My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Saturday, February 19, 2011

Chocolate Banana ( cake ) dan berundur dulu.....


This is the cake that I have done during my son's b'day a few days ago. When laziness come struck, see the result. Only this way the cake for my son. The first plan actually going to do kind of a model car-shaped cake but somehow very lazy & no mood also. Althought this cake not even follow the original plan, ummi had cooked of delicious cake for you my dear little bit same at the secret recipe. Althought not same the whole, there is little similar in taste and appearance.
But my cake still not good enough, not pretty so..there are some defect here. Lower and middle layer are not equal, not enough cream in the midlle layer. I still need to improve doing this cake.
But it does not matter, for the first time. If anyone interested and want to try.....please do so
I found the recipe here http://suzettecooks.com/2010/02/chocolate-banana-cake
I'm very sorry because I did not write the recipe here...very2 sorry k



Some decorations going to melt...huhuu


My kids are collecting all the decorations on the cake....now the cake no more pretty


Slice of that cake....what do you thinks...
Reverse the sentence ' berundur dulu' let me retreated temporarily and possibly forever may not know yet. Sometimes we are not aware that we have been drifting alone in the world of blogger and make other people feel. Themselves may sometimes forget the situation..aware and unaware...there are those who feel. On the felt, I'm very sorry. When the ego and the emotional control of yourself, people consider themselves lost, lost of control....lost of emotional...
To prevent the person feels more...lets me retreat, conditions will determine everything. Maybe I'm back and probably not. I was afraid, if I continue and forgot again...there is still felt. People sometimes forget. I really appreciate this blog...because it is not just the result of my own, but one also..in the beginning and forever... Iam very grateful and thank you very much.
I'm very sorry my dear friends and visitors. I'm very happy to be friends with you all in cyberspace. Lets me take a time.....I will miss u all.... I have to leave my interest here first....
Actually I was really happy.... I can share what I have done but for now I have to stop first...perhaps in another time..hopefully


Thursday, February 17, 2011

Snickers Cheese Cake for my birthday boy ...


17.02.2011 my boy turn 5 yrs old...Happy Birthday my dear..ida buat cheese cake ni untuk dia bawa ke tadika tadi....hari tu kakak dia bawak, dia pun nak bawak jugak. Resepi amik kat rumah Hotmama ( Loving Each Other )...resepi asal kat umah K'Wan Citarasawan. Thanks a lot to both of u. Dah 2x buat sebenarnya...pestaim, tak deco pun...& tak amik gambar pun. Memang sedap yg amat! Sib baik ada coklat snickers kat sini.


Ni la dia birthday boy..kuar sebagai model iklan kat sini jap....acara potong kek secara sempoi jer....sambut anak-beranak jer ni. Tu kek yg ke-2, utk celebrate kat rumah....kek apa..nanti ida n3 kemudian k..


Nama AQIL ditulis dlm bahasa Jepun...bhs jepun tak dak L, so bila disebut dr ejaan tu berbunyi
'Akiru'


Sebelum dimekapkan.......sebenarnya ida ada campur sikit oreo chocolate bars dlm tu...sbb tu ada nmpk tekstur itam2.

Lelehan yang menggoda rasa......
Tergoda tak?....
Bahan-bahan:

BASE
  • 100 gm biskut oreo....ida pakai biskut macam chipsmore
  • 30 gm mentega dicairkan
BAHAN KEK
  • 300 gm cream cheese ....dlm suhu bilik
  • 60 gm gula caster
  • 1 sd besar tepung jagung
  • 2 biji telur
  • 1 sdbsr jus oren/lemon.....ida letak jus pekat oren sunquick jer
  • 100 mls UHT whipping cream
  • Ida tambah.....sedikit essen vanilla
  • 100 gm coklat snickers dicincang kasar......ida tambah oreo chocolate bar sikit
TOPPING CHOCOLATE GANACHE
  • 100 gm coklat masakan dicincang kasar.....ida pakai semisweet bitter chocolate
  • 50 mls UHT whipping cream
  • Ida tambah 1/2 sdbsr butter
  • Ida tambah sedikit gula halus utk kurangkan rasa pahit coklat....1/2 sdbsr
HIASAN: Coklat snickers,kekacang/parutan coklat putih.....ida just letak coklat snickers dan tabur sikit oreo chocolate bar cincang

