My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Wednesday, September 28, 2011

Muffin Oren

Firstly utk Izah ( Izah Muffin Lover )......mekasih byk2 di atas resepi muffin yg enak ini...harap izah terbaca n3 k'ida ni... k'ida tak sempat nk bgtau kt sana. Buat muffin ni dah lama.....dh jadi baja dh pun, baru sempat nk post sini. 
Izinkan k'ida copy respi & share kt sini lak yer. TQVM.....izah, mmmuahhhh!!!
Sumber : Izah Muffin Lover
Sumber asal : 
Terry, All Recipes


ORANGES MUFFINS
Bahannya:

  • 2 cawan tepung
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1/4 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh garam
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 sudu besar parutan kulit oren
  • 1/2 cawan butter (dicairkan)
  • 2/3 cawan jus oren -saya perah dari buah oren.....ida letak jus segera oren jer
  • 1 1/2 sudu besar oren sunquick -saya tambah
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan kacang walnut - saya tak letak...ida pun tak letak
topping : -saya tak letak, saya taburkan coklat chip......ida pun tak buat hanya  letak gajus

1 sudu besar butter cair

1/4 cawan gula perang

1/2 sudu teh ground cinnamon

Caranya:


  • Campurkan tepung, baking powder, soda dan garam, kemudian ayakkan ke dalam mangkuk yang besar. Masukkan pula gula halus dan parutan limau. Kacau sebati
  • Satukan jus oren, butter cair, oren sunquick dan telur. Kacau sebati dan tuang ke dalam mangkuk tepung tadi.
  • Gaul semuanya supaya bersatu, tapi jangan terlalu lama cukup sekadar semuanya sebati.
  • Masukkan ke dalam muffin try.
  • Untuk topping, gaul rata butter, gula perang dan cinnamon. Kemudian taburkan di atas muffin tadi.
  • Bakar muffin pada suhu 175 / 180 C selama 20-25 minit.

Ayam Goreng Berempah Soto

Salam.......tak nak cakap banyak sbb on hurry ni.....minta maaf banyak2 jika kunjung balas belum sampai. Mekasih banyak2 kepada yang sudi berkunjung ke sini.
N3 hari ni cuma resepi ayam goreng versi berempah yg paling express,hanya menggunakan pes soto segera sahaja, namun enak sekali.
RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH SOTO
Resepi : Happy Cooking Time


Bahan-bahan:

  • 1 kg ayam ( ida guna 1/2 wing chicken )
  • 1 sk serbuk kunyit
  • 2 sb pes soto segera.....boleh lebihkan
  • Air lemon dari 1/4 hiris
  • Optional...boleh tambah 1/2 sk atau lebih  serbuk lada hitam
  • Garam secukup rasa
*Jika menggunakan serbuk rempah soto, tambah bawang merah, bawang putih dan halia kisar, jika guna pes tak perlu tambah semua tu 
Cara-cara:
  • Ayam dibersihkan. Jika guna ayam seekor, potong saiz yang sesuai.
  • Perap ayam bersama bahan-bahan tersebut selama 1 jam
  • Panaskan minyak
  • Goreng ayam hingga masak

Monday, September 26, 2011

Chicken Tempura Breadcrumb

Salam dihari Selasa buat semua..........jutaan terima kasih di atas kunjungan ke HCT. Hari ini ida nak share resepi ringkas, pasti sedap dan pasti digemari anak-anak. Anak2 ida sangat2 suka ayam digoreng style cam ni. Ida selalu masak lauk ni sebagai bento/bekal diaorg ke sekolah.Buat pengetahuan semua,, makanan bergoreng breadcrumb ni adalah satu salah satu makanan lazim/menu kegemaran orang Jepun selain daripada goreng tempura biasa. Cuma apa yang ida buat kali ni, ida gabungkan dua2 bahan tersebut...tempura + breadcrumb. Memang sangat rangup hasilnya.
Ida biasanya menggunakan 'boneless chicken' lebih senang utk anak2 makan. selain daripada ayam.....ikan, udang, sotong, fishcake,chikuwa serta lain2 juga sedap digoreng macam ni.

