My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Tuesday, December 13, 2011

Sicilian Orange Cake

Quick n3........Sicilian Orange Cake yang dah buat bila zaman pun dah lupa.......resepi intai kt blog hanamemories.  Mekasih byk2 ye hana...Gambar dulu2.....huhuu



TQVM to all for visited here...very2 sorry sbb jika tiada kunjung balas dari ida. Masa tidak mengizinkan utk duduk lama2 depan pc. Kunjungan semua amat2 ida hargai....


Bahan-bahan
  • 250g butter - suhu bilik
  • 250g gula pasir - hana buh 210g je..tuh pong dh manis ( ida pun sama cam hana )
  • 4 biji telur size M
  • 11/2 sk parutan kulit oren
  • 250g tepung naik sendiri (jika menggunakan tepung gandum + 1sk baking powder)
  • 85ml jus oren ( ida tambah 2 sb oren sunquick pekat + jus oren, jadikan sume 85 mls )
ida tambah limau mandarin dlm tin utk atur atas adunan kek sebelum dibakar

Bahan untuk aising( ida tak buat )
  • 125g gula aising 
  • 5 sk jus oren
Cara-cara

  • Panaskan oven 170C. Sapu loyang 22cm dengan butter keliling. dan alas loyang dengan baking paper.
  • Pukul mentega dan gula hingga berkrim selama 4-5minit. Pecahkan telur, masukkan satu per satu. Masukkan parutan kulit oren. Pukul lagi hingga kembang.
  • Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan jus oren.
  • Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 45-50min. ( ida atur ulas limau mandarin kt atas sebelum bakar, lepas kek dh masak limau ni turun ke bawah ) Cucuk sebelum keluarkan dari oven. Jika kek belom masak dan permukaannya sudah keperangan, letakkan aluminium foil di atas kek supaya kek tidak hangus dan teruskan membakar.
  • Sejukkan kek sebentar di dalam loyang di atas wire rack. Kemudian baru sisipkan.
  • Untuk membuat aising, campurkan gula aising dan jus oren ke dalam mangkuk dan kacau sehingga berkrim. Curahkan ke atas kek tadi dan boleh la dipotong dan dinikmati.( ida tak buat aising dia )


5 comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam Ida,nampak sedap kek ni.Hana pun dah menghilangkan??

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

Tergugat iman tgk cake ni
Pernah buat 2 Kali ms giler dok buat kek dulu
B4 x sedaq diri bamok ngeeee
Gebu betul kek ni....ngappp terus masuk mulut :))

Hanis MY said...

wahh cantik sgt rupa kek tu, terliur tgk huhu

kasihredha said...

cantik dan gebu kek ni
colour dia tu yg menarik

JaSSNaNi said...

salam ida...
wahhhh.. kek oren.. nampak sedap je.. pernah wat muffin oren, tapi cam slow sket sambutannya.. so tak pernah try wat dah lepas tu.. hihihi mgkn sbb manis kan..