My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story
Showing posts with label Bihun / laksa / mee. Show all posts
Showing posts with label Bihun / laksa / mee. Show all posts

Wednesday, February 15, 2012

Penang Asam Laksa

ASSALAMUALAIKUM  semua.....malam2 jom layan laksa penang nii..opppps, sorry layan gambar aja, sbb udah lama abiss...hiiiii

 Pernah buat sebelum ni laksa utara( perlis/kedah ).......bahan2 asasnyer lebih kurang sama aja sebenarnya, cuma dari segi rasa ada lain sikit laksa penang ni.....dari yg pernah ida makan la masa kt M'sia.  Apa yg membuat dia rasa lain yer......terpaksa la ida google carikkk resepinya....dlm byk2 terbekenan resepi kt dapur CMG kita. Mekasih byk2 yer Mat...sangat sedapppp....izinkan ida share sini pulak k, kalau ada yg ida t'adjust sikit bahan2 tu ida minta ampunnnn sekali. Sbb ada bahan yg tak suka letak lebih dan b'gantung kpd stok yg ida ada & bahan2 yg ada kt Jepun ni jer.



Sumber : Che Mat Gebu, DTS
BAHAN - BAHAN KUAH:-)

  • 1 kg ikan kembong (mat guna kembong batu).....ida beli isi ikan yg siap dicincang 1 kg
  • 1 tin kecil ikan sardine "cap ayam"( tak der stok )
  • 20 biji cili kering, kerat2, cuci dan rendam dalam air panas dan toskan*....ida kurangkan sbb anak2 tak leh mkn pedas sgt
  • 5 biji cili merah*....ida letak 2 jer
  • 6 biji bawang merah*.....ida guna bawang besar 1 1/2  biji sbb sini susah nk dpt bwg merah
  • 1 biji bawang besar*
  • 1 batang serai, dihiris*
  • 1 cm lengkuas*
  • 30 g belacan*(*dikisar halus)....ida letak lebih sikit
  • 2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap kuntum....ida letak satu
  • 1 cawan nenas yang didadu halus
  • 1 genggam daun pudina......ida letak sikit jer sbb tak brp suka bau dia
  • 1 genggam daun kesom
  • 3 keping asam gelugor...ida letak 5
  • 20 g asam jawa + 1 cawan air, ramas dan tapis jusnya...ida agak2 jer, letak secukup rasa
  • Air secukupnya (ikut suka hati masing2 nak byk mana)
  • Garam dan gula secukup rasa
BAHAN LAIN :-)
  • Mee laksa, kalau guna yang kering, rendam 1 - 2 jam, rebus lembut, tos, cuci dgn air paip dan toskan.
  • Hirisan daun kesom
  • Hirisan daun salad
  • Hirisan daun selom
  • Hirisan cili padi
  • Hirisan timun (potong bentuk jejari halus)
  • Hirisan bawang besar
  • Hirisan bunga kantan (kalau suka)
  • Belahan limau kasturi.....ida letak lemon
  • Petis secukupnya 
  • Hirisan nenas....ida tambah sbb yg ni trade mark juga utk laksa penang
Note : Ida buat mana yg ada jer, kalau nk tambah daun pudina sbg ulam pun boleh jika suka.
 

CARA MEMBUATNYA :-)
Note : Ida beli isi ikan yg siap dicincang, jadi ida rebus isi ikan dgn sedikit air dan kisar lepas tu.
UNTUK KUAH :- 

  • Ikan kembong disiang, cuci bersih dan rebus hingga masak. Keluarkan ikan, asingkan isi dan tulangnya. Kisar tulang2 ikan tadi dan tapis, ketepikan. Ikan sardine, diasingkan dari sosnya, cuci ikan tadi dan lecek hancur, buat sama dengan isi ikan kembong tadi. Air rebusan ikan tadi ditapis ke dalam periuk, masukkan bahan kisar halus, nenas, air dari kisaran tulang ikan dan isi ikan tadi. Masak hingga mendidih dan masukkan jus asam jawa, asam gelugor dan air secukupnya. Tambah belahan bunga kantan dan daun kesom. Masak dengan api perlahan selama 45 - 60 minit. Tambah air jika perlu. Akhir sekali masukkan daun pudina dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Biar mendidih 2 - 3 minit lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api.
UNTUK LAKSA ASSAM PENANG :- cara makan
Masukkan mee laksa secukupnya dalam mangkuk sesuai, tuang kuah laksa tadi (pastikan kacau dulu sebelum tuang) secukupnya. Hias dengan bahan2 lain sebagai pelengkap dan diakhiri dengan 1/2 camca besar petis udang sebagai penambat selera (ida tak der petis)


 Laksa ni import dari Perlis......tekstur laksa yg jenis halus, ida suka jenis ni. 1 pkt ni jer tinggal last, jadikkkk nak kena order lagi lepas ni....lambat la lagi boleh mkn laksa semula. Jadik yg ni kami kena makan hingga ke penamat. Licin liut ....tak tinggal sikit pun dikerjakan oleh kami ..he..he
Laksa utara ka, laksa penang ka...mmg kami hantu....slurrpp!!!



