My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Tuesday, July 5, 2011

Blueberry Buckle


Tatap aje lah gambar kek ini.....sebab dah jadi baja. Ramai sangat yang dah potong Q, baru hari ni, dapat masuk n3. Resepi dah lama intai kat umah hanamemories, katanya dia intai resepi kat 'foodnetwork'..... Ida terjumpa resepi ni masa pegi selongkar dapur hana dulu. Jangan marah ye na, ida masuk tak bagitau. Chop dulu, baru skrg kesempatan buat. Mekasih banyak2 ye na, izinkan ida kongsikan resepi kek yang sedap ni kat sini pulak.



Kebetulan musim blueberry datang kembali........tiba2 pulak teringat dengan resepi kek 'blueberry buckle' yg pernah ida tengok kat blog hana. Seru utk mencuba sgt kuat. Dah cuba, mmg sedap, lembut jer kek ni. Yang tak suka pulak, anak2 ida pi korek buang buah blueberry kat dlm kek tu huhuhuuu......


Ngaper namanyer blueberry buckle erk?......kena tanya tuan empunya resepi la nmpknya
CUMA streusel / topping atas tu ida punya tak bape jadi, sbb butter dah lembut sgt masa tu, tu yg tak jadi crumble sangat.

Sumber asal : foodnetwork

BAHAN:

CAKE
  • 1/2 cawan butter
  • 1/2 cawan gula.....ida lebihkn sikit
  • 1 biji telur
  • 1 sd kecil essen vanilla
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 1/2 sd teh baking powder
  • 1/4 sd kecil garam
  • 1/2 cwn susu segar
  • 2 cwn blueberry segar...ida cuma ada 1 cwn jer
Streusel Topping
  • 1/3 cawan gula
  • 1/3 cawan t.gandum
  • 1/2 sk cinnamon serbuk....ini ida tak letak, sbb anak2 tak suka bau dia
  • 3 sd besar butter tanpa garam ( guna butter yg sejuk dr peti ais ) ida guna butter biasa
CARA:

Cake
  • Panaskan oven suhu 350 F...ida panaskan pd suhu 180 C
  • Pukul butter bersama gula hingga kuning dan berkrim. Masukkan telur dan essen vanilla. Pukul lagi hingga kembang.
  • Ayak bersama, tepung, baking powder dan garam
  • Masukkkan ke dlm adunan tadi berselang seli dgn susu. Kacau rata. Alas loyang dengan baking sheets, ratakan, kemudian tabur blueberry ke atas adunan.
Streusel topping
  • Dalam mangkuk kecil, campurkan tepung, gula dan serbuk cinnamon jika suka
  • Masukkan butter dan kacau dgn garfu hingga menjadi crumble / serbuk.
  • Taburkan ke atas adunan kek yg telah ditabur blueberry tadi
  • Bakar selama 45 - 50 minit (ida bakar lebih kurang 40 minit sahaja sbb kek tak tebal )
  • Sejukkan di atas redai sebelum dihidangkan
.