My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Tuesday, November 22, 2011

Selitan Kenangan Di Lamar Majalah Jelita...


Salam buat semua kawan2 yang ida kenal dan tidak kenal di alam maya ini.....semoga hari Rabu ini menjanjikan sesuatu yang indah dan semoga setiap apa yang kita lakukan mendapat keberkatan dan dipermudahkan oleh yang maha Esa.

N3 ida hari ini cuma cerita yang dah lama.........baru ida berpeluang utk kongsi di sini.Ida abadikan di sini juga sebagai coretan kenangan pada ida dan blog Happy Cooking Time. Ida abadikan segala gambar2 menu dari blog ida yang keluar dlm ruangan 'Sajian Majalah Jelita Oktober, 2011' yang lepas. Dan juga satu hadiah dan penghargaan yang besar buat Happy Cooking Time juga. Apalah yang ada sangat dengan blog ida ni, masih tak ke mana, masih setahun jagung lebih, tidak la glamour seperti blog2 masakan yang lain pun. 
Jutaan terima kasih ida ucapkan kepada semua pengunjung yang sudi ke sini sama ada secara nampak atau secara silent reader dan tak lupa juga kepada semua followers.....domo arigatougozaimasu. Kepada yang tak sudi datang ida tak kisah semua tu, walaupun ida ada beberapa kali visit tapi dia tak der visit langsung w/pun kita pernah berselisih jalan masa nak balik dari ronda2.Itu pun ida tak kisah, may be ida ni peminatnya yang paling bawah sekali dari yang lain2 tu.....biarla sume tu.  Kadang2  ida pun tak dapat nak visit semua blog kawan2 yang ada.Faktor masa yang tidak mengizinkan juga. Ida minta maaf banyak-banyak jika ada blog kawan2 yang ida tak terkunjung balas......mungkin ida terlupa/ tak perasan. Sila ingatkan ida k....Follower pun masih tak seberapa, namun ida tak pentingkan sumer tu, sebab bukan itu tujuan ida berblogging. Berblogging hanya sekadar suka2 jer, ida abadikan sesetengah masakan ida di sini hanya sebagai memorie dan utk rujukan ida pada masa akan datang...disamping itu juga , ida boleh share sekadar yang termampu. Jika ada yang kekurangan apa yang ida share kat sini, ida minta maaf banyak2 sebab bila ida masak, kadang2 tu ida terlupa nak catit sukatan bahan dan main campak2 jer. Sesetengah menu masih ada lagi yang tak sempat nak update kat sini.Ye la, bila dah balik M'sia nanti, entah sempat entah tidak untuk berblogging semula. Sesetengah lagi masih ada yang tak sempat nak update kat sini.

Perantauan ida di Japan bermula pada akhir tahun 2009, beberapa bulan selepas itu bermula wujudnya blog HCT ni atas cadangan suami tercinta sendiri agar hasil air tangan ida ni diabadikan dalam blog sendiri sebagai kenangan dan secara tidak langsung boleh dikongsi bersama. Dialah orang yang mula2 membantu ida mewujudkan HCT, dialah pengkritik utama dari segi rasa menu yang ida masak, dari segi persembahan dan dari segi gambar2 yang ida ambil dan sehingga sekarang dialah yang membantu ida jika ada sebarang masalah dalam berblogging.
Terima kasih banyak2 bang......jasamu tetap ku kenang selama-lamanya


Ida copypaste email yang ida terima dari writer majalah Jelita pada 15 Ogos, 2011...

Kebenaran menyiarkan resipi dan gambar daripada blog.


Salam perkenalan.


Semoga puan sekeluarga sihat hendaknya dan selamat menjalani ibadah puasa.


Terlebih dahulu saya perkenalkan diri, nama saya Anis Mastura Remli penulis daripada Majalah Jelita. Begini, saya ingin meminta kebenaran puan untuk menyiarkan resipi pencuci mulut beserta gambar (bersaiz besar) menerusi blog puan, idaddapur.blogspot.com


Justeru, saya berharap mendapat kebenaran dan kerjasama daripada puan sekali gus dapatlah disiarkan dalam Majalah Jelita edisi Oktober 2011.


Sekian, terima kasih.


