My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Thursday, January 27, 2011

Yakiudon @ Fried Udon











































Udon adalah salah satu mee yang terdapat di Jepun. Teksturnya bewarna putih dan tebal ( 4-8mm wide ). Ia diperbuat dari bahan asas seperti tepung gandum, garam dan air.
Ia dijual dalam bentuk fresh, dry dan freezer. Udon yang ida gunakan adalah yg fresh.
Kalau kat restoren, kami biasanya makan 'Tempura Udon' udon yg dihidangkan dgn kuah sup panas serta topping atasnya diletak apa2 tempura ( deep fried vegetables/seafood ).....nak buat sendiri tak tau bahan nyer yg mana boleh dimakan, terutama nak buat soup dashi dia..uhuhuhhu Kalau buat pun mesti tak sama rasa cam kat kedai...
Setakat goreng tempura tu boleh la...tapi tak se-crispy cam yg dimakan kat restoren Jepun...

Inilah dia sarapan kami pagi tadi. Ida goreng ikut tekak orang melayu je ni....

Bahan-bahan :
  • 3 pkt mee udon ( all 600 gm )
  • 4 ulas bawang putih.....dikisar
  • 1 labu bawang besar....dikisar
  • 1/2 sd besar serbuk cili/1 1/2 sudu besar cili kering yg dikisar.....boleh dilebihkan
  • 3 sd besar sos ikan/nam pla
  • 3 sd besar sos tiram
  • 3 sd besar sos tomato
  • 4 sd besar kicap pekat.....ida letak sos mee goreng jenama Mahsuri...sedappp
  • Garam secukup rasa
  • Air lemon dari 1 hiris kecil
  • Sayuran ikut banyak mana suka..eg: Sawi, Taugeh,kobis etc
  • 1 cawan hirisan isi ayam
  • 1 1/2 cawan isi kerang yg direbus dahulu sekejap
  • 2 biji telur
Cara-cara :
  • Tumis bahan kisar hingga naik bau dan sedikit garing. Masukkan cili...tumis sehingga cili masak.
  • Pecahkan telur....tunggu sedikit masak dan kacau
  • Masukkan semua sos dan kicap, air lemon, isi ayam serta kerang...kacau sehingga semua masak. Jika terlalu kering tambah sedikit air.
  • Masukkan mee udon tadi....kacau seketika baru masukkan sayuran, dan kacau.
  • Perasakan dengan garam secukupnya dan perah air lemon.....kacau.
  • Sedia dihidangkan bersama apa2 sambal....ida makan dengan sambal cuka.





















































5 comments:

Unknown said...

wah menarik nengok menu ni ida...ada kerang pulak kat sana...jeles2...kat sini susah nk jumpala...nieza nk tumpang sarapan la kat sini..hehehe

Acik Erna said...

ida..disana senang ke nak cari kedai halal..
ida..ida pun dah pandai masak dan makan ikut selera sana ye..

Love2cook Malaysia said...

I had fried udon for lunch today! Ur dish is super duper tempting! Loved it ;)

Nuridah said...

Salam Ida,

Udon tu nampak sedap sekali...mcm dah dimelayukan gitu...kerang tu lah yg buat tergoda sekali.

Ida,Japan said...

sorry sume lmbt reply...
nieza....kerang ada...tapi tak banyak dan selalunyer ada...
k'erna...alhamdulillah ada juga kedai jual brg2 halal kat sini...dok sini kak, nak kena try gak mknnn diaorg..
love2cook...thanks for dropped here sis
K'nur...kerang mmg feberet ida juga kak...tapi kn rasa cam tak sama jer cam kerang m'sia..