LOYANG..loose base tin 7 inch....ida pakai loyang 20 cm

CARA-CARA:
  • Kisar biskut hingga hancur .Masukkan butter cair,gaul rata sehingga boleh dikepal....ida pakai blender kering saiz besar sikit, masa kisar ida terus masukkan butter cair.
  • Masukkan ke dalam loyang, ratakan dan tekan hingga padat.
  • Bakar di dlm oven selama 10 minit pada suhu 160 C....ida bakar 5 minit jer. Biarkan sejuk dahulu sebelum dicurah adunan kek.
  • Pukul cream cheese dan gula hingga licin serta tidak b'ketul. Masukkan telur, jus oren/lemon, whipping cream dan essen vanilla...pukul hingga sebati.
  • Masukkan coklat snicker yg dicincang @ dadu...kaup balikkan sahaja dgn spatula.
  • Kemudian tuang ke atas dasar biskut dlm loyang tadi.
  • Bakar secara 'bain marie'/steam bath' pada suhu 160 C selama 40-50 minit atau sehingga masak/permukaan sudah kekuningan...ida lebihkan sedikit masa. Di saat akhir proses bakar, ida tutup permukaan kek dgn aluminium foil utk elakkan atas kek terlampau hangus...
  • Tutup api ketuhar..renggangkan sedikit pintu ketuhar, biarkan kek di dlmnya hingga sejuk
  • Keluarkan kek,dan simpan di dlm peti sejuk selama 5 jam/semalaman.....ida terus ganache setelah sejuk
  • TOPPING : Panaskan whipping cream secara bain merie/double boiler...masukkan coklat masakan .....ida tambah 1/2 sd besar butter..kacau hingga coklat larut..tutup api. Biarkan suam sedikit.
  • Keluarkan kek dari loyang boleh tanggal tadi.
  • Curahkan coklat ganache ke atas kek.....ratakan/hias ikut kreativiti
p/s: Bakar secara Bain merie/steam bath/water bath.....ialah meletakkan loyang kek ke dlm loyang lebih besar yg mengandungi air panas. Pastikan loyang kek( sbb loyang boleh tanggal@spring form ) dibalut kemas dgn aluminium foil utk mengelakkan air masuk.

Tuesday, February 15, 2011

Donut & Seafood Pizza dari satu doh...


Salam kembali & Salam Maulidur Rasul buat muslimin dan muslimat, kat M'sia cuti ler hari ni ye.....doh tu asalnya doh donut sebenarnya, ida buat 1 1/2 adunan terus dari resepi kat bawah, so boleh la buat pizza sekali.....jimat masa kan. Buat sekali arung hari tu, esokya boleh la buat utk b'fast sekali. Kalau telek2, sebenarnya lebih kurang sama ja bhn2 utk doh pizza.....cuma doh pizza ni ada telur la. Resepi skodeng senyap2 kat dapur Hana, Kanazawa.....halal ye na, ida amik resepi. Resepi asal dari dapur HaSue. Mekasih banyak2.....Lembut dan gebusss jer donut ni.....pas tu pizza pun turut sama jadi gebuss hi..hi



Donut sebelum dibendamkan ke dalam coklat. Masih cantik molek lagi....mmg gebuss tul la ko.


Donut yg telah comot kena bendam dlm coklat .......hiii, teruk benor nguper ko no donut...tak pe ler janji sodap dimakan. Topping coklat yg main agak2 ler ni sukatan dia...sebab itu ler terpekat dan comot semacam....malas dah nak timbang2 masa tu, pakai taruk jaaa sbb nak cepat. Tok sah la ikut style ida ni ye..


Haaa...ni ler dia, lebih2 doh buat donut, buat pizza sekali.....seleranyer besar...tak cukup satu jenis, nak dua jenis...ish2. Bukan apa....layan selera bebudak ni, suka ler diaorg kalau dpt mkn donut ngan pizza ummi dia buat ni....sedap tak sedap pun licin disapu oleh anak2 ku...maklumla budak2 tgh membesar.

Bahan-bahan:
  • 500 gm tepung high protien( tepung roti)/tepung biasa pun boleh juga...tapi bagi ida utk lebih gebuss, prefer pakai tepung asal tu la.
  • 11 gm yis/1 peket yis segera Mauripan @ apa2 jenama
  • 50 gm marjerin....ida pakai soft marjerin yg sapu kat roti jer
  • 1 sd besar penuh shortening( lelemak sayur)....ida out of stok so ida letak lagi 1 sd bsr s/marjerin
  • 2 sdbsr penuh gula
  • 2 sdbsr susu tepung/boleh juga susu pekat
  • 1 biji telur...ida pakai telur saiz LL
  • 1/2 sd teh garam
  • 190 mls-200 mls air suam2 kuku ( sukatan adalah bergantung kpd kualiti tepung )
CARA_CARA : cara2 kat bawah adalah cara asal iaitu uli tangan...ida pakai BM jer
  • Di dalam bekas, tuangkan air suam.Masukkan yis segera, gula,susu, marjerin dan shortening. Kacau sedikit dan biarkn 8-10 minit.
  • Setelah yis mula berbuih, ayakkan separuh tepung terus ke dlmnya. Masukkan pula telur yg dipukul sedikit dan juga garam.
  • Kacau adunan hingga sebati dan melekat pada sudu( bila dah sebati, dikacau satu arah shj m'gunakan sudu.
  • Ayak lagi bal.tepung ke dlmnya, gaul m'gunakan sudu seketika, barulah uli dgn tangan.
  • Uli doh hingga sebati dan tdk melekat pada tangan.
  • Doh tak perlu direhatkan( kalau nak rehatkn pun boleh selama 5-10 minit) @ boelh terus canai doh setebal 1/2 inci lebih kurang. Boleh tambah sedikit tepung jika doh lembik ketika ini.
  • Terap doh m'gunakan acuan donut/bentukkn ikut kesukaan anda.
  • Doh yg di terap akan mula mengembang/naik dan ringan sementara minyak dipanaskan.....ida panaskan minyak dgn api perlahan
  • Setelah minyak agak panas( jangan terlalu panas k, nanti donut gorengan pertama akan hangus )
  • Perlahankan sedikit api, masukkan donut ke dlm minyak & jgn goreng terlampau penuh sbb donut akan mengembang lagi ketika digoreng.
  • Goreng sehingga kekuningan/masak dan toskan.
  • Sedia ditabur gula halus @ letak topping kegemaran masing2.

