My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Monday, June 25, 2012

Kuih BOM

Salam....dh byk hari tak dpt bersiaran kt sini....mlm ni cuma kuih bom jer la sempat di postkn.
Lembut dan tiada letupan / pecah semasa menggoreng....tqvm K'Baya di atas resepi kuih bom yg sedap ni ya...Schoolmate ida yg tinggal di New Berlin

Kuih Bom
Sumber : K'Baya ( New Berlin )

Untuk kulit.( Resepi kt bawah ni 1/2 adunan dari resepi asal )
  • 160 gm Potato... direbus dan dilenyek.
  • 180 gm Tepung pulut 
  • 40 gm tepung gandum
  • 50 gm gula kastor ( resepi asal 75 gm )
  • 100ml air...ida tambah sikit
  • 1/2 sk garam
Cara-cara:

Sebatikan bahan jadikan dough....pada mulanya dough ni rasa macam
kurang air...actually terus aja menguli ..nanti dia akan lembut
sendirinya...

Resepi Inti Kelapa K'Baya( buat 1/2 jika adunan atas 1/2 )
  • 200g Gula merah k'baya guna light brown.......ida guna Kurasato/gula merah Jepun
  • 150g Gula putih 
  • 350g Kelapa ( Ida guna kelapa kering hanya letak 150 gm jer )+tambah 1/2 cawan santan pekat dlm tin
  • 1 sdt Garam
  • 1 tbs Tepung gandum
  • 3 helai Daun pandan
  • Ida tambah sedikit air
cara:
Larutkan gula dulu bersama sedikit air then tapis letak dlm kelapa…kacau sampai pekat dan kering
kemudian masukkan yg lain lain.( kalau terlalu kering boleh tambah air panas dan kacau dgn api perlahan sekejap )

cara :
  • Bahagikan dough seberat 16gram ( ida agak2 jer ) leperkan masukkan inti, kemudian salut dengan bijan.
**nak golek dgn bijan, sediakan air semangkuk, golek kuih bom dlm mangkuk air then golek dlm bijan,   insyaallah bijan lekat pada kulit.
  • Panaskan minyak masak dan goreng...insyallah tiada letupan berlaku. 
Sorry erk gambar ala kadar jer ni, tak sempat nk possing cantik bagai..lgpon hari tu hujan sepanjang hari...tak der cahaya matahari.

Friday, June 15, 2012

Apam Balik II

Assalamualaikum....dan slm sejahtera semua serta selamat berhari minggu.
Beberapa hari ni nampaknya blog ida agak sepi aja......tuan dia asyik tak sempat jer nak menulis kt sini. Pagi ni curi2 masa sikit utk masukkan satu n3 sebelum meneruskan tugas2 harian. Meh kita layan menu apam balik ni pulak. Pernah buat resepi lain kt SINI. Kali ni ida try lak resepi dari myr pun ok gak cuma ida ada adjust sikit.

Apam Balik
Sumber : Myr by Ms Oreo..tqvm

Bahan-bahan ( 4-5 orang )
  • 2 cawan tepung gandum*
  • ½ cawan gula
  • 1 sudu teh soda bicarbonate...ida letak 1/2 sd teh*
  • 1 sudu teh baking powder....ida letak 1 1/2 sudu teh*Bhn * dicampur & ayak lebih baik
  • Sedikit pewarna kuning
  • 1 biji telur
  • 1½ cawan air ......ida letak 1 cwn susu segar & 1/2 cwn air
  • Ida tambah 1/2 sd teh garam dan 1 sb minyak masak
  • Sedikit mentega/planta untuk mengoles
Bahan tabur : Kacang tanah yang sudah dikisar, ida tambah gula halus( boleh letak gula perang ) dan jagung berkrim dlm tin

Cara-cara
  • Mesin gula bersama telur hingga kembang,( ida pukul dgn mixer )
  • Masukkan air dan pewarna kuning. Mesin/putar lagi hingga sebati.
  • Masukkan bhn ayak *, garam, minyak dan mesin/putar lagi sehingga sebati.
  • Masukkan susu....putar sebati/kacau sebati
  • Perap seketika
  • Panaskan kuali leper nonstick. Sapu planta/minyak di permukaan kuali, ambil tisu bersih, lap rata dulu minyak dlm kuali supaya permukaan luar kulit tdk b'tompok2 & tuangkan 1 senduk adunan tadi ( jika kuali kecil ) jika kuali besar, letak 2 senduk dan ratakan dgn belakang senduk tersebut.( ketebalan boleh ikut citarasa masing, buat nipis2 lagi sedap rasanya )
  • Biarkan seketika, bila nampak lubang2 timbul baru tabur kacang tanah, gula secukupnya......tunggu sekejap.
  • Lepas tu baru letak jagung krim...tompok2 kan. Tabur gula lagi secukupnya. Tutup kuali utk kuih cepat masak.
  • Apabila cukup masak, angkat dan dilipat DUA, oleskan marjerin/butter pada kulitnya semasa panas2. Selamat Mencuba!


