Rasanya masih belum terlambat utk ida ucapkan Salam Aidilfitri buat semua di sini.....maaf zahir & batin jika ada salah dan silap dari ida. Ida minta halalkan resepi2 yg pernah ida cuba dan telah menjadi darah daging kami sekeluarga...terima kasih banyak2, tanpa sumber2 tersebut, ida mungkin tidak akan bertapak di sini. Ida minta maaf banyak2 sbb lately ida tdk dpt meninggalkan komen di blog kwn2...masa amat terbatas sekali. Terima kasih byk2 di atas kunjungan.
Cinta hati saya....
Salam2 dulu di pagi raya...abah kasi duit raya tu. Seronok la anak2.
Hari raya pertama lepas, ida combine ngan kawan ida iaitu linda & aimi buat open house raya kecil-kecilan kt umah ida.
Ni la rumah kecil kami kt sini...
Tetamu dah mula datang
Menu dari ida laksa utara/laksa asam, soft cotton japanese cheesecake ( 1st time try, sedap sgt...lembut..resepi dari myresepi by alma..tqvvm ), agar2 bandung rintik coklat, pulut kuning, tapai pulut ( pestaim menerai, sib baik jadik..alhamdulillah) air koktel dan kuih2 raya ( 4 jenis ja buat, kerepek2 import dari M'sia )
Kawan ida linda masak nasi dagang serta kuncu2nya, rendang daging dan dadih manggo.
Kawan ida, aimi masak nasi hujan panas serta pelengkapnya, sate ayam, kuah kacang, lemang serta nasi impit.
ida rebus ketupat pulut segera jer
Tak ramai dah yang ada, tdk seperti tahun2 lepas....lagipun ramai jugak yg balik beraya kt M'sia dan ada juga yg dah back 4 good.
Kt bawah kiri tu, Japanese muslim.....cute2 anaknya. Mereka la tetamu akhir kami..dh kul 6 ptg lebih masa tu. Nak kena siap2 pulak sbb mlm nak serang umah kawan ida juga buat open house
Alhamdulillah......insyaallah, inilah aidilfitri terakhir kami sekeluarga kt sini.
Kukis kedua......baru ke-2. Adehh....liatnyer rasa nk buat kukis, sbb ia amik masa sikit.
Teringin sangat nak makan & nk buat tart nenas tapi mood 'M' pulak nk buat jemnya. Alhamdulillah, ada sorang kawan ida yg baik hati telah hulurkan sikit jem nenas dia yg di pos oleh maknya dari M'sia. Katanya tu jem beli kt kedai bakery. Alhamdulillah....terima kasih sgt2.
Ida modified sikit jem tu, sbb rasa dia masam sikit. Ida tambah 2 tin nenas dlm tin ( didadu & dikisar dgn food processor sikit )....tambah gula 5 sd bsr, & 3 kuntum bunga cengkih, kemudian masak bersama jem tadi hingga pekat....uihhhh dapat byk gak....bertambah satu kali ganda dari jem yg kawan ida bagi tu...alhamdulillah....maka terciptalah tart ini. Ada belen lagi sikit, boleh uat lg.
Mcm2 rupa bentuk kejadiaannya.....ada yg tak sekata guntingannya...huhuuu
Dah lama berangan nk uat tart bentuk ni.....pernah mkn masa kt M'sia dulu. Baru2 ni ternampak Rahel tayang tart jenis ni....hati melonjak2 utk mencuba bentuk ni. Mekasih byk2 rahel.....Amik masa sikit la uat tart bentuk ni, tapi tak per, benda sedap....amik masa sikit pun tak per la. Suka tgk bentuknya bila dh masak. Lagi pun ida tak der acuan tart gulung.
Kalau nak tengok cara mengunting bentuk tart ni, boleh terjah blog adik Rai@SweetVanilla.....tqvm yer dik.
Ada yg panggil tart bentuk buah jugak....
TAPI dohnya, ida buat dari doh tart nenas gebu K'ANIM.....mekasih byk2 yer kak, izinkan ida share resepi yer....dh lama juga nk menerai tart nenas kak anim ni. dengarnya tart k'anim ni mendapatnya pojaan ramai....memang!!..Sangat sedap & gebu....
Ida & asben mmg feberet gak ngan tart nenas ni ....kalau kena dgn citarasa, berketui2 kami makan.
