My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Sunday, January 30, 2011

Nasi Bukhari @ nasi daging


Simple set nasi bukhari...





















Ayam goreng berempah bukhari...
Tok sah tenung lama2 dekat ayam tu...ayam terlebih hitam la pulak..tapi sedapp ni.










Malas betul nak n3 benda yg sume adik-beradik nasi ni......sbb ceritanyer panjang sikit, hari ni menggagahkan diri untuk mengarang cerita pasal nasi ni....ni kira menu nasi yg paling latest di ambil pic, pic yg lain2 masih dok terperap lagi dalam hard disk ida.....aduhhh.
Ida pakai perencah bukhari jenama iman dan campur sikit ngan serbuk rempah bukhari sebab ida bubuh beras lebih. 1 pkt perencah ni hanya utk 2 1/2 cwn beras sahaja. Kedua2 rempah bukhari ni adalah pemberian seorang kwn, kira b'gelar kakak ...K'Rusnah yg dtg b'kursus kat Japan selama 3 bulan hari tu. Sebelum balik M'sia, dia tinggalkan sume rempah-ratus yg dia ada kat ida. ..alhamdulillah. Terima Kasih banyak2 kak...mmg sedapp!

NASI
Bahan-bahan :
  • 4 cawan beras basmathi....basuh dan toskan
Rempah ni dimasak lebih, nanti dibahagi2.... utk digaul dgn beras dan digaul dgn ayam goreng
  • 1 pkt perencah bukhari( 90 gm ) dibancuh dgn sedikit air panas dan kacau rata
  • Tambahan serbuk rempah bukhari.....3 sd besar/kalau tak ada, boleh pakai rempah kurma aja( bancuh bersama perencah di atas )
  • 1 1/2 sd besar rempah jintan putih
  • 1/2 sd besar serbuk lada hitam yg kasar....boleh dilebihkan
  • 2 inci halia *
  • 2 labu bawang besar *
  • 6 ulas bawang putih *
  • 3 sd besar minyak sapi
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1/2 sd besar gula
  • Garam secukup rasa
  • 1/2 biji lemon...ambil airnya
  • 1 cawan susu segar/susu cair
  • 3 1/2 cawan air.....sukatan air b'gantung pada jenis beras
  • Tambahan sedikit air semasa menumis
Kisar semua bahan bertanda *

Bahan menumis:
  • Rempah 3 sekawan....3 batang kecil kulit kayu manis, 4 kuntum bunga lawang, sedikit buah pelaga
  • 4 ulas bawang putih....dimayang halus
  • 1/2 labu bawang besar/5 ulas bawang merah...dimayang halus
  • 1 inci halia......dimayang halus
Cara-cara:

  • Panaskan minyak sapi & minyak masak, masukkan bahan menumis, tumis sehingga naik bau dan sedikit garing
  • Masukkan bahan kisar, tumis sekejap, masukkan bancuhan rempah bukhari, serbuk jintan putih dan serbuk lada hitam.....tumis sehingga naik bau.
  • Masukkan 1/4 cawan air, gula, air perahan lemon dan sedikit garam dahulu....kacau sekejap & tutup api.
  • Bahagikan rempah kepada 2 bahagian.....lebihkan sedikit pada bahagian beras.
  • Ambil 1 bahagian utk beras, campurkan ke dalam beras, masukkan susu, air dan garam secukup rasa ( ida letak lebih kurang 3 sd teh )....kacau dan masak menggunakan periuk elektrik @ dapur gas.
AYAM GORENG BREMPAH BUKHARI

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam bersaiz kecil @ 1/2 ekor besar...dibersihkan
  • 1/2 sd besar serbuk kari
  • 1 sd teh serbuk jintan putih
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa
  • 1/4 biji lemon
Cara-cara:
  • Gaul ayam bersama bahan2 di atas
  • Panaskan minyak masak, goreng ayam dengan api sederhana sehingga masak
  • Di dalam kuali, panaskan sekejap rempah bukhari yg disimpan tadi..jika terlalu kering, tambah sedikit air.
  • Masukkan ayam goreng tadi & gaul sebati.
  • Jika nak tambah hirisan bawang besar pun boleh.
  • Jika kurang masin, boleh tambah lagi garam.