--
s Mastura Remli


Writer JELITA
Berita Publishing Sdn Bhd
No. 16-20, Jalan 4/109E
Desa Business Park
Taman Desa
Off Jalan Klang Lama
58100 Kuala Lumpur

cnp email seterusnya dari writer majalah pada 18 Ogos, 2011

Re: Kebenaran menyiarkan resipi dan gambar daripada blog.


Salam...oh terima kasih Ida.


Begini, Anis sudah pun memilih 7 jenis resipi daripada blog Ida (hehehe walaupun belum tahu tuan tanah blog nak bagi kebenaran atau belum ketika itu). Resipinya Anis boleh ambil daripada blog Ida, cuma gambar kami perlukan yang bersaiz besar. Mungkin Ida boleh email 2000pixel (300dpi). Ini untuk elakkan gambar pecah dan blur. Jadi, kerjasama daripada Ida, sangat diharapkan. Jelita juga akan kredit nama blog Ida pada page sajian itu. Cadangnya mahu gunakan untuk isu Oktober 2011. Kalau ada apa-apa, Ida boleh email saya ye. Terima kasih banyak-banyak.


1. Yogurt Fruity Bread Pudding
2. Cheesy Epal Blueberry Jelly
3. Fruits Custard Tart
4. Kek Kastard Pandan
5. Blueberry Buckle
6. Puding Tembikai
7. Three Layer Cheesecake

Dari ketujuh-tujuh resepi, ada juga resepi ida sendiri


Pesanan ida kepada penulis majalah Jelita, .....ida ucapkan berbanyak2 terima kasih di atas kesudiaan menyunting menu2 dari blog HCT yang tidak seberapa ini dan telah dimuatkan di dalam ruangan 'Sajian Majalah Jelita Oktober, 2011'. Terima kasih daun keladi he..he


Pesanan ida kepada semua penyumbang resepi........mekasih yang tidak terhingga dan tidak terbalas oleh ida...ida hanya mampu ucapkan terima kasih sahaja



Terdapat 7 resepi yang dipilih oleh penulis majalah. Pada muka surat pertama, terdapat kesilapan teknikal sedikit kat situ...gambar lain, resepi lain. Kata penulis, ini adalah kesilapan dari pihak grafik.

Kat sini juga ada kesilapan teknikal berlaku 'Blueberry Buckle' tu, gambarnya dok kat depan tadi...
Semoga berjumpa lagi di lain siaran....mungkin next week sebab selepas hari ini, ida agak sibuk sekali....ada hal sikit. Salam sayang dari ida...mmmuahhhh!!!

Monday, November 21, 2011

Asam Pedas Ikan Pari bersama rebung Jepun

Selamat Pagi buat semua....semoga ceria2 selalu di pagi Selasa ini.......cuaca kat Japan dah mula sejukk..... Dok dalam rumah ok lagi....kalau kat luar tu, kalau boleh, nak balut muka ni sekali sbb sejuk sgt sampai pedih rasa muka ni.Hahhhh...ni belum  betul2 winter, kalau betul2 winter nanti...adoii..rasa cam nak duduk depan heater jer la. 
Hari ni ida tak der kelas nihongo/kelas bahasa jepun...tapi banyak kerja sedang menunggu, cam tak habis2 jer kan house work ni. Sebelum ni kelas nihongo ida J2 belah pagi....balik kelas cam byk sikit masa, tapi bila dah tukar kelas J3, time nya start tghhari habis kul 3 ptg, kalau sensei lajak tu, ada la kul 3 lebih2...balik umah di dongx2 dah nak pergi amik anak kat sekolah..haiii cam pendek jer rasa masa yg ada. Pukul 5 ptg dah nak gelap tanah.
Belajar nihonggo pun masih tak reti2, tak pandai2 lagi cam mana ni??? Nak study lebih2 malas lak yg banyak huhuhuuuuuu. Lagipun bahasa Jepun ni complicated sikit. Anak2 ida sumer dah berabuk cakap...kat rumah sama2 diaorang pun cakap jepun. Budak2 cepat jer belajar....tak mcm kita ni haa.
Okasan( ibu )  ngan otosan ( bapa ) jer lum pandai2 lagi ni. Ada satu situasi tu, tanya anak ida, apa org Jepun tu cakap.  Anak ida cakap tak tau nak cakap dlm bahasa M'sia...Diaorang faham, kekadang dia orang tak tahu nak descripe dlm bhs melayu kita. Orang tua2 Jepun kat sini ni peramah...kalau boleh diaorang nak sembang jer dgn kita. Kadang2 diaorang cakap juga ngan ida, tapi ida hanguk2 jer la....buat2 paham he..he. Kekadang walaupun kita faham sikit2..nak cakap balik pulak tak reti. Susahkan.....kat sini sungguh susah nak cari org jepun yg pandai cakap English. Ada pun sikit sangat.
Jom layan ikan pari masak asam pedas ni...selalunya ida letak bendi, kali ni ida letak rebung ...emmmm, sedap jugak rupanya. 
Layan gambar jer la sbb dah lama habiss. Ikan pari hasil pancingan mrk di tepi laut hari tu....ida masak asam pedas juga. Sebelum ni ida ada publish ikan pari  bakar tomyam ringkas. Lepas ni dah tak der lagi dah tayangan ikan pari ye.


