garam
Cara membuatnya :
  • Mula2 sediakan bahan B. Panaskan minyak zaitun
  • Tumis bahan * hingga naik bau dan sedikit garing
  • Masukkan cili kering kisar...tumis hingga masak
  • Tambah 2 sb air utk elakkan ia hangit dan kacau.
  • Masukkan bahan2 lain...tumis hingga agak kering...Ketepikan dahulu.
Bahan A
  • Sebelum tu panaskan air dlm periuk kukusan 
  • Cuci sayuran dan tauhu.
  • Susun tauhu dan sayuran ke dalam mangkuk tahan panas.
  • Taburkan bahan A yg telah dimasak ke atas tauhu
  • Curahkan sedikit air sahaja...sikit jer k
  • Tabur dgn sedikit lada sulah dan garam halus
  • Kukus seketika ( lebih kurang 15 minit )

Wednesday, November 2, 2011

Pizza Roti Segera....menu b/fast yang cepat dan mudah

Salam weekend buat semua........inilah menu b/fast yang mudah dan sedap feberet anak2 ida. Sangat mudah dan cepat penyediaannya. Pernah ada n3 sebelum ni kat SINI. Kali ni nmpk bersih jer kan atas pizza roti ida ni sbb mmg tak letak sayur mayur pun budak2 ni tak gemar..nanti dikorek buang jer.


Resepi Pizza Roti Segera by HCT
Bahan-bahan:
  • Beberapa keping roti sandwich/roti keping
  • Sos pizza atau boleh pakai sos tomato + sos cili
  • Capsicum/cili belanda....hijau/merah....kali ni ida tak letak
  • 1/2 labu bawang besar
  • Beberapa batang sosej
  • Cendawan butang dalam tin...ida tak letak juga
  • Oregano
    Mozarella cheese / mix cheese halus @ kalau tak ada,boleh pakai slice cheese je.
    Sedikit serbuk lada hitam ( optional )...kali ni ida tak letak
    Mayonis
Cara-cara:
  • Celur sekejap sosej dalam air panas.
  • Capsicum di potong bulat nipis /dadu  ( ida tak letak ),bawang besar di potong dadu kecil.
  • Sosej dihiris nipis bulat/nipis panjang.
  • Hiris nipis cendawan butang.( ida juga tak letak )
  • Kalau menggunakan sos tomato & sos cili.....dalam mangkuk kecil campurkan kedua-dua sos tersebut.
  • Jika takut pedas untuk anak-anak,boleh la menggunakan sos tomato sahaja.
  • Ambila sekeping roti dahulu,sapu dengan sos, tabur sedikit cheese, aturkan sosej,tabur bawang besar, jika nk letak cendawan & capsicum, boleh tabur sekali.
  • Kemudian tabur cheese, picitkan sedikit mayonis, tabur pula dengan sedikit serbuk lada hitam ( jika letak ) dan akhir sekali tabur oregano.
  • Bakar dalam oven selama 8 - 10 minit atau tostkan dlm toster. Selamat Mencuba.
Pizza roti dah siap dipotong dua utk anak2 senang ngapp ...

Sunday, October 23, 2011

Roti goreng tempura inti sambal bilis

Salam kembali........salam ceria selalu, n3 hari ni ida pilih menu yang  simple2 aja. Ni pun kutip gambar menu yg simple jer dulu , pic menu2 lain  terpaksa ida simpan dulu sbb masa dan keadaan tidak mengizinkan utk masukkan semua n3....rasanya dah berkepuk gambar2 dlm simpanan ida ni...adoiiii. Berblogging hanya sampingan ida sahaja........jika ada luang ida masukkan n3, sbb yang wajib dan penting harus ida dahulukan. Ida minta maaf banyak2 jika pengunjung yg dgt ke sini tgk blog ni jarang2 ada update terkininya.
Anyway.....sejuta penghargaan dan terima kasih kpd kawan2 dan pengunjung semua yg sudi ke HCT.
Roti kalau dh dekat2 exp datenyer.....kalau buat cam gini confirm licin. Kebetulan masa hari tu, ada sambal ikan bilis lebihan nasi lemak dan ada sebungkus roti yg dh dekat tarikh luputnya. Ida goreng cam gini, licin selepas tu. idea ni pun rasanya dtg dari kawan2 blogger jugak, ida dah tak ingat, pernah terpandang lama dah,....tapi roti tu celup tepung biasa la, ida nk senang, ida celup bancuhan tepung tempura ni, lagipun tepung tempura ni ranggup. Mekasih2 byk2 kpd yg memberi idea.
Selain daripada inti sambal bilis,  boleh juga letak inti sambal sardin, kaya, jem dan apa2 yg sesuai la. Senangkan, just bancuh tepung tempura, celup roti yg diletak inti dan kemudian goreng dlm minyak panas. Tepung tempura dah mmg ranggup, roti dah mmg lembut so sgt sesuai....ranggup diluar,lembut di dalam.



