My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Tuesday, July 6, 2010

Orange Cake With Rich Nut Crumble

Sebenarnya gambar kek ni udah lama letak kat dlm album fb ida(koleksi dari dapur...) he..he saje pulak taruk kat sini..nanti senang sume resepi terkumpul kat umah baru ni.
Mula2 try & error je uat kek oren ni..tambah bahan ni sikit,bahan tu sikit pas tambah ngan rich topping tuh..hi..hi sedap jugak so leh la letak resepi.Dah 2 kali uat dah....kali kedua bubuh simple nut crumble je pun sedapJom tengok resepi kat bawah....
Bahan-bahan(adunan kek):
  1. 2 biji buah oren saiz kecil dikupas kulit & dibuang biji
  2. 100 gm butter cairkan
  3. 1/2 mug kecil minyak sayur/minyak jagung(lebih kurang 120 mls)
  4. 1/4 mug kecil susu segar(lebih kurang 60 mls)
  5. 4 biji telur saiz sederhana
  6. 1/2 sd teh garam
  7. 2 1/4 mug kecil t.gandum ( 250 gm )
  8. 2 sd besar susu tepung
  9. 1 1/4 mug kecil gula....kurangkan manis pada adunan kek sebab crumble nanti dah manis
  10. 1/2 sd teh soda bikarbonat
  11. 1 sd teh baking powder
Bahan rich nut crumble:
  1. 1 1/2 mug kecil kacang tanah/apa2 kekacang(saya pakai kcg tanah je)...diblend separuh hancur
  2. 3 sudu besar tepung gandum
  3. 1/4 sd teh garam
  4. 2 sudu besar gula pasir halus/gula perang
  5. 3 sudu serbuk milo/1 sd besar-1 1/2 sd besar serbuk koko...saya bubuh milo *Jika pakai serbuk koko,tambah lagi 1 sudu bsr gula
  6. 1 sudu besar jem oren
  7. Buah-buahan dalam tin seperti mandarin oren&peach( buah peach hiris panjang )
Cara-cara:
*Sediakan crumble terlebih dahulu
  • senang aja..gaul sebati sume bahan kecuali buah-buahan la..
*cara-cara buat kek pula....
  1. Ayak t.gandum bersama garam,susu tepung beserta 2 bahan penaik tu
  2. Blendkan buah oren bersama minyak&susu segar
  3. Pukul telur dengan menggunakan mixer ( high speed ),kemudian tambah gula...pukul lagi hingga betul2 kembang.
  4. Kemudian masukkan bahan yg diblend ke dalam adunan telur tadi.....kacau sebati
  5. Masukkan pula bahan yang telah diayak....pukul sekejap dengan mixer menggunakan low speed/kacau secara kaup balik.
  6. Sementara tu panaskan oven terlebih dahulu dalam suhu 180 C...lebih kurang 10 minit
  7. Sediakan 2 loyang pembakar jika loyang kecil.....untuk mendapatkan kek yang tidak terlalu tebal..pandai2 la agak2 ya
  8. alas loyang dengan baking paper/sapu minyak hanya di bahagian tengah/base loyang..tak perlu sapu di bahagian tepi untuk membolehkan kek naik lebih sekata setelah masak.
  9. Tuangkan adunan ke dalam loyang,kemudian tabur bahan crumble ke seluruh permukaan adunan tersebut. Tekan2 sedikit crumble tersebut.
  10. Selepas itu ambil buah-buahan tadi cucuk2 secara menegak terus ke dalam adunan kek yg di dalam loyang pembakar tadi.
  11. Sedia dibakar dalam suhu 180 C/selama 30-35 minit atau sehingga masak bergantung kepada ketebalan kek tersebut.

Selamat Mencuba....

8 comments:

Nuridah said...

Salam Ida,

amboi nampak menarik kek ni...kalau knur
tak lah rajin mana nak buat kek cam ni..hihi.

Ida, knur lebih tua dari Ida...so jgn ragu2
nak panggil kakak...haha betap daku dah tua ni..huhu.

Ida Ddapur said...

wassalam K'Nur....sekali sekala bila rajin je ni,uat cara gini..he.he
ala kak, ida pun umur makin bertambah dah gak..

Lyza said...

Salam ida. Tq sudi singgah ye. Wah ada kek oren kt cni..sedapnya..simpankan utk lyza sikit tau..hehe..

Ida Ddapur said...

wassalam Lyza...he.he,dah abih lama dah..len kali uat lg..

MAS ( DUNIAKU ) said...

salam ida,dari jauh datang nak rasa kek oren ..ada lagi ke..nampak sedap sangat, rajin ida buat kek..

Ida Ddapur said...

Wassalam Mas...mintak maaf,keknyer dah abih..nanti kita uat lg k..hi..hi
sikit rajin je tuu..

Lovely Kitchen said...

nampak sedap kek tu...banyak accesorinya...rajin betul!

Ida Ddapur said...

E-na...time rajin sikit masa tu..