Asam Pedas Ikan Pari bersama rebung Jepun by ida @ Happy Cooking Time

Bahan-bahan:
  • 300 gm ikan pari yg dipotong / lebih kurang 6 ketul kecil
  • 1 labu bawang besar *
  • 4 ulas  bawang putih *
  • 1 inci halia*
  • 4 hiris nipis lengkuas*
  • 3 sb cili kering kisar atau lebih
  • Belacan sebesar ibu jari x 2 ketul*
  • 2 batang serai...diketuk
  • 1 1/2 sb gula
  • 1 sb serbuk kari
  • 1 sk halba campur
  • 1/2 sk serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa
  • 4 asam keping atau secukup rasa
  • 1/2 biji rebung Jepun....dihiris nipis
  • Beberapa tangkai daun kesum
  • 10 biji cili api
  • Bunga kantan jika ada...ida tak der
Cara-cara:
  • Kisar bahan bertanda *
  • Panaskan sedikit minyak di dalam periuk
  • Tumis halba campur dan bahan kisar hingga naik bau dan sedikit garing
  • Masukkan cili kering kisar, serbuk kari + serbuk kunyit, sedikit garam, gula, asam keping, serai dan tambah 1/2 cawan air.... tumis hingga masak.
  • Tambah 3 - 4 cawan air / 600 - 800 mls air dan rebung....didihkan hingga sedikit pekat
  • Masukkan pula ikan, daun kesum dan cili api......didihkan hingga ikan masak
  • Perasakan cukup garam, rasa masam manis dan tutup api)
p/s buat E-na....pokok kesum tu masih memberi jasa, walaupun dah tak rimbun cam dulu TQVM ye
Masak asam pedas ni, kuahnya lagi pekat lagi best kan......nak2 kalau ada lagi balance esoknya. Itu yang paling sedap dimakan...

Ikan Pari Bakar Tomyam ringkas.......

Salam buat semua.......ikan pari hasil pancingan mrk di tepi laut hari tu, ada lagi balance buat bakar tomyam ringkas ni pulak...selain dibakar tomyam ringkas, ikan pari ni ida ada masak asam pedas jugak...lain siaran la ye


Resepi Ikan Pari Bakar Tomyam ringkas

Bahan-bahan:

  • 5 potong kecil ikan pari
  • 1 sb pes tomyam... boleh kurangkan atau lebihkan
  • Sedikit garam sebagai tambahan 
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Extra virgin olive oil ( minyak zaitun extra virgin ) / minyak masak biasa
Cara-cara:
  • Ikan pari dibersihkan
  • Gaul ikan pari bersama pes tomyam, serbuk kunyit dan sedikit garam sebagai tambahan
  • Perap seketika dalam 10 minit.
  • Panaskan sedikit minyak zaitun di dlm kuali leper ( beberapa titis jer )
  • Aturkan ikan pari dan bakar sehingga masak ke dua-dua belah.
  • ATAU boleh bakar di dalam oven / dgn dapur gas, atau juga dgn menggunakan bara api


p/s....mekasih byk2 kpd teman2 di atas komen2 pada n3 yg lepas....mmuahhhhh!!!

Friday, November 18, 2011

Ikan Pari Segar Bakar hasil pancingan di tepi laut....

