My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Thursday, December 29, 2011

Nasi Minyak Oren Sunquick

Assalamualaikum dan salam sejahtera........alhamdulillah dapat juga kita bersua kembali di alam maya ini....Nampaknya tahun 2012 semakin menjelang tiba.....Orang jepun pun dah start cuti, anak2 sekolah pun baik sekolah rendah, maupun tadika pun dah mula cuti. Dekat seminggu juga dia orang ni cuti. Berkumpul bersama keluarga dan makan besar pada tahun baru memang menjadi adat masyarakat Jepun. Anak2 akan pulang ke rumah ibu-bapa dan berkumpul beramai-ramai. Ia lebih kurang sama ngan kaum Cina menyambut Chinese New Year la.
Siang2 ida  memang sibuk sangat lebih2 lagi bila semua anak2 ada kat rumah. Selepas n3 malam ni, mungkin ida terpaksa bercuti beberapa hari dari berblogging sbb pagi sabtu ni ada warga baru dari M'sia akan sampai ke Nihon jadi ida nak sediakan makan2 sikit utk b/fast merangkap ke lunch terus. Mereka ni pun kawan husband ida juga. Dan sempena cuti tahun baru ni, plan nak gi jalan2 main salji sama..insyaallah.

Berbalik kpd main story malam ni, nasi minyak oren sunquick ni ida buat last week kut rasanya. Biasanya ida buat nasi minyak biasa, kali ni ida tambah jus pekat oren sunquick ke dalam nasi minyak kali ni...Emmm, wanginya..satu rumah boleh bau aroma oren masa masak nasi ni.


Set nasi minyak oren sunquick ida ni mengandungi :
  1. Nasi minyak oren sunquick........resepi ada kt bawah
  2. Ayam kurma...resepi klik SINI
  3. Fried prawn with fine butter eggs....resepi klik SINI
  4. Acar tomato biasa2 jer
 Bahan-bahan:
  • 6 pot/cawan beras Basmathi.....rendam 1/2 jam kemudian dibasuh & disejat
  • 3 sb besar minyak sapi + 2 sb butter
  • 2 helai daun pandan (disimpul)..jika ada
  • 1 cawan susu segar / susu cair
  • 6 cawan air
  • 1 sk serbuk pati ayam
  • 3 sb jus pekat oren sunquick
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit kismis
  • Sedikit pewarna kuning
Bahan hiasan
  • Bawang goreng jika ada....ida dh abis stok
  • Daun bawang....hiris halus
Bahan menumis:
  • 1 inci halia....hiris halus
  • 4 ulas bawang putih....hiris nipis
  • 1/4 labu bawang besar...hiris nipis
  • 2 tangkai daun ketumbar....potong panjang2
  • 3 helai daun bay.....optional
  • 2 batang pendek kulit kayu manis ( 3 cm each )
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 5 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
Bahan dikisar:
  • 1/2 labu bawang besar saiz sederhana
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
Cara-Cara:
  • Panaskan minyak sapi dan butter di dalam periuk. Masukkan bahan penumis.....tumis hingga sedikit kekuningan dan naik bau
  • Masukkan pula bahan kisar, sedikit garam, serbuk pati ayam, daun pandan....tumis hingga sedikit garing dan naik bau
  • Masukkan beras dan jus oren .....gaul sebati. Tutup api.
  • Masukkan air dan susu...kacau sebati.
  • Masak nasi seperti biasa....ida guna rice cooker
  • Pada masa 20 minit terakhir baru letak pewarna kuning beberapa titik dan tabur kismis...teruskan memasak. 
  • Jika masak menggunakan periuk biasa/masak atas dapur gas, biar ia menggelegak. Kacau sekali sekala. Apabila airnya hampir kering, perlahan api. Jika air sudah kering, titikkn pewarna kuning dan tabur kismis, baru tutup periuk nasi dan perlahankan api ( guna api kecil sahaja ). Tunggu hingga nasi masak.
  • Apabila nasi sudah masak, gembur2 kan sedikit 
  • Hias dengan daun bawang dan bawang goreng semasa menghidang.
Sedia dihidangkan dengan lauk dan sayur pilihan


SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012 ida ucapkan kepada semua teman2 blogger dan semua pengunjung ke HCT serta followers yg disayangi.....dan sampai bertemu lagi di tahun baru....'HAPPY NEW YEAR'
Minta ampun minta maaf jika ada tersalah tersilap, jika ada yang terkurang di setiap resepi dari ida dan tidak kesempatan utk buat kunjung balas. Terima kasih banyak2.......dan tak lupa juga kepada yg sudi follow...TQVM...itu sahaja yang mampu ida ucapkan...mmmuahhhhhhhhh!!!!