Ok la jom layan resepinya.......
Bahan-bahan :

  • 6 keping roti
  • 1 cawan tepung tempura.....contoh tepung tempura yg ida guna tgk SINI
  • 3/4 cawan air utk bancuh tepung
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula / 1/4 sk
  • Minyak utk menggoreng
Inti :
  • Kali ni ida letak sambal ikan bilis
Cara-cara;
  • Panaskan minyak masak
  • Roti dibuang bahagian keras tepinya
  • Bancuh tepung tempura bersama air, sedikit garam dan 1/4 sk gula
  • Sapu rata sekeping roti dgn sambal ikan bilis, ambil sekeping lagi tutup atas*
  • Ulangi langkah * utk 4 keping roti yang lain
  • Potong setiap roti yg disapu inti tadi kpd 8......nk potong besar sikit pun boleh
  • Celup satu2 ke dlm bancuhan tepung tempura dan goreng hingga garing.

Monday, September 19, 2011

Tauhu Fa Longan

Salam buat semua.........tauhu fa ni sangat sedap! Ida beli tauhu lembut yg siap dlm peket, balik rumah ida letak longan, air gula melaka + air longan.( kemanisan ikut selera masing2 la)..fuhhhh, cuaca panas2 mmg best sgt bila pekena menda ni. Tapi cuaca kt Japan ni dah mula sejukkk....summer akan pergi, autumn akan kembali semula. Hari tu ida ada bawa tauhu ni ke majlis hari raya group kami kat sini.
Saper2 dok Japan, boleh dapatkan di pasaraya EON.( Jusco, Max Value ). Mekasih banyak2 kepada E-na ( Lovely Kitchen ) yg memperkenalkan tauhu ni.
Resepi tak yah letak la ye....tauhu lembut tu pun ida beli yang segera...balik umah letak air gula melaka + sedikit air longan & buah longan. Dessert yang sedap!!

Thursday, February 3, 2011

Banana Toast Bread


































Selain bubuh topping cam buat pizza tu.....boleh tukar versi banana topping ni pulak..lemak2 manis rasanyer...sedap dimakan panas2. Buat ni pun entah bila pun tak tau....belek2 pic dlm hard disk konon2 nak cari resepi yg paling simple la nak n3 mlm ni...haaa ada pun dia. Mudah jer la...sume dah biasa buat ni kut

Bahan-bahan:
  • Roti keping secukupnya...kalau nak potong bah.tepi kerak roti pun boleh
  • Soft marjerin @ boleh juga pakai butter utk sapu pada base roti
  • Pisang secukupnya.....dihiris nipis bulat
  • Apa2 parutan cheese....mozarella/mix cheese....ida letak sikit jer
  • Sedikit gula
  • Badam hiris
  • Kismis
Cara-cara;
  • Sapu roti dgn soft marjerin/butter, tabur sedikit cheese dan gula.
  • Aturkan pisang hiris, tabur lagi cheese dan sedikit lagi gula atasnya.
  • Aturkan badam dan kemudian tabur dgn kismis
  • Bakar di dalam oven yg dipanaskan sekejap lebih kurang selama 8 minit..@ lebih sedikit. Ida letak suhu 180 C

Friday, July 23, 2010

Pizza Roti Segera

Segera & cepat dimasak......ini lah dia breakfast kami pagi tadi.Ha..ha,express bikin punya b'fast,hanya menggunakan roti keping yang dibeli serta topping ngan bahan-bahan lain,di bakar/di toast dalam oven selama 10 minit,siap boleh dimakan panas-panas. Pernah terpandang kat ner ye?....haa..rumah E-na ( lovely kitchen )..thanks ya E-na,give me idea.Topping tu ikut selera masing-masing la ya, ida taruk je apa yang ada kat esbox.
Meh ler kita tengok cammana nak buat....tak tengok, jeling pun tak pe dah ahhh....

Bahan-bahan:
  • Beberapa keping roti sandwich/roti keping
  • Sos pizza atau boleh pakai sos tomato + sos cili
  • Capsicum/cili belanda....hijau/merah
  • 1/2 labu bawang besar
  • Beberapa batang sosej
  • Cendawan butang dalam tin
  • Oregano
  • Mozarella cheese @ kalau tak ada,boleh pakai slice cheese je.
  • Sedikit serbuk lada hitam ( optional )

Cara-cara:

  • Capsicum di potong bulat nipis,bawang besar di potong dadu kecil.
  • Sosej dibersihkan dahulu dan dihiris nipis bulat/nipis panjang.
  • Hiris nipis cendawan butang.
  • Kalau menggunakan sos tomato & sos cili.....dalam mangkuk kecil campurkan kedua-dua sos tersebut.
  • Jika takut pedas untuk anak-anak,boleh la menggunakan sos tomato sahaja.
  • Ambila sekeping roti dahulu,sapu dengan sos, aturkan sosej,tabur bawang besar,susunkan cendawan & capsicum...Ida tambah ayam cincang,lebihan yang dimasak untuk telur bungkus semalam,tengok masih elok sebab disimpan dalam peti ais.
  • Kemudian tabur mozarella cheese, tabur pula dengan sedikit serbuk lada hitam dan akhir sekali tabur oregano.
  • Bakar/toast kan dalam toster selama 10 minit.Selamat Mencuba.