Kesedapan tart nenas sebenarnya bergantung kpd dua2 ....dohnya serta jem nenasnya juga. Dua2 tu mesti kena sedap, baru best tart tu.
Akak tidak menggunakan air sejuk tapi setelah adunan menjadi doh letakkan sebentar di dalam peti ais.
Guna acuan seperti gambar di bawah.
Tekan adunan dan bentukkan tart mengikut kesesuaian anda.( ida buat tart gunting..boleh rujuk SINI/blog Rai kalau nk tgk cara bentuk )
Jika letak inti yang banyak maka dapatlah tat yang tebal.
Sapu dulu dgn kuning telur atasnya sebelum dibakar.
Bakar pada suhu 170C-180C selama 20-25 min...ida bakar 20 - 22 minit jer
Alhamdulillah, dapat gak hidang tart nenas raya nanti......teringat zaman bujang dulu2 kalau nk raya, tolong kakak uat tart nenas gulung, biskut sarang semut, biskut mazola, semperit bunga etc....tolong terap ja masa tu, uat doh tak pandai lagi..maklum la masih budak sekolah....tapi skrg budak sekolah pun dh pandai uat kukis kan.
psst...ida minta maaf banyak2 sbb tak sempat nk singgah blog kwn2....tqvvm!
Baru mula mengukiss.........kalau rajin, ada la hasil yg seterusnya.
Resepi kukis ni ida amik kt dapur kawan ida yg tinggal kt New Berlin, UK...tqvvm yer K'Baya. K'Baya ni sgt rajin & pandai memasak...mcm2, tapi dia bukan blogger. Kalau tgk pic open house raya dia...fuhhhh, boleh pengsan kalau ida yg boleh buat semua tu. Penuh satu meja, meja lain ada lagi......
Resepi kukis ni sgt simple & sgt sedap!......tak yah nk bentukkn cantik2 pon. Bagi ida yg penting rasanya.
Ida ni sebenarnya jenis tak suka & tak rajin membelek lama2 buat kukis ni. Kalau boleh nk buat resepi yg simple2 jer tapi biar sedap.
Chocolate Cornflakes Crunchy Sumber : K'baya@New Berlin,UK
Bahan2 :-
(A)
230 gram mentega
1/4 sudu teh garam halus
180 gram gula ( boleh letak 90g gula perang + 90g gula castor)
Assalamualaikum......bersua kembali kita pada hari ini di alam maya. Alhamdulillah, syukur...dh masuk 18 Ramadan hari ini umat Islam menjalani ibadah puasa.
Apasal la tuan rumah ni asyik tayang kek jaa...........sebenarnya ciskek ni tempahan dari Abg Nuri utk mkn2 saja katanya, kira lama juga dh dia & family menetap kt Nihon ni. 2 puterinya mmg cheesecake lover.....So, ida just buat simple deco ajalah but looked temptingkn! Jgn meleleh air liur dh la ye posa2 ni.he..he. Resepi asalnya ialah baked blueberry cheesecake, ida amik kt myresepi by Alongroz..tqvm yer along. Tapi ida olah kpd Orange Cheesecake, minta maaf sbb sudah durhaka ....ida berkenan dgn basic adunan dia sebenarnya, rasa melonjak2 utk mencuba....wahhh!! kejadiannya nmpk sungguh lembut w'pun hanya dpt dilihat pada luaran shj...Dalamannya hanya tuan yg menempah shj yg boleh bagi komen...Mungkin penggunaan tepung jagung agaknya...sebelum ni, ida guna tepung gandum jer.
Insyaallah..satu hari, ida nk bake utk buat mkn2 kt umah pulak.
Tekankan padat rata serbuk biskut ke dasar loyang loose base/spring form yang dialas dgn cooking sheet dan bakar selama 8 minit.
ADUNAN CHEESE
Terlebih dahulu, panaskan oven suhu 150 C selama 30 minit.
Pukul cream cheese bersama butter sehingga smooth
Masukkan tepung jagung, garam, dan jus lemon/jus pekat oren sunquick....pukul hingga pekat.
Masukkan pula telur dan essen vanilla...ida letak4 biji sekaligus, pukul sekejap dan sebati sahaja dengan menggunakan low speed
Tuangkan ke dlm loyang tadi yg disapu tepi dlmnya dgn sedikit butter.
Bakar secara water bath/steam bath dalam suhu 150 C selama lebih kurang 60 - 70 minit atau hingga masak iaitu loyang kek diletak ke dalam satu lagi loyang lebih besar yg diisi air panas.