Tuesday, December 27, 2011

Cornflakes Madu Oren


Mintak maaf banyak2............tuan rumah agak bzz sikit. Mekasih banyak2 ya kpd yg sudi jenguk2 sini walaupun tuannya tak der....tak per masuk ler, pintu sentiasa terbuka.
Mlm ni cuma nak n3 resepi kudap-kudapan aja. Projek ngan anak2 ida last week. Kakak Sara & angah Tina dah start cuti sekolah.....mintak tolong diaorg tolong sekali buat ni. Sejuk2 ni, anak2 asyik lapar jer.....nak ada jer benda utk krup-krapx2..selain benda2 yang mengenyangkan.


Rasa lemak mentega, manis madu, rasa  kismis serta kekacang yang ada dan ditambah pula dgn rasa dan aroma jus oren sunquick .........emmmm, mmg sedap, satu gabungan yang cukup serasi.

Resepi Cornflakes Madu Oren
by ida@Happy Cooking Time
Bahan-bahan:

  • 240 gm cornflakes (satu kotak kecil)........cornflakes yg ada kt sini dh manis / dh bersalut gula jadi ida hanya letak madu sahaja sedikit
  • 120 gm butter
  • Madu secukup rasa
  • 2 sb jus pekat oren sunquick 
  • 1/2 cawan kismis
  • Sedikit bijan putih......disangai seketika/goreng tanpa minyak
  • 1 pkt kecil kacang tanah tanpa kulit yg siap digoreng....hancurkan sedikit
Note: Jika menggunakan cornflakes yg plain boleh tambah gula perang + madu secukup rasa
 

Cara-cara:
  • Di dalam kuali, cairkan butter dengan api  perlahan, tambah madu......kacau sebati seketika
  • Masukkan cornflakes, kismis, bijan serta kacang....gaul rata dan tutup api.
  • Masukkan cornflakes ke dalam paper cup/cawan kertas hingga habis
  • Panaskan oven seketika, bakar selama 10 - 12 minit dlm suhu 180 C.( ida pakai microwave oven....tak kena set api bawah / api atas...automatik jer )
  • Biarkan  sejuk dahulu sebelum disimpan di dalam bekas yg kedap udara.

Emmmm....sedapnyer......krup-krapx2...bukan anak2 jer maknyer pun tak berenti dok ngunyah benda ni...abahnyer kurang sikit.

dah 2x buat dlm masa yg terdekat ni........kali pertama, dgn sepantas kilat ia lesappp......buat kali ke-2 baru ler boleh bertahan 2 hari dalam bekas tuu...

Saturday, December 24, 2011

Special Tuna Pizza

Pizza juga adalah feberet anak2 sekarang ni......kecik2 dulu tak pandai nak makan, kalau makan pun diaorg sapu topping atas jer masa tu...roti tak makan. Sekarang ni kalau nmpk pizza.....berselera betul diaorg ni makan. Duduk sini terpaksa ler buat sendiri.......selalu la jugak buat, kadang2 tak sempat pun nak amik gambar bagai dah. Ida buat ada yang pakai doh pizza betul, ada yang guna doh roti ( buat roti, sambil tu buat pizza sekali )
Doh pizza kali ni, ida mereka-reka sikit......letak telur dan tambah minyak zaitun dlm doh tu. Emmmm.........memang lembut dan gebusss..

Ok la....jom layan resepinya dari HCT ni....

BAHAN-BAHAN DOH PIZZA SPECIAL :
  • 500 g tepung roti
  • 8 g  yeast kering
  • 1 biji telur (  -+65 gm )
  • 6 sb minyak zaitun
  • 1 sk  garam
  • 3 sb madu
  • 200 mls  air -+ ( kuantiti air adalah bergantung pada jenis tepung )
  • Sedikit tepung untuk ditabur jika uli dgn tangan & doh lembik