Bahan-bahan perap ayam:
  • 5 keping boneless chicken
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci halia*
  • 1 sk serbuk lada putih
  • 1 sk serbuk pati ayam
  • 1 1/2  sdb mayonis
  • garam seukup rasa
Bahan salut:
  • 2 cawan tepung tempura@secukupnya
  • Air secukupnya utk bancuh tepung tempura atau lebih kurang 1 1/2 cwn
  • Sedikit garam, serbuk lada sulah, serbuk pati ayam.#
  • 2 cawan serbuk roti/breadcrumbs @ secukupnya
Cara membuatnya:
  • Ayam dibersihkan, dipotong 2 @ saiz yang sesuai
  • Kisar bahan yang bertanda *
  • Gaul ayam bersama bahan * dan bahan lain...perap seketika
  • Bancuh tepung tempura dgn air serta #
  • Celupkan ayam ke dalam bancuhan tepung, kemudian lumurkan dengan serbuk roti/breadcrumb
  • Goreng hingga masak dan garing di dalam minyak yang banyak.
*Selain utk dimkn bersama nasi, ida pernah buat ayam style gini utk set 'chicken chop'...tak sempat nk amik pic pun.  Ida pernah post n3 'Chicken Chop'versi celup tepung biasa jer baru. 

Sebenarnya kali ni ida masak ayam ni sebagai pelengkap bento nasi lemak kat bawah. Bento ni sebagai lunch utk kawan kami yang baru sampai dari M'sia ke sini semalam. Untuk makan malam kami jemput mereka  makan kat rumah kami. ...menu dinner pulak ida buat Nasi Ayam Ipoh dan Laksa Utara....dua2 pun sedapkan. Ye la, hari pertama sampai ke bumi Nihon, mana la ada lagi kelengkapan bahan utk masak kan.  Jadi ini sahajalah bantuan dari bahagian ida sendiri, lain2 bantuan tu hubby yang uruskan.
Ini lah bento nasi lemak ida buat semalam........bila2 free ida n3 resepi nasi lemak & sambal bilis tu
Contoh tepung tempura kt Japan. TQVM to e-na ( Lovely Kitchen ) krn memperkenalkan tepung tempura ni. Ia lebih ranggup dari yg ida biasa guna...sayang e-na..mmmuahhh!

Friday, September 23, 2011

Roti Sosej Goreng & Donut Ball dari satu doh

Salam kembali.........baru berkesempatan untuk post n3...arghhhhh, sibukknyer tuan rumah ni. Resepi dua2 ni dari doh 'Donut Ball Resepi II Dayang Jack'. Masa mula2 buat resepi skodeng dapur izah ( Izah Muffin Lover ). Yang berbeza pada resepi ni,masa nak bentukkan jadi donut ball/roti sosej ni tak payah tunggu doh tu kembang, lepas uli, terus bulat2kan/bentukkan selepas tu baru tunggu ia kembang sikit baru goreng. Ida suka cara gini, sebab senang nak bentukkan dia. 
Anyway mekasih banyak2 pada dua2 pun...muahhh. Dah 3x kut buat, mmg best sgt la donut ni...lembut hingga esok hari. Kali ni ida doublekan doh, so boleh buat roti goreng sosej ngan donut ball sekali, puas hati makan bebudak ni. Esoknya tinggal sikit lagi utk sarapan....anak2 request buat lagi. Ummi dia bagi alasan tepung dah habiss...ha..ha..ha
Tak berapa comel rupa dia....namun tetap best!!
Resepi lebih kurang sama cam dulu gak...cuma ida lebihkan marjerin sikit.


DONUT BALL( Resepi II)
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
Sumber : Izah Muffin Lover

bahan-bahan:
  • 2 cawan tepung gandum atau tepung high protein ( ida guna tepung roti )
  • 2 1/2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 1/2 sudu besar yis mauripan + 1/4 air suam (direndam hingga berbuih)
  • 1 sudu kecil ovallette
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar marjerin....ida letak 1 1/2 sb
  • 1/3 cawan air / susu segar (-/+)
  • gula saduran
**(jika menggunakan susu segar, tidak perlu letak susu tepung)