Thursday, January 26, 2012

Kuey Teow Kantonis

Assalamualaikum.......slm di hari Jumaat yg mulia....semoga kita semua sentiasa mendapat keberkatan, dimurahkan rezeki oleh Allah s.w.t.

 Quick n3....menu ni dh berkurun buat, hari ni baru sempat ida share kt sini.

Kuey Teow Kantonis

Sumber : mamawandiha.fotopages.....tqvm Madiha ya
Resepi asal : Yee Mee Kantonis ( ida tukar kpd kuey teow ) kalau nk buat yee mee boleh rujuk kt link atas ye

Bahan-bahan
  • Kuey teow secukupnya ( ida guna yg kering, so ida rebus hingga sedikit lembut & toskan....selepas tu ida siram dgn air paip supaya ia tidak melekat )
* Jika menggunakan kuey teow yg basah.....celur seketika
  • 200 gm udang basah ~ kopek kulit 
  • 250 gm isi ayam ~ dihiris
  • 3 keping fish cake ~ hiris(ida letak tauhu goreng jer)
  • 5 ulas bwg putih ~ diketuk lalu dicincang halus 
  • 1 cm halia muda ~ hiris halus memanjang 
  • 1/4 labu bawang besar..dadu ( ida tambah )
  • 2 pokok sawi ~ ida letak kobis panjang
  • ½ cawan tepung jagung ~ bancuh dengan sedikit air 
  • 4 biji telur 
  • 2 sudu besar minyak bijan ( ida letak 1 sb jer )
  • 2 sudu besar minyak masak @ secukupnya
  • garam secukup rasa 
  • 1 sk gula.... ida tambah
  • lada sulah secukupnya ( ida letak 1 sk )
  • Sedikit serbuk lada hitam utk tabur...ida tambah
  • 1 cawan air rebusan ayam ( ida ganti dgn 1 sk serbuk pati ayam )
  • 2 biji cili hijau / cili jeruk secukupnya ( ida tak buat )
  • air secukupnya untuk mendapatkan kuahnya. (agak2 je ni.. tak sukat pun.. tengok pekat kuah yg kita nak) 

Cara membuatnya

  • Panaskan 2 sudu minyak biasa & 1 sudu minyak bijan dlm kuali.Tumiskan bawang putih, halia hingga agak garing ( jgn sampai jd coklat tua) dan masukkan pula bwg besar...tumis seketika.
  • Masukkan isi ayam & sedikit air dan garam dulu....msk seketika. Masukkan air secukupnya dan serbuk pati ayam.
  • Masukkan air tepung jagung, lada sulah dan gula, garam secukup rasa sambil dikacau2 agar tepung tak bergentel. Biarkan mendidih.
  • Masukkan tauhu, sayuran2 tadi dan udang...biar seketika hingga sayur sedikit layu. Kalau rasa kuah terlalu pekat boleh tambah air lagi. Biar mendidih.
  • Akhir sekali masukkan telur dan dikacau2 sedikit.Tuang kuah ke atas kuey teow yg dicelur/rebus tadi lalu taburkan dengan cili jeruk atau cili hijau( ida tak der ), daun sup/daun bawang/bawang goreng, serbuk lada hitam dan nikmati hidangan ini panas2.

    Oishiiii katta !!!

    Tuesday, January 24, 2012

    Laksam.....lamanya tak makan

    Salam.....n3 hari ialah menu laksam ya. Dah lama tak makan dan buat laksam. Hari tu teringin lak nak makan. Pernah ada n3 sebelum ni pasal Laksam. Dulu adunan tepungnya ida buat resepi Yani, MyR....ok resepi ni.  Kali ida buat hanya guna tepung beras shj, tak campur lain tepung...pun sedap. Rasanya mak ida buat dulu2 tak campur lain2 tepung....ingat2 lupa dah. Tapi sekarang kalau kat belah2 kelate, kita juga boleh beli laksam dan laksa siap masak tanpa kuah. Balik rumah just buat kuahnya je. Kalau malas nk buat kuah, boleh terus beli set laksam/laksa tu. Balik rumah terus makan jer. Ahhhh....rindunya kampung halamanku...huhuuu