BAHAN TOPPING TUNA 
  • 4 tin kecil tuna dlm tin( plain )......disejatkan sedikit airnya
  • mayonis
  • Sos tomato secukupnya*
  • Sos cili secukupnya*
  • Sedikit serbuk lada hitam kasar
*Sos cili dan sos tomato dicampur bersama
*Ambil sedikit  @ 4 sb sos yg dicampur tadi , 3 sb mayonis, sedikit serbuk lada hitam.... gaul dgn tuna,tambah garam jika perlu
*kalau ada sos pizza, guna sos pizza & tak perlu letak sos cili dan sos tomato tu
    • Sedikit serbuk oregano
    • Keju mozarella halus / boleh juga letak mix cheese halus
    • Capsicum...didadu
    • 1 biji bawang besar... didadu/hiris/
    • 8 batang Crab stick....dipotong2
    • Sedikit buah zaitun jeruk 
CARA MEMBUATNYA :
Cara Uli Tangan :
  • Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas kecuali minyak zaitun ,gaul rata hingga bersatu. Tambah minyak zaitun dan air sikit demi sedikit.....terus menggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung jika doh lembik.. Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda. Langkah seterusnya ikut arahan * hingga habis
Guna bread maker ( BM )
  • Masukkan semua bahan untuk doh ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", buat hingga siap baru keluarkan.
  • * Panaskan oven pada suhu 190C, sediakan 3 dulang pizza berukuran saiz sederhana, sapu dengan sedikit mentega/alas dengan baking paper. Ketepikan. Keluarkan doh, bahagikan doh tadi kepada 3 bahagian sama besar. Ambil satu, tabur sedikit tepung dan canai bulat. Alihkan ke dalam dulang pizza / dulang pembakar, tekan2 dengan hujung jari hingga memenuhi dulang tadi ( jangan terlalu tebal ) atau boleh canai leper baru letak ke dlm dulang pizza dan baru tekan2 dgn jari.......biarkan kelilingnya sedikit tebal.
  • Ratakan sebahagian sos pizza/campuran sos tadi ke atasnya. Tabur sedikit keju mozarella
  • Susun bahan untuk pizza atasnya (bahagikan 3 bahagian) dimulai dengan tuna, keju mozzarella dan bahan2 lain.
  • Rehatkan selama 40 minit lagi supaya doh naik.
( ida rehatkan 15 minit dlm oven yg dipanaskan terlebih dahlu sbb cuaca agak sejuk kt sini supaya doh naik lagi baru bakar atau boleh rehatkan di depan pemanas udara.) 
  • Panaskan oven dan bakar lebih kurang 20 - 25 minit ( masa membakar adalah bergantung kpd ketebalan doh pizza yg dicanai )
  • Keluarkan dari oven dan hidangkan segera bersama sos kegemaran. Buat kaedah sama juga untuk yang selebihnya.
Note : Jika berada di negara 4 musim yang sekarang ni suhunya sejuk, kemungkinan doh lambat utk naik dan kembang. CARA utk cepatkan doh naik/kembang :

  1. JIKA ULI TANGAN Letak mangkuk doh yg ditutup dgn kain lembab berhampiran dgn heater / pemanas udara sebelum dicanai 
  2. Selepas dicanai letak doh juga berhampiran dgn pemanas udara. ATAU
  3. Panaskan oven seketika, tutup suis. Masukkan doh yg dicanai leper dan sudah diletak topping ke dalam oven yg panas tadi, biarkan seketika..insyaallah doh tu akan kembang/naik


Sorry!! yang dibakar bulat cuma tinggal banyak ni jer sempat berpossing......kt bawah nun ada yg 4 segi jer...

Yang ni bakar dalam loyang 4 segi.....

Friday, December 23, 2011

Fried Prawn with Fine Butter Eggs

Salam weekend buat semua.............nak masukkan n3 menu udang ni cepat2 sbb anak ida si kakak Sara dah menungu utk ambil tmpt di kerusi komputer ni...dh banyak kali dia tanya, belum lagi ke ummi...sabar yer kakak, jap lagi siap..
Udang ni ida combine dengan ' nasi minyak oren sunquick' sebenarnya.....belum ada n3 lagii..insyaallah kalau free2 ida masukkan n3.

Okessss...jom semak resepi aja lah.....

