My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story
Showing posts with label Birthday. Show all posts
Showing posts with label Birthday. Show all posts

Wednesday, April 18, 2012

HaPPy BirTHdaY To Me.....

Alhamdulillah syukur kepadaMu ya Allah.......sehingga hari ini, aku masih mampu bernafas, mampu berteduh di bawah langitMu, mampu bertapak di atas bumiMu, mampu hidup bersama & bahagia dgn org2 yang tersayang....Terima kasih buat bonda yang melalui saat2 perit dulu melahirkan insan ini....tidak termampu olehku membalas jasamu ibu.Tidak lupa juga kepada arwah bapaku.....terima kasih krn menjagaku selama ini, semoga roh beliau sentiasa dicucuri rahmat olehNya....amin
Terima kasih juga kepada insan2 yang menyayangi diriku, yang melindungiku, yang membahagiakanku selama ini....



 Inilah kek pertama hasilan sendiri utk birthday sendiri, terpaksa uat kek sendiri huhuuu. Tapi disebabkan tahun ni birthday last ida kt Jepon.....teruja pulak nk buat kek b'day sendiri. 
Kek bertemakan 'Sakura' menjadi pilihan di hati. Walaupun bunga sakura semua sudah gugur kt tmpt ida....namun tempiasnya masih belum hilang. Ida suka sangat dgn bunga sakura ni. Sejuk jer mata memandang.
Dlm kek apa????..kek ni belum dpt dipotong lagikk..tunggu hubby balik mlm nanti baru boleh potong so lepas2 ni la yer ida story lak

 
  Sakura di senja hari...

Saturday, February 18, 2012

Finally......Rainbow Cake for his birthday

ASSALAMUALAIKUM.......
Sibukknya rasa..baru ida sempat bersiaran, bersiaran pun dh hampir lewat malam......masa ni, semua dh dibuai mimpi. Minta maaf byk sbb belum sempat ida terjah blog kwn2. Malam ni n3 pasal b'day story anak boy ida Aqil hari Jumaat lepas ( 17.02.2012 ). B'day boy ni cerewet orgnya.......dia dh siap bg list apa gambar kt kek yg dia nak. Tapi last2 ummi pilih yg tak brp nak susah & tak brp nak senang...muka Doraemon with Rainbow Cake.
Dalam fikiran ida ni berbelah bagi samada nak buat 'Chocolate Indulgence cake' @  'Rainbow Cake'. Tapi hati lebih kpd rainbow cake, tekak pula lebih kpd chocolate Indulgence....haiiii. Last2 ida pilih utk buat 'Rainbow Cake'. Buat hari Jumaat tu from A to Z....berpeluh2 rasanya. Lepas siap kek, masak lak 'Laksa Johor' utk santapan hubby balik dari lab. Memang letih sgt hari tu, tambah anak2 ida dua org ni Ain & Aqil ada kt rumah sbb demam....tapi tak la teruk. Salah diri sendiri jugak sbb tak buat sehari sebelum. Sambil buat kek sambil dok membebel kt diaorg....sbb si abg ni nakal, suka kacau adik dia, adiknya asyik nangis jer la kerja dia.
Godaan kek ni sgt kuat sebenarnya...bila ramai kawan2 yg dok tayang kek ni. Hati ida tertarik mula2, bila ida nampak Kak Cek yg tayang dulu.....mcm2 versi kak Cek ni buat...sungguh kreative. Pas tu Kak Azlita, terkini dia buat versi checkered yg sgt superb deconya baik isi dlm kek atau luar kek dia.....boleh terjah blog K'Azlita ni kalau nk tengok dan K'Ita ada letak link kawan2 yg lain yg pernah buat kek ni. Mintak maaf Ida tak sempat nk buat link semua. Pas tu Juwita kt Yokohama, Japan pun dh buat......kreative la Ita deco rainbow kek ni. Baru2 ni pun nampak Madiha  buat kek ni juga utk b'day anaknya..tak sempat nak terjah blog madiha hari tu...jeling2 dari jauh jaa. Sunnguh ceria deconya.
Yang paling kerap tayang, K'Zai kita.....sbb K'Zai ni byk amik tempahan. Fuhhh, deconya......kt sini juga telah menggoda jiwaku utk mencuba buatnya. Untuk resepi bertaip kt sini, nanti ida update k, sbb dh lewat mlm..mata pun dh naik berpinau, bantal dan selimut tebal telah memanggil2 ku hee..hee......kalau nk juga resepi boleh jer terjah blog2 yg ada link kt atas tu, resepi sumer sama jer.....sorry sgt2.
TQVVM kpd kawan2 di atas sumber resepi kek yg sgt sedap ini.