    KUAH LAKSAM
    BY : Ida @ Happy Cooking Time
    • 600 gm isi ikan.....direbus dan dikisar ( ida beli isi ikan yg dicincang jer )
    • 1 1/2 tin santan pekat segera / 600 mls santan pekat segar...nk lemak lagi boleh lebihkan
    • 2 labu kecil bawang besar*
    • 4 ulas bawang putih *
    • 2 inci halia*
    • 1/2 inci lengkuas*
    • 1 batang serai...dihiris nipis2*...utk resepi kali ni ida kisar 1 btg serai bersama bhn lain
    Kisar/blend bahan yg bertanda *
    • 1/2 sd besar lada hitam tumbuk/serbuk lada hitam yg kasar.....boleh dilebihkan
    • 2 batang serai...diketuk
    • 3 sd besar gula lebih kurang / mencukupi
    • Garam secukup rasa
    • 2 asam keping
    • Tambahan air yg mencukupi...jgn terlalu banyak takut kuah cair.
    CARA2:
    • Campurkan semua bahan ke dalam periuk
    • Masak sehingga mendidih
    • Perasakan garam.
    SAMBAL BELACAN
    • Ambil segenggam cili api, tambah sebiji cili besar,  belacan, gula dan garam. ( boleh ganti juga dgn cili kering yug direbus seketika )
    • Tumbuk @ kisar menggunakan blender kering
    • Perahkan air asam limau / lemon secukupnya
    LAKSAM dipotong bulat2 & sedia dimakan bersama kuahnya, sambal belacan serta hirisan ulam-ulaman seperti daun kesum, kobis, timun, kacang panjang ( kali ni tak der ) dan juga taugeh.
    Note : Kalau yg real org Kelate  mkn laksam...dlm pinggan laksam tu mesti tambah seketui kecik belacan beserta bahan2 lain. Belacan ketui tu utk dimakan bersama laksam....sedap tau.

    LAKSAM ( hanya pakai tepung beras shj )
    BY : Ida @ Happy Cooking Time
    • 3 cawan tepung beras
    • 4 1/4 cawan air suam -+ ( sukatan air boleh adjust )
    • Sedikit garam
    Cara2:
    • Panaskan air di dlm pengukus sehingga mendidih
    • Masukkan tepung & garam ke dlm mangkuk, masukkan 2 cawan air dahulu.....kacau sebati pakai whisker tgn.
    • Tambahkan baki air...kacau sebati
    • Sapu acuan/pinggan dgn sedikit minyak, ambil 1 senduk adunan / secukupnya..tuang ke dlm acuan.( ikut nak tebal mana, tapi jgn tebal sangat takut masa nk gulung ia pecah )
    • Letak acuan ke atas rak pengukus dan kukus selama 5 minit. Bila dah masak, sejukkan sebentar baru gulung.
    • Ulangi sehingga habis.

    Ulam-ulaman kat sini yang tak banyak pilihan yang ada....letak mana yang ada jer. Kalau tak suka letak semua ulam2 tu pun tak per. Kalau ada kacang panjang lagi sedap ni. Kacang panjang kat Jepun belum sampai musim dia lagi. Pst buat E-na....pokok kesum tu masih memberi jasa. Tqvm!!
    Kali ni sambal belacan ida kaler ijau aja, sbb stok cili api merah frozen udah abisss. Buat mana yang ada jer la. Nak buat ngan cili kering pun boleh juga. TQVVM kpd yg masih sudi singgah kat sini. Tuan rumah tak sempat nak buat BW.

    Wednesday, December 21, 2011

    Bihun Goreng Tomyam

    Salam di hari Khamis buat semua.........quick n3 lagi, kalau boleh nak clearkan/kurangkan gambar2 yg ada walaupun mmg tak sempat habis. Jom layan bihun tomyam pulak.........emmmm, sedap kata hubby ida. Resepi korek2 kat dapur K'Nor SG...Mekasih byk2 utk K'Nor. Dah ramai yang buatkan.....ida baru first time cuba, dah lama nak buat takut tak mendapat sambutan...wahhh,..mmg ada rasa kelainan...sedap sgt!

    Izinkan ida share kat sini pulak ye kak



    Resepi : K'Nor SG pernah post kt 
    myresepi
                 atau boleh tgk kt blog dia  SINI

     