Happy weekend buat semua!!! Ikan pari ni adalah hasil pancingan kawan hubby, Jai last week, Jumaat malam. Jai ni memang kaki pancing....hubby ida bukan kaki pancing pun. Malam tu, kebetulan Jai ajak hubby pegi mancing sama2....ni baru first time hubby ida ikut. Semasa hubby nak keluar rumah, ida pesan kat dia....'bawa balik ikan tau' tak sangka ada rezeki mereka pada malam tu.
Gambar ni hubby ida amik pakai h/p jer....kelabu jer la. Ikan pari yang telah dikeluarkan dari mata pancing hasil pancingan kawan suami ( Jai ) pada mlm tersebut.....
Rezeki mereka pada malam itu, rezeki kami juga...alhamdulillah, dapatlah merasa ikan pari segar yang enak ini. lagipun kat tempat ida duduk ni, susah nak jumpa ikan pari kat kedai. Besar tak besar, tengok!!! lebih besar dari periuk nasi bersaiz sedang ida ni. Sekor ni, diaorang potong dua, amik sorang sebelah....masa hubby dan Jai bawa balik ikan pari ni, masa tu dah lewat malam..ida dah tidur. Dia orang dok godek2 sendiri la kat dapur.
Esokya, hubby ida tolong potongkan kecik2....banyak ni la dapat sebelah ikan yang di bahagi dua..
Ida bakar pakai electric pan jer.......wahhh, harum semerbak baunya! Ikan tu ida lumur dengan sedikit bawang putih, halia ( kisar ), lada sulah, lada hitam, air lemon dan sedikit shj garam sbb nanti nak cicah 'BUDU'. Masa nak bakar, ida titiskan sedikit minyak zaitun pada electric pan ni.Saper suka makan budu???
Isinya sangat lembut, berbeza dengan isi ikan pari yg ida pernah mkn kat M'sia..mungkin ikan ni masih fresh kut. Bakar sekejap, dah masak.....berselera sungguh kami makan nasi hari tu....anak 2 ida ratah cam tu jer sebaik sahaja masak kecuali anak boy ida, Aqil mmg tak makan ikan. Ada lagi menu utk ikan pari ni..tunggu yer utk episod yg seterusnya...

Thursday, November 17, 2011

Peanut Roll

Selamat pagi semua......ni la dia peanut roll dari doh roti yang sama yang ida buat 'Curry Tuna Roll ' dalam n3 semalam. Doh tu ida buat dua jenis roti la maknanyer. Buat banyak2 sekali harung.....puas hati makan.
Ida cnp jer la resepi n3 semalam........

Resepi peanut roll by ida@Happy Cooking Time

Bahan-bahan doh roti : ( 1/2 adunan ni ida buat peanut roll, 1/2 lagi ida buat  Curry Tuna Roll  boleh tgk n3 semalam.)
  • 750 gm tepung roti
  • 330 mls air suam -/+ ( sukatan air adalah bergantung pada jenis tepung ye )
  • 90 gm telur atau lebih kurang 11/2 biji telur saiz besar....pukul sedikit dgn garfu
  • 11/2 sk garam
  • 60 gm gula
  • 25 gm marjerin ....ida guna soft marjerin jer ni
  • 25 gm vegetables shortening 
  • 25 gm minyak zaitun/olive oil
  • 11 gm yis kering
  • 2 sb susu tepung
Bahan sampingan:
  • Kacang tanah yg siap digoreng secukupnya.....ida beli yg sedia utk di makan tanpa kulit ( dikisar halus )
  • Peanut cream......boleh tgk cth dlm gambar kt bawah @ kalau tak der, boleh tukar kpd butter/marjerin
  • Gula halus secukupnya
Ia boleh didapati di pasaraya AEON  ( Jusco dan Max Value )...sapu dgn roti keping pun sedap. Satu lagi chocolate cream jenama ni, pun sedap!!

