My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Tuesday, July 27, 2010

Garlic Bread with Mushroom Soup

Ini lah menu makan malam tadi.....tekak org puteh la pulak..ala-ala d'pizza hurt gitu..ahaks.Bila makan ni..leh la terbayang sikit dok makan kat dalam Pizza Hurt tu...uhuhhhhu.....rindunyer mkn kat situ. Nak uat cammana.....


Siang tadi gi shopping sikit.....bila terpandang roti Perancis ni@France Bread kat kedai,terfikir kalau buat roti garlic cicah sup cendawan sedap jugak....leh la jamu en.asben sekali bila di balik dari campus.Almaklum la..dia dah tak nak makan nasi malam-malam.Boleh ke kurus tu..sysssss.Jom tengok cara simple ida buat garlic bread ni..Pesanan... sediakan sup cendawan terlebih dahulu,baru bakar roti...roti garlic sedap dimakan panas-panas.
Garlic Bread
Bahan-bahan:
  • 1 batang roti Perancis
  • 40 - 50 gm butter....dalam suhu bilik
  • 3 ulas bawang putih
  • Sedikit garam...jika mahu tambah sikit
  • Oregano

Cara-cara:

  • Cincang halus bawang putih/kisar separuh hancur
  • Ambil butter,campurkan dengan bawang putih tadi,sedikit sangat garam jika mau & oregano
  • Gaul sebati.
  • Potong roti Perancis bulat-bulat,kemudian sapu dengan garlic butter yang telah siap tadi.
  • Panaskan kuali non-stick.
  • Bakar sehingga kekuningan bahagian yang disapu dengan garlic butter.Balikkan...bakar sekejap lagi.
  • Sedia di makan bersama sup cendawan.


Meh kita tengok cara sempoi buat sup cendawan...
Sup Cendawan
Bahan-bahan:( Untuk 2 - 3 orang )
  • 30 gm butter
  • 3 ulas bawang putih....dikisar halus
  • 2 sd besar tepung gandum
  • 1 sd teh serbuk pati ayam
  • 1/2 sd teh serbuk lada sulah
  • 1/4 sd teh serbuk lada hitam
  • 1 sd teh gula
  • Garam secukup rasa
  • 100 mls susu segar
  • 500 mls air
  • 1/2 cawan cendawan yang dicincang halus....boleh pakai cendawan butang dalam tin....ida pakai cendawan bulat hitam kecil2...kat Jepun banyak cendawan jenis ni.
  • 1 sd teh air perahan lemon/limau nipis
  • Sedikit oregano

Cara-cara:
  • Panaskan butter hingga cair,kemudian tumiskan bawang putih hingga kekuningan.
  • Masukkan tepung gandum tak perlu bancuh ngan air.Kacau seketika...masukkan susu segar...kacau menggunakan whisker tangan sehingga tepung gandum tidak berketul.Masukkan air sedikit-sedikit sambil kacau agar ia tidak berketul.
  • Kemudian baru masukkan bahan yang lain.
  • Masak dengan api yang perlahan sahaja.
  • Kacau sehingga sedikit pekat.Jika terpekat,boleh tambah dengan sedikit air panas lagi...kacau seketika.
  • Sesudah cukup rasa,boleh la tutup api.Baru sediakan roti garlic pula.


Sunday, July 25, 2010

Kuih Puteri Ayu.....perantau

Haa...dapat jugak kuih ni berpossing kali ni,ni kali ke-3 buat,baru kali ni sempat amik pic.Tambah tittle perantau sebab.....acuannya yang sebenar tak dak,ida taruk je dalam apa2 acuan yang ada,janji dapat gak merasa kuih puteri ayu ni. Resepi asal dari blog K'Rinnchan yang diolah sedikit oleh Che Mat Gebu. Disebabkan ramai dah cuba resepi yang diolah oleh Che Mat kita,ida pun dah cuba juga yang ni ...memang tidak mengecewakan hasilnya..gebu & sedap.Tima Kasih ya untuk K'Rinn & Che Mat.Ida tepek resepi kat sini pulak ya.
  • Sumber:K'Rinnchan~Che Mat Gebu
Bahan-bahan:( ida buat double dari adunan di bawah )
*satu adunan boleh dapat dalam 12 biji kalau pakai acuan perantau ni la.
*kalau pakai acuan puteri ayu,kuih dapat lebih lagi.
  • 1 biji telur gred A
  • 80 gm gula halus
  • 80 mls pati santan
  • 1/2 camca teh pes pandan....jika ada
  • 90 gm tepung gandum*
  • 1/2 camca besar tepung ubi*......bahan bertanda * diayak bersama
  • 1/2 camca teh ovalette
  • Bahan ida tambah....1/4 sudu teh soda bikarbonat,untuk gebukan lagi sebab pakai acuan besar2 ni,kalau dah pakai acuan puteri ayu rasanya tak payah tambah soda bikabonat.( ayak bersama tepung tadi )

Bahan lain:

  • 1 cawan kelapa parut.....ida pakai kelapa kering( jika pakai kelapa kering,campurkan sedikit dengan pati santan...dalam 1/4 cawan untuk melemakkan & melembabkan kelapa tersebut )
  • 1 camca besar tepung jagung
  • 1/4 camca teh garam...letak sikit2 dulu,kut2 terlebih masin

*Bahan lain ni digaul sebati.

cara-cara:

  • Sapu rata acuan kuih dengan sedikit minyak masak,kemudian masukkan kelapa,tekan hingga padat.Ketepikan.
  • Pukul gula bersama ovalette hingga rata.Masukkan telur dan putar lagi hingga kembang.Masukkan garam,pes pandan jika ada....gaul rata.
  • Perlahankan speed mixer,masukkan tepung yang diayak bersama tadi berselang seli dengan santan hingga habis. Pukul lagi hingga sebati.
  • Sudukan adunan ke dalam acuan yang berisi kelapa tadi.
  • Kukus hingga masak/lebih kurang 15 minit.Angkat dan sejukkan sebentar baru keluarkan dari acuan.
  • Sesuai dijadikan hidangan untuk minum pagi atau minum petang.

Friday, July 23, 2010

Pizza Roti Segera

Segera & cepat dimasak......ini lah dia breakfast kami pagi tadi.Ha..ha,express bikin punya b'fast,hanya menggunakan roti keping yang dibeli serta topping ngan bahan-bahan lain,di bakar/di toast dalam oven selama 10 minit,siap boleh dimakan panas-panas. Pernah terpandang kat ner ye?....haa..rumah E-na ( lovely kitchen )..thanks ya E-na,give me idea.Topping tu ikut selera masing-masing la ya, ida taruk je apa yang ada kat esbox.
Meh ler kita tengok cammana nak buat....tak tengok, jeling pun tak pe dah ahhh....