Friday, January 28, 2011

Moist Chocolate Cake


Mountain with Snow....


































































Kali ni try versi moist pulakk....hari tu nmpk kat dapur K'Ina( Inahar's Cooking Time ) terus masuk list....moist tapi kn, ida cam tak pas lagi la buat versi moist ni...cam padat sikit tekstur dia...atau sukatan susu cair tu 1 tin berapa ml erk.....sebab ida pakai susu segar jer...ida letak 400 mls...betul ke? 1 tin susu cair sama ngan 400 mls....tolong ida saper2 kekawan kat m'sia. Len kali nak kena buat lagi...maybe kena kurangkan ke 300 mls jer kut..entahla..

Sumber : K'Ina ( Inahar's Cooking Time ) resepi asal alongroz ( MyR )...mekasih bebanyak

Bahan-bahan :( utk saiz loyang 8-9 inci bulat )

  • 100 gm serbuk koko*
  • 1 tin susu cair...ida letak susu segar 400 mls..len kali maybe kena kurangkan kut*
  • 200 gm minyak sayuran....dlm 220 mls*
  • 250 gm susu pekat...dlm 200 mls*
  • 4 biji telur...pukul hingga berbuih dengan mixer
  • 250 gm gula kastor*...lain kali kurangkan sikit
  • 150 gm tepung gandum
  • 1 sd teh bic soda
  • 1 sd teh baking powder
cara-cara:
  • campur semua bahan bertanda * dan masak dgn api perlahan sehingga licin.Tak payah sampai menggelak
  • satukan dengan telur yg telah dipukul tadi.
  • Gaulkan bahan2 kering ( ida ayak bersama ) dan campurkan sedikit2 ke dalam bahan di atas kacau sehingga sebati
  • Masukkan ke dalam tin/loyang yg dilapik @ disapu minyak
  • Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air menggelegak sebelum dikukus
  • Bakar secara waterbath pun boleh ( iaitu dgn meletakkan loyang adunan kek ke dlm satu lagi loyang besar yg diletak air panas lebih kurang separuh loyang adunan ) 180 C selama 50-60 minit
  • Sejukkan dahulu sebelum dihias dgn aising/ganache
Ida sapu ganache seperti di bawah...
Chocolate Ganache:
  • 200 gm coklat masakan
  • 100 mls whip.cream
  • 80 mls susu segar
  • 3/4 sd besar butter
Cara-cara :

  • Panaskan dahulu susu & whip.cream secara double boiler
  • Apabila agak2 sudah panas, masukkan coklat....kacau sehingga cair,baru masukkan butter kacau dan tutup api.
  • Tunggu adunan coklat agak pekat sedikit baru disapu pada kek.
White chocolate ganache:
  • 60 gm white chocolate
  • 30 mls whip.cream
Cara-cara:...sama cam kat atas
Tambahan : Strawberry dip dgn coklat sebagai hiasan & apa2 cookies

Thursday, January 27, 2011

Yakiudon @ Fried Udon











































Udon adalah salah satu mee yang terdapat di Jepun. Teksturnya bewarna putih dan tebal ( 4-8mm wide ). Ia diperbuat dari bahan asas seperti tepung gandum, garam dan air.
Ia dijual dalam bentuk fresh, dry dan freezer. Udon yang ida gunakan adalah yg fresh.
Kalau kat restoren, kami biasanya makan 'Tempura Udon' udon yg dihidangkan dgn kuah sup panas serta topping atasnya diletak apa2 tempura ( deep fried vegetables/seafood ).....nak buat sendiri tak tau bahan nyer yg mana boleh dimakan, terutama nak buat soup dashi dia..uhuhuhhu Kalau buat pun mesti tak sama rasa cam kat kedai...
Setakat goreng tempura tu boleh la...tapi tak se-crispy cam yg dimakan kat restoren Jepun...

Inilah dia sarapan kami pagi tadi. Ida goreng ikut tekak orang melayu je ni....