     p/s : bahan2  yg ida guna adalah mengikut apa yg ada kt dapur ida jer masa tu

    Bahan-bahan ( 7 org makan )
    • 1 bungkus mihun - rendam, bila lembut, toskan
    • 300gm udang ( ida letak 20 ekor )
    • 200gm isi ayam ( ida letak daging )
    • 3 ulas bawang putih - diketuk
    • 5 ulas bawang merah - ida guna 1 labu beg besar (dikisar)
    • 2 batang serai - diketuk sedikit
    • 2 kiub perencah tomyam (maggi/knorr)....ida guna pes 3 sb
    • cili api - bagi yg mahukan lebih rasa pedas
    • 1 biji telur...ida tak letak
    • 3 helai daun limau purut - dicarik2kan
    • sayur kobis - di potong pjg (halus)
    • carrot - dipotong pjg (spt btg mancis)..tak letak
    • 2 biji tomato - dihiris nipis2....tak letak
    • 1 mangkuk air - jika ingin mi basah lebihkan sukatan air
    • daun saderi....tak letak
    • ida tambah sedikit sawi, fish roll, tauhu goreng & 1 sk serbuk pati ayam
    • Garam dan gula secukup rasa
    Cara-cara
    • Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan serai hingga wangi. Masukkan ayam/daging dan kacau.
    • Masukkan pula bawang merah yg telah dikisar dan perencah tomyam. Goreng sehingga pecah minyak.
    • Masukkan udang dan gorenglah sekejap baru masukkan telur( ida tambah fish roll dan tauhu )
    • Masukkan air, garam dan gula secukup rasa. Untuk mendapatkan rasa yg lebih sedap bolehlah dibuat stok udang dengan merebus kepala dan kulit udang yg telah dibersihkan. Masak hingga mendidih dan masukkan sayur2an (kobis, carrot dan tomato yg telah dipotong) Masukkan juga daun limau purut yg telah dicarik2kan ( ida letak bihun dulu baru letak sayur kemudian )
    • Bila sayuran dah agak lembut, masukkan mihun tadi dan goreng hingga ramuan sebati dan mi menjadi lembut (Jika ingin mi yg basah lebihkan air/stok udang) ( kacau2 sebati / goreng seketika bihun baru ida tambah sayur )
    • Hidangkan ke dalam pinggan dan taburkan dengan daun saderi yg telah dihiris halus


    Tuesday, December 20, 2011

    Laksa Johor pun dah sampai Japan


    Salam buat semua.......semoga semuanya sihat2 hendaknya..ida jer kurang sihat sikit.......selsema. Biasa la, bila suhu dah semakin sejuk ni......wabak selsema dan demam akan menyerang. Anak2 pun dah sok sek selsemamnya sebelum ida. Ok la, keadaan dan masa tak mengizinkan utk celoteh panjang2.


    Malam ni, ida cuma nak share resepi laksa johor yang ida buat beberapa hari lepas. Pernah jugak buat dulu2 utk majlis makan2...lama sgt dah, tapi bahannya pakai campak2 jer..tak der sukat2 ikut bahan2 yang ida salin dari buku resepi kakak ida dulu,sukatan bahan tak der.....sampai ke japan ida bawak. Kali ni ida buat refer resepi.  Main resepi ida amik kat dapur K'Noreen, resepi asal dari Freeda, myr...... ida ada tokok tambah dan kurangkan sedikit beberapa bahan lain agar kurang pedas utk anak2 ida makan.  Apa2 pun ida ucapkan bebanyak2 terima kasih kpd yg menyumbang resepi yang enak ini.

    Jom kita semak resepi.....


    Bahan-bahan 
    (1 paket spagetti ( ida guna 600 gm )

    Bahan2 A:( Kisar )

    • 1kg ikan kembong atau ikan parang (optional)...ida beli isi ikan( 1 kg ) yg telah dikisar kasar
    • 100gm udang basah....buang kulit
    • 50gm udang kering - direndam sekejap
    • 20gm isi ikan kurau ( ikan masin )- dibakar sekejap..ida guna ikan talang 30 gm

    Bahan2 B - ( kisar berasingan dgn bhn A )

    • 3 labu bawang besar ...ida guna saiz sederhana
    • 15 tangkai cili kering( ida kurangkan )
    • 2 ibu jari halia....dlm 2 inci
    • 2 ibu jari lengkuas.....dlm 2 inci
    • 2 ibu jari kunyit hidup....ida letak 1/2 sk serbuk kunyit jer
    • 4 ulas bawang putih
    • 2 batang serai ....dihiris2
     Bahan lain