Sumber & resepi : Happy Cooking Time

Bahan-bahan

Bahan A ( fine butter eggs )
  • 3 biji telur kuning
  •  2 ulas bwg putih.......cincang halus
  • 1/4 sd teh serbuk lada putih
  • 1/4 sk serbuk pati ayam
  • 1 cawan butter
  • garam halus secukup rasa
  • 1 sd teh air lemon/air limau nipis
  • 4 sb minyak masak
  • 1/2  biji capsicum @ boleh letak 1 biji cili merah @ boleh tambah cili api.....hiris panjang halus
Bahan B ( udang )
  • 20 ekor udang saiz sedang
  • 1/2 cwn tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung beras
  • 2 ulas bwg putih....ditumbuk*
  • 1 /2 sd teh serbuk lada sulah*
  • 1/4 sd teh serbuk lada hitam *
  • Sedikit garam sahaja *
  • 1 sb mayonis *
Bahan hiasan :
  • 2 tangkai daun bawang....dihiris halus
CARA-CARA:
A:
  • Panaskan minyak & butter di dalam periuk kecil / kuali yg bawahnya dalam.
  • Dalam mangkuk, pukul telur kuning sikit ngan garfu
  • Tumis bwg putih hingga sedikit garing .
  • Tambahkan serbuk lada sulah, serbuk pati ayam...kacau 
  • Masukkn telur kuning, kacau cepat2 dgn whisker sehingga tekstur telur jd cam serbuk halus dan sedikit garing.
  • Sambil tu masukkan  bahan2 lain...kacau sebati sekejap.Perasakan garam secukup rasa. Padamkan api.
  • Sejatkan dgn penapis sehingga kering minyaknya....tekan2 sedikit dgn sudu supaya minyak senang tersejat.
B:
  • Udang dibuang kulit dan dibersihkan
  • Gaulkan udang bersama bahan bertanda *
  • Campurkan kedua2 tepung ke dalam pinggan
  • Ambil udang, golekkan keseluruhannya ke dalam tepung. Buat sehingga habis.
  • Panaskan sedikit minyak di dalam kuali leper ( boleh juga digoreng secara deep fried )
  • Aturkan semua udang dan goreng hingga masak...balikkan supaya masak kedua2 belah. Jangan goreng terlalu lama, nanti isi udang akan keras dan hilang kemanisan isinya.
  • Gaul udang dgn telur halus butter tadi dan hias dgn daun bawang.
  • Sedia dihidangkan dgn nasi berperisa atau nasi putih sahaja dan boleh juga dimakan bersama sos cili Thai / sos cili biasa.

Thursday, December 22, 2011

Kurma Ayam


Salam buat semua,  dekat atau jauh.......semoga kita mendapat lebih keberkatan dariNya pada hari Jumaat yang penuh barakhah ini. Nampaknya kat tempat ida hari ni langit nampak mendung sahaja, mendung yang tak beerti hujan. Suhu hari ni pun agak lebih sejuk berbanding semalam sekitar 5 C-6 C.......terpaksa la berbalut dgn sweater walaupun duduk kat dalam rumah...sambil ditemani pemanas udara. Anak2 nampak rileks jer........ummi dia yang tak tahan sejukkk. Hubby pagi2 dah keluar ke kampus walaupun hari ni Nihon cuti. Gambate untuk abang....Anak2 pun sume cuti....kakak & angah dah start cuti sekolah hari ni sampai awal bulan Januari. Minggu depan hanya nak kena uruskan 2 orang  anak yang masih sekolah tadika, sediakan bento/bekal, hantar dan ambil ke/dari sekolah....oppppss lupa!! nak kena uruskan abahnya jugaa...bento abah pun.
Rutin harian ida di japan agak berbeza sedikit daripada di M'sia. Bangun pagi2 perlu siapkan sarapan dan juga makanan tengahari untuk bento/bekal anak2 dan suami. Agak kena ligat sedikit pagi2 berperang di dapur.....dulu2 kat M'sia kalau hari bekerja banyak yang beli...heeee

Pot pet lebih la pulok.......okesss jom ler kita layan lauk kurma ayam sempoi ni. Ini adalah salah satu lauk kegemaran anak2 ida sebab kuah dia tak pedas. Memang selalu sangat buat, tukar2, ayam / daging...

Bahan-bahan
  • 1 kg ayam ( ida guna sume upper leg )
  • rempah tumis  4 sekawan #
 ( 2 btg pendek kulit kayu manis,2 bunga lawang, 4 buah pelaga & 3 kuntum bunag cengkih ) #
  • 1/2 inci halia...dihiris halus
  • 3 ulas bawang putih...hiris 
  • 1/4 labu bawang besar...hiris
' * ' bahan yg di kisar
  • 1 biji bawang besar *
  • 5 ulas bawang putih *
  • 2 inci halia *
Note : ida guna bawang besar sbb kt sini tak der bawang merah, so boleh ditukar kpd bawang merah jika mau.
  • 1 1/2 peket kecil / 5 sudu besar rempah kurma....bancuh dgn sedikit air panas
  • 2 biji kentang di belah 4
  • 200 mls santan pekat ( ida guna santan pekat dlm tin ) .......santan boleh dilebihkan ikut selera masing2
  • air secukupnya
  • Sedikit minyak masak untuk menumis
  • 2 asam keping
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1/4 sk kecil serbuk lada hitam....boleh dilebihkan
  • Optional...1/4 sk serbuk  cili dan 1 labu bawang besar dibelah 4