Cara-cara :( Ida tak ikut cara ni, sbb guna BM, so ida masukkan jer sume bhn ke dlm mesin bread maker tu, tunggu siap uli baru bentukkan )
  • Kisar semua bahan (kecuali tepung, ovallette, yis dan gula saduran) hingga sebati.
  • Di dalam bekas yang agak besar, ayakkan tepung dan buatkan lubang di tengah-tengahnya. Tuangkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi, yis dan ovallete. Uli hingga menjadi doh. Jika adunan terlebih lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung.
  • Bahagikan doh kepada 20-22 bahagian dan bentukkan seperti bebola. Gunakan sedikit tepung untuk membentuknya (sekiranya doh melekat di tangan). Susunkan di atas dulang yang disapu dengan sedikit minyak atau ditaburkan tepung. Rehatkan sebentar selama 10 minit atau ikut suka.( ida rehatkan lama sedikit, dalam 30 - 40 minit )
  • Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, gorenglah donut tadi hingga keperangan. Toskan.
  • Sadurkan dengan gula icing/gula halus atau hiaskan dengan topping kesukaan.
Kalau nk buat roti sosej goreng:
  • Sediakan sosej yang mencukupi dan celur sekejap
  • Toskan dan potong 2
  • Lapkan dgn tisu jika masih basah2
  • Ambil  doh tadi secukupnya, gentel panjang & lilitkan pada sosej.


*Tips dari Ida supaya donut tidak hitam semasa digoreng.....
-Panaskan minyak dgn api yg sederhana shj
-Jangan goreng dalam minyak yang terlalu panas
-Goreng dgn api yg perlahan sahaja
-Tutup kuali semasa menggoreng supaya donut masak sekata dalamnya dan sentiasa pantau semasa menggoreng, jangan tinggal
-Kerap kacau supaya donut tidak hangit dan masak sekata

Memang gebuss halus tekstur dalam donut ni.....ala2 'Dunkin Donut' sikit. Kawan ida kat sini cakap,macam rasa donut kat Mister Donut kat sini. Kalau ida gi Jusco, mesti lalu kat tepi kedai donut....tergoda iman bila tengok donut2nyer yg comei dan nmpk lazat tu...nak beli tak tau yg mana boleh. Nak tanya, tak reti sgt cakap nihongo..tengok jer la.

Monday, September 19, 2011

Tauhu Fa Longan

Salam buat semua.........tauhu fa ni sangat sedap! Ida beli tauhu lembut yg siap dlm peket, balik rumah ida letak longan, air gula melaka + air longan.( kemanisan ikut selera masing2 la)..fuhhhh, cuaca panas2 mmg best sgt bila pekena menda ni. Tapi cuaca kt Japan ni dah mula sejukkk....summer akan pergi, autumn akan kembali semula. Hari tu ida ada bawa tauhu ni ke majlis hari raya group kami kat sini.
Saper2 dok Japan, boleh dapatkan di pasaraya EON.( Jusco, Max Value ). Mekasih banyak2 kepada E-na ( Lovely Kitchen ) yg memperkenalkan tauhu ni.
Resepi tak yah letak la ye....tauhu lembut tu pun ida beli yang segera...balik umah letak air gula melaka + sedikit air longan & buah longan. Dessert yang sedap!!

Thursday, September 15, 2011

Alhamdulillah, dapat juga merasa....

Ketupat nasi dan lemang pemberian kawan hubby yang datang  berkursus di sini beberapa hari selepas raya hari tu. Serunding daging pun dia bagi juga. Alhamdulillah......mekasih banyak2.
Walaupun rupa dia dah tak cantik tapi alhamdulillah dapat juga merasa. Buah manggis ni cerita lama dah...hubby beli kat Costco..hubby angkat 3 pkt masa tu.

Wednesday, September 14, 2011

Koleksi kek ala2 'Chocolate Indulgence'

Salam sume.......kebanyakkan koleksi kek ala2 chocolate indulgence ni tempahan kawan2 ida kt sini. Gambar dah lama sangat terperap dalam album, baru hari ni rajin sikit nak update.
Kek ni tempahan kawan ida Dayang utk b'day anak kesayangannya Haziq..aunty dh lupa dh bila datenya.

Pinjam gambar dari album kt fb kawan ida Dayang, sbb nakkan view dlm, tqvm ye Dayang....kek ni Dayang tempah utk b'day hubby dia  7/9/2011...ni kira yg paling latest. 
Kek yang ditempah oleh kawan ida Nura utk anaknya Danish yg fanatik dgn otomen.....
Yang ni bukan ditempah oleh sesape....ida sajer buat utk majlis makan2 group kami kt sini tahun lepas
Slice dari kek kat atas........boleh la, tak der la sebiji cam kt secret recipe tu...sekadar utk melepaskan rindu jer. But kek ni sangat digemari ramai orang...gabungan white & dark chocolate dlm krimya menjadikan kek ini sungguh lazat sekali!!