Friday, June 8, 2012

Cekodok Pisang Berkelapa.....emmm sedapp!

Salam....

Cekodok pisang berkelapa
by: Ida @ Happy Cooking Time

Bahan-bahan:
  • 5 biji pisang sederhana / -+ 500 gm
  • 2 cwn tepung gandum / 250 gm
  • 3/4 cwn kelapa kering ( kalau ada kelapa fresh lg sedap )
  • 1/4 sk garam
  • 4 sb gula / secukup rasa
  • 1/2 sk baking powder
  • Kurang dari 1/4 sk soda bikarbonat ( sikit jer tau )
Cara-cara:
  • Pisang dikupas kulit & lenyek hancur
  • Gaul semua bahan hingga sebati, tambah sikit air jika nmpk kering.
  • Panaskan minyak
  • Sudukan satu2 ke dlm minyak / boleh jemput2 pakai tangan..goreng hingga habis

Tuesday, June 5, 2012

Tiramisu Cup Cake

Salam semua.......
Tiramisu versi cupcake pulak........
Sponge cake adaptasi dari SINI dan toppingnya adunan cream cheese dari SANA



TQVVM kpd yg sudi terjah sini dan komen...hanya jutaan terima kasih shj yg mampu ida katakan. Kpd yg b'tanya kt komen esp Norasikin ....ida bakar terus kek di dlm acuan cc ni, bila kek sejuk sikit, baru ida basahkan atasnya dgn air nescaffe dan topping dgn cream cheese serta hias......mcm buat lain2 tiramisu juga.

Monday, June 4, 2012

Blueberry Cheese Tart

Salam......
Hari ni baru berkesempatan menaip kt sini.....beberapa hari lepas agak bz sikit.
Okes..hari nk tayang b.cheese tart aja..udah lama dok dlm list, tak terbuat2, baru terlaksana beberapa hari lepas.. Waduhhh....rasanya, sedap yg amat rupanya! nyesal tak try awal2 dulu he.he. Tapi sekali sekala aja la...karang lg byk ternakan lemak kt badan nii  huhuuu

Resepi Cheese Tart
Boleh juga intai step by step : Dapur K'Azlita, Masam Manis...tqvm

Tart Crust / Shell

Bahan-bahan :
  • 170gm marjerin
  • 50gm gula aising
  • 1 biji telur Gred C
  • 290gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara :
  • Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
  • Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  • Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
  • Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.( dlm 20 -25 minit )
Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.

Cream Cheese Filling
Bahan-bahan :
  • 250gm cream cheese
  • 50gm gula kastor / gula halus
  • 1 biji telur Saiz B
  • ½ sudu teh esen vanilla / esen lemon
Cara-cara :
  • Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  • Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  • Masukkan filling ke dalam kulit tart.( ida letak blueberry jam )
  • Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
Filling :
Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.

Kejadiaannya tak munggil, maybe cheese dh terbiar lama kt suhu bilik...boleh la. Kaler lak agak kekuningan sbb telur kuning tu kuning sgt.

Cara-cara:
  • Tart crust yang telah siap dibakar dan disusun ke dalam loyang untuk proses seterusnya.
  • Isikan filling ke dasar crust. Lebih banyak filling..lebih sedap!( ida letak blueberry jem )
  • Picitkan adunan cream cheese filling ke atas filling tadi.Picit biar penuh membuncit.
  • Untuk melorek, ambil sedikit adunan cream cheese dan titikkan dengan beberapa titik pewarna.
  • Kacau rata2 hingga mendapat warna yang diinginkan.
  • Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi. Boleh tengok SINI @ SITU.thanks akak2 berdua.
  • Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri (lebih banyak lebih cantik...)
  • Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah untuk mendapatkan bentuk tersebut.
  • Bakar selama 5 minit. Siap!!!
Tips untuk dapatkan cistat yang gebu dan montok(mengikut pengalaman saya( K'Azita Zain ) :
  1. Jangan simpan cream cheese di tempat sejukbeku (frozen).
  2. Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
  3. Isi adunan cream cheese ke dalam piping bag untuk memudahkan proses mengisi adunan ke dalam crust.
  4. Picitkan adunan hingga penuh...hingga sampai ke bahagian sisi crust.

Exceli ida tak der acuan tart bulat yg sebenar, ida guna acuan silicon jer, herok pekok jadinya..huhuu yg 3 segi tu jer la, tapi ida lebih suka bulat2 kecik..comel jer nmpk