My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story
Showing posts with label Ayam. Show all posts
Showing posts with label Ayam. Show all posts

Monday, February 20, 2012

Kepak Ayam Bakar Madu Berempah

Salam kembali lagi.....lepas hirup tomyam putih meh kita gigit kepak ayam pulakkk......rugi kalau saper tolak ni. Sedap wehh....ada 4 ketui, saper cepat dia dapat.....yg itam2 kt ujung tu lg sedap tau.

 Dah lama tak bakar kepak ayam ni sebenarnya sbb kat kedai tu dh putus stokkk......ni baru ada semula. Bila hubby nmpk ada semula kt kedai tu..terus ja dia beli. Apa lg si chef ni pon esoknyer mulakan projek membakar kepak ayam niiii hari Sabtu lepas.....bukan buat bakar jaaa, sup kepak ayam pon buat..jadinya kami byk mkn kepak ayam ja la ari tu. Nampak sgt nk lepas gian. Resepi ni ida pakai main campak2 jaa yer, nk cepat tak sempat nk belek resepi kt tenet lg dh....taruk itu, ini...aikkk sedap pulak kejadiaan rasanya.Meh kita semak resepinya...


 Bahan:
  • 15 ketul kepak ayam
  • 1 sk serbuk jintan putih
  • 1/4 sk serbuk jintan manis
  • 1 sk serbuk ketumbar
  • 1/4 sk serbuk lada hitam
  • 1/4 sk serbuk lada sulah
  • 1/2 sk serbuk kunyit
  • 4 sb madu
  • 3 sb sos tomato
  • 2 sb sos tiram
  • 2 sb kicap pekat masin
  • 1 inci halia*
  • 1/4 labu bawang besar*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1 batang serai*
  • 1 sb minyak zaitun
  • Garam secukup rasa
Cara:
  • Kepak ayam dibersihkan
  • Kisar bahan bertanda *
  • Perap kepak ayam bersama semua bahan selama 1 jam atau lebih
  • Bakar kepak ayam hingga masak( ida bakar guna dapur gas kt ruang membakar )


Friday, January 6, 2012

Pulut Kuning, Ayam Goreng Berempah dan Telur Dadar Halus

Caakkkk!! Salam semua!!!!....Salam Tahun 2012..........alhamdulillah dapat kita bersua kembali di alam maya ini, ida minta maaf banyak2 sebab dah seminggu dapur HCT tak berasap....dapur HCT jer tak berasap, dapur sebenar ida tetap berasap-asap, tak berenti berasap walaupun tak pakai dapur kayu he..he.namun begitu ida tidak sempat pun nak snap pic makanan yg ida masak. Kalau ada pun snap gitu2 jer. Ida agak sibuk beberapa hari lepas, sibuk di rumah dan sibuk dgn aktiviti luar juga, aktiviti jalan2 main salji....tambah2 lagi anak2 sume cuti sekolah. Biasa la, bila 4 org askar ni berkumpul di rumah, haru biru semuanya....hemmmmm

 Ni cerita tahun lepas......kali ni ida lebihkan santan sbb beras pulut Jepun yg ida guna kali ni perlu lebih santan. Pulut kuning atas permintaan anak sulung ida, kakak sara selepas dia  ternampak pulut kuning dlm blog K'Ita Masam Manis hari tu.
PULUT KUNING ( beras pulut Jepun )
BAHAN-BAHAN:
  • 1 kg beras pulut direndam semalamam / 3-4 jam
  •  2 asam keping
  • 400 mls santan pekat dlm tin / pati santan
  • 2 sd besar gula/secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • 1/4 sd teh serbuk kunyit
  • Beberapa titik pewarna kuning
CARA-CARA:
  • Rendam beras pulut bersama asam kepinmg, air dan masukkan serbuk kunyit dan beberapa titik pewarna ( ida rendam semalaman )
  • Panaskan air di dlm kukusan sehingga mendidih
  • Alas pengukus dgn kain net, jika lubang pengukus tu besar, kalau lubang tu kecil tak perlu alas...ida tak alas.
  • Kukus beras pulut kosong selama 20 minit. Kacau di pertengahan masa mengukus.
  • Di dlm mangkuk campurkan santan bersama gula dan garam
  • Tuangkan pulut kosong yg dikukus ke dalam bekas lain. Tuangkan campuran santan ke dlmnya dan kacau rata.
  • Kukus semula kali ke-2 sehingga masak atau selama 15 - 20 minit. Kacau dipertengahan masa mengukus. Beras pulut Jepun ni tidak perlu dikukus terlalu lama sbb ia cepat lembut.
PULUT KUNING SEDIA DIMAKAN BERSAMA SAMBAL BILIS, TELUR DADAR GULUNG, RENDANG, SERUNDING DAN APA2 SAHAJA YANG SESUAI. KALI NI IDA HIDANGKAN DGN AYAM GORENG BEREMPAH, TELUR DADAR DAN SERUNDING IKAN ( M'sia mari )


AYAM GORENG BEREMPAH 
by HCT ( versi org merantau jer ni )

Bahan A (dikisar)

1 1/2 inci Halia
4 batang serai
5 ulas bawang putih
1/4 labu kecil bawang besar

Bahan B

  • 1 kg ayam 
  • 1 sk serbuk  jintan manis
  • 2 sk serbuk  jintan putih
  •  1 sb serbuk ketumbar 
  • 1 sk serbuk kari ( boleh tambah ) 
  • 1/2 sk serbuk cili ( boleh tambah ) * Jika tak nak pedas boleh gantikan dgn serbuk paprika 
  • 2 sb air asam jawa
  • 1 1/2 sk sebuk kunyit ( boleh tambah )
  • 1/2 sk serbuk pati ayam
  • garam secukup rasa
  • 1 sk gula
( Jika ada daun kari, boleh tambah sama )