Bahan-bahan:
  • Beberapa keping roti sandwich/roti keping
  • Sos pizza atau boleh pakai sos tomato + sos cili
  • Capsicum/cili belanda....hijau/merah
  • 1/2 labu bawang besar
  • Beberapa batang sosej
  • Cendawan butang dalam tin
  • Oregano
  • Mozarella cheese @ kalau tak ada,boleh pakai slice cheese je.
  • Sedikit serbuk lada hitam ( optional )

Cara-cara:

  • Capsicum di potong bulat nipis,bawang besar di potong dadu kecil.
  • Sosej dibersihkan dahulu dan dihiris nipis bulat/nipis panjang.
  • Hiris nipis cendawan butang.
  • Kalau menggunakan sos tomato & sos cili.....dalam mangkuk kecil campurkan kedua-dua sos tersebut.
  • Jika takut pedas untuk anak-anak,boleh la menggunakan sos tomato sahaja.
  • Ambila sekeping roti dahulu,sapu dengan sos, aturkan sosej,tabur bawang besar,susunkan cendawan & capsicum...Ida tambah ayam cincang,lebihan yang dimasak untuk telur bungkus semalam,tengok masih elok sebab disimpan dalam peti ais.
  • Kemudian tabur mozarella cheese, tabur pula dengan sedikit serbuk lada hitam dan akhir sekali tabur oregano.
  • Bakar/toast kan dalam toster selama 10 minit.Selamat Mencuba.

Kuih Bom

Kuih untuk minum petang sebenarnya...tapi bawak ke malam,sebab en.asben tak mau makan nasi malam-malam...wokey! Makan kuih ja malam ni..First time buat tu...teksturnya pun tak secantik mana lagi,boleh la kalau nak mempelbagaikan masakan kuih-muih. Apa-apa pun,terpaksa ler ku masak sendiri kat sini.Uhuhhh...yang makan lebihnya umi ngan abah ja,budak-budak kurang gemar,sebab diaorg tak suka biji-biji bijan tu. Resepi amik kat 100 Resepi KuihMuih Malaysia http://www.scribd.com/doc/4775991/100-Resepi-KuihMuih-Malaysia. Selalu gak intai-intai resepi kuih kat 100 resepi ni..buatnyer je jarang-jarang hi..hi. Apa-apa pun thanks kat tuan punya resepi.....
Bahan-bahan:( menghasilkan lebih kurang 13-15 biji kuih bom )
  • 240 gm tepung beras pulut
  • 1/2 sd teh garam
  • 1 sd makan tepung gandum......ida jadikan 20 gm
  • 1 sd teh air kapur
  • 200 mls air.......ida lebihkan lg 40 mls ( jangan masukkan semua dulu air ni,masukkan sikit-sikit dahulu bersesuaian dengan kelembutan doh )

Inti

  • Ida pakai inti pes kacang merah manis beli siap....bulat-bulatkan kecil-kecil supaya senang nanti.
  • Untuk inti,boleh juga menggunakan inti kelapa.

Bahan lain:

  • Bijan secukupnya ( lebih kurang 50 gm ) letak di dalam mangkuk untuk golek kuih sebelum digoreng.
  • Minyak yang penuh untuk menggoreng.

Cara-cara:

  • Gaulkan sebati semua bahan di dalam bekas kecuali air yang perlu dimasukkan sedikit2 sahaja dulu sambil gaul/uli.
  • Jika masih keras/adunan agak kering tambah lagi balance air tadi.
  • Cubit seketul kecil ( agak-agak la ya ) bulatkan & leperkan sedikit.
  • Kemudian masukkan inti kacang merah yang dibulatkan tadi.Tutup rapat/kemaskan...bulatkan cantik-cantik.
  • Golek terus dalam bijan,pastikan seluruh bebola kuih ni disaluti bijan.
  • Ulangi langkah di atas hingga habis.
  • Sementara tadi,boleh panaskan minyak dengan api sederhana.
  • Goreng di dalam minyak yang penuh dengan api yang perlahan,jika tidak kuih cepat hangus karang. Balikkan kuih setelah bahagian bawah sudah kekuningan.
  • Untuk merpercepatkan kuih masak,tutup kuali semasa menggoreng.

Thursday, July 22, 2010

Apam Comel Inti Jem Strawberi

Tengok la rupa apam ku ni...macam tak sempurna je.Teringin nak makan apam punya pasal.....hari tu terpandang kat rumah E-na ,bila nak buat kuih ni,ida geledah diam-diam sekali lagi masuk dapur Lovely Kitchen ( E-na ) amik resepi,thanks ya e-na,resepi dari blog Azita Zain (resepi asal dari MyR).Apa-apa pun banyak-banyak terima kasih.Rasanya kat umah kekawan yang lain pun dah ada apam comel ni.....Ida letak resepi kat sini pulak ya....senang untuk buat rujukan nanti,ida letak inti jem strawberi & pakai paper cup saiz sederhana..he..he nak cepat.
Bahan-bahan:
  • 3 biji telur dari peti ais...ida pakai telur kat luar peti ais sebab tak der yang dalam peti ais,hasilnya kurang gebu sikit.
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 gm susu segar
  • 3 sd teh baking powder
  • 1 sd kecil ovalette
  • Bahan yang ida tambah....2 titis essen vanilla

Bahan sampingan:

  • Beberapa pewarna ikut citarasa
  • Inti - Jem Strawberi
  • Paper cup/mangkuk kertas kecil..ida pakai saiz sederhana
Cara-cara:

  • Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk mixer kecuali bahan sampingan.
  • Pukul dengan kelajuan yang paling maksima 6-8 minit.
  • Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian mengikut citarasa....ida bahagikan 3 bahagian...hijau,kuning,merah.
  • Masukkan bahagian ke dalam piping bag/beg plastik yang bersih.
  • Susunkan mangkuk kertas ke dalam acuan yang lompang/acuan yang sesuai.
  • Picitkan sedikit dahulu adunan ke dalam mangkuk kertas,kemudian picitkan pula jem strawberry/sudukan jem ke dalam mangkuk kertas yang sama.
  • Selepas itu,picitkan lagi adunan yang sama warna sehingga 3/4 penuh.
  • Untuk buat corak lorekan,ambil piping yang ada adunan berlainan warna,paipkan satu titik di tengah2,kemudian lorekkan dengan menggunakan chopstick/lidi sate yang bersih.
  • Untuk corak silang/berpetak,ambil piping yang mengandungi adunan berlainan warna,picitkan adunan secara berjalur silang ke atas adunan tadi.
  • Kukus di dalam pengukus yang airnya dididihkan terlebih dahulu selama 10-15 minit.