My birthday boy.....Aqil....ummi b'doa semoga menjadi anak yang soleh, bijak-pandai dan baik serta jangan nakal2 sangat k....sabar jer la dgn anak teruna ummi sorang ni.


Kanak-kanak gumbira.......



RESEPI asal kek ni by Kaitlin,Whisk Kid.com. Then introduced also by Martha Steward. Kek ni rasa lembut dan lembab2 gitu. ...sedap. Untuk frosting, ida buat 'Cream Cheese Frosting' termasuk la juga filling kek, ida ubahsuai sikit dari resepi frosting 'Cake Tiramisu' jer yg ida pernah buat sebelum ni.

Resepi cream cheese frosting ( kalau nk lebih tebal boleh lebihkan adunan )
  • 300 gm cream cheese pada suhu bilik
  • 300 mls whipping cream
  • 5 sb gula aicing  @ secukup rasa
  • 1/2 biji air perahan lemon
  • Sedikit garam ....just for taste
  • 2 sb butter
  • Optional..Tambahan 30 - 50 mls susu segar jika sgt pekat.
Cara:
  • Pukul cream cheese + butter dan gula hingga sebati dan berkrim
  • Tambah whipping cream, air lemon dan sikit shj garam...pukul hingga pekat
  • Jika terlalu pekat boleh tambah sedikit susu segar dan pukul sekejap.Sedia digunakan.
  • Boleh tambah pewarna makanan utk mendeco kek nanti


Yang renyah buat kek ni, cuma masa nk kena bakar selapis2 berasingan kaler tu....kena byk sabar jugak bila buat kek ni sebenarnya. .


Thursday, January 19, 2012

Ladybug oh ladybird....

Salam buat semua.........birthday story ni dah hampir seminggu yg lalu....ida letak sini sebagai kenangan masa2 akan datang. Tuan rumah sekarang ni sangat lemau menghupdate blog........bz pun ya, 'm' pun ya jugakkkk huhuuuu...gomen ne.

Ni la birthday girlnya.......my 2nd daughter Nur Qistina. Kt Japan dh nak masuk darjah dua kalau kt M'sia baru masuk darjah 1.

 Kakak & adik2 saja la pemeriah suasana....


 Birthday girl ni tak kisah apa2 design pun.......so ummi dia buat apa aja la yg tergerak di hati masa tu. Basic cake ida buat chocolate sponge cake, white chocolate + strawberry emulco utk topping pada ladybug, dark chocolate for dot2, tambahan whipping cream yg diputar utk tambahan deco pada bahagian yg lain dan pada sapuan setiap lapisan kek. Buah stawberry segar sebagai hiasan dan hirisannya pula utk diletak pada alt.lapisan kek.

Card tu kakak Sara yg tulis........'Otanjoubi Omededetou Tina Chan'/selamat hari jadi tina chan.


Chocolate Sponge Cake ( resepi kek span coklat amik kt My Resepi )
notes : utk buat kek ladybug  cam ida tu, ida buat 1 1/2 dari adunan kt bawah ya
  • 120 gm gula kastor......ida letak 150gm
  • 100 gm tepung gandum *
  • 20 gm serbuk koko......ida letak 40 gm*
  • 4 biji telur
  • 10 gm ovalette
  • 20 gm air sejuk......ida letak susu segar
  • 1 sk essen vanilla
  • 20 mls minyak jagung...ida letak minyak biasa / boleh cairkn mentega
Cara-cara:Kek
  • Ayak bahan bertanda *
  • Satukan semua bahan ke dalam mangkuk besar kecuali minyak
  • Putar pada kelajuan tinggi selama 10-15 minit
  • Perlahankan putaran masukkan minyak....putar sebati shj
  • Griskan loyang/alas dgn baking sheet dan bakar selama 30-35 minit.( selalunya jika bakar sebiji dlm satu loyang, ida lebihkan masa ke 45-50 minit, suhu bakar 180 C )
  • ( Jika 1 1/2 adunan utk buat kek ladybug ni...ida bakar satu acuan cupcake utk kepala, dlm mangkuk bulat utk body dan satu lagi dlm loyang 4 segi. Dlm mangkuk bulat bakar selama  45 minit dan dlm loyang 4 segi ida hanya bakar selama 35 minit sbb ia nipis jer dua2 suhu 180C )
  • Biarkan kek sejuk dahulu baru potong kepada lapisan yang sekata.
HIASAN :