Cara-cara memasak

  • Perap ayam dengan semua bahan A yg dikisar dan bahan B selama 40 minit atau sejam.
  • Panaskan minyak yg banyak, goreng ayam hingga masak & toskan.
  • ( Masa pertengahan menggoreng, cedok serdak2 rempah dan ketepikan - nanti boleh ditabur ke atas ayam goreng )
  • Susun ayam ke dalam pinggan, taburkan serdak2 rempah ke atasnya. SEDIA DIHIDANGKAN BERSAMA PULUT KUNING TADI.

 Anak2 ida sume penggemar pulut, tak kira la pulut kuning ker, pulut lemak putih ker, ketupat ker....diaorg  lebih suka cicah ngan gula jer

Tips utk mendapatkan telur dadar yg cantik dan tidak pecah semasa dipotong.( tips ida dpt dari sis Japan sms cooking demo & ida pernah juga terbaca dari blog izah muffin lover ) TQVM
  • 1 sk tepung jagung + 2 sb air...bancuh
  • 2 biji telur
  • Sedikit garam
Cara-cara:
  • Sebatikan semua dlm satu mangkuk
  • Panaskan kuali leper nonstick,  titiskan sedikit minyak dan sapu rata dgn tisu bersih......biar betul2 panas 
  • Tuangkan sedikit bancuhan telur/secukupnya.........lenggang2 kan kuali supaya telur rata nipis seluruh kuali. Goreng sekejap shj, agak2 sudah masak dan angkat Jangan terlalu lama, nanti telur keras.
  • Ulangi proses menggoreng hingga habis
  • JANGAN hiris telur dadar semasa masih panas, biarkn ia suam2 sedikit baru hiris supaya ia tidak putus/pecah.

Thursday, November 3, 2011

Ala2 Popcorn Chicken versi ida yg sgt simple..

Salam semua!!...apa khabar, mekasih yg tidak terhingga di atas komen2 manis kawan2 pada n3 sebelum ni, terima kasih tidak terhingga juga kpd para pengunjung.
N3 menu simple jer ni, menu yang budak2 suka terutama anak2 ida. Diaorang ni kalau nmpk jer ayam dibuat sebegini, kalau boleh nak ratah cam tu jer.....mmg sedap dan ranggup. 
Resepi : Happy Cooking Time
Bahan-bahan :

  • 5 keping boneless chicken
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1/4 labu bawang besar*
  • 1/2 inci halia*
  • 1/2 - 1 sk serbuk pati ayam
  • 1/2 sk serbuk lada sulah
  • 2 sb mayonis
  • 1 cawan tepung tempura
  • -+ 1/2 cawan air atau secukupnya
  • 1/2 cawan breadcrumb / serbuk roti....boleh letak lebih
  • Garam secukup rasa
Cara membuatnya:
  • Ayam dibuang kulit, dibersihkan dan dipotong dadu
  • Kisar bahan bertanda *
  • Gaul ayam dengan bahan *, serbuk pati ayam, serbuk lada sulah, mayonis dan garam secukup rasa....perap ayam seketika 
  • Bancuh tepung tempura bersama air, garam, dan campurkan breadcrumb.......kacau sebati #
  • Gaul ayam bersama bancuhan tepung di atas#
  • Panaskan minyak 
  • Goreng ayam di dlm minyak yg banyak hingga masak dan garing. Selamat mencuba.
*Sedap dimakan begitu sahaja atau dijadikan lauk tambahan dalam hidangan kita. Anak2 pasti suka...

Wednesday, September 28, 2011

Ayam Goreng Berempah Soto

Salam.......tak nak cakap banyak sbb on hurry ni.....minta maaf banyak2 jika kunjung balas belum sampai. Mekasih banyak2 kepada yang sudi berkunjung ke sini.
N3 hari ni cuma resepi ayam goreng versi berempah yg paling express,hanya menggunakan pes soto segera sahaja, namun enak sekali.
RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH SOTO
Resepi : Happy Cooking Time


Bahan-bahan:

  • 1 kg ayam ( ida guna 1/2 wing chicken )
  • 1 sk serbuk kunyit
  • 2 sb pes soto segera.....boleh lebihkan
  • Air lemon dari 1/4 hiris
  • Optional...boleh tambah 1/2 sk atau lebih  serbuk lada hitam
  • Garam secukup rasa
*Jika menggunakan serbuk rempah soto, tambah bawang merah, bawang putih dan halia kisar, jika guna pes tak perlu tambah semua tu 
Cara-cara:
  • Ayam dibersihkan. Jika guna ayam seekor, potong saiz yang sesuai.
  • Perap ayam bersama bahan-bahan tersebut selama 1 jam
  • Panaskan minyak
  • Goreng ayam hingga masak

Monday, September 26, 2011

Chicken Tempura Breadcrumb

Salam dihari Selasa buat semua..........jutaan terima kasih di atas kunjungan ke HCT. Hari ini ida nak share resepi ringkas, pasti sedap dan pasti digemari anak-anak. Anak2 ida sangat2 suka ayam digoreng style cam ni. Ida selalu masak lauk ni sebagai bento/bekal diaorg ke sekolah.Buat pengetahuan semua,, makanan bergoreng breadcrumb ni adalah satu salah satu makanan lazim/menu kegemaran orang Jepun selain daripada goreng tempura biasa. Cuma apa yang ida buat kali ni, ida gabungkan dua2 bahan tersebut...tempura + breadcrumb. Memang sangat rangup hasilnya.
Ida biasanya menggunakan 'boneless chicken' lebih senang utk anak2 makan. selain daripada ayam.....ikan, udang, sotong, fishcake,chikuwa serta lain2 juga sedap digoreng macam ni.