Wednesday, July 21, 2010

Daging Masak Asam

Ini masakan yang paling senang......pernah makan kat umah mak mertua mula-mulanya,jeling-jeling la apa ramuan nak boh dalam daging masak asam ni.oohh senang je....bahan-bahan yang dipakai pun tak banyak.Pas tu ida cuba la masak sendiri...sedap gak.Anak-anak pun boleh makan,sebab tak pedas...lebih kurang ala-ala masak singgang le ni....tapi tak pakai lengkuas,cuma halia je...

Kalau pekatkan lagi kuah dia,lagi sedap...Meh kita tengok cammana nak masak benda ni...
Bahan-bahan:
  • 500 gm daging lembu.......dihiris nipis & dibersihkan
  • 2 inci halia *
  • 4 ulas bawang putih *
  • 5 biji bawang merah*
  • 1 labu besar bawang besar.......ida tak pakai bawang merah jadi ida lebihkan bawang besar kepada 1 1/2 labu *
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 1/2 sd besar gula
  • garam secukup rasa
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Kisarkan halus/blend bahan yang bertanda *
  • Tambahan.....boleh masukkan ubi kentang yang dikupas kulit serta dibelah 4/2
  • Air secukupnya untuk kuah....agak-agak la ye....ida tak sukat ni.

Cara-cara:

  • Panaskan sedikit minyak di dalam periuk.
  • Tumiskan bahan kisar hingga sedikit garing/naik bau.
  • Masukkan daging yang telah dihiris & dibersihkan.
  • Tambah gula,air asam jawa......kalau tak suka masam sangat,bolehlah dikurangkan.
  • Masukkan air secukupnya, garam secukup rasa dan sedikit serbuk kunyit...kacau sebati.
  • Masak hingga daging empuk
  • Untuk tambahan,boleh masukkan ubi kentang yang telah dibelah 4/2.
  • Masak sehingga ubi kentang empuk & kuah sedikit pekat....kalau lagi pekat,lagi sedap tapi ida buat tak pekat sangat sebab nak kuah banyak...

Tuesday, July 20, 2010

Sweet Corn Cake

Jom makan kek pulak....masih ada lagi ni,sape cepat dia dapat ekekke.ke...hari tu dah buat untuk bekal jejalan ke Aso,tapi tak sempat amik pic,sweet corn ada balance lagi 1/2 tin kat dalam peti ais...kalau simpan karang berkulat jugak lama-lama.Tengok budak-budak & abahnyer pun suka .So hari ni makan kek jagung lagi la nampaknya.Dah beberapa kali buat dah..tapi dulu main pakai sukat mug kecil aja...bila nak entry dalam blog ni,nak kena sukat accurate ler sikit...nanti sesiapa yang nak cuba senang sikit..Kalau kuantitinyer lari & kek tak jadi......takut tuan rumah ni kena baling ngan telur pulak..wakkkaaka


Apalagi jom layan resepi lak.....
Bahan-bahan:
  • 250 gm tepung gandum( lebih kurang 2 1/4 mug kecil )
  • 1/2 sd teh soda bikarbonat
  • 1 sd teh baking powder

*Ayak bersama ketiga2 di atas

  • 200 gm creamy sweet corn dalam tin ( agak-agak lebih kurang 1/2 tin )
  • 4 biji telur
  • 180 gm gula ( lebih kurang 1 1/4 mug kecil )
  • 200 gm butter.....cairkan & biarkan sedikit suam( ida pakai 100 gm butter+100 mls minyak sayuran....stok butter tinggal sikit )
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 2 titik essen vanilla
  • 1/2 sudu teh garam
  • Apa-apa kekacang yang dimesin halus untuk tabur ke atas adunan kek ( ida pakai badam yang dah siap )

cara-cara:

  • Panaskan oven terlebih dahulu dalam suhu 180C....selama 15 minit.
  • Ayak tepung gandum bersama bahan penaik
  • Pukul telur hingga betul-betul kembang dengan mixer....guna high speed
  • Tambah gula & essen vanilla.....pukul lagi hingga betul-betul kembang
  • Masukkan butter cair&minyak,kacau sebati.
  • Masukkan pula sweet corn,garam......kacau sebati
  • Masukkan bahan ayak separuh-separuh/di ayak terus ke dalam adunan separuh-separuh....kacau secara kaup balik/pukul menggunakan low speed mixer.
  • Alas loyang pembakar dengan baking paper/sapu bahagian dalam tapak loyang sahaja dengan minyak/marjerin.

*Ida bakar dalam 2 loyang kecil untuk mendapatkan 2 kek yang nipis sahaja...jika loyang saiz besar,bolehla terus dibakar dalam satu loyang sahaja.

  • Tuangkan adunan ke dalam loyang,taburkan kekacang kesukaan anda.
  • Bakar dalam suhu 180 C/selama 35 minit jika adunan yang nipis....jika tebal,tambahkan masa sedikit lagi.

*Kek ni agak lembab2 sedikit ya....

*Selepas dikeluarkan dari oven beberapa ketika, kek ni akan mendap sedikit sebab kek ni versi kek lembab2 gitu k.


Ikan Bakar Sambal Kelapa


Slm kawan-kawan sume...masak apa hari ni?....dah banyak hari tak update blog,baru hari ni berkesempatan...ni pun lauk semalam.Tapi tak per,walaupum dah tinggal bekas masih boleh tengok picnyer.Masak simple2 je ni......jom layan resepi:


Bahan-bahan:
  • 2 ekor ikan cencaru.......dibuang perut & dibersihkan serta dibelah tepi
  • 1 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1 batang serai
  • 2-3 tangkai cili kering...dibuang biji & rendam seketika dengan air panas
  • 4 biji bawang merah/1/4 labu bawang besar
  • sedikit belacan
  • 1 sudu teh gula
  • garam secukup rasa
  • Sedikit air perahan lemon/limau nipis

* 1 cawan kelapa yang diparut halus......ida pakai kelapa kering

Cara-cara:

  • Lumurkan ikan dengan sedikit serbuk kunyit & garam....ketepikan dulu
  • Kisar semua bahan hingga hancur
  • Gaul bahan kisar bersama kelapa
  • Sesudah cukup rasa,sumbat bahan atas ke dalam ikan yang dibelah tepi tadi.
  • Bakar sehingga masak...sedap dimakan ketika masih panas bersama nasi putih,lauk-pauk dan sayur-sayuran yang lain.