Cara membuatnya:
Kaedah 1: Uli menggunakan bread maker/BM

  1. Masukkan semua bahan ke dalam acuan bread maker....kalau boleh jarakkan garam dengan yis. Pilih menu dan tekan start.
  2. Biarkan doh di dalam BM hingga siap diuli dan cukup masa.
  3. Setelah siap, keluarkan doh, tumbuk2 untuk keluarkan angin.
  4. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian secukupnya ( doh ni boleh buat 2 jenis roti atau lebih, ikut citarasa masing2) dan rehatkan seketika..lebih kurang 8 minit.
  5. Ambil satu bahagian, letak di atas papan pencanai....canai leper bentuk 4 segi panjang setebal lebih kurang 1/2 inci.
  6. Sapu permukaan doh yang dicanai dengan sedikit peanut cream.
  7. Kemudian tabur pula rata dgn kacang tanah kisar. Tabur gula secukupnya ( gula letak lebih sikit pun tak per supaya manis roti lebih terasa )
  8. Gulung kemas2
  9. Gunakan pisau yang tajam, potong bulat2 lebih kurang setebal 1 inci hingga habis... boleh rujuk gambar paling bawah
  10. Ulangi sehingga habis.
  11. Tabur sedikit gula lagi ke atas roti sebelum dibakar.
  12. Rehatkan semula dalam 30 - 45minit supaya ia naik sekali ganda lagi.
  13. Sementara tu panaskan oven dlm suhu 180 C
  14. Susun roti di atas dulang pembakar secara jarak2 atau boleh juga di rapatkan sedikit.
  15. Bakar roti dlm suhu 180 C selama 16 - 18 minit atau permukaan roti nmpk sedikit perang.
  16. Sejukkan roti dan simpan di dalam bekas bertutup untuk mengekalkan kelembutannya.
Kaedah 2 : Uli tangan
  • Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar. Uli hingga tidak melekat di tangan, licin dan lembut
  • Perap doh selama 1 jam supaya doh naik 2x ganda. Tutup mangkuk tadi dengan plastic wrap.
  • Selepas 1 jam, tumbuk2 doh utk keluarkan angin.
  • Ikut step no. 4 dan step seterusnya 

Note : Jika berada di negara 4 musim yang sekarang ni suhunya sejuk, kemungkinan doh lambat utk naik dan kembang. CARA utk cepatkan doh naik/kembang :
  1. Letak bekas doh depan heater, jika uli tangan,....jika uli pakai BM, suhu BM akan membantu naikkan doh tersebut
  2. Letak roti yg telah dibentukkan depan heater ATAU
  3. Panaskan oven seketika, tutup suis. Masukkan roti yg belum dibakar dalam oven yg panas tadi, biarkan seketika..insyaallah doh tu akan kembang/naik
Roti yg siap dibentuk sedang direhatkan sebelum melalui proses membakar....kalau nak tengok versi 'peanut cinnamon roll' yg ida buat lama dulu klik SINI

Curry Tuna Roll

Terima kasih banyak2 ida ucapkan kpd kwn yg meninggalkan komen serta ucapan takziah di atas pemergiaan abang ipar ida tempohari......yang pergi tak akan kembali lagi, yang hidup harus meneruskan kehidupan walau sepahit mana sekali pun...
Ok.....lama tak tayang roti kat sini, last week kut ida buat roti ni. kali ni terajin la sikit nak snap gambarnya. Selepas dok tayang roti lama dah dulu,selepas tu ada buat...tapi sangat malas nak ambik camera nak snap gambar......kekadang tak sempat nak snap...tengok2 dah licin...
Ida selalunya kalau buat roti, suka buat doh tu lebih2 sikit........sekali buat boleh dapat banyak, dan boleh buat macam2 jenis roti, pas tu boleh simpan untuk makan keesokan harinya pulak. Untuk doh ni, ida buat curry tuna roll dan peanut roll. Untuk peanut roll, bila2 ida publish k.
Bukan apa, anak2 ida suka makan....mereka akan ulang2 makan...sbb tu nak kena buat banyak2 terus, kalau tidak tak cukup. Kekadang tu, dari doh roti pun, ida bantai buat donut dan pizza....ok jer.
Mula2 ida ingat nak ikut resepi sebelum ni......tengok2 marjerin dah nk abis, asyik lupa jer nak beli so terpaksa la ida tambah shortening + olive oil/minyak zaitun....wahhh hasilnya memang la lembut dan gebu hingga esok hari pun masih lembut.