Bahan-bahan perap ayam:
  • 5 keping boneless chicken
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci halia*
  • 1 sk serbuk lada putih
  • 1 sk serbuk pati ayam
  • 1 1/2  sdb mayonis
  • garam seukup rasa
Bahan salut:
  • 2 cawan tepung tempura@secukupnya
  • Air secukupnya utk bancuh tepung tempura atau lebih kurang 1 1/2 cwn
  • Sedikit garam, serbuk lada sulah, serbuk pati ayam.#
  • 2 cawan serbuk roti/breadcrumbs @ secukupnya
Cara membuatnya:
  • Ayam dibersihkan, dipotong 2 @ saiz yang sesuai
  • Kisar bahan yang bertanda *
  • Gaul ayam bersama bahan * dan bahan lain...perap seketika
  • Bancuh tepung tempura dgn air serta #
  • Celupkan ayam ke dalam bancuhan tepung, kemudian lumurkan dengan serbuk roti/breadcrumb
  • Goreng hingga masak dan garing di dalam minyak yang banyak.
*Selain utk dimkn bersama nasi, ida pernah buat ayam style gini utk set 'chicken chop'...tak sempat nk amik pic pun.  Ida pernah post n3 'Chicken Chop'versi celup tepung biasa jer baru. 

Sebenarnya kali ni ida masak ayam ni sebagai pelengkap bento nasi lemak kat bawah. Bento ni sebagai lunch utk kawan kami yang baru sampai dari M'sia ke sini semalam. Untuk makan malam kami jemput mereka  makan kat rumah kami. ...menu dinner pulak ida buat Nasi Ayam Ipoh dan Laksa Utara....dua2 pun sedapkan. Ye la, hari pertama sampai ke bumi Nihon, mana la ada lagi kelengkapan bahan utk masak kan.  Jadi ini sahajalah bantuan dari bahagian ida sendiri, lain2 bantuan tu hubby yang uruskan.
Ini lah bento nasi lemak ida buat semalam........bila2 free ida n3 resepi nasi lemak & sambal bilis tu
Contoh tepung tempura kt Japan. TQVM to e-na ( Lovely Kitchen ) krn memperkenalkan tepung tempura ni. Ia lebih ranggup dari yg ida biasa guna...sayang e-na..mmmuahhh!

Sunday, August 7, 2011

Ayam Beriani Tomato

Dah tgk resepi 'pajeri nenas tanpa santan' jom tgk n3 seterusnya...pelengkap ke-2 menu 'nasi jagung berempah kurma' Resepi bole klik SINI
Nampak cam msk kari pun ada jugak kn......tapi mmg pakai rempah beriani faiza tu. Sesuai utk budak2 ni, mmg tak pedas., anak2 ida suka.....Anak2 ida kalau kari pekat2, mmg tak mkn sbb pedas. Jadi ida msk ayam mcm ni, rupa cam kari tapi tak pedas dan sedappp.....ida pernah masak daging style gini, pun sedap gak.

Bahan-bahan:
  • 1 kg ayam ( saiz kecil )...dibersihkn & potong 8
  • 3 sb rempah beriani Faiza @ apa2 brand
  • 1 sd bsr serbuk kari daging
  • 1/2 tin @ 1 cwn tomato puree / tomato cut dlm tin
  • 400 mls santan ( kali ni ida hanya letak 200 mls santan + 200 mls susu segar )
  • 1 btg serai...diketuk
  • Kalau nk tambah serbuk cili pun boleh
  • 1/4 keping gula melaka @ boleh juga letak 1 sd bsr gula pasir
  • Air asam jawa secukup rasa ( sikit jer sbb dh letak tomato puree )
  • Garam secukup rasa
  • Kentang secukupnya ...dikupas dan dipotong 4
Bahan kisar
  • 3/4 labu bawang besar
  • 1 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 hiris nipis lengkuas...tak letak pun tak pe
Bahan menumis
  • 1/2 inci halia
  • 4 ulas bwg putih
  • 1/2 labu bwg besar atau 4 ulas bwg merah
  • 2 btg kecil kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • 5 kuntum cengkih
Cara-cara;
  • Panaskan minyak, tumis bhn menumis hingga naik bau & sikit garing.
  • Masukkan bhn kisar dan serai...tumis hingga msk
  • Masukkan rempah beriani & serbuk kari, masukkan 1/2 cwn air...tumis hingga naik minyak
  • masukkan tomato puree kacau sekejap
  • masukkan santan serta sedikit air...biarkan mendidih baru masukkan ayam serta bhn2 lain
  • Masak ayam hingga separuh empuk bersama sedikit kuah tadi
  • Masukkan susu segar, kentang dan biar mendidih hingga ayam & kentang empuk ( tambah air secukupnya, masak kuah pekat2 )
  • Sedia dihidangkn bersama nasi putih @ apa2 nasi pilihan