Krim ( utk sapu setiap lapisan kek dan lain2 deco )
  • 400 mls whipping cream
  • 5 sb gula halus
  • 1/4 sk garam
  • pewarna pilihan jika suka
Cara-cara:
  • Satukan semua bahan, putar hingga kembang dan sedikit pekat ( ingat jgn terlalu pekat, nanti sapuan / deco kurang cantik )  
( buat langkah melapis kek dgn krim dulu utk body ladybug .......masukkan ke dlm peti ais seketika baru curah/topping dgn white chocolate )
Bahan hiasan yang lain:
  • Buah strawberry segar utk hiasan dan dihirs nipis utk letak dlm setiap alt.lapisan kek
Deco ladybug
Pink chocolate
  •  200 gm white chocolate
  • 80 whipping cream ( white chocolate ida guna ni tak boleh letak byk cream sbb ia cair )
  • 1 sk butter 
  • 1 sk kecil strawberry emulco dan sedikit pewarna merah
 Dark chocolate( utk dot2 dan sapu pada kepala ladybug )
  • 80 gm dark chocolate
  • 40 mls whipping cream
  • 1/2 sk butter
cara-cara:
  • Secara double boiler, panaskan whipping cream seketika lebih kurang 5 minit, baru masukkan coklat......biarkan sehingga coklat mencair. Tutup api.
  • Masukkan butter dan kacau sebati.
( utk white chocolate, strawberry emulco & pewarna boleh dimasukkn sekali dgn butter )

Okesss....sume bhn hiasan utk deco ladybug dh siap.......so mulalah mendeco mengikut kreativiti masing2 yer....nak cerita pun dh suntuk masa ni....bila2 la ida sambung cerita yer....

 Lapis dan sapu cream nipis2 aja, sbb birthday girl ni kureng suka ngan cream dan juga penggemar chocolate cake.....lapisan kek ku yg tunggang langgang nmpknya.

Wednesday, October 19, 2011

Anpanman Cakes for my little princess birthday

Salam buat semua yang disayangi.......baru berkesempatan muncul kembali hari ni. Rasanya sangat sibuk sejak akhir2 ni, macam tak terkejar masa yang ada. Nak ronda2 blog kawan2 mcm tak sempat jer. N3 kali ni cuma story birthday anak ida yang paling kecil 'AIN' pada 4 hari lepas '17.10.2011 yg skrg ni sangat fanatik dgn cartoon anpanman. So utk b'daynya, dia request kek anpanman. Ida buat 2 biji, satu utk bawa ke hoikuen/tadika( kek tiramisu) saja2 jer ni, bukan la wajib di bawa pun, sebagai tanda terima kasih la pada sensei2 yg jaga ain dan satu lagi utk celebrate kt umah ( Death by chocolate cake )



Ain possing dulu sebelum bawa kek ni ke tadika.....Saiz 20 cm ni jer la yg paling besar  ida dpt buat, sbb kt sini ida hanya jumpa loyang saiz 20cm jer, walaupun ia tak sebesar mana, cikgu/sensei ain akan bahagi2 kan kek ni kpd sume sensei2 kelas yg lain termasuklah pada staf kt opis.  . Masa angah Tina dan birthday Aqil tahun lepas pun ida ada bawa kek ke tadika ni. Sebelum ni ida tak tahu, masa ni la baru  ida tahu sebab ada sensei kelas lain ucapkan terima kasih pada ida di atas pemberian kek. Mula2 ida heran gak...baru la ida faham.



Possing dgn kek anpanman ke-2 celebrate kt umah. Kek ni ida buat kek ' Death by chocolate cake' Resepi amik kt MyResepi. Jap2 lagi bila free ida update resepi kat sini



Possing bersama kad birthday yg dia dpt dari tadika...



Kek Tiramisu ni juga, bila2 ida free ida update/n3 kemudian.....

Kek anpanman yg dihias dgn chocolate anpanman serta rakan-rakannya....

Oishiikatta!! Kes malas nak belah kek & lapis krim kt dlm dia namun tetap yummy!!........
Esokya kek ni hanya tinggal suku......sempat la ida amik utk buat possing sikit. Ain sangat suka dgn kek anpanman dia ni, pagi b'fast pun ngan kek ni, balik sekolah pun bukak peti ais nak makan kek ni. Apa2 pun kek ni mmg la sgt enak!