Tuesday, September 13, 2011

Orange Cheesecake

Salam kembali buat semua.......kejap timbul kejap tenggelam jer tuan rumah ni.....dlm beberapa hari ni blog kureng sihat sikit, jadi tuan dia pun tak der mood nk update. Sebelum tu, saper  nk mkn cokelat..boleh la amik kt atas nun k...Hidangan sempena rumah baru, rumah lama dah tak boleh pakai lagi, try install semula template sebelum namun masih sama....tetap kucar-kacir design blog ida...last2, terpaksa tukar rumah baru. Entah la, blog kena hack ke, apa ke...tak tau puncanyer...
Ciskek yang sgt lazat ni ida buat sbg buah tgn ke rumah kwn ida 'Yatie Chomeyl' yang buat open house Sabtu lepas. Ida edit dari resepi basic simple ciskek dari bos lama ida dulu masa bujang2. Pernah buat '3 layer cheesecake' dari resepi basic resepi ciskek ni.


Resepi asal : Simple cheesecake from our old manager
Olahan Happy Cooking Time > Orange Cheesecake
BAHAN:

Adunan cheese:
  • 500 gm cream cheese ( pada suhu bilik )
  • 4 biji telur sederhana
  • 1 cawan gula
  • 4 sdb orange sunquick pekat
  • 1 sdk essen vanilla
  • Optional....bahan lain 2 sb madu ( jika letak madu, kurangkan sikit gula )
Hiasan :
  • Fresh fruits
  • Buah dalam tin
  • Fruit sauce ( ida letak strawberry sauce )
  • Paper cups
Cara-cara:
  • Pukul cream cheese bersama gula hingga sebati
  • Masukkan bahan2 lain ........pukul sebati
  • Bakar selama  50 - 60 minit atau hingga masak  pada suhu 160 C- 170 C shj secara water bath./steam bath. 
  • 'Water Bath'....loyang kek ( spring form ') yg dibalut bahagian bawah dgn aluminium foil diletak ke dlm loyang satu lagi yg lebih besar diisi sedikit air panas dlmnya. Masukkan kedua2 ke dlm oven sms proses baking.
  • Apabila kek dh sejuk, simpan di dlm peti sejuk 3-4 jam @ semalaman sebelum dikeluarkan dari loyang dan baru potong
  • Hias ikut citarasa masing-masing.
Slice sebelum dicurahkan fruit sauce........lupakan diet seketika.
Very soft, orange taste.....emmmm...yummy!!

Friday, September 9, 2011

????.....ngaper design blog tiba2 ada yg tak kena!

Salam.......
Mula2 ingatkn loadingnyer lambat....Tapi, dr smlm sama jer.....PERASAN TAK? Bahagian tengah kt post ni /resepi ....asalnyer backgroud dia kaler dark coklat....now plain sume cam kt side bar, tak best tgk sbb tulisan agak kureng nmpk. Adehhhhh.....pas tu gadget ada yg berterabur susunannya. Ngaper dia sendiri jadi camni haaaa....ida tak ubah apa2 pun. Tadi ida ada bgtau hubby.....dia pun tak tau ngaper..
Haiiiiiiiiiiii........bosannnnyer.............

9 th Anniversary Wedding & Blueberry Mocha Cake


Semalam tanggal 8.9.2011 genap umur perkahwinanku selama 9 tahun bersama suami tercinta. Alhamdulillah syukur kepadamu ya Allah dia atas kebahagian dan rezeki yang telah engkau berikan, memanjangkan usia perkahwinan kami hingga ke hari ini......dan berharap hingga ke hujung nyawa kami....amin. 
Sempena hari yang penuh bermakna ini..........ida merajinkan diri siapkan sebiji kek yang tidak seberapa  deconya...yang penting ia sedap & lazat sekali!! Mula2 tak tau nak bagi nama apa kek ni, last2 ida letak nama ' Blueberry Mocha Cake' sesuai kut dgn rasanya. Basic chocolate sponge cake ida amik resepi dr resepi kek blackforest MyR oleh Sharm. Mekasih banyak2 kpd tuan punya resepi. Dah banyak kali buat resepi kek ni......pernah buat Kek Black Forest sebelum ni, resepi lum sempat n3 lagi. Krim mocha ida buat resepi sendiri.