Bahan-bahan :
  • 3 pkt mee udon ( all 600 gm )
  • 4 ulas bawang putih.....dikisar
  • 1 labu bawang besar....dikisar
  • 1/2 sd besar serbuk cili/1 1/2 sudu besar cili kering yg dikisar.....boleh dilebihkan
  • 3 sd besar sos ikan/nam pla
  • 3 sd besar sos tiram
  • 3 sd besar sos tomato
  • 4 sd besar kicap pekat.....ida letak sos mee goreng jenama Mahsuri...sedappp
  • Garam secukup rasa
  • Air lemon dari 1 hiris kecil
  • Sayuran ikut banyak mana suka..eg: Sawi, Taugeh,kobis etc
  • 1 cawan hirisan isi ayam
  • 1 1/2 cawan isi kerang yg direbus dahulu sekejap
  • 2 biji telur
Cara-cara :
  • Tumis bahan kisar hingga naik bau dan sedikit garing. Masukkan cili...tumis sehingga cili masak.
  • Pecahkan telur....tunggu sedikit masak dan kacau
  • Masukkan semua sos dan kicap, air lemon, isi ayam serta kerang...kacau sehingga semua masak. Jika terlalu kering tambah sedikit air.
  • Masukkan mee udon tadi....kacau seketika baru masukkan sayuran, dan kacau.
  • Perasakan dengan garam secukupnya dan perah air lemon.....kacau.
  • Sedia dihidangkan bersama apa2 sambal....ida makan dengan sambal cuka.





















































Wednesday, January 26, 2011

Spaghetti Bolognese
























Baru kerajinan nak snap pic menu ni......dlm rumah ni, ada yg suka dan ada yg tak berapa suka....yg paling gemar makan, si kecik tu...dia kalau adik beradik mee jer memang berselera makan. Cuba bagi nasi....lauk dulu yg dimakannya...pas tu nasi 2-3 suap dah tak mo....takkan nak makan mee jer dik oi....ida bubuh bahan ikut selera tekak ida jer ni....apa-apa pun jom layannnn....

Bahan-bahan : A

  • 250 gm spaghetti - direbus sehingga lembut, titiskan beberapa titik olive oil ke dlm air rebusan
  • toskan setelah lembut
Bahan-bahan kuah :

  • 300 gm daging lembu kisar......boleh dilebihkan
  • 1/2 labu bawang besar *
  • 4 ulas bawang putih *
  • 3 hiris nipis halia *
Kisar bahan bertanda *
  • 1 labu bawang besar.....didadu halus
  • 1 biji tomato.........didadu
  • 1 botol sos pasta/435 gm....boleh dikurangkan
  • 3 sd besar sos tomato
  • 2 sd teh serbuk cili....boleh dilebihkan/dikurangkan
  • 1 sd teh serbuk lada sulah
  • 1 sd teh/lebih serbuk lada hitam.....yg kasar
  • 1 sd besar gula
  • Garam secukup rasa
  • 1 sd teh oregano
  • Opptional.....serbuk perasa kalau suka
  • Cendawan bulat ( shitake )....dipotong nipis
  • Sedikit air utk tambahan kuah...kepekatan kuah ikut citarasa masing2
  • Sedikit olive oil untuk menumis.....boleh juga pakai minyak biasa
CARA_CARA :

  • Tumiskan bahan kisar /bahan *sehingga naik bau/sedikit garing
  • Masukkan bawang besar, tomato yg didadu dan serbuk cili......tumis sekejap
  • Masukkan daging cincang dan serta bahan2 lain....kacau sehingga masak.
  • Tambah air jika kuah terlalu pekat dan teruskan memasak.
  • Sedia dihidangkan bersama spaghetti....maka jadilah spaghetti bolognese ..sbb itulah nama asal diberi..


