My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Wednesday, July 14, 2010

Kerutuk Daging

Tiba giliran lauk-pauk nak berpossing pulak......macam ler tak masak lauk hari-hari,sib baik sempat gak snap pic,nak mengentry je tak nyempat. Biasanya,pagi-pagi hari dah kena masak lauk-pauk ni,buat bekalan asben & 3 orang anak ke sekolah/tadika. Cuma anakyang kecik jer tak bawak. Apakata kita tengok resepi, senang jer ahhh,ida pakai rempah kerutuk Adabi.
Bahan-bahan:
Bahan A:
  1. 1 peket ( 28 gm ) rempah kerutuk ( ida pakai serbuk rempah kerutuk Ayam & Daging Adabi )
  2. 1/2 kg daging lembu .......potong/hiris nipis
  3. 50 gm kerisik ( ida agak2 jer..pakai 2 sudu bsr )
  4. 300 mls santan pekat
  5. Sedikit air asam jawa
  6. Sedikit air
  7. Sedikit gula ( dalam 1/2 sudu besar @ kurangkan sikit )
  8. Garam secukup rasa
  9. 2 batang serai diketuk
  10. Sedikit minyak untuk menumis
  11. 2 batang kulit kayu manis
  12. 2 kuntum bunga lawang

Bahan B ( ditumbuk halus/kisar halus )

  1. 10 biji bawang merah ( ida pakai 1 labu sederhana bawang besar )
  2. 5 ulas bawang putih
  3. 1/2 inci halia
  4. 1/2 inci lengkuas
  • Kisar/tumbuk halus

Bahan C ( di mayang halus )

  1. 3 ulas bawang putih
  2. 1/2 inci halia
  3. 5 ulas bawang merah/1/2 labu bawang besar

Cara-cara:

  • Bancuh rempah kerutuk dengan sedikit air panas.
  • Panaskan minyak di dalam periuk.
  • Tumiskan bahan C bersama serai.
  • Setelah naik bau,masukkan bahan B....tumis lagi seketika.
  • Kemudian masukkan tempah kerutuk yang dibancuh tadi. Tumis sehingga pecah minyak.
  • Kemudian masukkan daging,kerisik,santan pekat,gula,garam & air asam jawa.
  • Masak sehingga daging empuk dan kuah sedikit pekat.
  • Untuk tambahan...boleh tambah ubi kentang yang dikupas kulit & dibelah 4.
  • Setelah masak,boleh la dihidang bersama nasi putih. Lebih sedap lagi dimakan bersama nasi speacial yang lain seperti nasi beriani,nasi minyak etc.....

Selamat mencuba,rasanya hanya sedikit pedas sahaja....sesuai untuk anak-anak juga.Anak-anak ida pun suka.


10 comments:

Nuridah said...

Salam Ida,

kerutup daging ni nampak sedap gitu,
boleh masuk list..kiv dulu...

Lovely Kitchen said...

sedap tu! pos nagoya sikit...he he

Ida Ddapur said...

Slm Nur...sedap,lebih sedap dari msk kurma rasanya..

E-na...nanti kita bawak k ..hi..hi

Kamalia said...

sedapnye kerutup ni..xpenah buat lg..msk list jugak ni..nak jugak..kita suka daging nih..:D

Ida Ddapur said...

Lia...cubalah,sedap mmg sedap,ida suka..

izahdaut said...

salam pekenalan..saya follow n link ok...maceeeh..smalam pun saya buat kerutuk tapinyer versi tak guna rempah..ngeee

anie,Nagoya said...

nk cuba....tp bkn skrg.sbb tk leh nk beli2 lg.masuk list dulu...mnta izin dulu ya..sedap..td baru mkn,dh lapar balik...hahaha..nk smbg keje..esok buat apa pulak??

Ida Ddapur said...

anie...sedap ni..cuba la ya
esok cibuk cikit,nak uat preparation utk jln2 mnk angin ke Aso&Miazaki...sini hari Isnin pun cuti.

nita said...

Salam.....Da kari ikan tongkol utk nasi dagang tak masukan lagi ke...chek teringin nak buat...tq

Ida Ddapur said...

To Nita...alahai terima kasih ler kerna sudi b'kunjung..nasi dagang dah lama buat tapi sebelum b'blog ni..nak kena uat semula utk entry dlm blog..sbb nak letak pic baru