My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Wednesday, December 7, 2011

Fry Pan Naan Bread

Salam sayang buat semua pengunjung dan teman2...........edisi nk habiskan gambar2 makanan yg dah terperuk lama dlm simpanan
Niat di hati bulan Disember ni nak clearkan gambar2 lama makanan yang terperap dalam album ida tapi rasanya tak sempat habis kut. Masa yg terbatas skrg ni, rasanyer tak boleh duduk depan pc lama2. Blog kawan2 yg ida sempat terjah kadang2 tak dpt nak tinggalkan komen pun...ida minta maaf banyak2.
Fry pan naan bread ni mmg dah lama sangat buat........dah dua tiga kali buat kut. Yang ni ikut resepi ratu roti kita, Ros Jintanmanis.....mekasih byk2 yer Ros di atas perkongsiaan resepi ni. Pernah gak buat selain dari resepi Ros ni....bila2 ida postkan kt sini.
Kalau malas buat, ida beli jer ready made tu. Ada 2 jenis pernah beli, satu tu beli kat pakcik bangladesh yg jual makanan halal kt sini...tapi agak keras sikit dan satu lagi beli kat Costco..lembut roti naannyer tapi jauh la pulak. Alih2 buat la sendiri.....boleh tahan gak kelembutan roti naan resepi Ros ni. Tapi kalau tgk yg Ros buat, lagi nmpk lembut sgt.
Fry Pan Naan Bread
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanya
  • 300gram tepung roti
  • 50gram tepung gandum
  • 4 sudu besar plain yogurt
  • 3 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 190ml air suam
  • 2 sudu kecil yis
  • 1 sudu kecil baking powder

Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada 7 bahagian, dan bulat-bulatkan kemudian ambil sedikit marjerin atau minyak masak, dan lumur pada doh tadi, tutup bekas adunan, perap sekali lagi lebih kurang setengah jam.

5. Setelah di perap, ambil satu bahagian doh dan terap memanjang menggunakan penggelek roti, ketebalan agak-agak lah ye, lebih kurang 2cm, jangan tebal sangat, jangan nipis sangat. Ulang langkah tadi sehingga doh habis. ( masa ni pastikan papan canai dan penggelek di tabur dengan sedikit tepung bagi mengelakkan doh melekat).

6. Panaskan Fry pan, setelah fry pan betul-betul panas baru letakkan doh roti naan yang telah diterap tadi, renjiskan atau spray dengan sedikit air, dan tutup fry pan, setelah, nampak roti naan kembung sedikit di permukaaanya, terbalikkan roti naan dan tunggu sehinga kedua-dua belah roti naan tadi masak, masa yang di perlukan tak lama, lebih kurang 5-6 minit sahaja.

7. Setelah masak, sapukan roti naan tadi dengan butter atau marjein, sedap dimakan panas-panas bersama keeema daging, kuah kari atau ayam tandori, sedap juga dimakan begitu sahaja. Selamat Mencuba.

Ida gandingkan dengan nasi goreng mentega jagung, kuah kari dan ayam tandoori.......memang best!!!!

Tips-tips Membuat roti naan - by rosmarlina @ jintanmanis.com

1. Pastikan anda menggunakan tepung roti yang berkualiti.

2. Sukat bahan dengan betul, dan doh roti naan ini agak lembik sedikit, tapi masih boleh dicanai dengan baik, pastikan papan canai dan penggelek roti di tabur dengan sedikit tepung apabila ingin membentuk roti naan ni nanti.

3. Proses perapan digandakan bagi memastikan bahan-bahan dalam doh lebih mesra.

4. Gunakan api sederhana apabila memasak roti naan ini nanti.

5. Jangan gliss fry pan dengan minyak masak, cukup hanya merenjiskan atau spray air didalam fry pan dan pastikan fry pan ditutup kemas apabila memasak roti naan. apabila nampak fry pan kering boleh direnjis lagi dengan sedikit air.

6. Setelah roti naan perang di kedua-dua permukaanya terus angkat, jangan over cook, nanti roti naan akan menjadi keras dan tidak lembut.

7. Jangan terap doh roti naan terlalu tebal, nanti lambat masak ataupun bahagian dalamnye kurang masak.

8. Gliss terus permukaan roti naan sejurus diangkat dari fry pan, supaya permukaan nye cantik berkilat dan tidak terlalu kering.