Wednesday, July 14, 2010

Daging Masak Merah

Lauk daging lagi ke hari ni?......oppps, lambat entry je ni,masak udah beberapa hari lepas..sebab menda lain potong Q dulu.Kesian kat lauk-pauk ni...Ok la,kita bagi chance kat mu pulok deh
Simple-simple je ni,tak susah pun jom layan resepi....
Bahan-bahan:
Bahan A:
  • 1/2 kg daging lembu.....dihiris nipis
  • 1 sd besar serbuk kari
  • 3 sd besar sos tomato/2 sd besar tomato puri
  • 3 sd besar sos cili
  • 4 sd besar cili kering kisar....boleh dikurangkan untuk kurangkan pedas
  • sedikit gula
  • garam secukup rasa
  • 2 batang serai diketuk
  • sedikit serbuk perasa ( optional )

Bahan B:( dikisar halus )

  • 1 labu bawang besar saiz sederhana
  • 5 biji bawang merah.....ida tak bubuh, ida lebihkan lagi 1/4 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas

Bahan C:( bahan pertama untuk menumis )

  • 3 ulas bawang putih
  • 1/4 labu bawang besar/4 biji bawang merah
  • 1/2 inci halis

*ketiga2 dihiris halus

  • 2 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang .....ini shj yang ada,kalau nak boleh tambah bunga cengkih dan pelaga

Bahan untuk hiasan:

1 labu kecil bawang besar dihiris nipis

Sedikit daun bawang dihiris halus

Sedikit bawang goreng

Cara-cara:
  • Tumiskan bahan C hingga naik bau didahului dengan kulit kayu manis,bunga lawang,bawang putih,halia & bawang merah/besar.
  • Masukkan bahan kisar ( bahan B )kacau seketika, masukkan pula cili kering kisar,serai serta serbuk kari.Tumis hingga sedikit garing /pecah minyak.
  • Masukkan sos cili & sos tomato/tomato puri,sedikit gula & sedikit dahulu garam...kacau.
  • Masukkan daging, tambah sedikit air untuk empukkan daging...masak sehingga daging empuk.
  • Optional boleh tambah sedikit serbuk perasa...ida tambah suku sd teh ajinomoto.
  • Setelah secukup rasa & daging sudah empuk....masukkan 1 labu kecil bawang besar yang dihiris nipis...masak seketika lagi.
  • Setelah itu sedia dihidangkan..tabur sedikit daun bawang yang dihiris halus & tabur bawang goreng kalau ada ( bawang goreng ida terlupa tabur )

Kerutuk Daging

Tiba giliran lauk-pauk nak berpossing pulak......macam ler tak masak lauk hari-hari,sib baik sempat gak snap pic,nak mengentry je tak nyempat. Biasanya,pagi-pagi hari dah kena masak lauk-pauk ni,buat bekalan asben & 3 orang anak ke sekolah/tadika. Cuma anakyang kecik jer tak bawak. Apakata kita tengok resepi, senang jer ahhh,ida pakai rempah kerutuk Adabi.
Bahan-bahan:
Bahan A:
  1. 1 peket ( 28 gm ) rempah kerutuk ( ida pakai serbuk rempah kerutuk Ayam & Daging Adabi )
  2. 1/2 kg daging lembu .......potong/hiris nipis
  3. 50 gm kerisik ( ida agak2 jer..pakai 2 sudu bsr )
  4. 300 mls santan pekat
  5. Sedikit air asam jawa
  6. Sedikit air
  7. Sedikit gula ( dalam 1/2 sudu besar @ kurangkan sikit )
  8. Garam secukup rasa
  9. 2 batang serai diketuk
  10. Sedikit minyak untuk menumis
  11. 2 batang kulit kayu manis
  12. 2 kuntum bunga lawang

Bahan B ( ditumbuk halus/kisar halus )

  1. 10 biji bawang merah ( ida pakai 1 labu sederhana bawang besar )
  2. 5 ulas bawang putih
  3. 1/2 inci halia
  4. 1/2 inci lengkuas
  • Kisar/tumbuk halus

Bahan C ( di mayang halus )

  1. 3 ulas bawang putih
  2. 1/2 inci halia
  3. 5 ulas bawang merah/1/2 labu bawang besar

Cara-cara:

  • Bancuh rempah kerutuk dengan sedikit air panas.
  • Panaskan minyak di dalam periuk.
  • Tumiskan bahan C bersama serai.
  • Setelah naik bau,masukkan bahan B....tumis lagi seketika.
  • Kemudian masukkan tempah kerutuk yang dibancuh tadi. Tumis sehingga pecah minyak.
  • Kemudian masukkan daging,kerisik,santan pekat,gula,garam & air asam jawa.
  • Masak sehingga daging empuk dan kuah sedikit pekat.
  • Untuk tambahan...boleh tambah ubi kentang yang dikupas kulit & dibelah 4.
  • Setelah masak,boleh la dihidang bersama nasi putih. Lebih sedap lagi dimakan bersama nasi speacial yang lain seperti nasi beriani,nasi minyak etc.....

Selamat mencuba,rasanya hanya sedikit pedas sahaja....sesuai untuk anak-anak juga.Anak-anak ida pun suka.


Tuesday, July 13, 2010

Raisin Coconut Loaf Bread

Mak ai hijau melengitnyer roti aku ni.....tapi menarik tak gitu.Mana raisinyer?....hi..hi dah kena libas kat pemutar BM sebenarnya..dah la pakai kismis yang kecik halus je. Percubaan yang menjadi buat loaf bread bakar terus di dalam bread maker.Malu nak cerita sebenaqnya...kali pertama buat,hitam gelegam bahagian luar roti tuu..sebab tersalah pilih setting, almaklum la,buta huruf bahasa Jepun...mesin tu sume tulih Jepun,mana nak paham.Ida buat2 paham sendiri melalui intstruction bergambar kat dalam buku dia.

Nak habaq mai ni...gebuss benor roti ni...Wat sebelum tido malam tadi,bangun subuh pun roti dok tengah masak. Kul 3.38 pagi lo ni kat Jepun dah subuh. Boleh la buat b'fast ngan roti. Resepi godek dari buku BM sebenarnya.Asalnya doh roti ni roti putih bertelur je...ida buat pandai ngubah jadi roti jenis gini.Tapi tak menghampakan....hasilnya memang memuaskan.Kalah roti kat kedai Jepun ni..ha.ha perasan la pulak. 'Water Roux'rasanya dah ramai yang tahu....Water Roux to make bread springly..its can make by your own. Sejak berblogger ni,baru ler ida kenal benda ni.So ida tambah la sikit kat dalam doh roti kat atas.Hasilnya....
Kalau ada masa,lain episod nak letak cerita sikit pasal 'water roux' ni.