Friday, June 24, 2011

Nasi Lemak Hujan Panas, Ayam Tandoori dan Sambal Udang Sempoi

Selamat pagi di hari Sabtu sume...semua cuti???? Kepada yang bertugas, selamat bertugas....sambil layan nasi lemak yg indah ceria ini. Nasi lemak ni cam tak cukup jer pelengkapnyer kan....tak per, kali ni kita mkn pesen ni pulak. Apa yg tak lengkap???.....Telur dan ikan bilis kan. Makan cam ni pun dah sedap. Kalau ada dua2 tu lagi sedap....
Dah lama buat ni, baru kesempatan nak n3 kat sini. Kat sini pun mmg belum ada lg pun n3 pasal nasi lemak. Tuan tanah ni malas la nk amik gambar nasi ni, hari tu jer, bila buat nasi lemak kaler2 ni baru rajin sikit nak amik. Pernah nmpk sebelum ni umah K'Nor dan yg paling latest umah Lovely Kitchen. Mekasih byk2 krn bg idea ni....

Nasi lemak ni ida buat mcm ida dok buat nasi lemak selalu jer, cuma buat versi kaler2 sikit. Selalu buat nasi lemak kaler putih jer, apa kata kali ni ubah pesen sikit.
Nasi tu ida menggunakan beras jepun jer, biasa la kn, dah dok jepun kena la mkn beras jepun. Kami beli beras yg halus sikit tekstur dia, sbb apa tau....yg jenis ni tak berapa sticky. Nak telan tak der la muak. Tekstur beras jepun ni kontot2 jer, beras pulut dia pun sama.
Apa kata, jom tgk resepi nasi lemak dari dapur Ida....

NASI LEMAK

Resepi : Happy Cooking Time

Note : Beras jepun tidak memerlukan sukatan air yg banyak sms memasak

Bahan-bahan:
  • 5 cawan beras jepun
  • 2 cawan santan pekat dlm tin......kalau ada santan fresh lg sedap
  • 3 cawan air
  • 3 sd teh garam
  • 1 1/2 sd teh gula
  • 2 helai daun pandan
  • 3 ulas bawang putih diketuk
  • 1/2 inci halia ......dipotong 2 dan ketuk
  • Sedikit pewarna hijau, kuning dan merah
Cara--cara:
  • Basuh beras 2x di dalam periuk nasi elektrik.
  • Keluarkan air basuhan beras.
  • Masukkan santan, air, garam, bawang putih dan halia serta daun pandan yg disimpul.
  • Masak nasi seperti biasa...
  • Dalam 15 minit terakhir proses memasak....titiskan sedikit setiap pewarna secara rata..JANGAN KACAU dah cukup masa masak baru kacau rata.
AYAM TANDOORI

Resepi : Diolah sedikit dari resepi pada botol rempah
Note : Ida pakai boneless chicken
Bahan-bahan:
  • 5 ketul boneless chicken
  • 4 sd besar 'Tandoori Paste'......ida pakai jenama Geeta's Tandoori paste, product of India
  • 2 sd besar plain yogurt
  • 1 sd besar olive oil
  • Tambahan 1/2 sd besar bawang putih kisar
  • Tambahan 1/2 sd besar halia kisar
  • Tambahan 1/2 sd besar serbuk paprika....utk menaikkan warna
  • Sedikit pewarna merah utk menaikkan warna
  • Garam secukup rasa
Cara-cara:
  • Bersihkan ayam dan potong ikut saiz yg dikehendaki
  • Campurkan 4 sd besar yogurt dgn tandoori paste.
  • Perap ayam bersama campuran yogurt serta bahan-bahan lain selama 1 jam.
  • Jika nak perap lebih lama.....kurangkan lagi garam.
  • Asingkan ayam dari bahan perapan.....lebihan perapan ayam jgn buang.
  • Bakar ayam sehingga masak.
  • Semasa proses membakar, sapu lebihan perapan ayam pada ayam yg dibakar tadi utk mendapatkan rasa yg lebih sedap.
Sebab apa ida kata udang sambal ni sempoi...sbb hanya menggunakan serbuk cili instead of cili kering. Serbuk cili dlm masakan mmg sudah sinonim bagi kami yg duduk merantau ni....betul tak kawan2. Jika stok cili kering dah habis, cili serbuk ni jer la sbg bahan tambahan dlm masakan ida. Nakk resepi gak ke?...ok ler....tgk kat bawah sana....

SAMBAL UDANG SEMPOI

Bahan-bahan:
  • 15 ekor udang saiz sederhana
  • 3 ulas bawang putih*
  • 3/4 labu bawang besar*
  • 3 hiris halia*
  • sedikit belacan*
  • 2 sd besar serbuk cili
  • 1/2 sd besar gula
  • Garam secukupnya
  • 1/4 cawan air asam jawa
  • Pak Aji jika suka.....ida letak sikit sgt jer
  • Bawang besar yg dipotong...jika suka
  • Sedikit air
Cara-cara:
  • Udang dibuang kulit dan dibersihkan
  • Blend/kisar bahan yg b'tanda *
  • Panaskan minyak di dlm kuali.
  • Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan sedikit garing.
  • Masukkan serbuk cili, gula dan 1/2 cawan air....tumis sekejap
  • Masukkan air asam jawa dan garam secukup rasa
  • Tambah lagi sedikit air jika nmpk pekat......didihkan beberapa minit.
  • Akhir sekali baru masukkan udang dan bawang hiris....masak sekejap sahaja
  • Udang tidak perlu dimasak terlalu lama nanti isi dia keras dan tak sedap.