UNTUK BUAT SEAFOOD PIZZA sempoi ni.....ida tulis simple2 jer k.
  • Ambil doh tadi secukupnya, canai leper bulat.....ikut saiz diingini.
  • Sapu( sos pasta+sos cili ) atas doh, tabur mozarella cheese.
  • Tabur udang...ida beli udang kecil2 frozen yg dah siap dibuang kulit. Sapu sedikit sos lagi ke atasnya
  • Tabur bawang besar dadu dan capsicum hijau yg dihiris...nak tambah cendawan pun boleh.
  • Kalau suka,boleh tabur sedikit serbuk lada hitam
  • Tabur lagi cheese...ikut banyak mana suka,lagi banyak lagi sedap.
  • Tambahan lain, ida sprinkle dgn garlic seasoning powder atasnya....kalau tak der, just tabur oregano pun dah cukup.
  • Bakar dlm oven yg dipanaskan dahulu suhu 180 C lebih kurang 18-20 minit/agak2 udang dah masak.

Sunday, February 13, 2011

Red Velvet Cake




















































































Salam buat semua, 3 hari tak bersiaran.....kesibukan sikit dua tiga hari ni, semalam ada kunjungan tetamu di rumah, jadi ada la masak beberapa menu, termasuklah kek merah menyala ni...cam terpanggil-panggil utk try buat kek ni, suka tgk combination kaler white & red tuu....menyerlah. Alhamdulillah kek elok kejadiannya.....emmm boleh tahan kesedapannya.....2nd time buat belum tahu lagi.
Semalam sempat juga sediakan nasi beriani, mee kari dan ada juga cheese cake. Mak ai, merahnyer mak ngah, terang benderang rupa kek ni bila masuk dlm gambar...len kali cam boleh kurangkan lagi red colouring tu kut....sekali sekala boleh le, sebab banyak sgt pewarna ni. Resepi skodeng kat Joyofbaking..telah dicampur aduk bahasa olehku & dishort cut serta dipendekkan ayat asal he..he kalau nak tengok yg complete boleh roger ke sana k.

Sumber : www.joyofbaking.com

Bahan-bahan:
  • 2 1/2 cup( 250 gm ) sifted cake flour....ida guna tepung gandum biasa*
  • 1/2 tsp garam*
  • 2 tsb serbuk koko*
  • 1/2 cup ( 113 gm ) unsalted butter....ida letak 120 gm butter biasa
  • 200 gm gula ....resepi asal 300 gm
  • 2 biji telur saiz besar
  • 1 tsp pure vanilla extract/essen vanilla
  • 1 cup ( 240 ml ) buttermilk....ida letak 200 mls susu segar
  • 2 tbs cecair pewarna merah....ida letak 1 1/2 sd besar shj...itupun dah merah menyala
  • 1 tsp white distilled vinegar........ida letak cuka mkn yg ada 1 1/2 tsp
  • 1 tsp baking soda....ida letak 1 1/4 tsp
Method/cara-cara:
  • Ayak bersama bahan yg bertanda *
  • Preheat oven 350 deg F/175 C. Sapu mentega pada loyang atau alas loyang dengan cooking sheet
  • Pukul butter sehingga lembut ( 1-2 min ). Tambah gula dan pukul sehingga ringan dan gebu.
  • Tambah telur satu persatu, beating well after each addition. Tambah vanilla dan pukul sebati.
  • Di dalam cawan, campur pewarna bersama susu dan kacau sebati.
  • Dengan menggunakan low speed, add alternately campuran tepung dan susu sebanyak 3 kali sebolehnya dgn dimulai dan diakhiri dgn tepung.
  • In a small cup, combine vinegar/cuka bersama baking soda...biarkan seketika sehingga ia nmpk berbuih/become to fizz dan cepat2 tuang ke dalam adunan kek dan kacau sebati dgn spatula.
  • Kemudian cepat2 masukkan adunan ke dalam loyang. Ratakan permukaan dgn spatula/guna belakang sudu. Bakar di dalam preheat oven tadi. Ida bakar dlm suhu 170 C lebih kurang 1 jam @ sehingga masak. Pada 10 min yg terakhir, ida tutup permukaan kek dgn aluminium foil bg mengelakkan permukaan kek hangus.
  • Ikut resepi asal, adunan dibahagi 2/dibakar di dlm 2 loyang utk lapisan yg nipis( selama 25-30 minit ) sbb dari satu lapisan, ia dipotong melintang lagi, jadi semuanya menjadi 4 lapisan.
  • Ida hanya bakar dlm satu loyang dan kek dipotong kpd dua lapisan sahaja.
  • Sejukkan kek sebelum disapu frosting.
  • Kalau ikut resepi asal, kek dibalut dan disimpan dlm fridge beberapa jam/semalaman. Ida hanya sejukkan sebentar, lagipun skrg musim sejuk.
CREAM CHEESE FROSTING

RESEPI ASAL..ida tak buat
  • 227 gm cream cheese
  • 227 gm tub of mascarpon cheese..all @ room temp
  • 1 tbs pure vanilla extract
  • 1 cup ( 115gm ) confectioners icing sugar....sifted
  • 1 1/2 cup ( 360mls) cold heavy whipping cream( double cream )
Method:
  • Di dalam mangkuk, pukul cr.cheese + mascarpon cheese sehingga smooth. Add vanilla dan gula....pukul sehingga licin
  • Tambah whipping cream dan pukul; sehingga frosting menjadi pekat serta sesuai utk disapu pada kek.