Bahan-bahan doh:
  1. 220 mls air ( ida pakai santan pekat dalam tin & hanya letak 170 mls bersesuaian dengan kualiti tepung yang ida pakai )
  2. 80 gm telur ( ida hanya letak 60 gm sahaja..balance tinggal sikit untuk disapu atas permukaan roti )
  3. 25 gm gula halus ( ida lebihkan sedikit kepada 50 gm untuk melemak manis lagi roti tersebut...anak2 ida lebih suka cara gini )
  4. 8.1 gm garam halus
  5. 12 gm susu tepung
  6. 15 gm butter
  7. 400 gm tepung roti
  8. 3 gm yis segera( kering )....dlm buku BM ida ni,sume doh menggunakan sedikit yis shj
  9. 1/2 cawan kismis.......kalau tak nak kismis hancur,jangan letak dulu awal2 dalam doh.Letak semasa step last mesin ni menguli. Ida lambak jer sume bahan,malas dah nak tunggu..sebab BM ida tak dak karung kismis kat dalamnya.
  10. 50 gm 'water roux'......ambil 50 gm tepung gandum +250 gm air,kacau sebati kemudian masak sekejap sambil kacau dengan api perlahan sehingga sedikit pekat berkilat...balance boleh disimpan di dalam bekas bertutup di dalam peti ais...jangka hayat selama 3 hari je.
  11. Sedikit pewarna hijau

Bahan-bahan untuk mekapkan roti ni:

  • Sedikit bancuhan telur....balance telur( dlm 1/4 biji+2 sudu bsr susu segar+3-4 titik madu )
  • Sedikit kelapa kering

Cara-cara:

  1. Masukkan sume bahan ke dalam acuan BM,didahului dgn santan & diakhiri dengan yis.
  2. Onkan suis,pilih menu yang sesuai ( utk bakar terus di dlm BM )
  3. Kalau rajin, semasa 35-40 minit terakhir di dalam BM, permukaan roti boleh la sapu dgn bancuhan telur & tabur sedikit kelapa kering.
  4. Setelah siap,keluarkan acuan dari BM..opps hati2 panas tu....tunggu sejuk sedikit baru keluarkan roti tersebut.
  5. Potong roti setelah roti sudah suam. Enak dimakan begitu sahaja @ makan bersama air milo panas/apa2 sahaja minuman kegemaran anda.

Pajeri Terung

Asyik benda lain yang entry dulu....sayur@lauk-pauk dah ke belakang. Kali ni entry benda alah ni pulak.Baru jer angkat dari dapur tadi ni.....masih panas!Sape nak...amik ler.Asben balik,boleh la makan pajeri terung.Selalu gak masak pajeri kat M'sia...kalau tak pajeri terung,pajeri nenas.Feberet asben...lebih2 lagi pajeri nenas.Terung dia kurang suka.Meh kita tengok resepi ...



Bahan-bahan:

3 biji terung saiz sederhana....belah 2/4..ida potong pendek kecil,senang nak ngap.
  1. 3 sudu besar serbuk kari daging
  2. sejemput ikan bilis
  3. 1/2 labu bawang besar@ 5 ulas bawang merah
  4. 3 ulas bawang putih
  5. 4 hiris halia
  6. 2 hiris lengkuas
  7. sejemput udang kering.....kisar halus bahan no.4,5,6,7,8
  8. 1/2 keping gula melaka
  9. sedikit air asam jawa
  10. 1/2 sd besar cili kering kisar(optional kalau nak lebih pedas...ida tak bubuh)
  11. 1 sd besar kerisik
  12. Garam secukup rasa
  13. 1 mug santan pekat(ida pakai 1 peket santan serbuk..maklumla)/boleh dikurangkan
  14. 2 batang kecil kulit kayu manis
  15. 2 kuntum bunga lawang
  16. 1 inci halia dihiris halus
  17. 2 ulas bwg putih dihiris nipis
  18. 3 ulas bwg merah/1/4 labu bwg bsr dihiris nipis




Sedikit tambahan air semasa memasak.

Cara-cara:

  1. Panaskan sedikit minyak,tumiskan kulit kayu manis,bunga lawang,bawang,halia hiris,tumis hingga naik bau kemudian masukkan bahan kisar...tumis hingga kekuningan.
  2. Masukkan serbuk kari daging, tambah sedikit air dan tumis sehingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan santan,gula melaka,air asam jawa,garam secukup rasa dan kerisik...masak hingga kuah menjadi pekat.
  4. Akhir sekali masukkan terung dan ikan bilis.Masak sehingga empuk.Jika kuah sudah terlalu kering semasa memasak,boleh la tambah sedikit air panas.

Monday, July 12, 2010

Home Made Beef Burger

Nak tahu,dah lama benor tak makan benda ni nih....sejak dok merantau ni ler.Sume tengok gambar je la ye,dah yilek...buat hari tu lagi ni,tak sempat nak entry..Sume2 tu all homemade tau,kecuali segala sayur2 tu. Dah 2 kali buat,kali ni baru nyempat entry kat sini. Suke bebangat ler budak2 ni bila dapat makan burger...almaklumla lama dah tak merasa.Siap order buat lagi ya ummi.Sedap ke burger yang ummi buat ni?..hi..hi,tak kira ler apa rasa,janji dpt makan burger.

Ha tu dia....homemade daging burgerku.Selekehnyer nampakkan...tak per la ida.
Nak tahu macammana buat ni,senang aja ahh....kalau ikut ida punya style,simple aja..jom tengok resepinya..

Bahan-bahan buat daging burger:

  • 3/4 mangkuk besar (mangkuk sup)daging lembu cincang(kalau kat m'sia bole pakai jenama Ramly)
  • 3 ulas bawang putih ....dikisar
  • 1/4 labu bawang besar saiz sederhana
  • 3 hiris halia....................dikisar
  • 1/2 sdteh serbuk lada putih
  • 1/4-1/2 sd teh serbuk lada hitam
  • sikit gula
  • garam secukup rasa
  • sedikit serbuk perasa kalau suka
  • 3 sd besar t.jagung
  • 2-3 sd besar mayonis

Cara-cara:

  • Gaul semua bahan biar sebati dan cukup rasa
  • Simpan di dalam peti ais lebih kurang 2 jam supaya lebih senang untuk membentuknya.
  • Kalau tak boleh terus bentukkan ia.
  • Ambil sedikit tepung gandum,letak di tangan & kemudian ambil adunan daging kisar tadi.Jika masih melekat ditangan,ambil sedikit lagi t.gandum.Bentukkan bulat leper..agak2 la yer saiz dia.
  • Setelah siap dibentuk,boleh la bakar di dalam kuali non-stik yang di sapu sedikit minyak.
  • Bakar sehingga masak.

Untuk buat bun burger ni.....boleh la rujuk di bahagian kategori roti(bun burger).Resepi ada disana ya.