Cara-cara
  • panaskan minyak minyak masak dan tumis rempah 4 sekawan serta bahan hiris dahulu hingga sedikit garing dan masukkan pula bahan yg telah dikisar tadi sehingga naik bau dan garing
  • masukkan rempah kurma, sedikit garam, asam keping dan tumis sehingga kering dan masukkan sedikit air.( 1 cawan )...kacau ( boleh tambah sedikit serbuk cili & serbuk lada hitam jika suka )
  • masukkan ayam.....kacau /renihkan sebentar selama 10 minit
  • tambah kentang, santan, air ikut kepekatan kuah yang diinginkan
  • masukkan gula dan garam secukup rasa.....kacau dan masak hingga kentang empuk.
  • Akhir sekali boleh tambah bawang besar yg dibelah 4
  • tunggu sehingga kesemuanya siap dimasak dan bolehlah dihidangkan


Wednesday, December 21, 2011

Bihun Goreng Tomyam

Salam di hari Khamis buat semua.........quick n3 lagi, kalau boleh nak clearkan/kurangkan gambar2 yg ada walaupun mmg tak sempat habis. Jom layan bihun tomyam pulak.........emmmm, sedap kata hubby ida. Resepi korek2 kat dapur K'Nor SG...Mekasih byk2 utk K'Nor. Dah ramai yang buatkan.....ida baru first time cuba, dah lama nak buat takut tak mendapat sambutan...wahhh,..mmg ada rasa kelainan...sedap sgt!

Izinkan ida share kat sini pulak ye kak



Resepi : K'Nor SG pernah post kt 
myresepi
             atau boleh tgk kt blog dia  SINI

 

 p/s : bahan2  yg ida guna adalah mengikut apa yg ada kt dapur ida jer masa tu

Bahan-bahan ( 7 org makan )
  • 1 bungkus mihun - rendam, bila lembut, toskan
  • 300gm udang ( ida letak 20 ekor )
  • 200gm isi ayam ( ida letak daging )
  • 3 ulas bawang putih - diketuk
  • 5 ulas bawang merah - ida guna 1 labu beg besar (dikisar)
  • 2 batang serai - diketuk sedikit
  • 2 kiub perencah tomyam (maggi/knorr)....ida guna pes 3 sb
  • cili api - bagi yg mahukan lebih rasa pedas
  • 1 biji telur...ida tak letak
  • 3 helai daun limau purut - dicarik2kan
  • sayur kobis - di potong pjg (halus)
  • carrot - dipotong pjg (spt btg mancis)..tak letak
  • 2 biji tomato - dihiris nipis2....tak letak
  • 1 mangkuk air - jika ingin mi basah lebihkan sukatan air
  • daun saderi....tak letak
  • ida tambah sedikit sawi, fish roll, tauhu goreng & 1 sk serbuk pati ayam
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan serai hingga wangi. Masukkan ayam/daging dan kacau.
  • Masukkan pula bawang merah yg telah dikisar dan perencah tomyam. Goreng sehingga pecah minyak.
  • Masukkan udang dan gorenglah sekejap baru masukkan telur( ida tambah fish roll dan tauhu )
  • Masukkan air, garam dan gula secukup rasa. Untuk mendapatkan rasa yg lebih sedap bolehlah dibuat stok udang dengan merebus kepala dan kulit udang yg telah dibersihkan. Masak hingga mendidih dan masukkan sayur2an (kobis, carrot dan tomato yg telah dipotong) Masukkan juga daun limau purut yg telah dicarik2kan ( ida letak bihun dulu baru letak sayur kemudian )
  • Bila sayuran dah agak lembut, masukkan mihun tadi dan goreng hingga ramuan sebati dan mi menjadi lembut (Jika ingin mi yg basah lebihkan air/stok udang) ( kacau2 sebati / goreng seketika bihun baru ida tambah sayur )
  • Hidangkan ke dalam pinggan dan taburkan dengan daun saderi yg telah dihiris halus