9. Simpan roti Naan di dalam berkas bertutup bagi mengekalkan kelembutannya



Gandingan yang serasi......mesti ada ayam tandoori kan. Pernah buat ayam tandoori ni gandingkan dgn nasi lemak hujan panas. Resepi seperti di bawah atau boleh klik SINI. Resepi lebih kurang sama jer cuma paste utk yg ni jenama lain, kaler dia pun kurang merah.....ida tak der tambah pewarna merah pun. Dua2 pun sedap.


AYAM TANDOORI

Resepi : Diolah sedikit dari peket paste

Bahan-bahan:
  • 5 ketul ayam
  • 4 sd besar 'Tandoori Paste'......ida pakai paste dlm peket plastik product of India
  • 2 sd besar plain yogurt
  • 1 sd besar olive oil
  • Tambahan 1/2 sd besar bawang putih kisar
  • Tambahan 1/2 sd besar halia kisar
  • Tambahan 1/2 sd besar serbuk paprika....utk menaikkan warna
  • Garam secukup rasa
Cara-cara:

  • Bersihkan ayam
  • Campurkan 4 sd besar yogurt dgn tandoori paste.
  • Perap ayam bersama campuran yogurt serta bahan-bahan lain selama 1 jam.
  • Jika nak perap lebih lama.....kurangkan lagi garam.
  • Asingkan ayam dari bahan perapan.....lebihan perapan ayam jgn buang.
  • Bakar ayam sehingga masak.
  • Semasa proses membakar, sapu lebihan perapan ayam pada ayam yg dibakar tadi utk mendapatkan rasa yg lebih sedap.
Nasi goreng mentega jagung tu simple2 jer...ida main campak2 jer la bahannyer...

13 comments:

Gee® said...

idaaaa.....k.gee tak tahan tgk menu hari ini... menjejes air lir dah....

CT Delima said...

As'salam Ida

Wahhh...telan air liur dulu baru komen. sedap sangat2 k.ct pun suka cuba buat roti dari resipi dari Ros sebab semua adunan yang ros bagi lembut jer kan.

Bab ayam tandori tu tak boleh tahan dah ni. semalam gi beli ayam boleh gak cuba tapi ayam2 tu potong kecik lah Ida..hihihi. kalau besar kan cun bila masak erk..hahaha

Tina Othman said...

wah, terliur tengok, mintak izin copy resepi ye, teringin nak buat tandoori tu sendiri

rahel said...

Selamat pagi Kak Ida..
adoiii..tergoda lagi dengan hidangan yang menggamit selera tu...belum pernah buat roti naan..agaknya lepas ni nak belajar gak buat sendiri..emm sodap la..

Naz / Nadz COSK said...

Assallamualaikum Ida..
Wah.. menu utk mengenyangkan perut sepanjang hari ni..heheheh.. Tergoda ai...

Liza said...

salam ida...sedapnya roti nan tu, dah lama xbuat...tu pun salah satu mknn sihat jugak kan....ala2 menu diet gitu....hihiihhi

nOOrsha said...

salam..sedapnye naan bread kak.. aduhai lengkap pulak satu set tu..menggugat iman btol !!

Acik Erna said...

ida..teringinnya nak makan roti nan..

izahdaut said...

Kak ida.. Trima kasih doakan saya. Terharu dgn ucapan semangat dari akak. Kak idaaa.. Sangat sodap la digandingkn dgn tandori. Saya pernah gak makan tandori mamak. Tapi tak pernah buat sndiri. Mcm tringin la pulak. Haishhh pantang dulu ek. Hehee

Juwita Jamaludin said...

Kak ida.. Sedap byknya simpanan resepi akak ni... Best2 buat entry.. Ita suka gak roti naan... Oh kiranya suami akak pun uitm gak la ye

Nur said...

Salam. Kak Ida, sedap benar melihat ayam tu.. Lapar terus perut ni.. :)

Amie said...

Assalam Ida,
lapar perut datang malam2 ke sini... tak tahan tengok roti nan yang cantik tu, dan juga ayam tandoorinya...nak minta, benda dah habis pulak... baliklah dengan liur menjejes sepanjang jalan... hu hu huuu

Mamasya said...

Aslmkum Ida

Sedapnya set rot naan mkn dgn ayam tandoori..teringat mkn kat kedai mamak.ni resepi Ida dah ada boleh cuba.....tq sharing..