Macammana nak hias burger?
Sediakan bahan-bahan seperti di bawah:
  • Daun salad secukupnyer
  • Buat tomato....hiris nipis
  • Timun..............hiris nipis
  • Kobis................racik halus&nipis(ida tak letak)
  • Mayonis(apa2 perisa)
  • Sos cili/sos tomato(sos tomato ni untuk anak2 ida)
  • serbuk lada hitam
  • Bun burger
  • Daging burger
  • Sedikit soft marjerin/butter/marjerin....untuk sapuan pada bun

Cara-cara:

  • Ambil bun burger,potong 2 secara melintang
  • Sapu sedikit soft marjerin pada bun tersebut
  • Panaskan kuali non-stick
  • Bakar bun tadi seketika,dengan menelangkupkan bahagian yang disapu marjerin pada permukaan kuali.
  • Ok,sekarang boleh hias burger anda secantik yang mungkin.
  • Kalau nak speacial lagi...boleh tambah telur iaitu dadar nipis sebiji telur di dalam kuali non-stick.Apabila telur di dlm kuali tu sudah masak,ambil seketul daging burger yang sudah siap di bakar.Letakkan di tengah2 telur tadi & balut.


Sunday, July 11, 2010

Bun Sardin+Bun Burger

Jom makan roti lagi......kali ni ida pakai resepi doh dari buku resepi BM ida.Doh ni tak pakai telur.Boleh tahan jugak..
Dari satu adunan buat 2 jenis bun...bun burger ni boleh simpan dulu untuk buat burger pulak..
Tunggu selepas ini untuk resepi 'Homemade Beef Burger'di episod akan datang he..he,mcm buat drama la pulak.Apa kata kita tengok resepi doh roti ni..


Bahan-bahan doh:


  1. 360 mls air(ida kurangkan kepada 310 mls jer...masa mula2 ida tak masukkan semua air tu)
  2. 40 gm gula
  3. 10.8 gm garam(ida kurangkan kpd 6 gm shj sebab ida pakai marjerin yg dah masin)
  4. 16 gm susu tepung
  5. 20 gm butter(ida pakai marjerin)
  6. 500 gm tepung roti
  7. 4.5 gm yis kering
  • Sambal sardin secukupnya...yang dimasak agak kering sedikit.
  • Sedikit bijan putih/hitam untuk tabur.
  • Sedikit telur(1/4 biji)+2 sudu susu segar+3-4 titis madu...untuk disapu atas roti2 sebelum dibakar bagi memberi kilatan pada permukaan roti anda.
Cara-cara (BM)
  1. Masukkan bahan-bahan ke dalam acuan BM didahului dengan air dan di akhiri dengan yis kering.
  2. Pilih menu dough dan tekan start.Tunggu sehingga siap di dalam BM.
  3. Setelah siap,keluarkan doh & masukkan di dalam bekas lain.Tumbuk2 doh untuk keluarkan angin.
  4. Bahagikan doh kepada 2 bahagian,satu untuk bun sardin & satu untuk bun burger.
  5. Untuk bun sardin,bahagikan doh bulat2 sama besar...(20gm)tak perlu terlalu besar,agak-agak la ya/ikut citarasa masing2. Masukkan inti sambal sardin yang dimasak agak-agak kering sedikit.
  6. Untuk bun burger,bahagikan doh bulat2 sama besar....untuk bun ini,biar saiznya besar sedikit.Tekan2 sedikit setiap bebola,agar leper sedikit.
  7. Rehatkan dahulu semua doh yang dibentuk selama 30-45 minit,agar ia naik sekali ganda lagi.Tutup dengan kain lembab.
  8. Setelah cukup masa,sapu disetiap bebola roti dengan sedikit bancuhan telur&tabur bijan.
  9. Bakar pada suhu 180 C,selama 16-18 minit/sehingga masak.
  10. Bila sudah masak keluarkan dari oven.Boleh sapu lagi dengan sedikit mentega/marjerin di atas permukaan roti jika mau..untuk lebih kilatan.
  11. Sejukkan terlebih dahulu di atas jaringan/redai sebelum disimpan/makan semasa suam2 roti sardin tu....emm sedap!

Saturday, July 10, 2010

Bun Kelapa

Roti lagi.....kali ni buat bun kelapa pulak.Rupa-rupanya feberet en.suami masa dia bujang-bujang dulu. Untuk bun ni,ida masih menggunakan doh roti sosej mini Yani MyR .... Boleh tahan jugak gebunya roti dari doh Yani ni...walaupun tak pakai apa-apa bread improver/bread softener. Saja nak variasikan rasa mek2 roti ni. Sejak ada Si Bantu Menguli kat dapur ida....dah jarang-jarang beli roti kat kedai.Kurang lagi satu kepala pembeli roti kat Max Value tu..hi..hi.Kalau tak setiap hari Khamis sama-sama beli ikan,mesti capai sebungkus dua roti kat situ.

Hubby cakap boleh tahan jugak roti-roti ni...lebih kurang kat kedai je.Makin semangat ler nak teruskan aktiviti meroti.Kalau roti kat kedai Jepun ni,tak sume yang kami boleh makan...sesetengah brand & perisa sahaja.Pok pek2 je lebih aku ni a ha....
Jom tengok resepi....
Bahan-bahan(doh roti):Sukatan doh boleh didoublekan untuk mendapatkan hasilan roti2 yang lebih,ida ikut sukatan doh asal so cukup la sekali makan)
  1. 140 mls air( ida kurangkan kpd 120 mls&pakai air suam )
  2. 2o gm telur( ida pakai 30 gm/1/2 biji telur....balance simpan untuk glis atas permukaan roti )
  3. 250 gm tepung roti
  4. 20 gm gula
  5. 4 gm garam
  6. 25 gm mentega
  7. 3 gm yis kering( lebih kurang 1 sudu kecil )
  8. 8 gm susu tepung ( amik susu tepung si kecik ni kat umah
Inti kelapa manis secukupnya untuk inti
Bancuhan telur untuk sapu/glis atas doh roti sebelum dibakar:
  1. Baki telur tadi dicampur sedikit susu segar(2 sudu besar) dan tiga empat titik madu
    ....supaya permukaan atas roti nampak berkilat setelah masak
  2. Atau telur sahaja sudah memadai

Sedikit butter/marjerin untuk disapu ke atas roti sejurus ia dikeluarkan dari oven...bagi mengilatkan lagi roti-roti anda.

Sedikit bijan untuk tabur.