Inti tuna kari:
  • 3 tin kecil tuna flake ( plain )...total 240 gm 
  • 1/4 labu bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 4 hiris halia*.....*dikisar
  • 2 ulas bawang putih..cincang
  • 1/2  labu bawang besar..dadukan
  • Capsicum hijau/merah..dadukan
  • 1 1/2 sb serbuk kari ikan ( boleh letak lebih )
  • Sedikit serbuk cili jika suka
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula
  • 3 sb mayonis
  • Sedikit air perahan lemon
Cara-cara:
  • Panaskan sedikit minyak, ida guna minyak zaitun. Tumis bwg putih cincang hingga naik  bau dan sedikit kekuningan.
  • Masukkan bawang besar cincang...tumis seketika
  • Masukkan bhn kisar *....tumis hingga masak.
  • Masukkan rempah kari ikan, serbuk cili, sedikit air lemon dan tambah sedikit air......tumis hingga masak.
  • Masukkan tuna, capsicum, garam dan gula secukup rasa.....masak seketika.Padamkan api.
  • Biarkan suam sedikit baru tambahkan mayonis. Sedia untuk dijadikan inti pada roti kat bawah.
Bahan-bahan doh roti :

  • 750 gm tepung roti
  • 330 mls air suam -/+ ( sukatan air adalah bergantung pada jenis tepung ye )
  • 90 gm telur atau lebih kurang 11/2 biji telur saiz besar....pukul sedikit dgn garfu
  • 11/2 sk garam
  • 60 gm gula
  • 25 gm marjerin ....ida guna soft marjerin jer ni
  • 25 gm vegetables shortening 
  • 25 gm minyak zaitun/olive oil
  • 11 gm yis kering
  • 2 sb susu tepung
Bahan sampinagn :
  • Sedikit sos cili / sos tomato
  • Mozarella cheese /mix cheese halus.
  • Oregano kering
Cara-cara:


Kaedah 1: Uli menggunakan bread maker/BM
  1. Masukkan semua bahan ke dalam acuan bread maker....kalau boleh jarakkan garam dengan yis. Pilih menu dan tekan start.
  2. Biarkan doh di dalam BM hingga siap diuli dan cukup masa.
  3. Setelah siap, keluarkan doh, tumbuk2 untuk keluarkan angin.
  4. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian secukupnya ( doh ni boleh buat 2 jenis roti atau lebih, ikut citarasa masing2) dan rehatkan seketika..lebih kurang 8 minit.
  5. Ambil satu bahagian, letak di atas papan pencanai....canai leper bentuk 4 segi panjang setebal lebih kurang 1/2 inci.
  6. Sapu permukaan doh yang dicanai dengan sedikit sos cili.
  7. Ambil  tuna kari tadi, ratakan ke atasnya. Tabur sedikit cheese halus.
  8. Gulung kemas2
  9. Gunakan pisau yang tajam, potong bulat2 lebih kurang setebal 1 inci hingga habis... boleh rujuk gambar paling bawah
  10. Ulangi sehingga habis.
  11. Tabur sedikit cheese halus dan oregano kering ke atas curry tuna roll yang belum dibakar tadi.
  12. Rehatkan semula dalam 30 - 45minit supaya ia naik sekali ganda lagi.
  13. Sementara tu panaskan oven dlm suhu 180 C
  14. Susun roti di atas dulang pembakar secara jarak2 atau boleh juga di rapatkan sedikit.
  15. Bakar roti dlm suhu 180 C selama 16 - 18 minit atau permukaan roti nmpk sedikit perang.
  16. Sejukkan roti dan simpan di dalam bekas bertutup untuk mengekalkan kelembutannya.
Kaedah 2 : Uli tangan
  • Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar. Uli hingga tidak melekat di tangan, licin dan lembut
  • Perap doh selama 1 jam supaya doh naik 2x ganda. Tutup mangkuk tadi dengan plastic wrap.
  • Selepas 1 jam, tumbuk2 doh utk keluarkan angin.
  • Ikut step no. 4 dan step seterusnya 

Note : Jika berada di negara 4 musim yang sekarang ni suhunya sejuk, kemungkinan doh lambat utk naik dan kembang. CARA utk cepatkan doh naik/kembang :
  1. Letak bekas doh depan heater, jika uli tangan,....jika uli pakai BM, suhu BM akan membantu naikkan doh tersebut
  2. Letak roti yg telah dibentukkan depan heater ATAU
  3. Panaskan oven seketika, tutup suis. Masukkan roti yg belum dibakar dalam oven yg panas tadi, biarkan seketika..insyaallah doh tu akan kembang/naik

Curry Tuna Roll  sedang direhatkan sebelum dibakar.........tunggu utk tayangan peanut roll dari doh yg sama di lain episod k...selamat malam....dah nak titon.