Wednesday, June 22, 2011

Fried Chicken Wings

Jom makan chicken wings........sedap ni!!...Tak caya?..rasa dulu, baru komen...ha..ha
Adeh!...rindu yg amat dgn KFC...hu..hu. Pernah buat ayam goreng ala2 KFC dulu....lama dh cerita tu. Versi chicken wings ni rasanya lebih kurang sama jer kut...CUMA bahannyer ada yg letak dan ada tak letak....tambah pun ada. Petang tadi buat, ida pakai taruk apa yg nak taruk.....nk bukak resipi dah lambat.

Bermimpi sedang menikmati kepak ayam goreng di KFC ........
Melalut sikit......apa2 joM Layannnnnn...

BAHAN:

Bahan perap ayam:
  • 15 ketul kepak ayam...dibersihkan
  • 1 sd besar garlic seasoning powder/boleh letak bawang putih kisar@tumbuk
  • 1/2 sd besar serbuk kari
  • 1 sd teh serbuk cili
  • 1 sd teh serbuk lada hitam
  • 1 sd besar garam
  • 1 sd teh serbuk jintan manis
  • 2 sd teh serbuk jintan putih/cumin
  • 1 sd teh serbuk pati ayam
  • 1 biji telur saiz S atau C
  • 1/4 biji lemon..perah air
Bahan salut ayam: sukatan adalah anggaran, kalau tak cukup boleh tambah lagi tepung
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung jagung
ATAU..jika tiada stok tepung beras ( ida ikut bahan bawah sbb tak der stok t.beras )
  • 1/2 cwn tepung jagung
  • 1/2 cwn tepung ubi......ida letak tepung katakuriko
CARA-CARA:
  • Gaul kepak ayam dgn bahan2 perap kecuali telur. Perap sekejap pun ok. Ida hanya perap 15 minit jer sbb nak cepat.
Notes: Jika nak perap lebih lama, sukatan garam harus dikurangkan k...
  • Panaskan minyak terlebih dahulu.
  • Kocok sedikit telur tadi dan tuang ke dlm kepak ayam.....gaul sebati
  • Letak tepung di dalam pinggan
  • Ambil kepak ayam satu persatu dan golek / salut dgn tepung.
  • Goreng di dalam minyak yg penuh sehingga masak.

..........SeLamaT MeNcuba.......

Nama saya Ain.....saya nak jadi model iklan ummi saya hari ini. Auntie, Uncle, kakak2 dan abang2...jom makan chicken wings.

Monday, June 20, 2011

Ayam Panggang Ala Kenny Rogers


Salam kembali ........semoga semuanya ceria2 di pagi Selasa ini. Rasanya ramai yg dah cuba buat ayam versi pak kenny ni. Ida buat beberapa hari lepas ayam tergolek ni. Resepi korek kt dapur Ijan ( Blog Resepi ). Ijan amik kt dapur Hana Memories. Mekasih bebanyak yer, Ida tempek resepi kt sini pulak k.


Sebenarnya dah lama aim nak buat ayam versi ni. Bertangguh2 nk buat. Sedap mmg sedap sgt!!


Bahan2 yg digunakan pun tak susah....lebih kurang yang biasa ida perap ayam sebelum ni.

BAHAN:
  1. Bahan utk mekap ayam
  • 3 biji bawang besar...ida kurangkan ke 1 1/2 biji sbb ida pakai ayam kecil
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2-3 sd besar sos lada hitam @ cara Ijan/Hana....sos tiram+kicap pekat+lada hitam banyak
  • 2 sd besar madu
  • 1 ketul kiub ayam knor
  • 2 sd besar gula pasir....ida letak 1/2 sd teh sbb madu dh manis, tak letak pun dah ok.
  • 2 sd besar herba campuran......ida ganti ngan oregano, rosemary...nk letak basil pun boleh
  • 1 1/2 sd teh garam halus.....ida lebihkn
  • sedikit air utk kisar bhn mekap.....ida pakai pengisar kering
  • Sedikit mentega....ida pakai olive oil
CARA:
  • Kisar bhn mekap dgn sedikit air/kisar kering
  • Lumur semua bahan di atas di luar dan dalam ayam yg telah dibersihkan.....ida belah dua ayam tu
  • Perap ayam 1 1/2 jam / perap semalaman
  • Sapu sedikit mentega keseluruh ayam...ida sapu olive oil
  • Bakar/panggang selama 1 1/2 jam......ida panggang dlm oven selama 1 jam sbb ayam kecik. Semasa membakar 1/2 jam pertama sapukan ayam dgn minyak dan campuran herba yg menitis supaya ayam tidak terlalu kering.
  • Hidang bersama kentang goreng, coleslow dan kentang putar.....ida hidang mcm kt bawah.


Tuu...dah siap satu untuk anak2 gembira...makan dgn nasi goreng butter, wedges dan coleslow

Friday, June 17, 2011

Nasi Goreng Belacan & Ayam Dadu Berkicap


Salam buat semua........jom kita layan gambar nasi goreng belacan pulak, menu b/fast 2 hari lepas. Goreng nasi simple2 jer, tak der letak lauk2 lain dah hanya pecahkan telur dalamnya sbb nak cepat. Nasib baik ada masak 'ayam dadu berkicap' ni pagi tu, selain telur goreng, boleh combine ayam ni sekali masa makan.
Kalau ayam boneless tu, ida selalu dadukan pas tu masak apa2 yg sesuai dgnnnya untuk anak-anak bawa bekal, abahnya kadang2 tumpang sekali kalau tak ada lauk lain. Aroma belacan dlm nasi ni mmg mengasyikkan......masa menumis, kalau orang Jepun lalu belakang umah rasanya mereka tutup hidung kut, bagi kita wangi kan....


