Slm semua.........nak tahu ni la dia salah satu makanan jepun yang semua anak2 ida suka sangat selain takoyaki dan udon. Kalau sushi, onigiri.....ada yang sgt gemar dan ada yang sikit2 gemar. Okonomiyaki atau dgn kata lain 'Japanese Style Pancake' atau 'Japanese Pizza'. Ia adalah salah satu makanan yang sgt femes pada masyarakat Jepun. Macam2 versi ada sebenarnya ....ada yang letak mee juga sebagai tambahan tapi ida buat yang menggunakan tepung gandum,kobis sbg bahan asas disamping bahan2 lain.. Jika nak gunakan tepung okonomiyaki pun boleh juga dan bancuhan hendaklah ikut arahan pada peket tepung tersebut k. Ida guna tepung gandum biasa jer, pun sedapp.
Topping atasnya ida hanya letak sos takoyaki( sepatutnya sos okonomiyaki ), mayonis, serbuk seaweed/nori dan dried bonito flakes/katsuobushi. Okonomiyaki ni nak kena makan semasa panas2....memang sedap. Sudah berkali-kali buat sbb mmg feberet yg amat anak-anak ida. Tapi yang heran budak2 ni, bila menda ni ada sayur kobis..makan la pulak, kalau cuba bagi sayur kobis yg digoreng jer/lain2 ....mmg tak makannyer.
Resepi ida juga ada rujuk kat japanesefood.about.com dan ida ubahsuai ikut kesesuaian ida. Len kali ida post resepi takoyaki lak k...bila tu?, takoyaki ada la beberapa kali buat, sbb agak leceh sedikit sms nk memasaknyer jadi bulat2.....lambat nak siap, tang masuk mulut kejap jer..
Ok la jom kita layan resepi yang mudah dan pasti sedap.
Note : Jika menggunakan tepung okonomiyaki, sila ikut arahan pada peket.
Resepi Okonomiyaki
saiz 1 biji sederhana
Bahan A:
- 1 cawan tepung gandum( cawan yg sukatannya 200 mls)
- 1 biji telur
- 1 cawan air atau boleh lebihkan sedikit atau kurangkan sikit
- 1/2 sk baking powder
- Sedikit garam
- 1 sk gula
- 1 sk serbuk pati ikan bilis atau boleh letak serbuk dashi
- 2 cawan hirisan halus kobis....kadang2 ida letak lebih
- 1/2 batang carrot hiris halus/sagat
- 4 tangkai daun bawang dihiris
- 1/2 labu bawang besar didadu
- Hirisan sosej atau boleh letak udang, crabstick, hirisan nipis daging, sotong dan sebagainya
Contoh Topping:
- Sos okonomiyaki ( ida pakai sos takoyaki jer )
- Mayonis
- Serbuk seaweed/nori/rumpai laut
- Dried bonito flakes/ikan panggang sagat
- Dried shrimp
Cara-cara:
- Gaul sebati bahan A dlm mangkuk
- Sediakan kuali leper, panaskan sedikit minyak seperti hendak goreng telur dadar jer.
- Masak seperti hendak membuat lempeng Malaysia tapi tebal sikit.
- Biarkan bahagian bawah agak sudah masak dan garing sedikit baru terbalikkan. Boleh lihat gambar kat bawah.
- Setelah sudah masak angkat dan letak di dalam pinggan leper/dulang bulat.
- Picitkan sos okonomiyaki( ida letak sos takoyaki), tabur dgn bonito flakes serta serbuk nori/seaweed, kemudian picitkan mayonis.
- Potong macam pizza.
- Sedia dihidangkan panas-panas.