Kalau boleh paras air separuh loyang kek, kalau tak dapat letak separuh air pun, pastikan loyang luar diletak air panas. PASTIKANbalut bawah loyang dgn aluminium foil supaya air tidak masuk.
Untuk elakkan permukaan kek gelap, pada saat2 akhir membakar atau lebih kurang 15 minit terakhir, tutup permukaan kek dengan aluminium foil.
ATAU letak rak besi ke dlm loyang/apa2 yg sesuai. Masukkan ke dalam oven, tuankan air panas ke dalam loyang tersebut. Kemudian letak loyang kek ke atas rak tadi. Bakar hingga masak.
Aapabila masak biarkan ia seketika dlm oven baru keluarkan
Biarkan sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang.
Lorekkan bahagian tepi kek dgn menggunakan pisau yg nipis sebelum kek dikeluarkan dari loyang
Hiaslah mengikut citarasa.....atau boleh juga buat cara ida
Simpan sejuk dahulu di dalam peti selama 4 jam/semalaman baru sedap dimakan
HIASAN Krim:
100 mls whipping cream
1 1/2 sb gula halus
1 sb jus pekat oren
cara:
Pukul semua bahan hingga kembang dan pekat
Glazing permukaan kek:
Sedikit jem aprikot
Bahan hiasan lain : Fresh cherry, chocolate & mandarin oren dlm tin
Ia sesuai juga dijadikan penghias meja makan anda di hari lebaran nanti.......rasanya ramai yg gemar mkn ciskek kan.
Assalamualaikum semua........minta maaf banyak2 dari Ida sbb sunyi sepi jer dapur ni.
Alhamdulillah, syukur...kita dh pun masuk 17 Ramadan hari ini. Kejap jer kan....
Rasanya dh ramai tgh sibuk buat kuih raya kt dapur....ida, biasa la, kalau rajin buat la, kalau tak mcm biasa la. Maklum la, raya kt perantauan.......kemeriahan tu tak sama. Mood raya pun tak sama hiiiii.....
Apasal la, posa2 ni ida dok tayang kek pulak......masing2 sibuk mengukis. Ida lak baru nk tayang gambar kek awal puasa hari tu. Kek ni yg ida bawa ke majlis berbuka puasa 1 Ramadan lepas. Baru sempat nk post.
Resepi kek blackforest ni ida amik kt my resepi oleh Sharm 1969. TQVM...katanya resepi ni dari blog Mawawandiha...tqvm di atas resepi yg simple dan sedap yer. Dah beberapa kali dh buat, cuma dulu tak berkesempatan nak letak resepi kt sini. Nak tgk dulu punya kt SINI atau ida juga ada buat versi mocha boleh tgk SANA
Kek Black Forest( saiz 9" ).....kalau nk kek lebih besar,boleh buat 1 1/2 aduanan atau double k
Bahan-bahan:
120 gm gula kastor......ida letak 150gm
100 gm tepung gandum * Sharm guna tepung naik sendiri ( kali ni ida tambah 1/4 sk baking powder, sebelum ni buat tak tambah pon ok )
20 gm serbuk koko......ida letak 30 gm*......* ida ayak bersama
4 biji telur
10 gm ovalette
20 gm air sejuk......ida letak susu segar
1 sk essen vanilla
20 mls minyak jagung...ida letak minyak sayuran / boleh cairkan butter @ marjerin
Bahan krim: ( yg ida buat )
400 mls whipping cream
6 - 7 sb gula halus / secukup rasa
Secubit garam..sikit jer
Cara-cara:( krim )
campurkan semua bahan krim dan pukul hingga kembang dan pekat ( jgn terlalu pekat )
Cara-cara ( membuat kek & hias )
Campurkan kesemua bahan kecuali minyak. Putar pada kelajuan tinggi selama 10-15 minit.
Perlahankan putaran, masukkan minyak.
Griskan loyang, masukkan adunan dan bakar selama 30-35 minit.
Sejukan kek, potong 2 lapisan.( ida potong 3 lapis )Sapu krim dan letakkan beri.( ida sapu krim, sapu sikit jem blueberry dan tabur coklat parut di setiap lapis ) Boleh tgk gambar kt bawah.
Letak lapisan akhir kek atas lapisan yang telah dikrim tadi dan sapu semua bahagian kek dengan krim.
Hiaslah mengikut citarasa kita.