Monday, January 24, 2011

Steam Chocolate Cake











































Makan kek lagiiii.....ish3....tak dak menda lain ke tuan rumah ni masak......ada2, cuma tak n3 jer...berkepuk2 dlm hard disk sebenarnya he..he, len kali la n3 benda lain tu..wat semalam lagi....hari ni ada lagi sikit...so bolehla make-up sikit dia, semalam dah tak sempat nak pakai make-up......meleleh tak tgk..hi..hi. Bagi chance kat strawberi b'posing, sbb kat Japan ni tgh musim dia ni....lepas2 ni dah tak dak..Apa-apa pun layannn ...zassss...Emmm...yummy

Sumber : K'Ummi ( Home sweet home ), resepi asal CMG...thanks a lot to both of u

Bahan-bahan :

  • 1 3/4 cwn t.gandum *
  • 1 cwn serbuk koko *
  • 1 1/2 c. teh baking powder*
  • 1 c.teh soda bikarbonat *
  • 1/2 c.teh garam halus *
  • 1 3/4 cwn gula halus.....ida letak 2 cwn
  • 3 biji telur gred A
  • 1 cwn minyak jagung/sayur
  • 1 c.teh essen vanilla
  • 200 mls susu cair...ida pakai susu segar#
  • 1 caawan air panas #
  • 1 camca teh nescafe #
Bahan bertanda * diayak bersama
Bahan bertanda # dicampur bersama dan kacau sebati....ida kacau dulu nescafe dgn air panas, pas tu baru campur dgn susu

Cara-cara: ( ida tak ikut sepenuhnya cara asal )

  • Pukul telur hingga kembang, masukkan gula, pukul sekejap
  • Masukkan pula bahan ayak dan campuran susu......pukul perlahan sehingga sebati
  • Akhir sekali masukkan minyak dan essen vanilla.....kacau sebati dengan spatula
  • Sebelum itu panaskan air di dalam kukusan sehingga mendidih
  • Tuangkan ke dalam loyang yg telah di alas cooking sheet/disapu mentega/minyak
  • Kukus selama 1 jam/sehingga masak
  • Apabila kek sudah masak, sejukkan dahulu sebelum dipotong dan boleh la dihias ikut citarasa masing2....

Saturday, January 22, 2011

American chocolate cake lagi..



Sekali lagi K'Azma kawan ida tempah kek......Happy Belated Birthday kak...20hb hari tu...kali ni kek cokelat lak...nmpknyer b'turut2 la makan kek ye kak.
Dia tak mo tulis apa2 pun atas kek ni...ok, ida ikut aja..design pun ida bantai je ni....rupa apa pun tak tau. Teruknyer rupa kek ni kan.....sememeh smcm je.











Resepi kek sama ja cam sebelum ni....boleh cari kat Label Kek...cuma krim tu ida campur chocolate emulco.
Coklat ganache tu pulak...he.he, pakai bantai ja...






Coklat ganache:

-200 gm coklat masakan
-100 mls whipping cream
-3 sd besar susu pekat
-1 sd besar butter

cara-cara:
  • Satukan dalam mangkuk, cairkan secara double boiler
  • Setelah sudah cair dan sebati, bolehlah di sapu pada kek ikut citarasa.


Friday, January 21, 2011

Kek Oren Sunquick


Kek ni untuk jamu rakyat jelata kat rumah ni je...tempek krim cincai2 nak bagi lebih marbelous lagi...umpppp....sangat terasa orange nyer. Kebetulan ada sebotol oren sunquick yg ida minta kirimkan dari M'sia.

Jus sunquick ni sangat sesuai jika nak dicampurkan dalam aduanan kek, sebab dia sangat pekat dan asli. Diubahsuai dari kek butter biasa, maka terciptalah kek oren yang sungguh enak ini......












Pakai tempek2 jer ni....sebab smlm dah tergesa2 nak pergi amik anak kat sekolah... bila balik je dari sekolah diaorang ni mesti cari apa2 nak makan ......













Inilah kek sebelum ditempek krim .....