Monday, November 14, 2011

Kuah Kacang Daging......dan berita sedih dari Malaysia

Assalamualaikum dan slm sejahtera semua......sungguh sayu dan sedih pada awal pagi ini, apabila kami dikejutkan dgn berita pemergiaan abang ipar ida. Dia telah kembali ke rahmatullah, arwah adalah suami kpd kakak sulung ida di Kelantan. Bangun utk solat subuh pagi tadi, suami terbaca mesej dari h/pone mengenai berita sedih ini. Sebak,sedih namun ajal maut ditangan tuhan semua tu....dengan sebab atau tanpa sebab pun, jika ajal kita sudah sampai....kita akan pergi juga mengadap Illahi. Arwah abg ipar ida katanya sakit perut sehari sebelum tu, tapi tak tahu la apa penyakit yg sebenarnya, dia pergi begitu cepat tanpa siapa sangka......semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman..Al-fatihah ..amin.
Semoga kakak ida tabah dgn ujian ini....pesanan utk anak2 buah ida yg sudah kahwin dan yg akan berkahwin iaitu mi,na, ira....jaga ma dan adik2 yg masih bersekolah tu....ingat tu, jangan ketepikan mereka walau dimana kita berada / walau di tahap mana kita berada.

Resepi Kuah Kacang Daging by ida@Happy Cooking Time

Bahan-bahan:

  • 500 gm kacang tanah yg digoreng( ida beli kcg tanpa kulit yg siap digoreng )
  • 1 1/2 labu bawang besar*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 2 inci halia*
  • 1 inci lengkuas*
  • 2 batang serai *
  • 2 batang serai....diketuk( serai boleh dilebihkan, sukatan ni utk org merantau mcm ida k)
  • 6 tangkai cili kering* atau lebih kalau nk lg pedas ....direndam air dahulu
  • 1 sb serbuk cili
  • 350 gm daging lembu didadu
  • 1 sb serbuk kari daging
  • 1 sk serbuk jintan putih
  • 1 sk serbuk jintan manis
  • 1/2 sb serbuk ketumbar
  • Sedikit belacan / boleh letak udang kering
  • 2 kpg gula melaka
  • 2 sb gula merah....utk gelapkan warna
  • 2 cawan gula pasir -/+ atau secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • 4 keping asam gelugor / boleh letak air asam jawa 1/2 cawan pekat -/+
  • 1000 mls air -/+ atau secukupnya ikut kepekatan kuah
Cara membuatnya:

  • Jika menggunakan kacang tanah yg belum digoreng, goreng kacang tanpa minyak hingga biji kacang menjadi coklat, hitam2 sedikit dan naik aroma baunyer.
  • Setelah kacang sudah masak, baru buangkan kulitnya dgn meramas dgn tangan kemudian tampi utk asingkan kulit kacang dgn bijinya.
  • Jika menggunakan kacang siap mcm ida, goreng semula seketika tanpa minyak utk mendapatkan aroma kacang dan warna yg lebih gelap
  • Kisar kacang tanah hingga hancur
  • Kisar pula bahan yang bertanda *
  • Panaskan minyak masak, tumis bahan kisar * dan serai ketuk hingga naik bau dan sedikit garing.
  • Masukkan serbuk cili, rempah kari, serbuk jintan2, serbuk ketumbar dan tambah 1/2 cawan air.....tumis lagi hingga rempah betul2 masak
  • Masukkan daging, 1 cawan air.serta sedikit garam....masak hingga daging separuh empuk/hingga sedikit kering rempahnya.
  • Campur kacang tanah kisar dgn baki air dan kacau sebati. 
  • Masukkan bancuhan kacang tanah, gula melaka, gula merah, gula pasir dan sedikit garam dahulu
  • Didihkan kuah kacang hingga masak, kuah nmpk naik minyak dan pekat. Perasakan cukup masin, manis dan masamnya baru tutup api.
  • Sedia dihidangkan bersama nasi impit dan apa2 shj sate......SELAMAT MENCUBA
Note: Jika nak letak sedikit santan pun boleh dan kena kurangkan air semasa memasak kuah kacang daging ni, kali ni ida tak letak.