Ida hias atasnya dgn jem blueberry yg dicampurkan sedikit dgn air panas + fresh blueberry. tepi atasnya dgn fresh sakuranbo/cherry jepun. Tepi kek lak, ida hias dgn parutan coklat masakan .....boleh gak guna chocolate rice.
Snap masa kt majlis berbuka hari tu..sorry ye gambar tak brp elok.
Pssst...tqvm kpd yg sudi terjah sini dan kpd new followers..
Alhamdulillah dah masuk hari ke - 3 kita menunaikan ibadah puasa.
Hari pertama iftar kami di majlis berbuka bersama delegasi UKM termasuk TNC nya juga yg datang berkunjung ke Fukuoka, menu nasi beriani bangladeshi, dessert kami pakat2 bawa.
Hari ke-2, iftar kami kt masjid yg dianjurkan oleh warga Indonesia di sini...alhamdulillah. Makan set nasi lauk ayam masak opor kalau tak silap ida.
Hari ke-3 ida & family berbuka di rumah sahaja dgn menu yang serba ringkas. Ini ajalah gambar yg sempat ida snap....tak sempat nak snap cantik bagai dah huhuu. Sebagai kenangan ida letak juga lah...
Menu iftar ke-3 :
Sup tulang gaya Chef Wan...sumber resepi amik kt dapur CMG tqvm yer mat
Potato Croquettes...nanti ida update resepi jika berkesempatan.
Kangkung goreng belacan bersama ikan bilis
Telur dadar berbawang kisar
Puding karamel tanpa telur/Eggless Caramel Pudding...pernah buat sebelum ni..resepi Along Roz...tqvm
Air bandung soda...emm nyaman sekali
Buah oren dan kurma semestinya ada
Sekian saja utk mlm ini........dah nak titon dh, esok nk kena bangun seawal 2.30 pagi utk prepare 4 sahur.....insyaallah
Selamat menjalani ibadah puasa yang akan bermulanya esok buat semua rakan2 blogger dan pengunjung yang dikasihi. Semoga Ramadan tahun ini kita akan mendapat lebih keberkatan dan manfaatnya dariNya. Semoga tahun ini juga kita akan diberi lebih kekuatan untuk menjalani ibadah puasa selama sebulan terutamanya yang merantau macam ida ni.....tempoh jam berpuasa lebih kurang -+ 16 jam sehari lebih2 lagi sekarang kat Jepun tengah musim panas. Masuk waktu Subuh hari pertama puasa kt tmpt ida ialah 3.45 pagi, jadi nak kena bersahur dlm dekat2 kul 3 pagi.....yg tukang masak ni pulak nak kena bangun lebih awal dari itu....Insyaallah kami akan tunaikannya dgn sempurna. Semoga anak2 ida juga boleh bertahan menghabiskan puasa sehari2 mereka....Sama2 lah kita manfaatkan dengan sepenuhnya di bulan yang penuh barokah ini.
SEIRING TERBENAM MENTARI DI AKHIR SYA’BAN,
TIBALAH KINI BULAN RAMADHAN,
PESAN INI SEBAGAI GANTI JABAT TANGAN UNTUK MOHONKAN MAAF DAN KEKHILAFAN.MARHABAN YA RAMADHAN..... Kebaikan Ramadhan usah disiakan.. Mari sucikan hati, pikiran, dan lisan kita Sambut Ramadhan dengan penuh suka cita. Ida pohon jutaan kemaafan krn buat masa skrg ida tak dpt nak tinggalkan komen pada blog kawan2 di atas faktor masa yang tidak mengizinkan......24 jam rasanya dah tak cukup.
Sumber : Sini
Menu ida buat yang masih fresh lagi ni......nak kena update segera sbb atas permintaan .....kaum lelaki nakkn resepi, sbb mereka akan masak nasi ni pada M'sian grand iftar kt masjid. Ida hanya letak resepi utk 6 pot/cawan beras aja yer.
