Sebenarnya dah banyak kali buat kopok lekor ni, yang ni dah lama buat juga, cuma kali ni ida kurangkan sikit tepung ubi kentang kpd 150 gm, sukatan bahan-bahan lain adalah sama sahaja seperti resepi sebelum. Untuk kali ni, tekstur dia lebih lembut sikit dari yang dulu.
Boleh la kan sekadar melepaskan rasa kempunan nak makan, tapi tak leh la nak lawan kopok lekor T'ganu tu...
So, lepas yg ni ida stop dulu buat kopok lekor, sbb dah rasa nk termuntah dah mkn.....mmg sejak buat kali pertama hari tu, terus menerus jugak la buat.....rasa cam dah jemu sangat, tambah-tambah lagi orang tukang buat ni..Sampai macam ni sekali kn
Sekali lagi ida copy resepi sebelum ni kat sini........cuma ida tukar sukatan tepung katakuriko jer.
Insyaallah, ada kelapangan nanti, ida pergi ronda2 satu dunia.....b/walking la.
Bahan-bahan :
- 1 kg isi ikan...dikisar ( ida beli isi ikan yg telah siap dikisar dlm 5 pkt )
- 180 gm tepung 'warabi mochi ko' @ boleh pakai tepung sago
- 150 gm tepung 'katakuriko'( tepung ubi kentang )
- 1/4 sd teh baking powder
- 2 - 2 1/4 sd besar rata garam lebih kurang @secukup rasa
- 6 ulas bawang putih...ditumbuk/dikisar halus @ lebih kurang 1 sd bsr yg telah dikisar
- Tambahan sedikit air jika adunan keras....rasanya tak tambah pun dh ok sbb kalau lembik susah nk bentukkan.
- 1/4 sd teh serbuk ajinomoto
- Campurkan semua bahan2 di dalam bekas yg besar kecuali air..uli / gaul sehingga sebati.
- Pakai sarung tangan plastik jika tak mau lekat kt tangan
- Jika keras baru tambah sikit air, kalau dah ok, tak perlu tambah.
- Didihkan air separuh periuk...kalau boleh gunakan periuk yg agak besar sikit.
- Masukkan sedikit tepung gandum/apa2 tepung ke dlm mangkuk kecil
- Sediakan papan pencanai / papan pemotong sayur pun boleh. Tabur sedikit tepung ke atasnya.
- Letak sedikit tepung pada tgn/pakai sarung tangan plastik. Ambil sedikit dr adunan...bentukkan / roll memanjang. Saiz terpulang kpd masing2. Ulangi sehingga habis.
- Rebus keropok yg telah dibentukkan tadi seketika. Angkat jika nmpk terapung..sejatkan.
- Simpan di dalam peti ais jika tidak habis digoreng..
- Potong bulat serong sebelum digoreng.
* kalau kat di M'sia, boleh pakai tepung sago dan tepung ubi kayu ATAU just letak tepung sago sahaja
CARA-CARA:
Ini versi ikan banyak punya!!!...kalau jual, mmg tarak untung...lugii lagi ada ni....so jual la dlm rumah sendiri. Untung ke, rugi ke...deng tak kisahh itu sume, janji sume kenyang dan puas hati dgn apa yg kita hidangkan...betul tak?
Nak tahu ngaper kali ni rupa dia gelap sikit dari yang dulu.......sebab ida beli isi ikan, balik simpan dulu dlm fridge, esok baru buat...memang ada beza kan.....