Tengok la rupa apam ku ni...macam tak sempurna je.Teringin nak makan apam punya pasal.....hari tu terpandang kat rumah E-na ,bila nak buat kuih ni,ida geledah diam-diam sekali lagi masuk dapur Lovely Kitchen ( E-na ) amik resepi,thanks ya e-na,resepi dari blog Azita Zain (resepi asal dari MyR).Apa-apa pun banyak-banyak terima kasih.Rasanya kat umah kekawan yang lain pun dah ada apam comel ni.....Ida letak resepi kat sini pulak ya....senang untuk buat rujukan nanti,ida letak inti jem strawberi & pakai paper cup saiz sederhana..he..he nak cepat.
Bahan-bahan:
- 3 biji telur dari peti ais...ida pakai telur kat luar peti ais sebab tak der yang dalam peti ais,hasilnya kurang gebu sikit.
- 275 gm tepung gandum
- 220 gm gula halus
- 150 gm susu segar
- 3 sd teh baking powder
- 1 sd kecil ovalette
- Bahan yang ida tambah....2 titis essen vanilla
Bahan sampingan:
- Beberapa pewarna ikut citarasa
- Inti - Jem Strawberi
- Paper cup/mangkuk kertas kecil..ida pakai saiz sederhana
Cara-cara:
- Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk mixer kecuali bahan sampingan.
- Pukul dengan kelajuan yang paling maksima 6-8 minit.
- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian mengikut citarasa....ida bahagikan 3 bahagian...hijau,kuning,merah.
- Masukkan bahagian ke dalam piping bag/beg plastik yang bersih.
- Susunkan mangkuk kertas ke dalam acuan yang lompang/acuan yang sesuai.
- Picitkan sedikit dahulu adunan ke dalam mangkuk kertas,kemudian picitkan pula jem strawberry/sudukan jem ke dalam mangkuk kertas yang sama.
- Selepas itu,picitkan lagi adunan yang sama warna sehingga 3/4 penuh.
- Untuk buat corak lorekan,ambil piping yang ada adunan berlainan warna,paipkan satu titik di tengah2,kemudian lorekkan dengan menggunakan chopstick/lidi sate yang bersih.
- Untuk corak silang/berpetak,ambil piping yang mengandungi adunan berlainan warna,picitkan adunan secara berjalur silang ke atas adunan tadi.
- Kukus di dalam pengukus yang airnya dididihkan terlebih dahulu selama 10-15 minit.
3 comments:
wahhhh ade apam comel! apam dot dot pong ade! seketui da..... psstt klu xde telur sejuk, rendam telur tuh jap kat air yg dcampur ngan es batu. masuk peti es jap.. pas 10min telur tuh akan sejuk! tuh haku yg buat! muahahahaa....
ahaks...amik ler na,betul la wat cara hana ni...tak terpikir pulak,thanks..give me idea.muah2 cayang hana..
paul george
off white hoodie
off white hoodie outlet
golden goose sneakers women
bape
goyard handbags
supreme clothing
bape outlet
golden goose
off-white
Post a Comment