Ikan Kukus Pedas Buah Zaitun

Ada lagi n3 malam ni sebelum masuk tidur.......edisi nak mengurangkan stok gambar dlm album. Meh kita layan menu sihat ni pulak. Menu sihat dan mudah. Kalau ada lebih2 sambal belacan tu....campak jer atas ikan ni sebelum kita steam kan dia. Sambal belacan tu lebih2 yang makan dengan laksa Johor ari tu...ida simpan dalam peti ais. Resepi sambal belacan dari Hana


Bahan-bahannya:
  • 1/2 ekor ikan ....ida masak 1/2 jer sbb  ikan ni besar & guna ikan saba
  • 1 1/2  inci halia....dihiris halus2 ( boleh dikurangkan )
  • 3 ulas bawang putih.....dihiris nipis
  • 1/2 labu kecil bawang besar....dihiris halus
  • Sedikit sambal belacan
  • Sedikit buah zaitun jeruk
  • 1 sb bawang goreng
  • 1/4 biji lemon...diperah air
  • 1 sd teh gula
  • Garam secukup rasa
  • Cili kecil/cili padi...jika suka,diketuk sikit@dipotong hujung tidak putus
  • Sedikit air
  • Capsicum...dipotong halus
  • Brokoli
Cara-cara:
  • Ikan dibersihkan, letak siap2 ikan di dalam mangkuk leper/apa2 bekas yg tahan panas.
  • Lumur ikan dgn sedikit garam
  • Taburkan bahan2 hiris, cili, buah zaitun jeruk, sayuran.
  • Ambil 1/4 cawan air, campur dgn sedikit garam/secukup rasa, gula & air lemon...kacau sebati
  • Curahkan campuran air tadi ke atas ikan. Perap sekejap/dlm 10 minit...sambil tu panaskan air dlm kukusan.
  • Sudukan sambal belacan ke atas ikan dan tabur bawang goreng.
  • Kukus ikan tadi sehingga masak/lebih kurang 30 minit. Sedap dimakan semasa panas2.
  • Jika nak panaskan semula, panaskan air dlm kukusan sekejap...dan kukus seketika.


TQVVM to all for visited here.... 
Tuan tanah terpaksa layan idung yg sok sek2 ni......adehh, selsema sejak dari semalam...badan seram sejuk jer rasa.....jangan la demam, kalau tak susah orang kat dalam umah ni nanti....

Cekodok Pisang / Jemput2 Pisang

Salam semua........quick n3, kuih yang simple tapi sangat digemari ramai terutama anak2 ida. Kalau buat kejap jer licin mangkuk tu....Semua dah pandai buat kan......ida saja nak tepek kt sini utk tambahkan koleksi kuih-muih dlm album HCT ni.

Gambar snap dah petang.......dah nak dekat Maghrib, malap jer la....Buat petang tadi utk kudapan anak2 balik sekolah....Selalu buat ikut sedap rasa jer...main agak2 jer adunannya....petang tadi rajin lak nak sukat2.
Resepi cekodok pisang
Bahan-bahan:
  • 8 biji pisang masak ranum saiz sederhana
  • 3 cawan tepung gandum -+( agak2 adunan tidak cair dan tidak keras )
  • 1 sk garam
  • Gula secukup rasa
  • 1 sk baking powder
  • Sedikit tambahan air jika perlu
  • Minyak untuk menggoreng
Cawan ida guna > 1 cawan : 200 mls
Cara membuatnya:
  • Di dalam mangkuk, lecek pisang hingga halus
  • Masukkan garam, gula ke dlmnya.......gaul
  • Masukkan tepung gandum sedikit-sedikit hingga habis ( jika adunan lembik boleh tambah tepung, jika adunan keras, tambah sedikit air )
  • Masukkan baking powder......kacau sebati
  • Jika perlu, tambah sedikit air..kacau lagi
  • Panaskan minyak di dlm kuali
  • Goreng cucur hingga habis
  • Untuk mendapatkan bentuk yang cantik, guna tangan , jemput sikit adunan dan goreng.Ulangi hingga habis.

Tuesday, December 20, 2011

Laksa Johor pun dah sampai Japan


Salam buat semua.......semoga semuanya sihat2 hendaknya..ida jer kurang sihat sikit.......selsema. Biasa la, bila suhu dah semakin sejuk ni......wabak selsema dan demam akan menyerang. Anak2 pun dah sok sek selsemamnya sebelum ida. Ok la, keadaan dan masa tak mengizinkan utk celoteh panjang2.