CREAM CHEESE FROSTING YG IDA BUAT....utk design simple
  • 300 gm cream cheese...letak 250gm pun ok
  • 300 mls whipping cream
  • 4 1/2 sd besar gula icing/boleh juga letak gula halus.....boleh dikurangkan
  • 1 sd teh essen vanilla
  • 1 1/2 sd besar air lemon
  • 1/4 sd teh garam
Cara-cara;
  • Pukul cream cheese sekejap atau hingga smooth.
  • Masukkan whipping cream , gula, garam dan essen vanilla...pukul lagi sehingga menjadi sedikit pekat/agak2 sesuai utk disapu pada kek....jangan terlalu pekat sangat.
  • Hiaslah kek tadi ikut kreativiti masing2. Jika nak hias mcm ida.....ambil sedikit dari main adunan kek tadi dan letak dlm bekas kecil..dibakar kemudian, so dr ini boleh la dipotong ikut bentuk yg suka dan buat serbuk utk taburan.

Wednesday, February 9, 2011

Blackpepper Steak










































































Layan la gambar2 tu dulu ye.....jamu selera style omputih ni mmg sedap....ida suka sebenarnya. Dolu2 masa kat m'sia, suke mkn benda ni kat Uptown Damansara, marbeles sgt, tambah2 dihidangkan dlm hot plate tu..Ni sikit2 sama cam kat kedai pun jadi ler....janji boleh juga lepaskan rasa kempunan tu.
Resepi skodeng2 kat youtube masakan barat ........tak sume ida ikut, ada buat pengurangan dan ada buat penambahan...ikut mana yg ada kat dapur.

Sumber : Youtube

Bahan-bahan Sos Lada Hitam:
  • 3 ulas bawang putih....dikisar/tumbuk/cincang halus
  • 1/4 labu bawang besar...dikisar
  • 1 1/2 sd besar tepung gandum
  • 11/2 - 2 cwn air.....ikut kepekatan kuah, jgn masukkan semua dahulu
  • 3 sd besar serbuk lada hitam....boleh dilebihkan
  • 1 sd besar sos tomato
  • 1 1/2 sd besar kicap pekat
  • Kalau ada worcestershire sauce boleh bubuh sikit ataupun boleh letak brown sauce, so kalau letak nak kena kurangkan kicap......ida tak der
  • 1/4 cawan susu segar...utk kuah tdk nmpk jernih sangat
  • 1 sd teh gula merah...boleh dilebihkan
  • 1 sd teh serbuk pati ayam
  • 1 sd besar butter utk menumis
Cara-cara:
  • Panaskan butter, tumis bawang putih sehingga kekuningan, masukkan bawang besar...tumis sekejap.
  • Masukkan tepung gandum......kacau dgn whisker sehingga nmpk sedikit garing, baru masukkan sedikit air dahulu, kacau lagi dgn whisker supaya tidak b'ketul@bancuh dahulu tepung dgn sedikit air.
  • Masukkan pula bahan2 yg lain...kacau sehingga menggelegak
  • Perasakan garam
  • Jika kuah terlalu pekat, boleh tambah sedikit air panas dan kacau sekejap dia atas api.

Bahan-bahan steak:

  • 400 gm daging yg lembut
  • 1/2 sd besar serbuk lada hitam kasar
  • 2 sd besar sos tomato/boleh ganti ngan perahan air lemon
  • 1 sd besar kicap pekat
  • 2 sd besar olive oil/minyak zaitun
  • 1 sd teh gula merah.....kalau nak tambah
  • garam secukup rasa
  • 1 sd besar garlic seasoning powder.....@ boleh ganti ngan 3 ulas bawang putih & 1/2 inch halia...dikisar/tumbuk
Cara-cara:
  • Perap daging dengan bahan atas lebih kurang 15 minit-30 minit.
  • Panaskan grill pan@non-stick pan yg dititis sedikit olive oil.
  • Masukkan daging & grill/bakar daging sehingga masak kedua2 belah.
ADDITIONAL SET HIDANGAN:

Kentang grill:
  • Kentang secukup yg diingini...dikupas kulit dan hiris bulat2
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk garlic seasoning @ kalau tak der boleh letak spt di bawah*
*Sedikit serbuk lada sulah
*Serbuk oregano/boleh juga letak parsley
*Sedikit garam
*Sedikit bawang putih cincang

Cara-cara;
  • Gaul kentang yg dipotong bulat tadi dgn bahan2 perapan. Perap sekejap.
  • Sedia dibakar bersama dgn daging tadi
Salad buah-buahan:
Buah-buahan eg: strawberry, epal @ lain2 dipotong saiz yg sesuai dan digaul dgn mayonis secukupnyer

Tuesday, February 8, 2011

Liverpool Birthday Cake....dari american chocolate cake
























































Sape ada minat ini Liver Pool.....cepat angkat tangan! Kawan ida ana, order kek ni utk hubby tersayang iaitu Bad...hadiah b'day pada 10/2..Happy Birthday Bad...so for the speacial, dia nakkan ida lukis sikit logo ni...katanya hubby dia minat sgt ngan Liver Pool...so ana, dah tertunai dah hajat dihati tu...mlm ni hubby ana dah boleh potong kek.Sorry ye ana....logo tu nmpk comot sikit..maklum ler, ....rasanyer cukup mencabar juga nak lukis logo ni kat atas kek...
Keknya adalah American Chocolate Cake.....resepi dah ada kat bah. label kek ya...chocolate ganache lak....ada adjust2 sikit dari yg pernah buat dulu..ikut bahan yg ada kt dapur.

