My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Friday, December 23, 2011

Fried Prawn with Fine Butter Eggs

Salam weekend buat semua.............nak masukkan n3 menu udang ni cepat2 sbb anak ida si kakak Sara dah menungu utk ambil tmpt di kerusi komputer ni...dh banyak kali dia tanya, belum lagi ke ummi...sabar yer kakak, jap lagi siap..
Udang ni ida combine dengan ' nasi minyak oren sunquick' sebenarnya.....belum ada n3 lagii..insyaallah kalau free2 ida masukkan n3.

Okessss...jom semak resepi aja lah.....

Sumber & resepi : Happy Cooking Time

Bahan-bahan

Bahan A ( fine butter eggs )
  • 3 biji telur kuning
  •  2 ulas bwg putih.......cincang halus
  • 1/4 sd teh serbuk lada putih
  • 1/4 sk serbuk pati ayam
  • 1 cawan butter
  • garam halus secukup rasa
  • 1 sd teh air lemon/air limau nipis
  • 4 sb minyak masak
  • 1/2  biji capsicum @ boleh letak 1 biji cili merah @ boleh tambah cili api.....hiris panjang halus
Bahan B ( udang )
  • 20 ekor udang saiz sedang
  • 1/2 cwn tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung beras
  • 2 ulas bwg putih....ditumbuk*
  • 1 /2 sd teh serbuk lada sulah*
  • 1/4 sd teh serbuk lada hitam *
  • Sedikit garam sahaja *
  • 1 sb mayonis *
Bahan hiasan :
  • 2 tangkai daun bawang....dihiris halus
CARA-CARA:
A:
  • Panaskan minyak & butter di dalam periuk kecil / kuali yg bawahnya dalam.
  • Dalam mangkuk, pukul telur kuning sikit ngan garfu
  • Tumis bwg putih hingga sedikit garing .
  • Tambahkan serbuk lada sulah, serbuk pati ayam...kacau 
  • Masukkn telur kuning, kacau cepat2 dgn whisker sehingga tekstur telur jd cam serbuk halus dan sedikit garing.
  • Sambil tu masukkan  bahan2 lain...kacau sebati sekejap.Perasakan garam secukup rasa. Padamkan api.
  • Sejatkan dgn penapis sehingga kering minyaknya....tekan2 sedikit dgn sudu supaya minyak senang tersejat.
B:
  • Udang dibuang kulit dan dibersihkan
  • Gaulkan udang bersama bahan bertanda *
  • Campurkan kedua2 tepung ke dalam pinggan
  • Ambil udang, golekkan keseluruhannya ke dalam tepung. Buat sehingga habis.
  • Panaskan sedikit minyak di dalam kuali leper ( boleh juga digoreng secara deep fried )
  • Aturkan semua udang dan goreng hingga masak...balikkan supaya masak kedua2 belah. Jangan goreng terlalu lama, nanti isi udang akan keras dan hilang kemanisan isinya.
  • Gaul udang dgn telur halus butter tadi dan hias dgn daun bawang.
  • Sedia dihidangkan dgn nasi berperisa atau nasi putih sahaja dan boleh juga dimakan bersama sos cili Thai / sos cili biasa.

3 comments:

nOOrsha said...

nyumnyumnyum..sedapnye k ida..saye suke udang :)

Kamalia said...

Mcm2 resipi..byk yg sy tertinggal.sedap2 pulak tuh..:)

Benjamin Zavala said...

Thankks for this