Cara-cara:BM

  1. Masukkan semua bahan ke dalam acuan BM dimulai dengan air suam,bahan2 lain dan diakhiri dengan yis kering.Kembalikan acuan ke mesin BM.
  2. Pilih menu dough dan tekan start.
  3. Setelah siap dari BM,keluarkan, tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin.
  4. Bahagikan doh sama besar(agak-agak la ya saiznyer) dan bulat-bulatkan.
  5. Masukkan inti kelapa ke dalam doh bulat tadi.Bentukkan seperti bun.Aturkan terus di dalam loyang pembakar yang di sapu sedikit minyak/di alas dengan baking paper.
  6. Jika tidak cukup loyang, boleh la terus menyusun bun-bun yang dibentuk tadi di atas baking paper (potong siap2 baking paper tersebut mengikut saiz loyang,semasa memindahkan ia ke loyang pembakar...angkat sekali kertas tu,jadi bentuk doh tidak terusik)
  7. Ulangi langkah di atas hingga habis
  8. Rehatkan doh yang telah siap dibentuk lebih kurang 30-45 minit untuk naik sekali ganda lagi.
  9. Setelah cukup masa,sapu permukaan bun2 tersebut dengan bancuhan telur sebelum di bakar.Jika suka boleh tabur dengan sedikit bijan.
  10. Bakar pada suhu 180 C selama 16-18 minit sahaja.

Thursday, July 8, 2010

Kristal Yogurt Jelly

Japan sekarang dah mula summer....panass! Eleh mengada2 la pulak,mcm la tak pernah merasa panas kat M'sia tu. Maklumla kami datang tahun lepas Oktober...cuaca kat Japan ni dah mula sejuk2...bila start summer ni mulalah kata bestnyer..kalau sejuk berterusan he..he.
Ni nak cerita sikit pasal adik-beradik jelly pulak.... kalau buat jelly@seberadik dgnnya mmg sesuai la utk dijadikan dessert...sejuk jer tekak ni bila menelannya..tambah2 lagi bila makan terus selepas bwk kuar dr peti ais...ahhh betapa nyamanya.

Jom sape berkenan,boleh cuba,resepi pakai campak2 je ni.
Ok la tu...jom kita tengok resepi.....
Bahan A(jelly merah)
  1. 8 gm serbuk agar-agar
  2. 800 mls air
  3. 200 mls jus epal segera
  4. 1 mug kecil gula pasir/secukup rasa la
  5. sedikit pewarna merah/sirap ros

Bahan B(jelly yogurt)
  1. 4 gm serbuk agar-agar
  2. 200 mls air
  3. 100 mls susu segar/susu cair
  4. 200 mls plain yogurt
  5. 2 sudu bsr jem strawberry
  6. 1/2 mug kecil gula pasir

Cara-cara:

Masak bahan A hingga larut.Setelah sudah larut,tutup api.

Kemudian tuangkan ke dalam bekas..agak-agak ketebalan jelly lebih kurang 1 1/2 inci shj,jangan terlalu tebal....agak2 la ya.Ketepikan untuk biarkan ia sedikit mengeras.

Masak bahan B....satukan serbuk agar-agar,gula&air....masak hingga larut kemudian tambahkan yogurt,susu&jem strawberry...kacau sebentar sahaja...Kemudian tutup api.Jika mau adunan yogurt lebih manis,boleh tambah gula lagi semasa memasaknya.

Setelah bahan A(jelly merah) dah sedikit nak membeku,tuangkan bahan B(jelly yogurt) ke dalam adunan A secara putaran.Dengan menggunakan garfu,kacau secara putaran kecil perlahan dimulai dari tengah ke tepi bekas.( Jangan terlebih kacau,nanti kurang nampak kristal tu pulak)

Sejukkan di dalam peti ais sehingga beku.Selamat Mencuba....


Tuesday, July 6, 2010

Orange Cake With Rich Nut Crumble

Sebenarnya gambar kek ni udah lama letak kat dlm album fb ida(koleksi dari dapur...) he..he saje pulak taruk kat sini..nanti senang sume resepi terkumpul kat umah baru ni.
Mula2 try & error je uat kek oren ni..tambah bahan ni sikit,bahan tu sikit pas tambah ngan rich topping tuh..hi..hi sedap jugak so leh la letak resepi.Dah 2 kali uat dah....kali kedua bubuh simple nut crumble je pun sedapJom tengok resepi kat bawah....
Bahan-bahan(adunan kek):
  1. 2 biji buah oren saiz kecil dikupas kulit & dibuang biji
  2. 100 gm butter cairkan
  3. 1/2 mug kecil minyak sayur/minyak jagung(lebih kurang 120 mls)
  4. 1/4 mug kecil susu segar(lebih kurang 60 mls)
  5. 4 biji telur saiz sederhana
  6. 1/2 sd teh garam
  7. 2 1/4 mug kecil t.gandum ( 250 gm )
  8. 2 sd besar susu tepung
  9. 1 1/4 mug kecil gula....kurangkan manis pada adunan kek sebab crumble nanti dah manis
  10. 1/2 sd teh soda bikarbonat
  11. 1 sd teh baking powder
Bahan rich nut crumble:
  1. 1 1/2 mug kecil kacang tanah/apa2 kekacang(saya pakai kcg tanah je)...diblend separuh hancur
  2. 3 sudu besar tepung gandum
  3. 1/4 sd teh garam
  4. 2 sudu besar gula pasir halus/gula perang
  5. 3 sudu serbuk milo/1 sd besar-1 1/2 sd besar serbuk koko...saya bubuh milo *Jika pakai serbuk koko,tambah lagi 1 sudu bsr gula
  6. 1 sudu besar jem oren
  7. Buah-buahan dalam tin seperti mandarin oren&peach( buah peach hiris panjang )
Cara-cara:
*Sediakan crumble terlebih dahulu
  • senang aja..gaul sebati sume bahan kecuali buah-buahan la..
*cara-cara buat kek pula....
  1. Ayak t.gandum bersama garam,susu tepung beserta 2 bahan penaik tu
  2. Blendkan buah oren bersama minyak&susu segar
  3. Pukul telur dengan menggunakan mixer ( high speed ),kemudian tambah gula...pukul lagi hingga betul2 kembang.
  4. Kemudian masukkan bahan yg diblend ke dalam adunan telur tadi.....kacau sebati
  5. Masukkan pula bahan yang telah diayak....pukul sekejap dengan mixer menggunakan low speed/kacau secara kaup balik.
  6. Sementara tu panaskan oven terlebih dahulu dalam suhu 180 C...lebih kurang 10 minit
  7. Sediakan 2 loyang pembakar jika loyang kecil.....untuk mendapatkan kek yang tidak terlalu tebal..pandai2 la agak2 ya
  8. alas loyang dengan baking paper/sapu minyak hanya di bahagian tengah/base loyang..tak perlu sapu di bahagian tepi untuk membolehkan kek naik lebih sekata setelah masak.
  9. Tuangkan adunan ke dalam loyang,kemudian tabur bahan crumble ke seluruh permukaan adunan tersebut. Tekan2 sedikit crumble tersebut.
  10. Selepas itu ambil buah-buahan tadi cucuk2 secara menegak terus ke dalam adunan kek yg di dalam loyang pembakar tadi.
  11. Sedia dibakar dalam suhu 180 C/selama 30-35 minit atau sehingga masak bergantung kepada ketebalan kek tersebut.

