My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Saturday, July 3, 2010

Peanut Cinnamon Roll

Roti ni saya pakai doh roti sosej mini Yani MyR....halal ye copy resepi,cantik tak? Ha..ha,bole la bagi orang yang baru nak belajar meroti ni....saya baru keluarkan dari loyang bulat tu..masih panas lg masa tu..Jom kita tengok resepi...
Bahan-bahan doh roti:(saya doublekan doh ni,boleh 2 kali makan)
280 mls air( saya pakai air suam....saya kurangkan kpd 240 mls sbb telur saya pakai sebiji)
40 gm telur(saya pakai 1 biji(60 gm)....pukul sedikit dgn garfu
500 gm tepung roti
40 gm gula
8 gm garam
50 gm mentega(saya pakai marjerin)
6 gm yis kering
16 gm susu tepung
Bahan-bahan tabur:
Kacang tanah yang dimesin halus secukupnya
Gula halus
Marjerin @ butter
Serbuk kulit kayu manis(cinnamon)
Cara-cara:(used Bread Maker(BM)
Masukkan air suam ke dalam acuan BM,dikuti dengan telur,gula,garam,marjerin,susu tepung,tepung roti & akhir sekali yis.
Kembalikan acuan ke mesin BM.Onkan BM,pilih menu & tekan start.
Insyaallah dia akan membantu uli-menguli sampai selesai kalau tak blackout la he..he.
Setelah cukup masa dalam BM,keluarkan doh,tumbuk2 untuk keluarkan angin.Bahagikan doh agak2 cukup untuk bentukkan 4 seg1 panjang setiap satu & tebal 1/2 inci lebih kurang.
Ambil bahagian doh,bentukkan kepada 4 segi panjang & tebal lebih kurang 1/2 inci...potong dengan pisau bahagian tepi jika mahu bentuknya sempurna...
Sapu marjerin@butter ke atas doh yang dibentukkan 4 segi panjang tadi,kemudian tabur kacang tanah mesin,tabur gula dan akhir sekali tabur dengan sedikit serbuk kayu manis.(tabur gula lebihkan sedikit supaya roti rasa cukup manis) saya hari tu buat terkurang gula,rasa pun kurang manis..
Gulung kemas-kemas,kemudian potong gulungan doh tadi..lebih kurang 1 inci tebal setiap potongan.
Aturkan dalam loyang bulat sedikit rapat.Biarkan doh naik sekali ganda lagi lebih kurang 30-45 minit kemudian sapu bahagian atas dengan sedikit bancuhan telur.Kalau suka boleh tabur bijan. Sementara tu boleh la panaskan oven anda sekalian dulu.
Bakar pada suhu 180 C selama 17-19 minit.Setelah masak,sapu bahagian atas dengan marjerin/butter untuk nampak berkilat.






4 comments:

hana said...

waaa ida... cantik cantik! gud idea ltk peanut! slalu buat buh cinnamon n kismis je.. nanti2 bleh buat.. thanx ida...

anie,Nagoya said...

sekom, Ida...boleh kita cuba?betul kata Hana.selalu guna cinnamon n kismis...kita pun dh lm tk meroti.....time kasih

E-na Zarina said...

cantik2! creative mempelbagaikan idea...;-)

Ida,Japan said...

salam sume...hi..hi,cantikk ke?..thanks sedap letak peanut ni...kalau combine ketiga2 bahan ni rasanya lg marvelous..cubalah..lain kali ida nak combine ke32 bhn...