Sebenarnya ia merupakan menu utama yg menjadi pilihan kami untuk Malaysian Grand Iftar di Fukuoka Masjid pada 29 hb Julai nanti. 29hb merupakan turn kami menyediakan menu utk majlis berbuka pada hari tersebut. Sasarannya lebih kurang utk 400 org. Jadi kami 16 keluarga + adik2 bujang akan bekerjasama menjayakan program tersebut. Semua tugas telah dibahagi2 kan. Cuma pada tahun ni, kaum lelaki me'offerkan diri utk masak nasinya, sediakn acar mentah serta adik2 bujang lak akan rebus telur sebagai penambah pelengkap set nasi ni
Risau jugak ni, banyak nasi yg nak kena masak sebenarnya.... lebih kurang 30kg++. dalam pukul 2/3 ptg at least sumer dh dihantar ke masjid utk packing. Malam tadi ida ada buat tutorial utk en.asben masak nasi ni, nak kena guide dia sbb dia AJK bahagian makanan huhuu.....kita doakan semoga mereka berjaya memasaknya pada hari t'sebut.
Perancangan mengenai menu, apa bahan2 & kuantiti bahan2 ida dh buat draf beberapa hari lepas sambil dibantu juga oleh kawan2. Kuantiti bahan2 juga saya basekan kpd jumlah yg kami buat pada tahun lepas cuma ada lebihkan sedikit. Ida cuba bantu setakat yg terdaya bagi menjayakan program tersebut.Lagipun inilah iftar terakhir ida di Japan......awal tahun depan dh nak balik M'sia.
Jenis dan kuantiti beberapa bahan asas secara kasar:( Sbg panduan kpd yg memerlukan pada tahun2 yg akan datang/lain2 event )
Jumlah Sasaran : 400 orang
Ayam boneless 60 kg
Beras siam 30 kg ++ ( dah order 40 kg )... cth tu ida masak guna beras basmathi sbb tak der stok beras siam masa tu
Telur rebus 400 biji
2 jenis kuih 400 ketul setiap satu ...buat masa ni kuih bakar & agar2
Bahan acar mentah.....akan diupdate dan ida ada gak refer kt blog E-na..tqvm yer e-na
Lain2 akan diupdate later
Yang ida masak ni guna beras basmathi yer sbb tak der stok beras siam....dlm resepi ida letak resepi beras siam senang utk rujukan kaum lelaki group kami nak masak. Kalau beras basmathi, kena rendam dahulu dlm 1/2 jam....ida letak air 7 1/4 cawan jer.
Bahan-bahan: ( Ida doublekan dari resepi asal & ida tak letak susu sbb takut cepat basi masa berbuka nanti...ada bahan yg ida lebihkan dan ada kurangkan)..utk resepi asal boleh klik link atas yer
6 cawan beras Siam ( ida letak resepi beras siam ssb senang utk rujukan kaum lelaki group kami nak masak )
7 1/2 cawan air ( letak 8 cwn pon ok lagi lembut )
2 sudu kecil garam
sedikit pewarna kuning telur
2 helai daun pandan -disimpul...(jika ada)
Bahan utk menumis:
2 sudu besar minyak sapi
4 sudu besar majerin
Tambah 1/4 - 1/2 cawan minyak masak sbb beras siam agak kering sikit
6 kuntum bunga cengkih
6 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis X 2 btg
1 inci halia ]...mayang /hiris halus
1 labu bawang besar / 6 ulas bawang merah] dihiris nipis
4 ulas bawang putih]....dihiris nipis ...ida lebihkan dari resepi asal
Cara membuat: Ida ada edit sikit ikut kesesuaian
Beras dicuci kemudian ditoskan / buang airnya
Panaskan minyak masak, minyak sapi dan majerin dlm kuali. Masukkan bahan tumis
Goreng hingga naik bau/kekuningan dan tambah garam...kacau
Tuangkan ke dlm periuk yg ada beras tadi, + daun pandan
Masukkan air....kacau sekata
Tanak/masak hingga kering, pada 15 minit terakhir, tompok2kan pewarna kuning. Biarkan hingga nasi masak.
Kemudian baru gemburkan nasi guna garpu.
Boleh tabur bawang goreng ke atas nasi semasa menghidang.
Sedia dihidangkan bersama pelengkapnya.
Untuk ayam masak hitam tomato,ida pernah buat dulu kt SINI, digandingkan dgn nasi tomato berempah, TAPI kali ni ida ada tambah sedikit serbuk kari daging, serbuk kurma dan sos tiram.....supaya rasanya lagi ummpp!!..sesetgh bahan2 ada ida tambah kuantitinya juga dari yg buat sebelum ni.