Selamat Mencuba....

Sunday, July 4, 2010

Roti Sosej Mini

Sejak ada Si Bantu Menguli(BM) ni,gian meroti je le aku ni...hari2 makan roti le orang kat dalam umah ni...tapi tak per,tukang perabihya ramai,3 puteri&1 putera yang masih tengah lasak2......kejap je roti2 ni lesap,sib baik la kau roti sempat jugak possing dulu,bole la umi letak dalam blog. Bukan apa,sok2 nak rujuk semula senang.


Dari resepi doh asas K'Fida MyR saya jadikan doh untuk buat roti sosej mini ni. Tengok!...bentuknya pun lum sempurna sangat lagi.Tapi bole la,dapat la juga orang2 kat dlm umah ni merasa roti sosej....Almaklum la duduk merantau..susah nak dapatkan semua ready cooked food yang halal ni,terpaksa la godek2 sendiri...Jom tengok resepi.....

Bahan-bahan (doh roti asas )

-600 gm tepung /5 cawan rata(saya guna tepung roti)

-120 gm gula/1/2 cawan rata(saya kurangkan kpd 60 gm sahaja)

-1 sudu kecil garam

-2 sudu besar susu tepung

-5 sudu kecil rata yis segera(saya habiskan satu peket yg 11 gm tu...maaf bebanyk kpd tuanpunya resepi sbb ubah sikit)

-1 biji telur

-250 mls air(saya pakai air suam&tambah lagi 30 mls..mungkin telur yang saya guna kecil)

-60 gm mentega/2 sudu besar penuh

Bahan-bahan saya tambahkan untuk buat roti sosej mini dari doh asas di atas:

-Sosej....celur sekejap,selepas itu potong 2

*bancuhan telur untuk sapu di atas roti

-Sedikit telur+sedikit susu segar+beberapa titik madu...insyaallah bole mengilatkan lagi permukaan atas roti.

Cara-cara(saya guna cara BM)....masa salin resepi lupa la pulak nak salin cara-caranya sekali

-Keluarkan acuan BM dari mesin BM

-Masukkan bahan2 ke dlm acuan BM dgn didahulukan dengan air,telur,,gula,garam,mentega,susu tepung,tepung roti dan akhir sekali yis.

-Kembalikan acuan ke mesin BM,ON kan,pilih menu dan tekan start.

-Selamat bekerja la Si Bantu Menguli ni hingga selesai.

-Setelah cukup masa,keluarkan dari BM,tumbuk2 keluarkan angin.

-Bahagikan doh kepada beberapa ketul besar.

-Leperkan doh menjadi 4 segi panjang lebih kurang&setebal 1/2 inci lebih kurang.

-Potong doh tersebut panjang2 selebar lebih kurang 1/2 inci.

-Setiap potongan lilitkan pada setiap sosej

-Alas loyang pembakar dengan baking paper/sapu dgn sedikit marjerin.

-Atur doh yang siap di atas dulang pembakar.Biarkan doh naik sekali ganda lagi lebih kurang 30-45 minit.

-Sementara tu panaskan oven anda sekalian.

-Sapur bancuhan telur di atas permukaan roti &kalau suka boleh tabur bijan..saya tak tabur pun.

-Bakar dalam suhu 180 C/selama lebih kurang 15-17 minit.

-Setelah roti masak,keluarkan dari oven....sapu permukaan atas roti dengan butter/marjerin untuk nampak berkilat.

*Sejukkan roti2 dahulu dan simpan di dalam bekas kedap udara agar ia tidak kering.

*Untuk cara uli tangan boleh rujuk di bahagian resepi bun coklat..lebih kurang sama.

Saturday, July 3, 2010

Peanut Cinnamon Roll

Roti ni saya pakai doh roti sosej mini Yani MyR....halal ye copy resepi,cantik tak? Ha..ha,bole la bagi orang yang baru nak belajar meroti ni....saya baru keluarkan dari loyang bulat tu..masih panas lg masa tu..Jom kita tengok resepi...
Bahan-bahan doh roti:(saya doublekan doh ni,boleh 2 kali makan)
280 mls air( saya pakai air suam....saya kurangkan kpd 240 mls sbb telur saya pakai sebiji)
40 gm telur(saya pakai 1 biji(60 gm)....pukul sedikit dgn garfu
500 gm tepung roti
40 gm gula
8 gm garam
50 gm mentega(saya pakai marjerin)
6 gm yis kering
16 gm susu tepung
Bahan-bahan tabur:
Kacang tanah yang dimesin halus secukupnya
Gula halus
Marjerin @ butter
Serbuk kulit kayu manis(cinnamon)
Cara-cara:(used Bread Maker(BM)
Masukkan air suam ke dalam acuan BM,dikuti dengan telur,gula,garam,marjerin,susu tepung,tepung roti & akhir sekali yis.
Kembalikan acuan ke mesin BM.Onkan BM,pilih menu & tekan start.
Insyaallah dia akan membantu uli-menguli sampai selesai kalau tak blackout la he..he.
Setelah cukup masa dalam BM,keluarkan doh,tumbuk2 untuk keluarkan angin.Bahagikan doh agak2 cukup untuk bentukkan 4 seg1 panjang setiap satu & tebal 1/2 inci lebih kurang.
Ambil bahagian doh,bentukkan kepada 4 segi panjang & tebal lebih kurang 1/2 inci...potong dengan pisau bahagian tepi jika mahu bentuknya sempurna...
Sapu marjerin@butter ke atas doh yang dibentukkan 4 segi panjang tadi,kemudian tabur kacang tanah mesin,tabur gula dan akhir sekali tabur dengan sedikit serbuk kayu manis.(tabur gula lebihkan sedikit supaya roti rasa cukup manis) saya hari tu buat terkurang gula,rasa pun kurang manis..
Gulung kemas-kemas,kemudian potong gulungan doh tadi..lebih kurang 1 inci tebal setiap potongan.
Aturkan dalam loyang bulat sedikit rapat.Biarkan doh naik sekali ganda lagi lebih kurang 30-45 minit kemudian sapu bahagian atas dengan sedikit bancuhan telur.Kalau suka boleh tabur bijan. Sementara tu boleh la panaskan oven anda sekalian dulu.
Bakar pada suhu 180 C selama 17-19 minit.Setelah masak,sapu bahagian atas dengan marjerin/butter untuk nampak berkilat.