    • 2 keping asam keping ( ida letak 5 keping )
    • 1 kotak santan pekat/ lebih( ida letak 1 tin santan dlm tin-400mls)
    • 1 paket kerisik( ida letak 2 sb )
    •  1 paket kecil rempah kari ( ida letak 1 1/2 pkt )
    •  Garam dan gula secukup rasa ( ida letak gula merah 2 sb )
      Bahan ida tambah
    •  ida tambah 1 sb serbuk cili paprika utk naikkan warna*...paprika tak pedas
    • 1 sb serbuk jintan putih.*
    • 1 sb serbuk ketumbar*
    • Sedikit belacan..
    • 1 batang serai ..diketuk
    Bahan2 sampingan:
    • 2 biji limau kasturi belah/lemon
    • timun - di racik halus
    • tauge - buang ekor
    • bawang besar - hiris bulat
    • lada merah/lada hijau - dihiris...ida tak letak
    • Daun kesum / daun selasih / daun pudina - diracik halus
    • sambal belacan....ida buat resepi Hana
    • Telur rebus...ida tambah
    • Daun salad ..dihiris halus...ida tambah
    cara:
    • masak air di dalam periuk secukupnya sehingga mendidih
    • setelah itu masukkan 1 sudu besar minyak dan jugak spagetti ( ida tambah sedikit garam dlm air rebusan )
    • rebus sehingga spagetti lembut
    • angkat dan toskan. ketepikan
    • rebus ikan kembong, udang basah sehingga ikan masak
    • angkat dan toskan ( ida beli isi ikan yg siap dikisar kasar, so ida rebus sekejap dgn sedikit air, bila sejuk sedikit terus kisar bersama isi udang basah,udang kering, ikan masin )
    • jangan buang air rebusan ikan kerana akan digunakan untuk memasak kuah
    • buangkan tulang ikan
    • mesin isi ikan, udang basah, udang kering dan isi ikan kurau sehingga halus. ketepikan
    • panaskan minyak secukupnya di dalam kuali
    • masukkan serai ketuk dan bahan2 B yang telah dikisar ....tumis sehingga wangi dan sedikit garing
    • bila garing, masukkan rempah kari, serbuk rempah yang lain2 *  & tambah sedikit air dan kacau sebentar
    • kemudian masukkan bahan2 A yang telah dikisar
    • kacau rata
    • masukkan santan dan 2 mangkuk air rebusan ikan / jika guna isi ikan siap kisar tambah air biasa jer dlm 5 cawan
    • kacau sebati
    • akhir sekali masukkan asam keping, kerisik, gula, garam secukupnya serta belacan
    • kacaukan agar semua bahan sebati
    • renihkan dengan api sederhana panas sehingga kuah pekat lebih kurang 1 - 1 1/2 jam kerana lebih lama dimasak kuah akan bertahan lama tanpa perlu disimpan di dalam fridge dan lebih sedap.
    • cara menghidang: masukkan spagetti ke dalam mangkuk diikuti dengan timun, taugeh, bawang, limau, kuah dan sambal belacan serta telur rebus.

     Inilah dia sambal belacan yang ida buat resepi hana
    fuhh!.....memang meletop sambal ni. Mekasih byk2 yer hana, di atas resepi sambal yg sedap ini.

     Apa2 laksa pun memang feberet kami sekeluarga........jadi ida terpaksa kurangkan sedikit kepedasan pada kuahnya supaya anak2 boleh makan. Kalau buat laksa, mesti nak ulang2 makan......kalau ada lagi esoknya, mesti nak makan lagi. Fuhhh!!...memang sedap laksa Johor ni. Di makan  pulak dengan sambal belacan hana tu....mabeless sangat! Terangkat!!!

    TQVVM for visited here........ida tak berkesempatan nak terjah sana sini......mlm2 baru dapat update blog. 

    Thursday, December 15, 2011

    Mee Kolok Daging.....versi org merantau

    N3 seterusnya...........Mee Kolok, salah satu mee yang terkenal di Sarawak selain dari Laksa Sarawak...pestaim dengar.....memang ketinggalan betul ida ni. Ini pun sbb tengok rancangan masterchef hari tu...salah sorang peserta iaitu K'Zu masak mee kolok ni..
    Teringin nak cuba buat walaupun tak cukup bahan terutama bahan mee tu....mee kolok biasanya menggunakan mee kering ( mee sanggul, mee telur ) . Cara hidangnya ada mee yang ditabur daging/ayam/tambahan bahan2 lain, ada sambal kicap dan semangkuk kuah sup. Kat semenanjung pun dah ada restoren yang menyediakan menu dari Sarawak ni contohnya Restoren 'Dapur Sarawak' kat Wangsa Maju ada menyediakan menu mee kolok ni.
    Google punya google.......ok la try resepi dari SINI dulu, ida ada olah sikit2....mekasih byk2 yer...emmm sedap! sedap!....kalau la ada mee kering tu lagi la sedap kut....

    Bahan-bahan:

    Utk Mee:

    • 3-4 Gulung Mee Kolok (aka mee sanggul, mee telur) ....ida tak der so guna mee kuning jer la
    • 6 sdm Minyak Bawang putih ( resepi asal guna minyak bawang merah, kalau campur pun tak per )
    • 1 sdt Sos Ikan ...ida tak guna
    • 1 sdt Cuka
    • ida letak sedikit kicap pekat dan sos tiram
    • ida tambah 1/2 sk serbuk pati ayam
    Note:Minyak bawang putih.....boleh buat sendiri, 4 ulas bawang putih dicincang halus, gaul dgn sikit garam dan goreng ke dlm minyak hingga kekuningan

    Utk Sup:( ida buat cara ida but sup utk bihun up utara kt SINI )

    • 1 Sup Bunjut (atau 1 sdm perencah sup)
    • 100 g Daging lembu.....( ida letak lebih )
    • Air secukupnya
    • Sedikit Garam

