My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story
Showing posts with label puff/pastry. Show all posts
Showing posts with label puff/pastry. Show all posts

Tuesday, May 22, 2012

Cream Puff

Alhamdulillah......dah masuk 2 Rejab kita hari ini.
Pestaim try buat menda ni.....alhamdulillah. Dah lama dok dlm list....baru terlaksana smlm. Len kali boleh buat lagi sbb anak2 gemar nmpknya.

 Sebelum letak inti kastard. Mcm2 kejadian rupanyanya selepas dikeluarkan dari oven..Anyway puffnya sgt lembut,..mekasih byk2 kpd Yani & HaSue

Cream Puff
Resepi:Yani@myresipi.com
Sumber : HaSue

Bahan-bahan ( 10 biji )-kalau buat comel2 dapat banyak gak..ida buat kecil2 dpt lebih
  • 100ml air
  • 45g butter-suhu bilik, potong 1cm
  • 60g tepung gandum- diayak
  • 2 biji telur(100g)
  • Ida tambah 1/4 sk essen vanilla
Cara-cara
Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih bercampur., tambah essen vanilla & kacau..ni ida tambah.
1.Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
2.Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
3.Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
4.Masukkan telur, kacau cepat-cepat
5.Inilah hasilnya setelah dicampurkan dengan telur.
6.Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang seperti dalam gambar. Anggaran diameternya ialah 5cm.
7.Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
8.Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. ( Ida bakar suhu 200C selama 20 minit shj, puff dh perang dan masak )
Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit( ida tak buat step ni ).
Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
9.Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.( Ida potong dgn gunting tgh2 tapi jgn sampai putus utk masukkan inti kastard )

Bentuk nozzle yang diguna untuk buat cream puff. Saiznye adalah 1 cm

* Boleh juga guna cara ni: Lepas step 4, masukkan doh tepung ke dalam bowl. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul dengan mixer.

Ggabungan puff yg lembut dan inti kastard yg lemak manis gitu...walllla!! Tak sedar dh berapa ketui masuk mulut ni.

 Cth bentuk setelah dipicit dgn noozle bintang.

Custard Cream
Resepi:honey@myresipi.com
Sumber : HaSue
Bahan-bahan ( lebih kurang 300ml )
  • 1 sudu besar tepung
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 4 sudu besar gula
  • 200cc(1 cup) susu segar
  • 1 biji telur (L size)
  • 1 sudu besar mentega
 Cara-cara
  1. Masukkan bahan dari no1 - 3 ke dalam mangkuk. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul.
  2. Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
  3. Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. Masak sehingga pekat. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau. Ulang sehingga pekat.
  4. Bila dah siap, masukkan mentega. Kacau.
Psst : Ida masak atas dapur gas guna api perlahan. Selepas step no.2, ida kerang atas api guna kuali  non-stick...kacau m'gunakan whisker cepat2 supaya tdk berketul..setelah pekat & masak  ida masukkan mentega & kacau seketika..tutup api.
** Perhatian: Kalau nak guna hanya kuning telur, gantikan sebiji telur tu dengan 2 biji telur kuning.

 Tabur sikit atasnya ngan aising sugar

Wednesday, June 29, 2011

Apple Puff

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.........2 hari tak bersiaran, ida kesibukkan sikit. B/walking pun tak dapat buat 2 hari lepas. Komen yang belum berjawap tu, insyaallah akan ida tunaikan. Minta ampun mintak maaf dari tuan rumah ni. Hari ni ida cuma nak n3 resepi ringkas sahaja iaitu 'Apple Puff ' ni. Kebetulan ada kulit pastry yg boleh dimakan kat sini. Dah lama dah tehingin nk buat dan nk makan semenjak dok sini.

Inti tu ida buat pakai agak2 jer sebenarnya.......alhamdulillah sedap!! Nak tinjau2 resepi adehhh...dah tak sempat masa tu, lagipun sejak dua menjak ni, loading lembab sungguh. Macam dah hilang sabar pulak rasanya.
Ok la jom ida share resepi kat sini...
BAHAN:

  • Kulit pastry segera yang mencukupi
  • 1 biji epal saiz besar
  • 2 sd besar tepung jagung
  • 5 sd besar gula
  • 1/4 sd teh garam
  • Sedikit kismis
  • 1/2 cawan air
  • 1/2 biji telur..utk sapu pada puff
  • Sedikit pewarna hijau
Cara-cara:
  • Epal dibuang kulit dan dipotong dadu
  • Panakan air dlm periuk, masukkan gula dan garam...biar larut sedikit.
  • Bancuh tepung jagung dgn sedikit air.
  • Masukkan ke dlm periuk dan kacau cepat hingga sebati
  • Masukkan epal yg didadu serta kismis dan pewarna hijau...kacau sehingga betul2 pekat.
  • Angkat dan sejukkan sedikit
  • Kulit puff dilipat dua, kemudian potong kepada 4 bahagian.
  • Ambil satu lapis yg dipotong, letak inti, tutup dgn selapis lagi.
  • Tekan sekelilingnya dgn garfu.
  • Sapu dgn telur bahagian atas dan bakar di dlm oven yg dipanaskan terlebih dahulu dlm suhu 180 C selama 26 minit.