AYAM MASAK HITAM TOMATO II
by : Ida @ Happy Cooking time
Bahan-bahan :
1.5 kg ayam
3 labu bawang besar*
4 ulas bawang putih*
2 inci halia *
1 batang serai *
1/2 inci lengkuas *
1 1/2 sd besar cili kering kisar @ serbuk cili......boleh kurangkan jika takut pedas
1/2 sk serbuk lada hitam...boleh dilebihkan
1 1/2 cawan tomato puree ( kalau nk letak 1 cwn pun dah cukup rasanya ) + 1/4 cwn sos tomato
1/2 cawan kicap pekat hitam....boleh dilebihkan ikut kehitaman yg dikehendaki
1/4 cawan sos tiram
1 1/2 sd bsr serbuk jintan putih ( cumin )
1/2 sd besar serbuk jintan manis
1/2 sd besar serbuk ketumbar
1 sd besar serbuk kari daging
1 sd besar serbuk kurma
2 btg serai...diketuk
Air yg mencukupi sebagai kuah....kali ni ida buat berkuah sikit.
Garam dan gula secukup rasa
1 labu bwg besar....dihiris bulat nipis
6 helai daun limau purut...potong2
Optional...tomato segar( dibelah 4 )
* Kisar/blend bahan yg bertanda *
Bahan menumis :
2 btg kecil kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
1/2 inci halia...dihiris halus
3 ulas bawang putih...dihiris nipis
1/2 labu bawang besar...dihiris nipis kecil
CARA:
Bersihkan ayam dan potong saiz yg sesuai.
Gaul garam kunyit dan goreng sehingga masak dgn api sederhana.....jgn terlalu garing
Panaskan minyak secukupnya di dalam periuk/kuali, tumis bhn menumis sehingga naik bau dan sedikit garing.
Masukkan bahan2 kisar, tumis sehingga masak, masukkan cili dan rempah2, tumis lagi sehingga masak...tambah sikit air jika nmpk agak kering.
Quick n3 'Carrot Walnut Cake'.....actually ida buat kek ni utk program family day group kami kt sini tapi program terpaksa dibatalkan dia atas faktor cuaca. Tapi acara yg tidak rasmi BBQ diadakan juga pada hari tersebut memandangkan hari nmpk cerah....tapi tak melibatkan semua family la.
Kek yg slice tu, ida bakar sikit dlm acuan kecik......sbg cth, sbb yg tu konon2 nya utk program family day
Sumber resepi dari dapur ibundo.......tqvvm kak....sedappp cuma tekstur kek yg ida buat tak brp gebu.
1 tsp baking powder ( lain kali ida nk tambah sedikit soda bikarbonat )
1/2 tsp cinnamon powder
Bahan D
150 gm kacang walnut , dipanggang sekejap dan di cincang kasar
150 gm pineapple cubes - di dadu kecil
350 gm carrot diparut dan diperah airnya
100 gm chocolate chips....ida letak prune cincang
Untuk cream ( ida buat cream dari resepi kek tiramisu tapi resepi yg bwh ni rasanya lebih sesuai utk musim panas )
250 gm cream cheese
100 gm butter
80 gm gula icing
Cara:
Pukul A sehingga creamy. Perlahan-lahan masukkan B. Fold in C dan masukkan D. Gaul rata.
Masukkan adunan ke dalam dulang empat segi bersaiz 9 inci atau 10 inci kali 7 inci. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suku 175 deg C selama satu jam. Bila masak, sejukkan.
Untuk cream.
Pukul semua bahan sehingga kembang dan ringan. Sapukan di atas kek apabila kek sudah sejuk.
Just for fun, meet some time over there, want to find friends blogger, want to learn a little knowledge of cooking and baking, like to try any recipes, to prepare & serve for my lovely family,,share what is affordable....thank you very much to anyone willing to share whatever ideas of cooking...I am still learning
Welcome
A capture it here is not to proud self.....just enough for my future reference and as a remembrance. If there is anyone who willing to come here...I am glad to see you, even if you are a silent reader also, I WELCOME ALL.....
SEGALA GAMBAR-GAMBAR DI SINI ADALAH HAK MUTLAK TUAN RUMAH HAPPY COOKING TIME
ANDA DI LARANG KERAS MENGAMBIL@COPYPASTE GAMBAR-GAMBAR YANG ADA DI SINI...minta izin dulu k.
I'm here now in Fukuoka,Japan.....visit here a while, had started life with a little different from before...a fully house wife here...
A mother of 4 kids. Here, a bit of time over there...I tried to learn more cooking ideas...Never give up, if I did not do well....I'll keep trying and trying..
HAPPY COOKING TIME FOR ME NOW...