    Utk Sambal Kicap

    • 8 biji Cili api
    • 1 ulas bawang putih
    • 1 sdt kicap pekat (aka 2 sdm 'Dark Soy Sauce')
    • 3 sdm Kicap Cair
    • 1 sdt Jus limau kasturi
    • Sedikit gula
    • Tambahan sedikit garam jika kurang masin
    Hiasan:
    •  Hirisan daging yg dibuat sup tadi
    • Daun bawang
    • Bawang goreng
    • Ida tambah daun salad jepun
    • Boleh tambah daun sup jika suka
    Cara-cara:-

    Utk Sup : Rebus daging bersama perencah sup, garam dan air secukupnya. Rebus sampai empuk. Setelah masak, toskan daging dan hiriskan nipis2. Ketepikan supnya. Ida buat sup daging cara SINI

    Utk Sambal : Tumbuk/kisar cili api dgn 1 ulas bwg putih hingga lumat. Kemudian gaulkan bersama kicap pekat, kicap cair, jus limau kasturi dan gula. Kalau takde kicap pekat dan kicap cair, gunakan kicap manis dan tak perlu tambah gula.

    Utk Mee : Rebus mee seketika.  Toskan dan letak ke dlm mangkuk. Letak  minyak bawang putih secukupnya, cuka dan sos ikan( sos ikan ida tukar kpd sedikit kicap pekat, sos tiram dan serbuk pati ayam )....kacau sebati

    Cara menghidang : Letak mee ke dalam pinggan atau mangkuk. Taburkan daging, daun bawang dan bawang goreng ke atas mee tadi. Sediakan sambal dan sup ke dalam bekas berbeza.


    Cara makan : Siramkan kuah sup ke atas mee dan letak sambal kicap



    Mata dah ngantukk tak sempat nak terjah mana2 lagi dah.......mekasih byk2 ida ucapkan kpd yg sudi tinggalkan komen2 manis pada n3 yg lepas2..tak tau nak kata apa lagii....nak kunjung balas semua mmg masa tak mengizinkan.....Oyasuminasait!! Good Nite!!

    Monday, December 12, 2011

    Laksa Sarawak

    Salam di pagi Selasa.......alhamdulillah, syukur...hari ini nampak sang mentari bersinar. Beberapa hari sebelum ni, hanya mendung sepanjang hari walaupun tiada hujan...entah di manakah sang mentari itu bersembunyi. Sungguh cerah nmpknya hari ini.....nampaknya kain2 yang sudah dibasuh harus di ampai segera, sebelum sang mentari bersembunyi lagiii.
    Laksa Sarawak ni ida buat beberapa minggu yg lepas rasanya.....baru sempat nak n3, guna pes laksa Sarawak pemberian kawan ida. Alhamdulillah sedap pes ni, mekasih banyak2 kpd yg memberi. Terima kasih daun keladi..kih..kih.kih. Resepi ida ikut pada peket pes jer..cuma ida kurangkan sikit pes tu....nk 

    jimat ha.ha..ha


    .
    Ni la contoh perencah/pes laksa Sarawak yg ida guna.....


    RESEPI LAKSA SARAWAK
    Rujukan : Resepi dari peket perencah
    Resepi diolah oleh  ida@Happy Cooking Time
    Bahan-bahan:
    • 1/2 peket bihun/Mi Hoon
    • 1/2 peket ( 100 gm ) perencah Laksa Sarawak Hj Manan ( boleh lebihkan )
    • 2 batang serai
    • 2 ulas bwang putih...ida tambah( diketuk)
    • Garam secukup rasa
    • Gula..ida tambah sikit
    • Serbuk perasa....jika suka
    • Sedikit air asam jawa ....ida tambah
    • 200 mls santan pekat dlm tin / boleh letak pati santan fresh 150 mls
    Bahan tabur/hias:
    • 3 kpg boneless chicken @ boleh letak dada ayam
    • 150 gm taugeh
    • 2 biji telur...utk buat telur dadar
    • 1 ikat daun ketumbar....ida tak der stok,ida guna daun salad jepun
    • 200 gm udang
    • Lemon....dihiris
    • Sambal belacan biasa @ sambal belacan tumis udang kering
    • Daun bawang....ni ida tambah, laaa..lupa nak tabur tadi
    • Kalau ada bawang goreng pun sedap jugak
    ( Pernah makan yang kawan ida buat letak sambal belacan biasa dan yang letak sambal belacan tumis udang kering...dua2 pun sedap )

