Roti lagi.....kali ni buat bun kelapa pulak.Rupa-rupanya feberet en.suami masa dia bujang-bujang dulu. Untuk bun ni,ida masih menggunakan doh roti sosej mini Yani MyR .... Boleh tahan jugak gebunya roti dari doh Yani ni...walaupun tak pakai apa-apa bread improver/bread softener. Saja nak variasikan rasa mek2 roti ni. Sejak ada Si Bantu Menguli kat dapur ida....dah jarang-jarang beli roti kat kedai.Kurang lagi satu kepala pembeli roti kat Max Value tu..hi..hi.Kalau tak setiap hari Khamis sama-sama beli ikan,mesti capai sebungkus dua roti kat situ.
Hubby cakap boleh tahan jugak roti-roti ni...lebih kurang kat kedai je.Makin semangat ler nak teruskan aktiviti meroti.Kalau roti kat kedai Jepun ni,tak sume yang kami boleh makan...sesetengah brand & perisa sahaja.Pok pek2 je lebih aku ni a ha....
Jom tengok resepi....
Bahan-bahan(doh roti):Sukatan doh boleh didoublekan untuk mendapatkan hasilan roti2 yang lebih,ida ikut sukatan doh asal so cukup la sekali makan)
- 140 mls air( ida kurangkan kpd 120 mls&pakai air suam )
- 2o gm telur( ida pakai 30 gm/1/2 biji telur....balance simpan untuk glis atas permukaan roti )
- 250 gm tepung roti
- 20 gm gula
- 4 gm garam
- 25 gm mentega
- 3 gm yis kering( lebih kurang 1 sudu kecil )
- 8 gm susu tepung ( amik susu tepung si kecik ni kat umah
Inti kelapa manis secukupnya untuk inti
Bancuhan telur untuk sapu/glis atas doh roti sebelum dibakar:
- Baki telur tadi dicampur sedikit susu segar(2 sudu besar) dan tiga empat titik madu
....supaya permukaan atas roti nampak berkilat setelah masak - Atau telur sahaja sudah memadai
Sedikit butter/marjerin untuk disapu ke atas roti sejurus ia dikeluarkan dari oven...bagi mengilatkan lagi roti-roti anda.
Sedikit bijan untuk tabur.
Cara-cara:BM
- Masukkan semua bahan ke dalam acuan BM dimulai dengan air suam,bahan2 lain dan diakhiri dengan yis kering.Kembalikan acuan ke mesin BM.
- Pilih menu dough dan tekan start.
- Setelah siap dari BM,keluarkan, tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin.
- Bahagikan doh sama besar(agak-agak la ya saiznyer) dan bulat-bulatkan.
- Masukkan inti kelapa ke dalam doh bulat tadi.Bentukkan seperti bun.Aturkan terus di dalam loyang pembakar yang di sapu sedikit minyak/di alas dengan baking paper.
- Jika tidak cukup loyang, boleh la terus menyusun bun-bun yang dibentuk tadi di atas baking paper (potong siap2 baking paper tersebut mengikut saiz loyang,semasa memindahkan ia ke loyang pembakar...angkat sekali kertas tu,jadi bentuk doh tidak terusik)
- Ulangi langkah di atas hingga habis
- Rehatkan doh yang telah siap dibentuk lebih kurang 30-45 minit untuk naik sekali ganda lagi.
- Setelah cukup masa,sapu permukaan bun2 tersebut dengan bancuhan telur sebelum di bakar.Jika suka boleh tabur dengan sedikit bijan.
- Bakar pada suhu 180 C selama 16-18 minit sahaja.
3 comments:
Salam kenal Ida...thanks yea singgah dapur akak tu..time kasih kerana sudi mencuba resepi yg akak share dan sama2 try jugak mcm Ida...happy cooking!
wassalam kak ummi...ye sama2 la tu..ida pun
time kacih ye singgah umah yg tak seberapa ni.
kyrie 9
bape hoodie
paul george shoes
Post a Comment