My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Tuesday, August 2, 2011

Puding Tembikai dan cerita ceriti anak2 berpuasa


Salam 3 ramadhan buat semua.........baru berkesempatan untuk bersiaran, dah masuk tiga hari kita menjalani ibadah puasa, semoga kita dpt menempuh hari2 yg berikutnya dgn sempurna.
Bila masuk bulan puasa ni, tugas ibu2 tetap sama cuma rutin sahaja yg berubah...bangun seawal pagi untuk menyiapkan hidangan sahur dan awal petang sudah berperang di dapur untuk menyiapkan juadah berbuka pula.
Apakah juadah yg lazat akan disediakan oleh para ibu untuk hari ni ye? Bila bulan puasa ni, selera mcm berubah sikitkan, macam2 terasa nak makan. Ida pun tengah pikir???? Apa nak masak hari ni. 2 org anak ida baru mula belajar berpuasa, Tina tahun ni dh masuk 6 tahun, alhamdulillah 2 hari lepas penuh puasa dia, Aqil 5 tahun juga teringin nak belajar puasa, sbb apa tau, abah dia nk bagi upah sape yg puasa, pagi2 dia turut sama bersahur, bekal nasi tak mo bawak, siap suruh kita bagitau kat cikgu dia, yg dia posa.....TAPI boleh percaya ke idak budak ni...Semalam katanya dia tak mkn dan tak minum pun kt tadika. Tak per la, belajar posa 1/2 day pun jadi la. Kakak Sara 8 tahun pulak dh kali ke - 2 belajar posa, tahun lepas byk hari yg posa la, dari yg tinggal. Harap2 tahun ni, penuh puasa dia......kali ni pun nmpk dia lebih steady sikit berpuasa berbanding tahun lepas.
Bagi yg tinggal di M'sia, rata2 bazar ramadhan ada, yg menjual pelbagai jenis juadah,. Bagi ibu2 yg bekerja, mungkin tidak ada kesempatan utk menyediakan b'mcm bagai juadah utk berbuka. Tidak salah jika dibeli aja kn.

Berbalik pula pada 'Puding Tembikai' ni, memang dh ramai yg mencuba, ida jer baru try, kita ni mmg selalu ketinggalan ke belakang bak2 menerai ni, awal2 dah masuk list, cuma nk buat tu adehhh, mcm2 alasan!!......sedappp puding ni,. Resepi copy dari dapur Ika, Arah..mekasih byk2 ye dear...halalkan k'ida cnp resepi & share kt sini pulak k. Ida ikut yg asal..

Copy resepi dari : Ika ( ARAH )

Bahan-Bahan:(loyang 8 inci, kalau guna 7 inc lagi cantik)

  • 1 paket agar2 serbuk tanpa warna/plain (dalam 15gm) (sy gn agar2 serbuk 10g)
  • 2 keping roti gardenia *
  • 6 cawan air (4cwn air)
  • 1 1/2 cawan gula (1/2 cwn gula)
  • 1/2 tin susu pekat (1/2 cwn susu pekat) *
  • 1 cawan susu cair (sy tambah) *
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • cincau dipotong kecil>> yg ni gantikan bijan hitam
  • sedikit pewarna hijau /merah
Cara-Cara:
  1. Masak agar2 bersama gula dan air.Hingga agar2 dan gula hancur.
  2. Sementara itu, rendam roti dalam susu cair dan carik-carikkan.Masukkan susu cair,roti dan susu pekat manis.Blend halus
  3. Setelah agar2 dan gula hancur, masukkan bahan blend ke dalam periuk, juga masukkan esen vanilla dan mentega.Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit.Tutup api.
  4. Ambil sedikit adunan dan warnakan hijau (sebagai kulit tembikai)sy gn 1cwn.Biar keras sedikit.
  5. Pastu sedikit lagi warna asal(sy gn 3/4cwn), curahkan di atas lapisan hijau tadi. Biar keras sedikit
  6. Adunan selebihnya diwarnakan merah, curahkan diatas lapisan putih/warna asal tadi. Taburkan potongan cincau( ida letak bijan hitam) tadi sebagai biji tembikai. Biar sejuk.Simpan ke dalam peti sejuk.


Potong mcm potongan tembikai ........