    Cara membuat:
    Penyediaan Kuah:
    • Kupas kulit udang dan bersihkan
    • Ketuk serai dan bawang putih
    • Kulit udang direbus bersama serai dan bawang putih ke dalam 1 1/2 liter air..rebus selama 20 minit
    • Letak udang yg telah dikupas kedalam penapis kecil dan bendamkan/tenggelamkan ke dlm air rebusan...rebus seketika dan angkat.
    • Tapis air rebusan ke dalam periuk lain..... Ambil semula serai dari penapis dan masukkan semula ke dalam air rebusan.
    • Masukkan perencah laksa dan didihkan dengan api yang perlahan.
    • Masukkan pula pati santan/santan pekat, garam, bahan perasa, gula dan air asam jawa secukup rasa
    • Didihkan lagi dan tutup api.
    Penyediaan bahan lain:
    • Bihun dan taugeh dicelur asing2...toskan
    • Tabur sedikit shj garam pada ayam dan kukus hingga empuk.....carik-carikkan isinya apabila sudah masak
    • Goreng telur secara dadar nipis......apabila masak, dihiris halus2
    Cara menghidang:
    • Masukkan bihun ke dalam mangkuk/pinggan
    • Tuangkan kuah laksa sarawak
    • Hias dengan taugeh, isi udang, isi ayam, daun ketumbar ( ida guna daun salad Jepun ), hirisan lemon dan sambal belacan
    SEDIA UNTUK DIHIDANGKAN....emmm sedapnyer laksa Sarawak!!! bila2 boleh buat lagi.

    Thursday, December 8, 2011

    Mee Rebus Udang

    Salam.....korek gambar lama lagi...yg dah lama terperuk dlm album...nk cepat2 clearkan mana yg patut
    Mee rebus udang ida olah dari resepi asal mee rebus biasa......resepi mee rebus dari dapur K'Nor Secubit Garam... resepi asal dari hanamemories yang sudah lama menyepi dari berblogging. Hana sekarang ni,mungkin sudah sibuk dgn urusan harian kt M'sia agaknya. Semoga hana dan keluarga sihat hendaknya......mekasih byk2  utk kedua2 nya utk resepi yg lazat ini....izinkan ida share resepi kt sini lak.


    TQVM kpd semua pengunjung yang budiman......TQVM kpd kwn2 blogger yg sudi komen pada n3 lepas2....terharu la, sbb w'pun ida tak sempat nk terjah sume blog kwn2 dan tinggalkan komen....masih juga ada yg sudi tinggalkan jejak kt sini.....jap lagi pun ida dah nak bergegas ke kelas nihongo/kelas bhs jepun.....suhu hari ni  gee..geee..geee sejukkk sgtttt bawah 10 C...skrg ni around 8 C,kain di ampaian yg sukar utk kering....yg tu belum kering, masih ada lagi yg mau disidai......kain yg dah kering, bila pegang mcm tak kering sbb bila pegang sejukkk nk mcm air batu......adehhhh, dugaan di musim sejuk..inilah dia.

    Resepi asal : Mee Rebus biasa dari hanamemoris

    Sumber : K'Nor
    Olahan : by ida@Happy Cooking Time


    MEE REBUS UDANG

    Bahan-bahan:
    • 400g mee kuning - celur n toskan
    Bahan tabur/hias:
    • tauhu goreng - goreng n hiris...ida tak letak
    • sawi dan taugeh.....dicelur
    • lada merah - hiris ..ida tak letak
    • daun sup/daun bawang - hiris
    • telur rebus
    • limau nipis@ limau kasturi
    • jeruk lada@ cili...ida tak buat
    • bawang goreng jika ada
    BAHAN UTK KUAH
    • 5 btg atau lebih cili kering( ida letak sikit jer )
    • segenggam udang geragau - ida letak sume udang kering segenggam setengah ( dikisar )
    • 1/2 biji bawang besar @ 3-5 biji bwg merah
    • 2 biji bawang putih... ida letak 3 ulas
    • 1 inci halia
    • 1 inci lengkuas
    • 2 sudu makan sos tomato - leh ganti ngan air asam jawa
    • 2 biji keledek sederhana - rebus dan blend ngan air rebusan daging@udang.
    • 300g daging - rebus hingga empuk n hiris nipis. air rebusan ketepikan.( ida tak letak sbb buat mee udang )
    • 5++ ekor udang segar -( ida guna lebih kurang 15 ekor, rebus seketika jgn terlalu lama nanti isi udang keras..... air udang ketepikan.
    • gula melaka....secukup rasa
    • garam n perasa (jika suka)
    • air secukupnyer - jika kuah terlalu pekat
    • 10 ekor udang dibuang kulit dan diblend*ida tambah
    • 1/2 sk serbuk kunyit...ida tambah

    Cara-cara:
    • bwg besar@bwg merah,bwg putih dan lada kering potong2 kemudian goreng sekejap dengan minyak yg sedikit.angkat.
    • blend bwg n lada kering td masukkan juga halia dan lengkuas hingga hancur.( +udang sekali * )
    • panaskan minyak. tumis bhn blend hingga pecah minyak. masukkan sos tomato n udang geragau/udang kering kisar... tumis lagik.
    • masukkan air rebusan udang, n keledek.perasakan ngan garam n gula. didihkan hingga kuah agak pekat baru kaww! jika terlalu pekat sgt tmbhkan air yer..last sekali baru masukkan udang. tutup api.
    • hidangkan mee ngan telur rebus, tauhu goreng, taugeh, sawi,limaukasturi/nipis, daun bwg, bwg goreng, lada merah, jeruk chili/jeruk lada dan curahkan kuah tadi. siap!( ida hias dgn apa yg ada jer la)

