Salam buat semua teman-teman......apa khabar? Alhamdulillah dapat kita bersua kembali.Selepas pindah rumah ni & gara-gara line internet lambat pulak disambung....angin kemalasan juga melanda untuk snap pic2 makanan & untuk entry resepi, baru hari ini datang kembali mood.Sudah rindu la tu untuk berblog.Wahhh....macam-macam yang ada kat dapur teman-teman blog kita..semuanya enak-enak belaka.
Kek atas tu tak boleh potong dulu,sebab nak bawak pi untuk majlis berbuka posa...haaa yang bawah ni boleh,buat 1 1/2 adunan untuk anak-anak kat umah merasa dulu. Dari 1 1/2 adunan kek ni dapatlah 1 biji kek saiz 20cm, & 2 biji saiz kecil sikit dari itu.Rasanya untuk 1 adunan, kena pakai loyang saiz lebih dari 20 cm.Saiz kek jangan terlalu tinggi sangat....nanti kat permukaan atas kek nanti tak dak ruang untuk kastard melapis.
Ini salah satu kek kegemaran ida masa kat M'sia...kalau beli mahal ni.Tekak teringin nak makan..maklumla bulan-bulan posa ni..semua ngidam nak makan.Baru first time cuba buat....hijau kuning u..rupanya masih belum sempurna lagi ni,tapi rasanya ada.....sepatutnya kastard tu nak buat kaler hijau,alamak!!...mana ada stok tepung hoen kwee.Jadi dari gabungan 2 resepi maka terciptalah kek itu.
Sebenarnya ida pi selongkar dapur
Hana dulu cari resepi....macam-macam ada kat rumah dia,dia memang rajin memasak & pandai memasak.....sorry ye na,ida pi senyap2 tak bgtau...ida amik tang resepi kek span je.....sebab tak dak tepung hoen kwee untuk buat kastardnya. Resepi asal dari myresepi ( sweet 4 ever ) Tapi sekarang ni myresepi dah susah nak bukak dah. Apa-apa pun tima kasih banyak2 kepada Hana & sweet
Untuk kastard kuning yang ida buat ni,ida amik kat Stayerkiller resepi....thanks ye.
Apa lagi jom kita tengok resepinya....
Bahan kek span ( resepi sweet 4 ever..myresepi )
- 150 gm tepung superfine.....ida pakai tepung biasa je
150 gm gula kastor
5 biji telur saiz A
1 sd besar/15 mls ovalette
80 mls air daun pandan....tak pakai sbb tak der,ida ganti kepada susu segar
80 mls minyak/mentega cair....ida guna mentega dlm 100 gm lebih kurang
1 sd teh pes pandan...ida tak letak
1 sd teh serbuk penaik
Sedikit pewarna hijau
*Ida ayak tepung bersama serbuk penaik
*Ida tambah sedikit essen vanilla & 1/2 sd teh garam
*Bahan hiasan-sedikit kelapa kering
cara-cara:
- Kalau ikut cara sweet...satukan gula,ovalette,tepung,serbuk penaik & telur dalam mangkuk.Pukul dengan kelajuan tinggi hingga pekat & gebu lebih kurang selama 5 minit.
Perlahankan speed,tambah susu segar,pewarna, sikit essen vanilla, garam dan pukul lagi hingga ringgan.
Last sekali masukkan mentega cair/minyak....kacau dengan senduk hingga sebati.
Sebelum tu panaskan oven terlebih dahulu.
Alas loyang boleh tanggal dengan baking paper/sapu dengan sedikit minyak pada bahagian dalam dasar sahaja.Kemudian tuangkan adunan kek tadi.
Bakar pada suhu 150-180C....ida bakar pada suhu 170 C selama 40 minit...masa adalah bergantung kepada saiz & ketebalan kek anda.
Setelah masak.....sejukkan dulu kek.
Kek akan mengecut sedikit apabila sudah sejuk dan ruang2 tepi loyang itulah ruang untuk kastard meliputi kek nanti.
Setelah kek agak sudah sejuk potong siap-siap kek kepada 2 lapisan secara melintang @ potong kepada 3 lapisan ikut selera masing.
Bahan untuk kastard ( resepi Stayerkiller )
( rasanya untuk sebiji kek... kastard ni lebih,hari tu ida buat 1 1/2 adunan kek, kastardnyer cukup-cukup )
Kalau buat separuh daripada adunan ni rasanya sudah cukup untuk layerkan pada sebiji kek
1000 mls air
600gm /600 mls santan siap......ida pakai santan 400 mls,200 mls lagi tu ganti dengan air
255 gm gula
90 gm tepung kastard
1 1/2 sd besar serbuk agar-agar/6 gm.....rasanya kena lebihkan kpd 8 gm/2 sd besar mcm lembik sedikit....@ kacau di atas dapur lebih lama sedikit
sedikit pewarna..ida tak letak sebab tepung kastard dah kuning
Ida tambah 1/2 sd teh garam
cara-cara:
Masak agar-agar bersama gula hingga gula hancur & mendidih.
Satukan santan,tepung kastard,garam dalam satu mangkuk....kacau sebati dengan whisker.Kemudian masukkan ke dalam adunan agar-agar....kacau cepat-cepat sehingga likat.Semasa kastard masih panas..cepat-cepat tuangkan ke atas kek.
Letakkan lapisan bawah kek ke dalam loyang.Tuangkan sedikit kastard ke atasnya.
Letakkan lapisan kedua kek ke atasnya..tuangkan lagi baki kastard tadi.
Hentakkan loyang itu 3 kali di atas meja supaya kastard turun meliputi semua tepi kek.
Sejukkan di dalam peti ais sehingga kastard mengeras.
Setelah kastard sudah keras...keluarkan dari loyang & hiaskan dengan kelapa kering.
Sedia dihidang...sedap di makan sejurus dikeluarkan dari peti ais..