Kuah kacang daging  yang tidak boleh miss setiap kali raya kt kampung ida. Mula2 dulu masa kami bujang2 kakak ida yg no.2 masak kuah kcg ni, tak tau kt ner dia belajar, maybe dia belajar dgn member2 dari negeri luar kut.......lepas2 tu adik2 dia pun dh terror buat juga..he..he. bahan2 ada yg ida tambah dan tak letak.....kali ni ida tak letak santan.
Kuah kacang yg  ida buat kt atas ni la pelengkap kpd 'Sate Sosej' yg ida buat Aidiladha lepas. Resepi boleh klik kt link tu.

Friday, November 11, 2011

Cheesy Mushroom Soup & Garlic Bread


Resepi Mushroom soup biasa yg ida buat dulu boleh tengok n3 lepas kat SINI...ida mintak maaf sangat2  sbb  tak leh nak sembang banyak2..banyak tugas lain harus diselesaikan, nak msk utk lunch dan, dan...

Cheesy Mushroom Soup by ida@Happy Cooking Time
Bahan-bahan:( Untuk  3 - 4 orang )
  • 1 1/2 sb butter
  • 3 ulas bawang putih....dikisar halus / 1 sb yg sudah dikisar
  • 3 sd besar tepung gandum
  • 1 sd teh serbuk pati ayam
  • 1/2 sd teh serbuk lada sulah
  • 1/4 sd teh serbuk lada hitam atau lebih 
  • 1 sd teh gula
  • Garam secukup rasa
  • 200 mls susu segar atau 1 cawan
  • 650 -700 mls air atau 3 11/4 - 3 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan cendawan yang dicincang halus....boleh pakai cendawan butang dalam tin....ida pakai cendawan shitake segar ..kat Jepun banyak cendawan jenis ni.
  • 1 sd teh air perahan lemon/limau nipis
    1 genggam mix cheese halus/mozarela cheese halus
    Sedikit oregano
  • 1/4 labu bawang besar.....dicincang halus / boleh dikisar 
Cara-cara:
  • Panaskan butter hingga cair,kemudian tumiskan bawang putih hingga kekuningan, tambah bawang besar cincang / kisar
  • Masukkan tepung gandum tak perlu bancuh ngan air.Kacau seketika dgn whisker tangan...masukkan 1/2 cawan air dahulu...kacau sehingga tepung gandum tidak berketul.Masukkan lagi 1/2 cawan air sambil kacau agar ia tidak berketul.
  • Kemudian baru masukkan susu, baki air dan masukkan bahan yang lain....kacau lagi dengan menggunakan whisker.
  • Masak dengan api yang perlahan sahaja.
  • Kacau sehingga sedikit pekat.Jika terpekat,boleh tambah dengan sedikit air panas lagi...kacau seketika.
  • Sesudah cukup rasa,boleh la tutup api.Baru sediakan roti garlic pula.
Garlic Bread
Bahan-bahan:
  • 1 batang roti Perancis
  • 40 - 50 gm butter....dalam suhu bilik
  • 3 ulas bawang putih
  • Sedikit garam...jika mahu tambah sikit
  • Oregano
Cara-cara:
  • Cincang halus bawang putih/kisar separuh hancur
  • Ambil butter,campurkan dengan bawang putih tadi,sedikit sangat garam jika mau & oregano
  • Gaul sebati.
  • Potong roti Perancis bulat-bulat,kemudian sapu dengan garlic butter yang telah siap tadi.
  • Panaskan kuali non-stick.
  • Bakar sehingga kekuningan bahagian yang disapu dengan garlic butter.Balikkan...bakar sekejap lagi.
  • Sedia di makan bersama sup cendawan tadi.

Dah tak payah makan kat Pizza Hurt lagi..ckp utk sedapkan hati jer, sbb kt sini tak der Pizza Hurt,kalau ada pun belum tentu boleh mkn......rindunyer nak pegi Pizza Hurt huhuuhuuu,