    Thursday, December 1, 2011

    Bihun Sup Utara ...feberet selamanya

    Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua kawan2 dan pengunjung yang dikasihi.......dah seminggu tak dapat nak jenguk blog, sibukk semacam jer sejak akhir2 ni dan Disember sudah kembali lagi......terlalu cepat rasanya masa berlalu, sedar tak sedar dah penghujung tahun 2011 kan.....
    Sebelum tu ida nak ucapkan bebanyak terima kasih kepada teman2 yang sudi meninggalkan ucapan, kata2 semangat dan komen pada n3 ida yang lepas. Ida tak sempat lagi untuk buat semua kunjung balas pada n3 yang lepas.....kalau berkesempatan, InsyaAllah ida visit k...ida minta maaf banyak2.
    N3 malam ni pun menu ulang tayang jer, pernah buat sebelum ni,  resepi lebih kurang sama, cuma ada sedikit editing dibuat dan memang selalu buat sebab ia feberet hubby ida. Maklum la dia tu org utara.......dah memang serasi dengan bihun sup utara ni. 
    Sambal merah dan bihun kaler kuning sebagai trade mark bihun sup utara ni....
    Baru perasan, lupa nk tabur bawang goreng..hu..hu Ok la, jom semak resepi.......

    Bahan A:
    • 1 peket bihun kering
    Bahan B( kuah sup )
    • 1 kg daging lembu
    • Air secukupnya
    * Jika nak tambah tulang lembu pun boleh
    • 2 paket sup bunjut
    • 1 sudu besar rempah sup serbuk
    • 3 ulas bawang putih...dikisar
    • 1 inci halia....................dikisar
    • 1/2 labu bawang besar/5 ulas bawang merah.....dikisar
    • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam/kurangkan
    • 1/4 sudu teh serbuk lada putih
    • 1 inci lengkuas......diketuk
    • 2 batang serai ..........diketuk
    • 2 inci halia.................diketuk
    • 2 ulas bawang putih diketuk
    • serbuk perasa jika suka
    • garam secukupnya
    Bahan C( bahan untuk menumis )
    • 3 batang kulit kayu manis
    • 4 kuntum bunga cengkih
    • 2 kuntum bunga lawang
    • 5 biji buah pelaga
    • 3 ulas bawang putih dihiris nipis
    • 1/2 inci halia dihiris nipis&halus
    • 4 ulas bawang merah/1/2 labu bawang besar dihiris nipis
    Bahan D ( sambal merah )
    • 5 sudu besar serbuk cili/cili kering yang dikisar......saya pakai serbuk cili je
    • sedikit garam&gula
    • 1 sk air  perahan lemon/limau nipis
    • Serbuk perasa jika suka...ida letak 1/4 sk serbuk pati ayam
    • Sedikit air
    Bahan E ( bahan tabur semasa menghidang )
    • Daun bawang,daun sup/daun sadri......dihiris nipis
    • Bawang goreng......lupa nk tabur
    • Ketulan daging dari dalam kuah sup  ditoskan dan dihiris nipis
    CARA-CARA:
    Bahan A:
    • Rendam bihun  dengan air lebih kurang 1 jam ( tak rendam pun tak pe, boleh terus rebus )
    • Rebus bihun bersama sedikit pewarna kuning / serbuk kunyit sehingga lembut...toskan
    Bahan B:
    • Daging dipotong kiub besar 
    • Di dalam periuk masukkan daging,air secukupnya kemudian bahan kisar,bahan yang diketuk & sup bunjut.Rebus sehingga separuh empuk.
    • Kemudian tambah bahan B lain2, teruskan memasak.
    Bahan C:
    Tumis bahan C didahulukan dengan rempah kasar,bawang putih,halia & bawang merah/besar hingga naik bau.Kemudian tuangkan ke dalam bahan B Jangan masukkan semua minyak menumis ke dalam kuah,untuk mengelakan kuah terlalu berminyak ( lebihan minyak tumisan digunakan utk memasak sambal merah )Masak bahan B hingga daging empuk, sesudah cukup rasa matikan api.

    Cara membuat sambal merah/bahan D:
    • Gunakan kuali dan minyak dari bahan menumis tadi ( keluarkan sedikit minyak jika terlalu banyak )
    • Masukkan bahan D/bhn sambal ke dalam kuali atas.
    • Masak sambal seketika.....perasakan dgn sedikit garam dan gula.
    Cara menghidang:
    Masukkan bihun yang direbus tadi ke dalam mangkuk,diikuti dengan kuah sup,bahan tabur&akhir sekali sambal merah.Sedap dimakan ketika kuah masih panas.Cubalah.....