Mak ai hijau melengitnyer roti aku ni.....tapi menarik tak gitu.Mana raisinyer?....hi..hi dah kena libas kat pemutar BM sebenarnya..dah la pakai kismis yang kecik halus je. Percubaan yang menjadi buat loaf bread bakar terus di dalam bread maker.Malu nak cerita sebenaqnya...kali pertama buat,hitam gelegam bahagian luar roti tuu..sebab tersalah pilih setting, almaklum la,buta huruf bahasa Jepun...mesin tu sume tulih Jepun,mana nak paham.Ida buat2 paham sendiri melalui intstruction bergambar kat dalam buku dia.
Nak habaq mai ni...gebuss benor roti ni...Wat sebelum tido malam tadi,bangun subuh pun roti dok tengah masak. Kul 3.38 pagi lo ni kat Jepun dah subuh. Boleh la buat b'fast ngan roti. Resepi godek dari buku BM sebenarnya.Asalnya doh roti ni roti putih bertelur je...ida buat pandai ngubah jadi roti jenis gini.Tapi tak menghampakan....hasilnya memang memuaskan.Kalah roti kat kedai Jepun ni..ha.ha perasan la pulak. 'Water Roux'rasanya dah ramai yang tahu....Water Roux to make bread springly..its can make by your own. Sejak berblogger ni,baru ler ida kenal benda ni.So ida tambah la sikit kat dalam doh roti kat atas.Hasilnya....
Kalau ada masa,lain episod nak letak cerita sikit pasal 'water roux' ni.
Kalau ada masa,lain episod nak letak cerita sikit pasal 'water roux' ni.
Bahan-bahan doh:
- 220 mls air ( ida pakai santan pekat dalam tin & hanya letak 170 mls bersesuaian dengan kualiti tepung yang ida pakai )
- 80 gm telur ( ida hanya letak 60 gm sahaja..balance tinggal sikit untuk disapu atas permukaan roti )
- 25 gm gula halus ( ida lebihkan sedikit kepada 50 gm untuk melemak manis lagi roti tersebut...anak2 ida lebih suka cara gini )
- 8.1 gm garam halus
- 12 gm susu tepung
- 15 gm butter
- 400 gm tepung roti
- 3 gm yis segera( kering )....dlm buku BM ida ni,sume doh menggunakan sedikit yis shj
- 1/2 cawan kismis.......kalau tak nak kismis hancur,jangan letak dulu awal2 dalam doh.Letak semasa step last mesin ni menguli. Ida lambak jer sume bahan,malas dah nak tunggu..sebab BM ida tak dak karung kismis kat dalamnya.
- 50 gm 'water roux'......ambil 50 gm tepung gandum +250 gm air,kacau sebati kemudian masak sekejap sambil kacau dengan api perlahan sehingga sedikit pekat berkilat...balance boleh disimpan di dalam bekas bertutup di dalam peti ais...jangka hayat selama 3 hari je.
- Sedikit pewarna hijau
Bahan-bahan untuk mekapkan roti ni:
- Sedikit bancuhan telur....balance telur( dlm 1/4 biji+2 sudu bsr susu segar+3-4 titik madu )
- Sedikit kelapa kering
Cara-cara:
- Masukkan sume bahan ke dalam acuan BM,didahului dgn santan & diakhiri dengan yis.
- Onkan suis,pilih menu yang sesuai ( utk bakar terus di dlm BM )
- Kalau rajin, semasa 35-40 minit terakhir di dalam BM, permukaan roti boleh la sapu dgn bancuhan telur & tabur sedikit kelapa kering.
- Setelah siap,keluarkan acuan dari BM..opps hati2 panas tu....tunggu sejuk sedikit baru keluarkan roti tersebut.
- Potong roti setelah roti sudah suam. Enak dimakan begitu sahaja @ makan bersama air milo panas/apa2 sahaja minuman kegemaran anda.
7 comments:
yeee...kita org petama dpt roti ni..ijau melambangkan alam sekitar...uummm...nk wat roti,telur lak terhad...huhuhu
Anie yatta!!...nanti kita hantar kat umah awk ye,leh kita mkn nasi lemak tu..ada lagi ke?
salam akak..nak roti ijau tuh..sedapnye..nmpk gebuss tul..huhuhu..tergoda i tau..:D
wassalam Lia...amik,jgn malu2..mmg gebuss,len kali bole uat lg.
woww ijoooo... ai like ijooo.... ader lg da? cicah kopi pong sedap nih kan!
he he yang itam hangus tu mahal! boleh wat ingatan ,kenangan meroti di jepun kan....
Hana...ada lg cikit ni,meh amik....sama ler,kite pon suke ijau..
E-na..betul2,experiance uat roti,roti hangus..sib baik kat dlm bole mkn lg.Tapi kalau tak cuba,kita tak tahu apa hasilnya kan.
Post a Comment