My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Wednesday, December 7, 2011

Pot Chicken Rice

Pernah nampak tun tayang nasi ni beberapa kali........tapi tak lak nk salin resepi dlm buku. Masa hari tu, tak plan pun nak masak 'pot chicken rice' ni. Kebetulan hubby ada lawan futsal kt Kumamoto, lebih kurang 2 jam perjalanan nak ke sana dan nak kena bawa makanan. Jenuh fikir apa nak masak nasi yg kira senang dan yang tak pernah try lagi serta senang nak dibawa...masa malam tu malas la pulak nak bukak internet balik sbb dah off. Dengan ingat2 lupa resepi asalnya, ida pun masak la ayamnya dulu pada malam hari tersebut sbb esok pagi2 hari hubby dah nak bertolak. Nak masak pagi semua, kut tak sempat.
SORRY ye Tun....k'ida bukan nak derhaka resepi asalnya.......tapi dah tertokok tambah bahannya pulak. Apa2 pun mekasih byk2 tun yer di atas sumber resepi yg sedap bangat ni. Lagipun nasi nak kena masak banyak dari sukatan asalnya......sikit2 takut tak cukup. Yang makan tu sume jejaka2....termasuk adik2 bujang.
Adik2 bujang komen sedap nasi ni.......mmg sedapp.
Pagi2 hari pun amik la juga gambarnya, belum ada sang mentari lagi masa tu.


Pot Chicken Rice
Resepi asal : trymasak
Sumber : tun_telani & mamahawa...TQVVM
Olahan by ida@Happy Cooking Time

Bahan2
  • Ida guna 6 cawan beras Jepun
  • Sukatan air ....5 1/2 cawan termasuk sos dari ayam ( refer bahagian cara membuat )
  • 1 kg ayam
  • 10 biji fresh shitake ( cendawan )...dihiris nipis
  • 5 ulas bawang putih...dicincang halus
  • 1 biji Cili Merah / boleh letak capsicum- dihiris nipis
  • 20 hiris Halia...hiris halus2
  • 1 sb Gula
  • 5 sb Sos Tiram
  • 1/2 cawan Kicap Pekat
  • 2 sb Kicap Cair...tak der stok
  • 2 sb Minyak Bijan
  • 3 sb halia yg dikisar halus
  • 1/2 labu bawang besar..dikisar
  • 2 sb Serbuk Lada Hitam
  • Garam secukup rasa
  • Ida tambah 3 sb sos tomato
  • Ida tambah 1 sk serbuk pati ayam
Bahan hiasan:
  • Ida hias dengan daun salad Jepun...dihiris kasar
  • Telur dadar....dihiris bulat
  • 2 tangkai daun bawang...dihiris halus (tak der stok)
Cara membuatnya:
  • Perap ayam bersama lada hitam, garam, kicap pekat, kicap cair, sos tiram, sos tomato,minyak bijan, halia, serbuk pati ayam dan bawang besar kisar dan gula. Ketepikan.
  • Tumis bawang putih dan halia hingga wangi. Masukkan hirisan cili, cendawan dan ayam. Kacau sebati hingga ayam empuk.( Ida masak sedikit pekat & ayam empuk )
  • Basuh beras dan cedok separuh sos dari ayam dan sukat guna cawan dan gaul dgn beras. Sukat air utk beras secukupnya termasuk sos dari ayam tadi.
  • Tambah garam secukup rasa dlm beras dan masak nasi seperti biasa.
  • Apabila nasi masak, ida alihkan nasi ke dlm kuali non-stick yg besar seperti kt atas, aturkan ayam diatasnya. Tutup kuali. Guna api gas yg sgt kecil, renehkan seketika. Biar hingga aroma ayam sebati bersama nasi dan kuahnya kering. ATAU di dlm periuk nasi elektrik, susun ayam dan keep warm beberapa jam.
  • Tabur bahan hias sebelum dihidang.

Cedok naik sikit , sbb nak snap pic......balance yg tinggal sikit kt umah pun mmg tak sempat nak snap.

Kat bawah ni ida cnp resepi asalnya

NI RESEPI ASALnya.

Pot Chicken Rice
Resepi: trymasak
Sumber: tun_telani & mamahawa

Bahan:

200 g Beras - tun guna 1 1/2 cawan
250 ml Air- x sukat, masak mcm masak nasi biasa
200 g Isi Ayam - dipotong kasar- tun guna bahagian campur2
4 bj Cendawan Kering - direbus & dihiris nipis - guna shiitake utk lbh sedap ^^
1 tangkai Daun Bawang - dicincang kasar - xde stok
½ Cili Merah - dihiris nipis
10 hiris Halia
2 ulas Bawang Putih - dicincang
2 sb Gula - tun xletak
2 sb Sos Tiram
1 sb Kicap Pekat - tun guna kicap pekat manis
1 sb Kicap Cair
1 sb Minyak Bijan
1 sb Jus Halia - tun sagat halia
1 sb Serbuk Lada Hitam
sedikir Garam

Cara Memasak
Perap ayam bersama lada hitam, garam, kicap pekat, kicap cair, sos tiram, minyak bijan, jus halia dan gula. Ketepikan.
Masak nasi bersama air secukupnya. tun tambah carrot
Tumis bawang putih dan halia hingga wangi.
Masukkan hirisan cili, cendawan dan ayam. Kacau sebati hingga ayam empuk.
Apabila nasi masak, masukkan ayam diatasnya. Biar hingga aroma ayam sebati bersama nasi dan kuahnya kering.
Taburkan daun bawang sebelum dihidang


8 comments:

maz said...

salam ida...dh hbis ke nsi tuu..npak sdpp skli..bleh la msuk list ni..anak2 kita klu ayam itam2 skit ok la..anak2 kicappp..hehehe..

cik cek said...

Wah! bestnya masak nasi cam gini...byk gak bahan2nya ya....amik resepinya dulula....

tun_telani said...

wallaaa.... mmg double sedap nih kak ida.. tgk salad ngan telur tu mmg naik seri nasi nih.

Nuridah said...

Ida

sesekali bertukar selera pasti sedap kan?? Kak Nur tengok aja dh terliur belum lagi rasa...kalau dpt rasa mesti nk hulur pinggan lagi.

Nieza said...

nampak sedap bangat tu kak dengan hiasan yg mewah gitu:)

ibundo said...

sedapnya ida... bundo mesti nak cuba ni.

quinnie said...

wah kak ida pun dah buat dah..saya ni hari tu ada stok ayam tapi resepi ni tak kuar lagi..hehhehe...kena tunggu ada ayam la baru nak cuba...cantik la akak hias nasi ni...berselera tengok...:)

Gee® said...

mengancam la nasi ayam Ida nih... boleh wat berbuka pose hari ni... cantek pulak tu gaya persembahan nya... i like!!