My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Thursday, December 15, 2011

Mee Kolok Daging.....versi org merantau

N3 seterusnya...........Mee Kolok, salah satu mee yang terkenal di Sarawak selain dari Laksa Sarawak...pestaim dengar.....memang ketinggalan betul ida ni. Ini pun sbb tengok rancangan masterchef hari tu...salah sorang peserta iaitu K'Zu masak mee kolok ni..
Teringin nak cuba buat walaupun tak cukup bahan terutama bahan mee tu....mee kolok biasanya menggunakan mee kering ( mee sanggul, mee telur ) . Cara hidangnya ada mee yang ditabur daging/ayam/tambahan bahan2 lain, ada sambal kicap dan semangkuk kuah sup. Kat semenanjung pun dah ada restoren yang menyediakan menu dari Sarawak ni contohnya Restoren 'Dapur Sarawak' kat Wangsa Maju ada menyediakan menu mee kolok ni.
Google punya google.......ok la try resepi dari SINI dulu, ida ada olah sikit2....mekasih byk2 yer...emmm sedap! sedap!....kalau la ada mee kering tu lagi la sedap kut....

Bahan-bahan:

Utk Mee:

  • 3-4 Gulung Mee Kolok (aka mee sanggul, mee telur) ....ida tak der so guna mee kuning jer la
  • 6 sdm Minyak Bawang putih ( resepi asal guna minyak bawang merah, kalau campur pun tak per )
  • 1 sdt Sos Ikan ...ida tak guna
  • 1 sdt Cuka
  • ida letak sedikit kicap pekat dan sos tiram
  • ida tambah 1/2 sk serbuk pati ayam
Note:Minyak bawang putih.....boleh buat sendiri, 4 ulas bawang putih dicincang halus, gaul dgn sikit garam dan goreng ke dlm minyak hingga kekuningan

Utk Sup:( ida buat cara ida but sup utk bihun up utara kt SINI )

  • 1 Sup Bunjut (atau 1 sdm perencah sup)
  • 100 g Daging lembu.....( ida letak lebih )
  • Air secukupnya
  • Sedikit Garam

Utk Sambal Kicap

  • 8 biji Cili api
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 sdt kicap pekat (aka 2 sdm 'Dark Soy Sauce')
  • 3 sdm Kicap Cair
  • 1 sdt Jus limau kasturi
  • Sedikit gula
  • Tambahan sedikit garam jika kurang masin
Hiasan:
  •  Hirisan daging yg dibuat sup tadi
  • Daun bawang
  • Bawang goreng
  • Ida tambah daun salad jepun
  • Boleh tambah daun sup jika suka
Cara-cara:-

Utk Sup : Rebus daging bersama perencah sup, garam dan air secukupnya. Rebus sampai empuk. Setelah masak, toskan daging dan hiriskan nipis2. Ketepikan supnya. Ida buat sup daging cara SINI

Utk Sambal : Tumbuk/kisar cili api dgn 1 ulas bwg putih hingga lumat. Kemudian gaulkan bersama kicap pekat, kicap cair, jus limau kasturi dan gula. Kalau takde kicap pekat dan kicap cair, gunakan kicap manis dan tak perlu tambah gula.

Utk Mee : Rebus mee seketika.  Toskan dan letak ke dlm mangkuk. Letak  minyak bawang putih secukupnya, cuka dan sos ikan( sos ikan ida tukar kpd sedikit kicap pekat, sos tiram dan serbuk pati ayam )....kacau sebati

Cara menghidang : Letak mee ke dalam pinggan atau mangkuk. Taburkan daging, daun bawang dan bawang goreng ke atas mee tadi. Sediakan sambal dan sup ke dalam bekas berbeza.


Cara makan : Siramkan kuah sup ke atas mee dan letak sambal kicap



Mata dah ngantukk tak sempat nak terjah mana2 lagi dah.......mekasih byk2 ida ucapkan kpd yg sudi tinggalkan komen2 manis pada n3 yg lepas2..tak tau nak kata apa lagii....nak kunjung balas semua mmg masa tak mengizinkan.....Oyasuminasait!! Good Nite!!

16 comments:

Ketuhar Panas Yatie said...

Salam Ida ,
Pagi-pagi ni tengah BW tercium bau mee kolok kat dapur Ida. Laparlah pulak sementara menunggu sarapan ni.

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Kak Ros biasa makan ni kat kedai je sebab tak tahu nak buat.

Amie said...

Selamat pagi Ida,
nampak ringkas hidangan mee kolok daging tapi mampu menggamit selera! nampak sedap sangat!

Liza said...

salam ida...1st time mkn mee kolok masa g Srwk hr tu...terus liza jatuh cintan..nnt liza nk try buat guna resepi ida ni...thnx ye dear...

Gee® said...

ermmm...rajinnya ida nih...tak cukup bahan pon mee kolok nmpk mengancam juga... terlior tgk!!

quinnie said...

rasa lapar balik bila tengok mee kolok kak ida ni...hehhehe....

Ayu said...

Assalam ida,
mee kolok bila dengar rasa nak makan mee aje..hehe..sedap nampak me kolok ida ni..yang ini versi kering ya ida..yang akak buat dulu versi basah..

Mamasya said...

Aslmkum Ida
Pertama kali mkn mee kolok bbrapa thn lepas masa gi Miri....terus suka mee ni.jadi beli mee khusus utk mee kolok..balik buat..puas mkn.

Ucu Faridah said...

ucu pun pestaim tengok mee kolok ni..iaitu ida punya...
mesti sedap ni..InsyaAllah nanti ucu akan cuba buat ..simpan dlm list dulu ye..

rahel said...

Salam Kak Ida..dah lama gak Rahel tak mkn mee kolok..suka mkn mee kolok dengan ayam panggang..enak banget..

JaSSNaNi said...

sedappnya.. tak pernah makan mee kolok..

cik cek said...

Masa dok sarawak dulu selalu makan mee kolok ni...memang sedappp...:)

nOOrsha said...

salam kak ida...mee kolok ppulak... aritu laksa serawak..org kat jepun lg productive dr sy yg kat semenanhjung ni :)... hehe..cayalah kak.. klo edkat da mintak semangkuk da :)

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam Ida...dah merantau camni la ...kena kreatif :D.
Terima kasih wish besday ya..semoga ida sekluarga pon sentiasa berbahgia.Aminnn

izahdaut said...

assalamualaikum kak idaaaa.
i miss uuu.. akak. saya baru tau mee kolok ni mee telur. ingat kan ada spesifik mee kolok made in sarawak je. nanti nak try la. saya suke mee. apa2 jenis mee memang suke.tq kak

Yan said...

salam kenal.


i suka gak makan mee kolok ni.. tapi dah lamaaa sangat tak makan.