Sumber : Happy Cooking Time

Bahan-bahan :Kek

  • 250 gm butter .....biarkan lembut pada suhu bilik
  • 4 biji telur saiz LL
  • 210 gm gula
  • 200 gm tepung gandum*
  • 50 gm tepung jagung*
  • 60 mls jus pekat oren sunquick
  • 20 mls air panas...bancuh bersama jus oren
  • Sedikit essen vanilla
  • 1/2 sd teh garam halus*
  • 1 sd teh baking powder*
  • 1/2 sd teh soda bikarbonat*

Cara-cara:

  • Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 180 C
  • Pukul butter bersama gula hingga gebu.
  • Masukkan telur dan essen vanilla pukul sehingga kembang.....lebih kurang selama 1 1/2 minit
  • Ayakkan semua bahan yang bertanda * ke dalamnya dan masukkan juga jus oren......pukul perlahan sehingga sebati sahaja.
  • Tuangkan ke dalam loyang yang dialas dengan cooking sheet/digris dengan butter
  • Bakar pada suhu 170 C lebih kurang 45-55 minit/sehingga masak...bergantung pada jenis oven...
  • Untuk test kek sudah masak / belum...cucuk ditengah2 kek dengan lidi sate, jika lidi bersih maknanya kek dah masak...jika belum, tutup atas kek dengan aluminium foil (tujuannya untuk mengelakkan bah. atas kek hangus ) dan teruskan membakar lagi.
BAHAN-BAHAN KRIM :

  • 600 mls whipped krim
  • 7 sd besar gula.....boleh dilebihkan/dikurangkan
  • 1/2 sd teh garam
  • 2 sd besar jus pekat oren sunquick
Cara-cara:
  • Satukan semua bahan di dalam satu bekas.
  • Putar sehingga kembang dan pekat......agak2 la ye, jangan terlalu pekat sangat, nanti susah nak bentukkan semasa piping.
BAHAN-BAHAN JELI OREN :

  • 100 mls air panas
  • 1 sd besar gelatin
  • 2 sd besar jus pekat oren sunquick
  • 2 sd besar jem oren...opptional
  • 1 sd besar gula halus....boleh ditambah/dikurangkan
  • 30 mls air panas...agak2 la ye untuk bancuh dengan jus oren dan jem oren
cara-cara :

  • Masukkan gelatin ke dalam 100 mls air panas......kacau dan biarkan beberapa minit supaya ia larut.
  • Campurkan jus oren, jem oren, gula bersama lebih kurang 30 mls air panas....kacau
  • Masukkan campuran jus oren tadi ke dalam campuran gelatin...kacau sebati
  • Biarkan ia menjadi sedikit pekat sebelum dicurahkan ke atas kek.
Bahan hiasan : Buah limau mandarin dalam tin

HIASLAH KEK TERSEBUT MENGIKUT KREATIVITI MASING-MASING OK....
SELAMAT MENCUBA


Wednesday, January 19, 2011

Kek Batik Merie




















Malam yang teramat sejukk.....angin bertiupan kedengaran diluar, menambahkan lagi sejuk yang dah teramat sejukkk...sebelum ku tarik gebar yang dah memang tebal...TAPI heater juga diperlukan sebagai peneman....itulah penangan di musim salji....bil bulanan juga melambung tinggi..tak hingat!..apakan daya...walaupun begitu, n3 pada malam ini tetap diteruskan jua...kah..kah..kah..bermadah pujangga la pulak....Kek batik merie yang sudah glamer berabad yang lalu....tapi tetap tidak lapuk dek zaman.

Sumber : Dari blog Hana, Kanazawa, resepi asal Home Sweet Home ( K'Ummi )
Terima kasih bebanyak

Bahan-bahan :
  • 500 gm biskut merie .....dipatah 4
  • 250 gm butter
  • 4 biji telur A..pukul sedikit
  • 3/4 tin susu pekat manis....ida kurangkan sikit
  • 1/4 cawan serbuk koko
  • 1/4 cawan air
  • 1 sd kecil essen vanilla
  • 1 sd kecil nescafe
  • Ida tambah....1/2 cawan milo
  • Tambahan lain sebagai hiasan....badam cincang digoreng tanpa minyak
Cara-cara :

  • Campurkan semua bahan kecuali biskut & badam cincang ke dalam kuali.
  • Masak di atas api yg perlahan sehingga sedikit pekat dan berkilat. Tutup api.
  • Cepat-cepat masukkan biskut merie...gaul rata.
  • Tekankan ke dalam loyang yang telah digriskan/sapu dengan sedikit butter terlebih dahulu....tekan padat2.
  • Tabur badam cincang ke atasnya dan simpan di dalam fridge supaya ia mengeras sedikit.
  • Bila nak makan, keluarkan lebih kurang selepas 1/2 jam baru potong.




















