My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Friday, November 11, 2011

Cheesy Mushroom Soup & Garlic Bread


Resepi Mushroom soup biasa yg ida buat dulu boleh tengok n3 lepas kat SINI...ida mintak maaf sangat2  sbb  tak leh nak sembang banyak2..banyak tugas lain harus diselesaikan, nak msk utk lunch dan, dan...

Cheesy Mushroom Soup by ida@Happy Cooking Time
Bahan-bahan:( Untuk  3 - 4 orang )
  • 1 1/2 sb butter
  • 3 ulas bawang putih....dikisar halus / 1 sb yg sudah dikisar
  • 3 sd besar tepung gandum
  • 1 sd teh serbuk pati ayam
  • 1/2 sd teh serbuk lada sulah
  • 1/4 sd teh serbuk lada hitam atau lebih 
  • 1 sd teh gula
  • Garam secukup rasa
  • 200 mls susu segar atau 1 cawan
  • 650 -700 mls air atau 3 11/4 - 3 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan cendawan yang dicincang halus....boleh pakai cendawan butang dalam tin....ida pakai cendawan shitake segar ..kat Jepun banyak cendawan jenis ni.
  • 1 sd teh air perahan lemon/limau nipis
    1 genggam mix cheese halus/mozarela cheese halus
    Sedikit oregano
  • 1/4 labu bawang besar.....dicincang halus / boleh dikisar 
Cara-cara:
  • Panaskan butter hingga cair,kemudian tumiskan bawang putih hingga kekuningan, tambah bawang besar cincang / kisar
  • Masukkan tepung gandum tak perlu bancuh ngan air.Kacau seketika dgn whisker tangan...masukkan 1/2 cawan air dahulu...kacau sehingga tepung gandum tidak berketul.Masukkan lagi 1/2 cawan air sambil kacau agar ia tidak berketul.
  • Kemudian baru masukkan susu, baki air dan masukkan bahan yang lain....kacau lagi dengan menggunakan whisker.
  • Masak dengan api yang perlahan sahaja.
  • Kacau sehingga sedikit pekat.Jika terpekat,boleh tambah dengan sedikit air panas lagi...kacau seketika.
  • Sesudah cukup rasa,boleh la tutup api.Baru sediakan roti garlic pula.
Garlic Bread
Bahan-bahan:
  • 1 batang roti Perancis
  • 40 - 50 gm butter....dalam suhu bilik
  • 3 ulas bawang putih
  • Sedikit garam...jika mahu tambah sikit
  • Oregano
Cara-cara:
  • Cincang halus bawang putih/kisar separuh hancur
  • Ambil butter,campurkan dengan bawang putih tadi,sedikit sangat garam jika mau & oregano
  • Gaul sebati.
  • Potong roti Perancis bulat-bulat,kemudian sapu dengan garlic butter yang telah siap tadi.
  • Panaskan kuali non-stick.
  • Bakar sehingga kekuningan bahagian yang disapu dengan garlic butter.Balikkan...bakar sekejap lagi.
  • Sedia di makan bersama sup cendawan tadi.

Dah tak payah makan kat Pizza Hurt lagi..ckp utk sedapkan hati jer, sbb kt sini tak der Pizza Hurt,kalau ada pun belum tentu boleh mkn......rindunyer nak pegi Pizza Hurt huhuuhuuu,