Chocolate ganache:
  • 250 gm Double cooking bitter sweet chocolate
  • 120 mls susu segar
  • 100 mls whipping cream
  • 2 sd bsr susu pekat...ida terpaksa tambah sebab rasa coklat sikit pahit
  • 3/4 sd bsr butter
Cara-cara:
  • Panaskan susu dan whipping cream secara double boiler
  • Dah agak2 panas ...masukkan coklat, kacau sehingga cair, tambah susu pekat dan butter kacau sekejap dan tutup api.
  • Biarkan agak2 sedikit pekat baru dicurahkan ke atas kek

Sunday, February 6, 2011

Steam Fish with Prune




















Terima kasih tak terhingga kepada pengunjung dan teman2 yg sudi singgah di sini. Menu kali ni pun simple2 jer..sbb masa tidak mengizinkan. Pic menu ni pun dah lama terperap.....tak susah pun nak membuatnyer...lambak jer semua bahan atas ikan...perap sekejap dan kukus. Menu yg sangat sihat bagi yg ingin berdiet.....uhuhuu bila la agaknyer nak diet yer...sejak musim sejuk ni..asyik nak nguyah jer, perut asyik lapar memanjang...aduhh! Ok la, tak mau pok pek2 panjang2 la....semak jer la resepi sempoi ida kat bwh sana....

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan saiz medium....ida pakai ikan merah
  • 1 1/2 inci halia....dihiris halus2 ( boleh dikurangkan )
  • 3 ulas bawang putih.....dihiris nipis
  • 1/2 labu bawang besar....dihiris halus
  • Beberapa biji pitted prune....dihiris nipis
  • 1/4 biji -1/2 biji lemon...diperah air
  • 1 sd teh gula
  • Garam secukup rasa
  • Cili kecil/cili padi ikut suka banyak mana....diketuk sikit@dipotong hujung tidak putus
  • Sedikit air
Cara-cara:
  • Ikan dibersihkan, letak siap2 ikan di dalam mangkuk leper/apa2 bekas yg tahan panas.
  • Lumur ikan dgn sedikit garam
  • Taburkan bahan2 hiris dan cili.
  • Ambil 1/2 cawan air, campur dgn sedikit garam/secukup rasa, gula & air lemon...kacau sebati
  • Curahkan campuran air tadi ke atas ikan. Perap sekejap/dlm 10 minit...sambil tu panaskan air dlm kukusan.
  • Kukus ikan tadi sehingga masak/lebih kurang 30 minit. Sedap dimakan semasa panas2.
  • Jika nak panaskan semula, panaskan air dlm kukusan sekejap...dan kukus seketika.

Saturday, February 5, 2011

Roti Canai Sardin






































Fuhhh....memang best pagi tadi makan roti sardin ni.......cam martabak pun ada. Macam goreng pisang panas.....masak jer sebijik, kejap jer lesap dikerjakan oleh kanak2 gumbira dalam umah ni....sedapp la ummi..Anak2 ida ni memang suka makan roti2 canai ni. Pernah buat roti canai sebelum ni...tapi resepi yg berbeza, yg dulu doh dia tak bubuh telur, yg ni ada bubuh telur. Kira yg ni lebih lembut lagi la. Buat doh sebelum tido, perap semalaman, esok dah boleh tebar. Bangun pagi tadi...ayat pertanyaan diajukan olehku kpd en.asben ..'Abang, kalau nak buat roti sardin, macammana erk? Dia pun menjawap....sardin tu bancuh ngan telur dan letak bawang sikit.....ida kurang pasti sebenarnya macammana kat kedai buat. Selepas itu, dia pun memulakan proses menebar...walaupun tak la terer cam kat kedai mamak...but not bad tebarannya..