Tak mo pot pet banyak sgt.....jom layannn

Bahan-bahan:
  • 2 mangkuk besar nasi putih
  • 5 ulas bawang putih....ditumbuk/kisar
  • 1 labu bawang besar @ 8 ulas bawang merah..ditumbuk/kisar
  • Sedikit belacan....sebesar ibu kaki ( kisar bersama bawang )
  • 2 biji telur
  • Garam secukupnya
  • 5 biji cili api
  • Sayuran spt carrot, kobis dan cili merah
  • Serbuk perasa jika suka
  • Minyak untuk menumis
CARA:
  • Panaskan sedikit minyak di dalam kuali
  • Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan sedikit garing
note : Jika tumbuk, tumbuk asing2 bawang putih dan bawang besar. Masa nak tumis, tumis bawang putih terlebih dahulu lagi sedap.
  • Tambah sedikit garam dahulu.
  • Tolak ke tepi kuali bahan tumis...pecahkan telur ke dalamnya, biarkan seketika baru dikacau hancur.
  • Masukkan serbuk perasa jika suka.
  • Masukkan nasi, kacau sekejap
  • Akhir sekali masukkan sayuran yang dipotong, cili api yg diketuk/dihiris, garam secukupnya dan kacau sekejap baru padamkan api.
AYAM DADU BERKICAP

Bahan-bahan:
  • 6 keping boneless chicken
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 1 inci halia
  • 3 sd besar kicap pekat..boleh letak lebih
  • 2 sd besar sos tomato
  • 1 sd besar sos tiram
  • 1/4 cawan air asam jawa
  • 1/2 sd teh serbuk lada sulah
  • 1/4 sd teh serbuk lada hitam
  • 1 sd teh gula
  • Garam secukupnya
CARA:
  • Ayam dibuang kulit, didadu dan dibersihkan
  • Potong bawang putih dan halia nipis serta halus
  • Bawang besar dipotong dadu.
  • Panaskan sedikit sahaja minyak di dalam kuali.
  • Tumis bawang dan halia sehingga naik bau serta sedikit garing.
  • Masukkan kicap, sos tomato, sos tiram, serbuk lada hitam dan lada sulah.....kacau
  • Masukkan terus ayam, gula, air asam jawa serta 1 cawan air.....kacau sehingga masak dan sedikit kering.
  • Perasakan garam dan padam api.

Tuesday, June 14, 2011

Ayam Masak Hitam

Selamat petang di hari Rabu kepada semua.......Jutaan terima kasih sekali lagi Ida ucapkan kepada semua yang masih sudi bertandang ke sini. Nampaknya N3 Ida kali ni banyak menu yang dimasak hari2 jer...bukan apa, cam terpinggir pulak menu2 ni utk bertapak kat sini.
Kaler tak berapa hitam sbb buh sikit jer kicap.....sini ada jual kicap dari M'sia cap Tamin, TAPI mahal oooo, tu kena jimat2 pakai...ekkeekeeekee...
Jadi tak salah kalau Ida berkongsi kat sini resepi masakan harian Ida ni. Selalu jugak masak ayam style cam ni, anak-anak pun suka. Selain ayam, ida juga masak daging style cam ni.....pun sedap. Jom tengok resepi....

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam b'saiz kecil / 1 kg
  • 1 labu bawang besar atau 1/2 labu bwang besar + 5 biji bwg merah*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia *
  • 1 sd besar cili kering kisar @ serbuk cili......boleh dilebihkan
  • 1/2 sd besar serbuk lada hitam...boleh dilebihkan
  • 3 sd besar sos tomato
  • 1/2 cawan kicap pekat hitam.....ida letak sikit jer kali ni, sbb stok kekurangan
  • 1/4 cawan air asam jawa @ secukup rasa
  • 1 sd bsr serbuk jintan putih ( cumin )
  • 1/2 sd besar serbuk jintan manis
  • 1/2 sd besar serbuk ketumbar
  • 2 btg serai...diketuk
  • Air yg mencukupi sebagai kuah....kepekatan terpulang pada masing2
  • 1/2 sd besar gula
  • Garam secukup rasa
  • Carrot secukupnya ataupun boleh juga letak kentang.......dipotong
  • 1 labu bwg besar....dihiris bulat nipis
* Kisar/blend bahan yg bertanda *

Bahan menumis :
  • 2 btg kecil kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 5 biji buah pelaga
  • 1/2 inci halia...dihiris halus
  • 3 ulas bawang putih...dihiris nipis
  • 1/2 labu bawang besar...dihiris nipis kecil
CARA:

  • Bersihkan ayam dan potong 8
  • Gaul garam kunyit dan goreng sehingga masak.....jgn terlalu garing
  • Panaskan minyak di dalam periuk, tumis bhn menumis sehingga naik bau dan sedikit garing.
  • Masukkan bahan2 kisar, tumis sehingga masak, masukkan cili, tumis lagi sehingga masak.
  • Masukkan lain2 bahan, tambah 1 cawan air...biarkan mendididh.
  • Tambah air sebagai kuah dan masukkan juga carrot serta serai ketuk .....biar pekat lagi sedap
  • Masukkan ayam yg telah digoreng, gaul rata...biarkan mendidih
  • Akhir sekali masukkan bawang besar yang dipotong nipis bulat .......masak sekejap
  • Perasakan garam dan padam api.
Sebelum tu, ada sekuntum bunga kuning kt bawah, sape berkenan boleh ambil........tak tau apa nama bunga ni, petik kat area sini...

