My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Wednesday, July 21, 2010

Daging Masak Asam

Ini masakan yang paling senang......pernah makan kat umah mak mertua mula-mulanya,jeling-jeling la apa ramuan nak boh dalam daging masak asam ni.oohh senang je....bahan-bahan yang dipakai pun tak banyak.Pas tu ida cuba la masak sendiri...sedap gak.Anak-anak pun boleh makan,sebab tak pedas...lebih kurang ala-ala masak singgang le ni....tapi tak pakai lengkuas,cuma halia je...

Kalau pekatkan lagi kuah dia,lagi sedap...Meh kita tengok cammana nak masak benda ni...
Bahan-bahan:
  • 500 gm daging lembu.......dihiris nipis & dibersihkan
  • 2 inci halia *
  • 4 ulas bawang putih *
  • 5 biji bawang merah*
  • 1 labu besar bawang besar.......ida tak pakai bawang merah jadi ida lebihkan bawang besar kepada 1 1/2 labu *
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 1/2 sd besar gula
  • garam secukup rasa
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Kisarkan halus/blend bahan yang bertanda *
  • Tambahan.....boleh masukkan ubi kentang yang dikupas kulit serta dibelah 4/2
  • Air secukupnya untuk kuah....agak-agak la ye....ida tak sukat ni.

Cara-cara:

  • Panaskan sedikit minyak di dalam periuk.
  • Tumiskan bahan kisar hingga sedikit garing/naik bau.
  • Masukkan daging yang telah dihiris & dibersihkan.
  • Tambah gula,air asam jawa......kalau tak suka masam sangat,bolehlah dikurangkan.
  • Masukkan air secukupnya, garam secukup rasa dan sedikit serbuk kunyit...kacau sebati.
  • Masak hingga daging empuk
  • Untuk tambahan,boleh masukkan ubi kentang yang telah dibelah 4/2.
  • Masak sehingga ubi kentang empuk & kuah sedikit pekat....kalau lagi pekat,lagi sedap tapi ida buat tak pekat sangat sebab nak kuah banyak...

3 comments:

izahdaut said...

orang pahang ke kak? kalau kat kampung mmg biasa masak cam ni tapi taruh tempoyak.tapi bilahubby tak suke makan ni terus tak buat tapi saya suka..ayam pun sedap masak mcm ni

hana said...

wowww! kompom sodappp!! mintak semangkuk da!

Ida Ddapur said...

Izah...tak la,mak mertua org perlis,akak org kelantan..kalau kelate,ganti ngan singgang la..ye,msk ayam cam gini pun sedap...

Hana...ahaks..mangkuk je ada..nak2