My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Friday, June 3, 2011

Roasted Black Pepper Chicken, Black Pepper Sauce & Others


Slm buat semua pengunjung yang disayangi........menu yg entah berapa zaman pun tak tau, lama dok terperap dlm hard disk, dh basi he..he....berkepuk2 lagi gambar makanan dlm tu...tak nyempat nk entry ler...ayam bakar black pepper ni ratah cam tu pun sedapp. Tapi utk lengkapkan, ida tambah set ni ngan sos lada hitam, sup cendawan dan nasi goreng mentega.



Resepi pakai campak2 jer ni....janji sedap, meh layannn resepi kt bwh...

AYAM
  • 1 ekor kecil ayam/1 kg....dipotong 4 atau 8
BAHAN PERAPAN AYAM
  • 1 1/2 inci halia*
  • 5 ulas bawang putih*
  • 1/2 labu kecil bawang besar*
  • 1 1/2 sd teh serbuk jintan manis
  • 1 1/2 sd teh serbuk jintan putih
  • 2 sd besar sos tomato
  • 1 sd besar kicap pekat
  • 1 sd besar serbuk lada hitam kasar...boleh dikurangkan/dilebihkan
  • 1 sd besar madu
  • 3 sd bsr sos lada hitam...boleh dilebihkan ikut citarasa
  • Garam secukup rasa
  • 2 sd besar minyak
CARA-CARA:
  • Kisar/blend bhn bertanda *
  • Perap ayam dengan semua bahan selama 1-2 jam atau lebih
  • Bakar/panggang ayam sehingga masak. Semasa membakar, tabur ayam dgn sedikit serbuk lada hitam yg kasar.
SOS BLACK PEPPER:...boleh rujuk juga kat cara lain kt black pepper steak atau cari kt label western food
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1/4 labu bwang besar*
  • 3 hiris halia*
  • 2 sd besar serbuk lada hitam kasar ...boleh dikurangkan @ dilebihkan ikut citarasa
  • 1 sd besar butter
  • 1 sd besar tepung jagung..bancuh dgn sedikit air, nak pekat lagi boleh dilebihkan
  • 2 sd besar sos tomato
  • 1/2 sd besar gula merah...nk rasa lebih manis2 boleh tambah
  • 2 sd besar kicap pekat atau ikut kegelapan sos yg dikehendaki
  • 2 sd besar susu segar
  • 1/2 cawan sos lada hitam...kalau tak der pun tak per, cuma lebih kn sikit serbuk lada hitam
  • 2 cawan air atau ikut kepekatan yg diinginkan
  • Garam secukup rasa
CARA-CARA;
  • Cairkan butter di dlm periuk, tumis bahan kisar sehingga sediit garing.
  • Masukkan bahan2 lain kecuali bancuhan tepung jagung dan garam
  • Apabila kuah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau.
  • Apabila sos nmpk agak pekat, baru letak garam secukupnya. Biar mendidih dan angkat
  • Jika sos terlalu pekat, tambah sedikit air panas, kacau dan masak sekejap.
NASI GORENG BUTTER
  • 1 mangkuk besar nasi putih
  • 4 ulas bawang putih..diblend
  • 1/2 labu bawang besar..diblend
  • 1 1/2 sd besar butter
  • Sedikit minyak masak
  • 1/2 sd teh serbuk lada sulah
  • Optional...serbuk pati ayam
  • garam secukup rasa
CARA:
  • Panaskan butter dgn sedikit minyak masak
  • Tumis bahan yg diblend sehingga sedikit garing dgn sedikit garam dulu.
  • Masukkan nasi putih, serbuk lada putih dan kacau
  • Perasakan garam secukupnya.

2 comments:

Love2cook Malaysia said...

OMG, this is so inviting!!! Seriously...drooling here!

Anonymous said...

try..