Saturday, June 11, 2011

Ayam Bakar Berempah Kurma + Kari


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang sudi singgah di sini......
Salah satu lauk yang Ida masak tengahari tadi. Selalu jugak buat ayam2 bakar ni, kali ni angin rajin banyak sikit untuk amik pic. Untuk ayam bakar kali ni, Ida bubuh rempah kurma + rempah kari serta bahan2 lain.........suka hati deng pulak nak taruk dua2 rempah ni.......emmm sedapp jugak wat cam ni.

Masak ayam ni lebih kepada anak-anak sebenarnya, kami agak kurang sikit ngan ayam2 ni...dah jemu kut kalau selalu sangat makan ayam. Ni pun Ida masak boneless chicken tadi, senang bebudak ni nak makan. Masak pun untuk sekali makan jer.


BAHAN-BAHAN:( bahan2 yg ida pakai adalah mengikut apa yang ada di sini ( Japan )

  • 5 ketul kecil boneless chicken atau 1/2 small whole chicken...dibersihkan
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1/2 labu kecil bawang besar*
  • 1/2 inci halia*
  • 1 sd besar serbuk rempah kurma
  • 1 1/2 sd teh serbuk rempah kari
  • 1 sd besar kicap pekat yg sederhana manis
  • 1/4 hiris lemon..diperah air
  • Garam secukup rasa
  • 1 sd teh serbuk kunyit
  • 1/2 sd besar olive oil @ boleh juga guna minyak sayuran
CARA:
  • Kisar bahan yg bertanda *
  • Gaul ayam bersama semua bahan
  • Perap seketika dan bakar sehingga masak.
  • Sapu lebihan rempah perapan yang ada di dalam bekas tadi pada ayam semasa membakar.

Friday, June 3, 2011

Roasted Black Pepper Chicken, Black Pepper Sauce & Others


Slm buat semua pengunjung yang disayangi........menu yg entah berapa zaman pun tak tau, lama dok terperap dlm hard disk, dh basi he..he....berkepuk2 lagi gambar makanan dlm tu...tak nyempat nk entry ler...ayam bakar black pepper ni ratah cam tu pun sedapp. Tapi utk lengkapkan, ida tambah set ni ngan sos lada hitam, sup cendawan dan nasi goreng mentega.



Resepi pakai campak2 jer ni....janji sedap, meh layannn resepi kt bwh...

AYAM
  • 1 ekor kecil ayam/1 kg....dipotong 4 atau 8
BAHAN PERAPAN AYAM
  • 1 1/2 inci halia*
  • 5 ulas bawang putih*
  • 1/2 labu kecil bawang besar*
  • 1 1/2 sd teh serbuk jintan manis
  • 1 1/2 sd teh serbuk jintan putih
  • 2 sd besar sos tomato
  • 1 sd besar kicap pekat
  • 1 sd besar serbuk lada hitam kasar...boleh dikurangkan/dilebihkan
  • 1 sd besar madu
  • 3 sd bsr sos lada hitam...boleh dilebihkan ikut citarasa
  • Garam secukup rasa
  • 2 sd besar minyak
CARA-CARA:
  • Kisar/blend bhn bertanda *
  • Perap ayam dengan semua bahan selama 1-2 jam atau lebih
  • Bakar/panggang ayam sehingga masak. Semasa membakar, tabur ayam dgn sedikit serbuk lada hitam yg kasar.
SOS BLACK PEPPER:...boleh rujuk juga kat cara lain kt black pepper steak atau cari kt label western food
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1/4 labu bwang besar*
  • 3 hiris halia*
  • 2 sd besar serbuk lada hitam kasar ...boleh dikurangkan @ dilebihkan ikut citarasa
  • 1 sd besar butter
  • 1 sd besar tepung jagung..bancuh dgn sedikit air, nak pekat lagi boleh dilebihkan
  • 2 sd besar sos tomato
  • 1/2 sd besar gula merah...nk rasa lebih manis2 boleh tambah
  • 2 sd besar kicap pekat atau ikut kegelapan sos yg dikehendaki
  • 2 sd besar susu segar
  • 1/2 cawan sos lada hitam...kalau tak der pun tak per, cuma lebih kn sikit serbuk lada hitam
  • 2 cawan air atau ikut kepekatan yg diinginkan
  • Garam secukup rasa
CARA-CARA;
  • Cairkan butter di dlm periuk, tumis bahan kisar sehingga sediit garing.
  • Masukkan bahan2 lain kecuali bancuhan tepung jagung dan garam
  • Apabila kuah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau.
  • Apabila sos nmpk agak pekat, baru letak garam secukupnya. Biar mendidih dan angkat
  • Jika sos terlalu pekat, tambah sedikit air panas, kacau dan masak sekejap.
NASI GORENG BUTTER
  • 1 mangkuk besar nasi putih
  • 4 ulas bawang putih..diblend
  • 1/2 labu bawang besar..diblend
  • 1 1/2 sd besar butter
  • Sedikit minyak masak
  • 1/2 sd teh serbuk lada sulah
  • Optional...serbuk pati ayam
  • garam secukup rasa
CARA:
  • Panaskan butter dgn sedikit minyak masak
  • Tumis bahan yg diblend sehingga sedikit garing dgn sedikit garam dulu.
  • Masukkan nasi putih, serbuk lada putih dan kacau
  • Perasakan garam secukupnya.

