My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Saturday, October 29, 2011

Muffin Orange Nuts Crumble

Salam buat semua..................sebelum tu mekasih yang tidak terhingga di atas komen2 pada n3 sebelum ni......tak sempat ida nk jawap satu persatu, namun ida amat hargainya. Terima kasih banyak2 juga pada yang sudi cuci mata ke sini. Muffin ni ida buat sbg salah satu bekal sms pergi petik buah limau / mikan gari  Jumaat lepas. Mikan gari adalah program tadika anak2 ida Ain & Aqil setiap tahun. Ibu bapa dijemput join 2 kaki. Muffin yang ida ubahsuai dari beberapa resepi.

BAHAN:
 Cawan ida guna sukatannya 200 mls
Muffin
  • 1/2 cawan butter
  • 3/4 cawan gula
  • 2 biji telur
  • 1 sd kecil essen vanilla
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 1/2  sd teh baking powder
  • 1/2 sd teh soda bikarbonat
  • 1/2 sd kecil garam
  • 1/2 cwn air suam + 2 sb orange sunquick pekat....bancuh
  • 2 sb susu tepung
Nuts Crumble Topping
  • 3 sb gula..nk lebih manis, boleh tambah
  • 4 sb t.gandum
  • 1 sb orange sunquick pekat
  • 3 sd besar butter tanpa garam ( butter yg sejuk dr peti ais ) ida guna butter bergaram
  • 3/4 cawan kekacang kisar.....ida letak kacang tanah kisar
CARA:

Cake
  • Panaskan oven  pd suhu 180 C selama 10 - 15 minit
  • Pukul butter bersama gula hingga kuning dan berkrim. Masukkan telur dan essen vanilla. Pukul lagi hingga kembang.
  • Ayak bersama, tepung, baking powder, soda bikarbonat, susu tepung dan garam
  • Masukkkan ke dlm adunan tadi berselang seli dgn jus oren. Kacau rata. 
  • Sudukan ke dlm setiap acuan muffin hampir 3/4 penuh/kurang sikit....ida pakai acuan cup cake jer
Topping
  • Dalam mangkuk kecil, campurkan tepung, gula dan kacang tanah kisar 
  • Masukkan butter, 1 sb orange pekat sunquick dan kacau dgn garfu supaya menjadi crumble.
  • Taburkan ke atas setiap adunan yang dituang ke dlm muffin cups tadi dan tekan2 sedikit crumble dgn tangan
  • Bakar selama 18 - 20 minit pada suhu 180 C. Jika bakar dlm acuan muffin yg besar dan tinggi...masa baking kena lebihkan sikit.


Topping nut crumble yang sikit ada rasa oren.......Oishiiiikatta!!
Kalau anak2 ida, diaorang akan ngap bahagian crumble tu dulu baru habiskan isi bawahnya.

9 comments:

Acik Erna said...

assalam ida..tengok nuts yang banyak atas muffin tu dah terasa2 kesedapannya.

Nadz Nazharzan said...

Assallamualaikum Ida.
Ermm..nampak rangup lah ida.. Mesti best ni bila masuk ke mulut.
Ida sibuk ke skrg?? Naz pun boleh tahan jugak lah sibuknya. Anak yg sulung tgh ujian akhir tahun ni. Bila anak periksa, Naz yg lebih2 risau cam kita lak yg nak periksa. Pas tu di sini dah mula asyik hujan lebat jer. Bbrp kawasan dah mula dinaiki air. Time hujan2 ni line internet selalu tak begitu baik. So jarang2lah dapan online..

Gee® said...

mak aiii..!! sedapnya...terlior dibuatnya....

Hanis MY said...

Oishii sou! Hanis mmg suka muffin cookies n cakes buat je tk reti haha...

Mieza said...

Ya Allah mieza ni kan penggemar muffin kalau ada rasa oren ke, lemon ke..lebih2 lagi yang ada kacang macam ni..kopipes resepi dulu..nak cuba gak esok lusa...sedapnya..terliur mieza...cute cute lak tu..sukerrrr :))

Anna Qawina said...

aslmkm...muffin yer..ingatkan sekut raya haji nanti..heheh..cantiklah..

quinnie said...

wah penuh kacang nye tu kak....saya teringin nak makan kek oren...tapi baru sgt makan kek..kena simpan dulu keinginan nak membaking..hehehhe

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

terasa mcm makan biskut raya plak k.ida ngeee elok la buat menu ni ahad ni

K.zai said...

cantiknya mufin cramble..tentu anak2 suka makan