Sumber : Roti Canai -Hana, Kanazawa...resepi asal K.Joayee MyR...mekasih banyak2

Bahan-bahan:
  • 550 gm tepung gandum
  • *250 gm air/250 mls air....doh ida cam lembik sikit, susah nak tebar.....maybe next time kena kurangkan sikit sukatan air
  • *1 egg-50 gm
  • *3 tbsp susu pekat manis-60gm
  • *1 tsp garam...ida lebihkan sikit
  • *1 tsp butter/marjerin-15 gm...rasanya 1 sdbsr ni kalau ikut timbangan tu
  • 1-2 tbsp t.gandum untuk ditambah kalau doh terlembik semasa menguli
Panjang sikit step dari k.joayee ni...Ida cuma masukkan dlm bread maker sahaja, dah siap uli ...terus bulatkan doh, sapu minyak dan perap. Kalau nak ikut cara resepi asal seperti dibawah.
CARA-CARA:
  1. Masukkan bahan bertanda * ke dlm bekas....kacau sebati
  2. Masukkan no.1 ke dalam tepung
  3. Uli sehingga jadi doh
  4. Rehatkan selama 10 minit.
  5. Uli lagi selama 5 minit
  6. Ulang step 4 & 5 sebanyak 3 x. ##Noticed : lepas kali ke-3 proses uli dan rehat, doh dah b'tambah kenyal dan tak melekat, so jgn risau kalau 1st proses terasa doh melekat di tgn, kalau ianya lembik lagi selepas 2nd time uli & rehat, tambah sedikit tepung ( 1 tbsp )
  7. Advisable uli guna tangan.......TAPI nak pakai breadmaker( BM) pun boleh. Untuk BM, follow step 1,2 & 3 di atas, masukkan dlm BM, guna program basic bread, biarkan proses selama 1 jam 15 minit, selalunya doh lembik sedikit sbb temp. BM.
  8. Semasa machine pause/rehat, keluarkan doh, uli sekejap dgn sedikit tepung dan masukkan balik dlm machin e.
  9. Bila dah siap dlm BM, bentuk bulat2, produce 12-16 biji ( ida buat 9 biji jer ) depending on the size. Sapu marjerin sebelum perap...ida sapu ngan minyak masak setiap bebola dan perap.Perap selama 3 jam @ lebih ......Ida perap semalaman.
  10. TIPS: Jika terlebih uli, doh akan kenyal & susah nak tebar, bila msk roti juga aka kenyal...sebab itulah proses uli,rehat...diulang3 3x.
  11. Doh roti canai ni memang keras berbanding dgn doh roti bun biasa, tetapi jgn risau, selepas diperap, doh akan lembut. Kalau doh terlalu lembik, nanti bila nak kibar akan terkoyak....kalau tak tau kibar boleh tarik nipis2...cadangan ida, boleh tarik pada bahagian belakang dulang.
  12. Masa nak kibar, doh yg bulat2 tadi hendaklah dipenyek/dileperkan sebesar tapak tgn dan rehatkan selama 10 minit.Boleh buat banyak2 then barulah dipenyek besar2 utk proses kibar.
Ida buat roti sardin:
  • 1 tin besar sardin....tak semua habis dipakai
  • 1 labu bawang besar....hiris halus
  • Telur secukupnya.....ikut citarasa masing2@ 2 biji
  • Jika nak tambah ...serbuk cili dan sikit garam
Cara-cara:
  • Sardin dihancurkan dgn sudu, pecahkan telur ke dalamnya, masukkan bawang.
  • Tambah serbuk cili dan garam jika mau
  • Gaul sebati
  • Doh yg ditebar nipis diletak atas meja tebaran tadi. Curahkan adunan sardin secukupnya dan balut kemas. Angkat & goreng dgn api kecil di atas kuali leper yg direnjis sedikit minyak sehingga masak. Tutup kuali supaya lebih cepat masak...balikkn dan goreng sehingga masak.


Friday, February 4, 2011

Blueberry Marble Cheese Cake










































Di olah dari New York Cheese Cake yang ida buat beberapa hari lepas.......bukan untuk family ida makan ni, sebenarnya ia ditempah khas oleh kawan ida iaitu aimi untuk familynya yang datang jauh dari M'sia. Masa buat hari tu ida ada la bagi sikit kek ni .....diaorg dah jatuh cinta ngan cheese kek ni, dia orang kata rasa cam kat kedai...ish betul ke? hi.hi..hi kembang ler kejap...kami sekarang dah berjiran, selang satu blog ja ngan dia...aimi ni baru ja seminggu pindah kat Shirohama Danchi ni. Ok la ida tulis je apa yg telah diolah sedikit dari resepi asal...tak byk perubahan yg dibuat...cuma ida letak sukatan dalam gram kebanyakannya.

p/s: Boleh buat 1 1/2 adunan jika nak kek lebih tebal@guna loyang lebih kecil dari 20cm
Bahan-bahan ;

BASE
  • 100 gm biskut cracker...ida pakai jenama Ritz yg kat sini
  • 50 gm butter dicairkan
  • 1 sd besar honey/boleh letak gula halus
ADUNAN CHEESE

  • 250 gm cream cheese
  • 100 gm gula halus...ida kurangkan dari yg buat sebelum ni
  • 30 gm tepung gandum/3 sd besar
  • 1 sd besar essen vanilla
  • 1 cawan sour cream/200 mls....ida tukar kepada plain yogurt tanpa gula
  • 4 biji telur ...saiz LL
  • 1/4 sd teh garam
  • Kalau suka lebih masam boleh ikut cam ni....1 sd besar jus pekat oren sunquick/boleh juga bubuh air perahan lemon
BAHAN UNTUK MARBLE
  • 1 1/2 sd besar jem blueberry
  • Sedikit pewarna merah
CARA-CARA: ( Ida buat step yg lebih mudah )