Chocolate Sponge Cake
  • 120 gm gula kastor......ida letak 150gm
  • 100 gm tepung gandum *
  • 20 gm serbuk koko......ida letak 40 gm*
  • 4 biji telur
  • 10 gm ovalette
  • 20 gm air sejuk......ida letak susu segar
  • 1 sk essen vanilla
  • 20 mls minyak jagung...ida letak minyak biasa
  • 2 sd teh serbuk nescafe *..ida tambah
Krim mocha:
  • 600 mls whipping cream
  • 7 sb gula halus
  • 3 1/2 sd besar serbuk koko*
  • 2 sk serbuk nescafe*( * dibancuh pekat / bentuk pes dgn sedikit air panas )
  • 1/2 sk garam
  • 1/2 sk essen vanilla
Hiasan:
  • Pure blueberry jam secukupnya....boleh juga pakai blueberry filling
  • Coklat rice
  • Cherry 
  • Coklat bentuk hati/love atau apa2 shj
Cara-cara:Kek
  • Ayak bahan bertanda *
  • Satukan semua bahan ke dalam mangkuk besar kecuali minyak
  • Putar pada kelajuan tinggi selama 10-15 minit
  • Perlahankan putaran masukkan minyak....putar sebati shj
  • Griskan loyang/alas dgn baking sheet dan bakar selama 30-35 minit .....ida bakar pada suhu 180 C selama 45 - 50 minit.
  • Biarkan kek sejuk dahulu baru potong kepada 3 lapisan yang sekata.
ATAU 
  • Boleh bakar selapis2, maknanya adunan di bahagi 3, dan bakar 3x. Cara ini akan menghasilkan lapisan yang lebih cantik.
  • Setiap lapisan bakar lebih kurang 15 minit.
Cara membuat krim mocha & hiasan:
  • Satukan bahan krim ke dalam mangkuk besar
  • Putar hingga kembang dan sedikit pekat.( jgn terlalu pekat, jika terlalu pekat sapuan krim pada kek tidak akan licin/smooth)
  • Letak lapisan kek pertama @ paling bawah pada dulang rata / pinggan 
  • Sapu krim secukupnya pada lapisan pertama, kemudian baru sapu rata jem blueberry ke atas krim.( letak lebih lagi sedap)
  • Buat cara yang sama pada lapisan ke-2.Ambil lapian ke-3 tutup atasnya.
  • Sapu rata lebihan krim pada keseluruhan kek...kemudian hias ikut citarasa 


Wednesday, September 7, 2011

Red Velvet Cake di hari lebaran dan Salam kembali....

Assalamualaikum dan salam sejahtera.........dah masuk syawal ke-10, semua rasanya dah mula kembali bertugas. Alhamdulillah, kita dipanjangkan umur olehNya untuk menyambut syawal pada tahun ini. Selepas raya hari tu, mood untuk blogging sgt2 malas  dan keadaan juga tidak mengizinkan.....kebetulan lepas raya hari tu, perut ni tak berapa selesa dan badan tak berapa sihat..terkezzut agaknyer sbb masuk mcm2 dlm satu hari.
Sambutan hari raya kami sekeluarga diperantauan sama juga seperti tahun2 sebelum ni....cukup sederhana. Untuk memeriahkan sedikit suasana hari raya, kt rumah ni masa hari raya pertama, ida ada juga buat rumah terbuka join dgn kawan ida. Ida masak tak banyak menu cuma nasi hujan panas, ayam merah madu berempah, acar mentah dan termasuklah RVC ni....Kawan ida Aimi masak bihun soto, kuah kacang & sate...tu pun rasanyer dah banyak.
Sebenarnya ada lagi 2 buah rumah kawan ida yg lain adakan rumah terbuka hari raya pertama tu
 Selepas dah kenyang kat rumah ida, mereka serang pulak 2 buah rumah yang lain. Ida pun turut sama gi serang. Menu 2 rumah kawan2 ida ada nasi tomato, daging kari, acar, lontong, sambal sotong serta rendang daging dan ayam, pulut kuning, nasi minyak, kari ayam, rendang tok rasanya, sambal bilis kering....berbagai jenis kuih raya & kek. Memang balik rumah terbongkang hari tu...perut kekenyangan sgt.
Selamat Hari Raya sume!!!....Ni la rupa sebiji RVC yg ida buat hari tu....ha..ha Teruk benor rupanya kan... kes nak cepat la ni. Gambar penuh kek ni blur jer la.....sebenarnya snap tergesa2 masa hari raya tu, member2 dah penuh  kt dlm umah....nak snap lebih2 segan la pulak. Tapi kan macam dah jatuh cinta la dgn kek ni dah...serasi dgn tekak nii, bagi ida sedap sangat la....walaupun belum pernah lagi rasa the real taste yang dijual kat kedai tu.
Psst......terima kasih yg tidak terhingga di atas kunjungan semua ke sini.....mana yang ida belum dapat buat kunjung balas tu, ida mohon maaf banyak2 sangat. Kunjungan teman2 semua amat ida hargai.....
RVC yang tak berapa nak merah sbb tak der pewarna yg betul2 merah. ....resepi  dari  Joy of Baking. Plan mula2 ingat nak potong 3 lapisan...last2 buat 2 jer dh kemalasan hari tu. Tu sbb lapisan atas nmpk lebih tebal..he..he Pernah buat sebelum ni. Yang dulu boleh tengok SINI. tapi utk kali ni ida ikut cara Hana, campurkan susu dgn cuka utk gantikan butter milk. Resepi asal dari Joy of Baking jugak.Mekasih banyak2 ye na, ida copy resepi yg sama dari blog hana jer la k..TQVM
RESEPI RED VELVET CAKE
source : joy of baking
terjemahan : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
Bahan Kek

