My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Thursday, December 22, 2011

Kurma Ayam


Salam buat semua,  dekat atau jauh.......semoga kita mendapat lebih keberkatan dariNya pada hari Jumaat yang penuh barakhah ini. Nampaknya kat tempat ida hari ni langit nampak mendung sahaja, mendung yang tak beerti hujan. Suhu hari ni pun agak lebih sejuk berbanding semalam sekitar 5 C-6 C.......terpaksa la berbalut dgn sweater walaupun duduk kat dalam rumah...sambil ditemani pemanas udara. Anak2 nampak rileks jer........ummi dia yang tak tahan sejukkk. Hubby pagi2 dah keluar ke kampus walaupun hari ni Nihon cuti. Gambate untuk abang....Anak2 pun sume cuti....kakak & angah dah start cuti sekolah hari ni sampai awal bulan Januari. Minggu depan hanya nak kena uruskan 2 orang  anak yang masih sekolah tadika, sediakan bento/bekal, hantar dan ambil ke/dari sekolah....oppppss lupa!! nak kena uruskan abahnya jugaa...bento abah pun.
Rutin harian ida di japan agak berbeza sedikit daripada di M'sia. Bangun pagi2 perlu siapkan sarapan dan juga makanan tengahari untuk bento/bekal anak2 dan suami. Agak kena ligat sedikit pagi2 berperang di dapur.....dulu2 kat M'sia kalau hari bekerja banyak yang beli...heeee

Pot pet lebih la pulok.......okesss jom ler kita layan lauk kurma ayam sempoi ni. Ini adalah salah satu lauk kegemaran anak2 ida sebab kuah dia tak pedas. Memang selalu sangat buat, tukar2, ayam / daging...

Bahan-bahan
  • 1 kg ayam ( ida guna sume upper leg )
  • rempah tumis  4 sekawan #
 ( 2 btg pendek kulit kayu manis,2 bunga lawang, 4 buah pelaga & 3 kuntum bunag cengkih ) #
  • 1/2 inci halia...dihiris halus
  • 3 ulas bawang putih...hiris 
  • 1/4 labu bawang besar...hiris
' * ' bahan yg di kisar
  • 1 biji bawang besar *
  • 5 ulas bawang putih *
  • 2 inci halia *
Note : ida guna bawang besar sbb kt sini tak der bawang merah, so boleh ditukar kpd bawang merah jika mau.
  • 1 1/2 peket kecil / 5 sudu besar rempah kurma....bancuh dgn sedikit air panas
  • 2 biji kentang di belah 4
  • 200 mls santan pekat ( ida guna santan pekat dlm tin ) .......santan boleh dilebihkan ikut selera masing2
  • air secukupnya
  • Sedikit minyak masak untuk menumis
  • 2 asam keping
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1/4 sk kecil serbuk lada hitam....boleh dilebihkan
  • Optional...1/4 sk serbuk  cili dan 1 labu bawang besar dibelah 4

Cara-cara
  • panaskan minyak minyak masak dan tumis rempah 4 sekawan serta bahan hiris dahulu hingga sedikit garing dan masukkan pula bahan yg telah dikisar tadi sehingga naik bau dan garing
  • masukkan rempah kurma, sedikit garam, asam keping dan tumis sehingga kering dan masukkan sedikit air.( 1 cawan )...kacau ( boleh tambah sedikit serbuk cili & serbuk lada hitam jika suka )
  • masukkan ayam.....kacau /renihkan sebentar selama 10 minit
  • tambah kentang, santan, air ikut kepekatan kuah yang diinginkan
  • masukkan gula dan garam secukup rasa.....kacau dan masak hingga kentang empuk.
  • Akhir sekali boleh tambah bawang besar yg dibelah 4
  • tunggu sehingga kesemuanya siap dimasak dan bolehlah dihidangkan


4 comments:

Kak Sam said...

Bestkan bila tengok suami dan anak2 menikmati air tangan kita.

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...

All time favourite memang tak jemu kalau dengan kurma ayam..I LIKE...

Mieza said...

ida..cantiknya mangkuk dan set sudu garfu tu..cute ada muka org...beshnyer kan kat jepun ada byk barang dapur cantik2...dedulu masa mieza belajar kat us masa tu anak dara mana tahu nak memberli brg dapur asek bali baju je hahaha...tpi kan ayam kurma tu mmg mengancam..sedapnya makan dengan nasi putih panas2

Kamalia said...

Kak ida,nape klau kurma sy wrna kelabu?akk punya ni sbb letak srbuk cili tu ke warna dia mcm kemerahan sikit? Nmpk cantikla pulak kurma ni jdnye..;))