  1. Panaskan oven dalam suhu 170 C selama 10 minit.
  2. Kisar biskut bersama butter cair dan honey dgn menggunakan blender kering sehingga hancur.
  3. Tekankan padat rata serbuk biskut ke dasar loyang spring form yang dialas dgn cooking sheet dan bakar selama 4-5 minit.
  4. Pukul cream cheese bersama gula dan yogurt sehingga sebati.
  5. Masukkan tepung gandum, garam dan essen vanilla....pukul sebati sahaja.
  6. Masukkan pula telur...ida letak 4 biji sekaligus, pukul sekejap dan sebati sahaja dengan menggunakan low speed
  7. Simpan dalam 1/4 cawan adunan utk dibuat marble. Curahkan adunan cheese ke atas crust/ke dalam loyang tadi.
  8. Ambil 1/4 cawan adunan tadi, campur dgn 1 1/2 sd besar jem blueberry dan pewarna......kisar bersama / dikacau sebati
  9. Paipkan memanjang beberapa baris ke atas adunan, kemudian ambil lidi sate..buat lorekan marble.
  10. Bakar secara water bath/steam bath dalam suhu 160 C selama lebih kurang 1 jam 10 minit iaitu loyang kek diletak ke dalam satu lagi loyang lebih besar yg diisi air panas. Kalau boleh paras air separuh loyang kek. PASTIKAN balut bawah loyang dgn aluminium foil supaya air tidak masuk.
  11. Selepas 25 minit dibakar, tutup bahagian atas kek dgn aluminium foil lagi supaya bahagian permukaan tidak gelap & hangus.
  12. Biarkan sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang.
  13. Longgarkan bahagian tepi kek dgn menggunakan pisau yg nipis.
  14. Hiaslah mengikut citarasa.....atau boleh juga buat cara ida
  15. Simpan sejuk dahulu di dalam peti selama 4 jam/semalaman baru sedap dimakan.
BAHAN UNTUK KRIM BLUEBERRY
  • 100 mls whip.cream
  • 1 sd besar gula
  • 2 sd besar jem blueberry
Cara-cara:
  • Ida kisar bersama semua bahan sebab jem ni ada seketul2 buah blueberrynya....jika tidak susah utk paipkan nanti.


Thursday, February 3, 2011

Banana Toast Bread


































Selain bubuh topping cam buat pizza tu.....boleh tukar versi banana topping ni pulak..lemak2 manis rasanyer...sedap dimakan panas2. Buat ni pun entah bila pun tak tau....belek2 pic dlm hard disk konon2 nak cari resepi yg paling simple la nak n3 mlm ni...haaa ada pun dia. Mudah jer la...sume dah biasa buat ni kut

Bahan-bahan:
  • Roti keping secukupnya...kalau nak potong bah.tepi kerak roti pun boleh
  • Soft marjerin @ boleh juga pakai butter utk sapu pada base roti
  • Pisang secukupnya.....dihiris nipis bulat
  • Apa2 parutan cheese....mozarella/mix cheese....ida letak sikit jer
  • Sedikit gula
  • Badam hiris
  • Kismis
Cara-cara;
  • Sapu roti dgn soft marjerin/butter, tabur sedikit cheese dan gula.
  • Aturkan pisang hiris, tabur lagi cheese dan sedikit lagi gula atasnya.
  • Aturkan badam dan kemudian tabur dgn kismis
  • Bakar di dalam oven yg dipanaskan sekejap lebih kurang selama 8 minit..@ lebih sedikit. Ida letak suhu 180 C

Wednesday, February 2, 2011

Chicken Chop






































Jom pekena chicken chop..he..he, sekali sekala tukar selera org putih apa salahnyer kan....bukan sahaja budak2 yg tersangat gemar makan, mak budak ngan bapak budak pun suka juga tau....Dah lama tak buat sebenarnya, dulu2 buat versi lain sikit, ayam disalut breadcrumbs....kali ni just celup telur then salut tepung dan goreng. Resepi kuah/sos ni dulu2 sebenarnya dapat ilham dari seorang sepupu ida, Dik Miza....dia bekas student Uitm dlm kursus masak2, sekarang dah jadi tokey kedai dah....mekasih ye dik miza...cuma adjust sikit...emmm...yummy!

Bahan-bahan:

BAHAN KUAH @ SOS

  • 3 ulas bawang putih......dikisar/ditumbuk/cincang halus
  • 1 1/2 sd besar tepung gandum
  • 1 1/2 sd teh serbuk pati ayam
  • 2 sd besar butter
  • 1 sd teh serbuk lada hitam......boleh dilebihkan kalau nak pedas
  • Opptional....1 1/2 sd teh garlic seasoning( kalau tak der lebihkan 1 ulas lg bawang putih )
  • 11/2 sd besar mayonis
  • 1 sd besar kicap pekat @ boleh juga letak sos worcestershire..ida tak der stok
  • 1 sd teh gula
  • Garam secukup rasa
  • 3 sd besar susu segar
  • Air secukupnya ikut kepekatan kuah/ lebih kurang 2 cawan @ lebih
Cara-cara:

  • Panaskan butter, tumis bawang putih hingga naik bau dan sedikit garing.
  • Masukkan tepung gandum ( tanpa bancuh dgn air ) kacau dgn whisker sekejap supaya tidak berketul
  • Masukkan bahan2 lain, kecuali garam...terus kacau lagi dgn whisker.
  • Perasakan garam, jika kuah terlau pekat boleh tambah sedikit air panas.
  • Sedia dihidangkan bersama ayam tadi.
  • Set chicken chop boleh dihidangkan mengikut citarasa sendiri, ida just tambah fresh fruits dan juga kepingan kentang segera yg digoreng.
BAHAN AYAM