Friday, December 10, 2010

Crunchy Chicken Wings with parsley

Tak boleh makan chicken wing kat KFC....dpt yg ni pun jadi la..dah sikit boleh hilangkan rasa rinduuu


Bahan-bahan :

  • Dlm 10 ketul kepak ayam
  • 3-4 ulas bawang putih dikisar/ditumbuk halus*
  • 1/2 sd teh serbuk lada sulah *......boleh lebihkan
  • 1/4 sd teh serbuk lada hitam *.....boleh lebihkan
  • 1 sd teh serbuk kari *
  • garam secukup rasa*
  • Sedikit air perahan lemon....dlm 1 hiris kecil *
  • 1/2 sd teh serbuk pati ayam *
  • Optional....boleh tambah sedikit serbuk cili kalau nak pedass *
  • 1 sd teh daun parsley yg serbuk
  • 1 1/2- 2 cwn serbuk roti/bread crumbs
  • 1/2 cawan t.beras....ida tak der, pakai tepung jagung je ni..kalau t.beras lg ranggup
  • 1 biji telur

cara-cara :

  • Gaulkan kepak ayam bersama bahan *
  • Gaulkan semua kepak ayam bersama tepung tadi
  • Curahkan telur, gaul lagi
  • Satukan bread crumb bersama parsley di dlm mangkuk
  • Ambil satu2 kepak ayam tadi....lumurkan dengan bread crumb
  • Goreng di dlm minyak yg banyak sehingga masak & garing

Sunday, August 29, 2010

Ayam Goreng ala-ala KFC

Sesiapa dok merantau memang biasa buat ni....dah ramai rasanya yang mencuba,bole la hilang komponan nak makan ayam goreng di KFC tuu....Terkini ida nampak kat umah Kamalia. Katanya dia copy resepi dari rumah K,yati resepi asal dari rumah Ijan dah beberapa kali buat,hari ni goreng untuk anak-anak...dan baru le sempat snap pic. Terima kasih semua,ida letak resepi kat sini pulak ye...ida ada tambah sikit bahan-bahan ikut selera ida ni.
Bahan-bahan perap ayam
  • 6-8 ketul ayam ....ida pakai 1 ekor ayam kecil seberat 1 kg dipotong 12
  • 3 ulas bawang putih....ditumbuk( ida kisar )
  • sedikit garam
  • 1 sd besar serbuk cili....ida kurangkan
  • 1 sd kecil lada hitam...ida pakai serbuk
  • secubit baking powder....lupa letak tadi,sbb masak tak tgk resepi
  • secubit serbuk perasa.....ida pakai serbuk pati ayam

bahan ida tambah

  • 1 sd besar serbuk rempah soto
  • 1 inci halia dikisar

Bahan untuk tepung

  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 cawan tepung beras
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk/kisar...ida pakai yg serbuk
  • sedikit garam
  • 1 sd besar serbuk cili...ida kurangkan
  • 1 sd kecil lada hitam serbuk
  • secubit baking powder
  • secubit serbuk perasa.......ida pakai serbuk pati ayam
  • ida tambah 1 sd teh serbuk lada sulah

2 biji telur dikocok sahaja....untuk celup ayam

Cara-cara:

  • Ayam dibersihkan dan diperap dengan bahan perapan selama 1 jam....nak cepat td tak sempat nak perap
  • campurkan semua bahan tepung di dalam bekas.
  • Celup ayam dengan telur tadi
  • Salut ayam dengan campuran tepung.....untuk lebih salutan tepung,ulangi dengan mencelup semula ayam dengan telur dan salut sekali lagi dengan tepung
  • Goreng di dalam minyak yang banyak/penuh
  • Ida tutup kuali supaya ayam cepat masak dan menggunakan api yang sederhana besar sahaja semasa menggoreng.


Monday, June 14, 2010

Cheesy Chicken Ball

Cakap pasal chicken ball ni...sememangnya kat M'sia lagi anak-anak memang suka.Apakan daya bila tinggal di perantauan ni,kena la buat sendiri walaupun tak kira apa rupa bentuknya.


Close up sikit kat bahagian dalam chicken ball ni...nampak tak cheese tu.Emm......oishii !! bak kata orang Jepun.Nak cuba resepi ni,sila lihat dibawah,senang je....cukup bahan jadi la dia
Rasa lebih kurang ala-ala nugget gitu.Saya ubah sikit dari banyak2 resepi,copy dari resepi nugget sebenarnya...maaf saya terlupa catat dari sumber mana.Apa-apa pun thanks a lot kepada tuan punya resepi.

Bahan-bahan:

500 gm isi ayam kisar/agak2 lebih kurang 1 mangkuk besar
2 sudu besar mayonis
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 cawan bread crumb
2 sudu besar tepung jagung
3 ulas bawang putih.....kisar halus
1/4 biji bawang besar...kisar halus
1/2 inci halia/4 hiris.....kisar halus
garam secukup rasa
1/2 sudu besar gula
oregano & parsley halus(optional)
Slice cheese secukupnya....di potong 4 segi kecil
sedikit tepung gandum/tepung beras untuk salutan


Cara-cara:

Campurkan semua bahan kecuali cheese& t.gandum....gaul sebati
Ambil menggunakan tangan,bentukkan bulat..masukkan slice cheese yang telah dipotong ke dalam bebola tersebut....jika melekat di tangan,golekkan dalam tepung gandum/t.beras sambil bulatkan ia.
Goreng di dalam minyak yang penuh.Selamat Mencuba.....