Malam ni, ida cuma nak share resepi laksa johor yang ida buat beberapa hari lepas. Pernah jugak buat dulu2 utk majlis makan2...lama sgt dah, tapi bahannya pakai campak2 jer..tak der sukat2 ikut bahan2 yang ida salin dari buku resepi kakak ida dulu,sukatan bahan tak der.....sampai ke japan ida bawak. Kali ni ida buat refer resepi.  Main resepi ida amik kat dapur K'Noreen, resepi asal dari Freeda, myr...... ida ada tokok tambah dan kurangkan sedikit beberapa bahan lain agar kurang pedas utk anak2 ida makan.  Apa2 pun ida ucapkan bebanyak2 terima kasih kpd yg menyumbang resepi yang enak ini.

Jom kita semak resepi.....


Bahan-bahan 
(1 paket spagetti ( ida guna 600 gm )

Bahan2 A:( Kisar )

  • 1kg ikan kembong atau ikan parang (optional)...ida beli isi ikan( 1 kg ) yg telah dikisar kasar
  • 100gm udang basah....buang kulit
  • 50gm udang kering - direndam sekejap
  • 20gm isi ikan kurau ( ikan masin )- dibakar sekejap..ida guna ikan talang 30 gm

Bahan2 B - ( kisar berasingan dgn bhn A )

  • 3 labu bawang besar ...ida guna saiz sederhana
  • 15 tangkai cili kering( ida kurangkan )
  • 2 ibu jari halia....dlm 2 inci
  • 2 ibu jari lengkuas.....dlm 2 inci
  • 2 ibu jari kunyit hidup....ida letak 1/2 sk serbuk kunyit jer
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 batang serai ....dihiris2
 Bahan lain

  • 2 keping asam keping ( ida letak 5 keping )
  • 1 kotak santan pekat/ lebih( ida letak 1 tin santan dlm tin-400mls)
  • 1 paket kerisik( ida letak 2 sb )
  •  1 paket kecil rempah kari ( ida letak 1 1/2 pkt )
  •  Garam dan gula secukup rasa ( ida letak gula merah 2 sb )
  Bahan ida tambah
  •  ida tambah 1 sb serbuk cili paprika utk naikkan warna*...paprika tak pedas
  • 1 sb serbuk jintan putih.*
  • 1 sb serbuk ketumbar*
  • Sedikit belacan..
  • 1 batang serai ..diketuk
Bahan2 sampingan:
  • 2 biji limau kasturi belah/lemon
  • timun - di racik halus
  • tauge - buang ekor
  • bawang besar - hiris bulat
  • lada merah/lada hijau - dihiris...ida tak letak
  • Daun kesum / daun selasih / daun pudina - diracik halus
  • sambal belacan....ida buat resepi Hana
  • Telur rebus...ida tambah
  • Daun salad ..dihiris halus...ida tambah
cara:
  • masak air di dalam periuk secukupnya sehingga mendidih
  • setelah itu masukkan 1 sudu besar minyak dan jugak spagetti ( ida tambah sedikit garam dlm air rebusan )
  • rebus sehingga spagetti lembut
  • angkat dan toskan. ketepikan
  • rebus ikan kembong, udang basah sehingga ikan masak
  • angkat dan toskan ( ida beli isi ikan yg siap dikisar kasar, so ida rebus sekejap dgn sedikit air, bila sejuk sedikit terus kisar bersama isi udang basah,udang kering, ikan masin )
  • jangan buang air rebusan ikan kerana akan digunakan untuk memasak kuah
  • buangkan tulang ikan
  • mesin isi ikan, udang basah, udang kering dan isi ikan kurau sehingga halus. ketepikan
  • panaskan minyak secukupnya di dalam kuali
  • masukkan serai ketuk dan bahan2 B yang telah dikisar ....tumis sehingga wangi dan sedikit garing
  • bila garing, masukkan rempah kari, serbuk rempah yang lain2 *  & tambah sedikit air dan kacau sebentar
  • kemudian masukkan bahan2 A yang telah dikisar
  • kacau rata
  • masukkan santan dan 2 mangkuk air rebusan ikan / jika guna isi ikan siap kisar tambah air biasa jer dlm 5 cawan
  • kacau sebati
  • akhir sekali masukkan asam keping, kerisik, gula, garam secukupnya serta belacan
  • kacaukan agar semua bahan sebati
  • renihkan dengan api sederhana panas sehingga kuah pekat lebih kurang 1 - 1 1/2 jam kerana lebih lama dimasak kuah akan bertahan lama tanpa perlu disimpan di dalam fridge dan lebih sedap.
  • cara menghidang: masukkan spagetti ke dalam mangkuk diikuti dengan timun, taugeh, bawang, limau, kuah dan sambal belacan serta telur rebus.