( A )
  • 6 ketul boneless chicken...ida pakai boneless leg meat siap2 potong saiz yg sesuai
  • 4 ulas bawang putih *
  • 4 hiris nipis halia *
  • 1/4 labu bawang besar*
  • Garam secukup rasa sahaja.....jgn terlalu masin
  • 1 sd teh serbuk lada sulah
  • Opptional...1 sd teh garlic seasoning
( B )
Bahan salut ayam:
  • Tepung beras + tepung gandum secukupnya...sama banyak dua2
  • 1 biji telur...dikocok sedikit
Cara-cara:
  • Ayam dibersihkan.....ida buang kulit
  • Kisar bahan bertanda *
  • Gaul ayam bersama bahan2 A dan perap sekejap sahaja pun ok.
  • Celup ayam satu persatu ke dalam telur dr bahan ( B ), lumurkan dengan campuran tepung dan goreng di dalam minyak yg banyak yg dipanaskan terlebih dahulu. Toskan.

Tuesday, February 1, 2011

New York Philadelphia Cheese Cake







































Baru dapat kembali ke-udara, gara internet buat hal lagi..aduhhh..ni mesti dah terlepas pandang menu kawan2 lain yg best2 tu...rugi2..2 hari penat dok godek komputer, last2 menghampakan juga...semalam ida cabut semua wayer, petang sambung balik....malam tadi hubby balik, dia godek sana-sini, dapat la juga pakai..tapi dah malam sangat, malas dah nak layan tenet...tarik gebar lagi best...zzzzz hari ni baru nak blogging semula. Cheese kek ni buat semalam....emmm lembut dan sedappp sangat! This is my feberet actually.....

Sumber : all.recipes.com

Bahan-bahan :

BASE:
  • 1 1/4 cups Honey Maid Graham Cracker Crumbs....ida pakai biskut biasa jenama Ritz dihancurkan ( 26 kpg bulat kecil )
  • 1/4 cup melted butter....ida letak 4 sudu besar butter dicairkan
  • Ida tambah 1 sd besar gula ke dalam butter sbb tak pakai Honey Graham Crackers
ADUNAN KEK: cawan yg ida guna ialah sukatan 200 mls utk 1 cwn
  • 250 gm Philadelphia Cream Cheese@apa2 brand
  • 1 cawan gula....ida letak 120 gm
  • 3 sd besar tepung gandum...dlm 30 gm
  • 1 sd besar essen vanilla
  • 1 cawan sour cream.....ida pakai whip. cream 200 mls
  • 4 biji telur...ida pakai saiz LL
  • Ida tambah air lemon dari 1/2 biji sbb tak pakai sour cream
  • Ida tambah 1/4 sd teh garam
  • 1 tin cranberry filling....ida tak der, just pakai jem blueberry
TOPPING:( buat selepas kek siap )
  • 1/2 cawan jem blueberry
  • 30 mls air panas
  • 1/2 sd besar gelatin
*Masak secara double boiler, masukkan dahulu air, pas tu serbuk gelatin...kacau rata sehingga gelatin larut, baru masukkan jem....kacau sebati. Angkat ketepikan sehingga nmpk pekat baru curahkan di atas kek

CARA-CARA:( some method I added my own )

  • Panaskan oven 325 deg F jika menggunakan loyang silver 9 inch springform @ 300 deg F jika menggunakan loyang dark non-stick springform....ida panaskan oven 170 C selama 15 minit....ida pakai loyang silver springform 20 cm( boleh pakai loyang lebih kecil utk mendapatkan saiz kek lebih tinggi )
  • Campurkan serbuk biskut ke dalam butter yang dicairkan.
  • Alas base loyang dgn cooking sheet.
  • Masukkan campuran serbuk biskut ke dalamnya dan tekan padat. Ida bakar sekejap lebih kurang 4 minit..( original recipe baked about 10 minutes )
  • Pukul dgn medium speed cr.cheese bersama gula sehingga gebu. Masukkan tepung, essen vanilla...pukul sehingga sebati. ( original recipe beat all together at on time but I used my method )
  • Masukkan whipped cream, garam dan air lemon.....sebatikan.
  • Tambah telur sebiji2, pukul dgn low speed sekejap sahaja.( just until blended only )
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang yg ada crust tadi.
  • Bakar selama 1 jam 10 minit . Ida bakar dlm suhu 170 C selama 1 jam secara 'water bath ' iaitu loyang adunan kek diletak ke dalam loyang lain lebih besar yg berisi air panas. Paras air lebih kurang 1/2 drpd paras loyang kek. Balut bawah loyang dgn aluminium foil supaya air tdk masuk.
  • Selepas 25 minit dibakar, tutup bahagian atas kek dgn aluminium foil lagi, bg mengelakkan permukaan kek hangus
  • Ida rasa cara ini lebih baik, sbb kek lebih lembut rasanya.
  • Sejukkan dahulu sebelum dikeluarkan dari loyang. Lorekkan dgn pisau yg nipis tepi keliling kek sebelum keluarkan dari loyang supaya tidak melekat.
  • Curahkan dengan topping tadi.
  • Masukkan dalam fridge lebih kurang selama 4 jam. Cheese cake memang sedap makan sejuk2.