  • 250g tepung kek *......ida guna tepung gandum biasa + 1 sd teh soda bikarbonat
  • 1/2 sk garam *
  • 15g @ 2 sudu besar serbuk koko * (bahan * ayak)......ida letak 1 1/2 sdb jer
  • 113g @ 1/2 cawan butter.......ida letak 120 gm
  • 160g gula kastor - resepi asal 300g
  • 2 biji telur gred A
  • 1sk esen vanila
  • 240ml @ 1 cawan buttermilk - jika tiada ikut cara dibawah...ida letak 220 mls shj
  • 2sm liquid merah @ 4sm serbuk pewarna merah ...ida letak 1 sm jer
  • 1 sk cuka......ida letak 2 sm sbb guna cuka buah
  • 1 sk soda bikarbonat


Cream Cheese Frosting.....ida tak buat yang ni
  • 227g cream cheese 
  • 227 mascarpone - hana ganti cream cheese
  • 115g @ 1 cawan gula kastor 
  • 360ml @ 11/2cawan whipping cream 
  • hana tambah susu segar sedikit utk frosting yg agak lembut 
Cream cheese frosting yang ida buat kali ni:
  • 500 gm cream cheese 
  • 400 mls / 2 kotak whipping cream 
  • 7 - 8 sdb gula halus @ secukup rasa 
  • 1/4 sd teh garam
  • 2 sm/sdb oren sunquick pekat
Cara-cara

  • Cara penyediaan buttermilk - Satukan 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka. Biarkan sebentar dalam 10-15min sehingga susu jadi agak pekat. Boleh gantikan cuka dengan jus lemon atau cream of tartar dgn sukatan yang sama. 
  • Panaskan oven suhu 170darjah celcius. Sapu loyang dengan butter. 
  • Dalam mangkuk, satukan gula dan juga butter. Pukul hingga lembut lebih kurang 1-2minit. 
  • Masukkan telur satu persatu dan teruskan memutar hingga kembang dan gebu.
  • Dalam cawan buttermilk satukan dengan pewarna merah dan kacau sebati hingga pewarna tidak berketul2. 
  • Kurangkan kelajuan mixer, masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk sebanyak 3 kali. (tepung,buttermilk,tepung,buttermilk,tepung) 
  • Mangkuk kecil, satukan soda bikarbonat dan juga cuka hingga berbuih. Tuang cepat2 ke dalam adunan kek dan kaup balikkan sebati. 
  • Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30-40min atau sehingga masak.Ida bakar lebih kurang 50 minit dlm suhu 170 C. Cucuk lidi dahulu untuk memastikan kek masak. Jika bersih tandanya sudah masak. 
  • Sejukkan di atas redai kemudian belah 3 atau 4 bahagian. 
  • Sementera menunggu kek sejuk, sediakan cream cheese frosting. Satukan creamcheese bersama bahan2 lain dan putar sehingga smooth dan sedikit pekat ( agak2 kepekatannya dah sesuai utk disapu pada kek ) Sapukan setiap lapisan kek dan hias ikut suka. 
  • Sejukkan di dalam peti ais dahulu untuk kenikmatan yang berganda. :))) 
Potong dan hidangkan.