Monday, January 17, 2011

Apam Mekar






















Salam buat semua......ampun & maaf dipinta, jika kunjung balas serta b/walking tak dapat dilakukan.....kepada yang sudi bertandang ke sini terima kasih banyak2....kunjungan serta ' sweet comments ' yg ditinggalkan amat dihargai.

Senyuman mekar apamku ini khas ditujukan buat semua....

Sumber : Dari Blog Hana.....thanks ye na

Bahan-bahan :
  • 150 gm tepung gandum
  • 125 gm gula.....dikurangkan kpd 100 gm
  • 1 biji telur.....ida pakai telur dr peti ais
  • 1/2 sd kecil ovalette...ida letak 3/4 sd kecil
  • 100 mls susu segar
  • essen vanilla
  • Pewarna....ikut citarasa
Cara-cara :

  • Pukul telur bersama gula hingga gebu dan kembang +essen vanilla pukul lagi
  • Masukkan ovalette..pukul lagi
  • Masukkan pula tepung dan susu berselang-seli dan pewarna sambil dipukul lagi
  • Sediakan acuan yg disapu sedikit minyak
  • Ida pakai paper cup jadi tak perlu sapu minyak
  • Letak paper cup di dalam acuan
  • Tuangkan adunan 3/4 penuh
  • Sebelum itu panaskan air di dalam kukusan
  • Kukus sehingga masak atau selama 15-20 minit.
* psst : Bagi family yang ramai, perlu doublekan adunan....lain kali ida juga kena doublekan










Sunday, January 16, 2011

Apam Coklat aka Kek Coklat Kukus


















Selamat malam buat semua.......jangan terkejut bila bertandang ke sini..tak salah rumah, ini memang Happy Cooking Time. Dia dah bertukar wajah sahaja......tapi yang lain2 tidak berubah..hi..hi.
Apam coklat ni sebenarnya macam kek aje....dah berkurun buat sebenarnya...ni kira sesi nak melangsaikan segala gambar yg terperap lama kat dlm hard disk ida...tu pun berlonggok2 lagi...aduhhh..Resepi ni amik dr MYR...masa salin dulu, terlupa lak nak tulis nama tuan empunya dia..apa2 pun tima kasih banyak2.

Bahan-bahan: kalau nak lebih besar, boleh doublekan adunan k

  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan air...ida pakai air panas
  • 1 biji telur
  • 1/2 sd teh soda bikarbonat
  • 2 sd besar serbuk koko
  • 1 cawan tepung gandum
Cara-cara:

  • Di dalam mangkuk, pukul telur ngan garfu......ida guna mixer
  • Campurkan bahan-bahan lain dan kacau sebati....ida pukul perlahan
  • Panaskan air di dalam periuk kukusan
  • Kukus lebih kurang 35 minit atau sehingga masak










Saturday, January 15, 2011

Cucur Bilis Bersayur Kobis



















Selamat pagi semua.......salah satu sarapan kami pagi tadi, cuaca sejuk2 ni memang sedap makan cucur cam gini...seisi keluarga memang menggemarinya...tak kira la buat cucur udang ke/cucur buh sosej ke...mesti cepat je licin. Ida bubuh kobis banyak sikit dlmnya, bebudak ni makan pulak sayur yg ada kat dlm cucur cam gini, kalau sayur yg makan ngan nasi..haram tak sentuh pun. Disebabkan menu ni simple.....sempat la ida n3 sebelum nak masak tghari nanti....ni pun tgh pikir nak masak apa la agaknya tghari nanti...