 Inilah dia sambal belacan yang ida buat resepi hana
fuhh!.....memang meletop sambal ni. Mekasih byk2 yer hana, di atas resepi sambal yg sedap ini.

 Apa2 laksa pun memang feberet kami sekeluarga........jadi ida terpaksa kurangkan sedikit kepedasan pada kuahnya supaya anak2 boleh makan. Kalau buat laksa, mesti nak ulang2 makan......kalau ada lagi esoknya, mesti nak makan lagi. Fuhhh!!...memang sedap laksa Johor ni. Di makan  pulak dengan sambal belacan hana tu....mabeless sangat! Terangkat!!!

TQVVM for visited here........ida tak berkesempatan nak terjah sana sini......mlm2 baru dapat update blog. 

Monday, December 19, 2011

Mix Pasta Salad with Chicken

Salam semua dari Japan.......kami kat sini tgh menahan kesejukan ni...gee..gee..gee Sib baik ada heater, kalau tidak rasa cam nak beku sejuknyer....ni belum peak time winter lagi. 
Ok la....n3 mlm ni menu simple2 aja........pernah buat sebelum ni, tak sangka mendapat sambutan hangat dari anak2 ida. Hubby ida kureng menda2 gini .....bagi ida sedap jer bila masuk mulut.


Ida buat style campur2 sikit........ida pernah tgk org jepun buat salad letak daun seaweed / nori ni dan potato chips. Jadi ida buat kombinasi kedua2 nya sekali. So ni kira dipanggil salad campuran la ye...omputih + org Jepun punya style. Ida toppingkan pulak dengan ayam goreng versi salut tepung....lagi terangkat. Kebetulan ada buat ayam goreng masa tu.....jadi ida tambah dlm salad ni. Pas tu ditambah lagi dengan kepingan potato chips sebagai toppingnya.  Emmmm......memang sedap!! Ada rasa kelainan pada pasta salad ni......Tak rugi jika ada penggemar salad yang ingin mencuba resepi campak2 dari ida ni.  Ida letak mayonis sikit jer ni...kalau suka lebih, boleh tambah k.


Resepi Mix Pasta Salad with Chicken

Resepi by ida@Happy Cooking Time
Bahan-bahan:
  • Ayam goreng versi salut tepung secukupnya...resepi boleh try SINI @ SANA
  • 200 gm mix pasta cth yg ada bentuk shell, fussili, wheel etc
  • Mayonis secukupnya......boleh letak lebih ikut citarasa masing2
  • 1/4 labu bawang besar.....cincang halus
  • 1/2  sk spice for salad atau boleh guna mix herb
  • Sedikit perahan air lemon/secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • 1/2 sk serbuk lada hitam kasar
  • 1 peket kecil potato chips
  • 1 keping daun nori/seaweed kering/ rumpai laut kering....dipotong kecil2
  • Sedikit daun salad...ida guna daun salad Jepun ( dipotong2 )
  • 1 sb minyak zaitun ( ida guna extra virgin olive oil )
  • Optional...1 sk madu
Cara membuatnya:
  • Rebus mix pasta hingga empuk, letak sedikit garam dan beberapa titis minyak zaitun ke dalam air rebusan. Toskan apabila sudah empuk.
  • Ayam goreng dipotong kecil2.
  • Di dalam mangkuk besar, gaulkan semua bahan kecuali ayam, potato chips, daun salad dan seaweed.
  • Pastikan secukup rasa sebelum dihidangkan ke dalam mangkuk lain
  • Cedok pasta yg digaul bersama bahan2 ke dalam mangkuk menghidang
  • Hias dengan daun salad, potato chips, ayam goreng dan daun nori/seaweed
  • Tabur sedikit lagi serbuk lada hitam kasar dan spice for salad. Sedia utk dinikmati.

Sesuai dijadikan salah satu pelengkap hidangan di meja makan utk tetamu yang datang berkunjung ke rumah anda......Bagus sebenarnya makan pasta ni...banyak kebaikan nutrisi yang terkandung dlm pasta sebenarnya, ia sesuai utk diet jika dimasak  dgn cara yg betul, kalau nak tahu lebih lanjut boleh terjah kt web National Pasta Association ni...banyak info kt situ....mekasih byk2 kpd web ni. Ida tak sempat nak buat translation Selamat membaca k! Nak titon dahh..good nite.