Sumber : Happy Cooking Time

Bahan-bahan:
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1 sd teh baking powder
  • 1 sd bsr gula
  • 2 1/2 sd teh garam
  • 3/4 cawan ikan bilis........direndam dan dikisar/tumbuk
  • 1 labu bwg besar......1/2 ida kisar & 1/2 ida dadu kecil
  • 1 biji telur bersaiz kecil
  • 1/4 biji besar kobis / ikut banyak mana nak bubuh, .....diracik halus/sagat halus
  • Sedikit daun kucai.....dipotong2
  • Sedikit daun bawang....dihiris halus
  • Air dlm 1 3/4 cawan-2 cawan @ secukupnya
Cara-cara:
  • Kocokkan telur sedikit di dalam bekas, campurkan semua bahan lain ke dalamnya
  • Kacau sebati
  • Goreng di dalam minyak yang telah dipanaskan terlebih dahulu sehingga habis
  • Sedia dimakan dengan sos kegemaran.....ida pakai sos cili Thai campur sedikit sos cili biasa.

Thursday, January 13, 2011

Princess Birthday kek lagi


























Haaa...ni la kek birthday yang satu lagi untuk Qistina...untuk dia potong kat umah nanti.. Hari ni genaplah umur dia ke-6 tahun.
Ida combine 2 kaler sahaja...tak serabut sikit rasanya. Dah janji dulu nak buatkan juga kek princess kat dia. Sebenarnya banyak kerja lagi lum beres...tak leh citer panjang2.

Ida buat kek span strawbery......resepi sama cuma bubuh pes strawbery. N3 resepi bila2 k....layan la gambar2 ni dulu ...muahhhh

Blackforest Cake







































Selamat malam buat sume.......inilah dia salah satu kesibukan ida beberapa hari ni...jenuh juga nak siapkan deco 2 kek dalam satu hari.....ida letak dulu pic kek ni , kek kat atas tu untuk bawa esok ke hoikuen (tadika) QISTINA sebenarnya, sempena dia punya BIRTHDAY pada 14.01.2011 yg ke-6 thn. HAPPY BIRTHDAY MY SWEETHEART.
Mula2 tak plan pulak nak buat kek utk bawa ke tadika dia, tu yg ida terpaksa deco 2 kek dalam satu hari...nak cerita ni, sampai ke malam dok buat kerja ni..teruk betul. Kek yg 1 lagi akan dipotong kat umah....KEK APA? he..he suprise......tunggu kemunculannya tidak berapa lama lagi...RESEPI ni amik kat MYR oleh Sham1969.....resepi asal dari blog Mamawandiha. Ida buat kek span coklat dari resepi ni, mmg spongy kek span ida kali ni....deco tu tiru2 sikit. Lain2 tu idea sendiri...pakai hentam jer, senget - benget pun ada.
Thanks a lots untuk kedua2 nya.

RESEPI nanti ida enter kemudian k...nak titon ..ngantukkk sgt dah..nak menaip pun mata dah berpinau ni...mintak maaf, Gomen ne...

Monday, January 10, 2011

Bingka Labu
























Salam buat semua...terima kasih kepada yg sudi jengah kat sini ....n3 satu menu yg entah bila buat pun dah lupa sebelum nak tido...
Sumber : NorShaa ( 1000 Cerita 1000 Rasa )

Resepi Asal : CMG

Thanks bebanyak utk kedua-duanya

Bahan-bahan :

  • 5 biji telur....ida bubuh 4 biji jer
  • 500 mls santan siap....ida bubuh 250 mls santan kotak+250 mls air
  • 200 gm tepung gandum
  • 180 gm gula...dikurangkan kpd 150 gm
  • 1/2 camca teh garam
  • 1 camc teh essen vanilla
  • 450 gm labu manis.....ida jdkan 500 gm sbb telur dikurangkan....yg dikukus/rebus sehingga lembut dan lecek
  • Tambahan....bijan utk tabur( tak perlu goreng dahulu )
Cara-cara:
  • Kacau semua bahan dengan whisker sehingga sebati dan tidak beketul.
  • Tuangkan ke dalam loyang yang disapu sedikit minyak, tabur bijan tanpa digoreng dahulu ke atasnya
  • Bakar di dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 200 C sehingga 40-45 minit / sehingga masak.

Sunday, January 9, 2011

Roti Canai Pertama



























Roti telur pun ada.......roti kosong pun ada. Buat 2 jenis...puas hati nak makan, ida terpaksa doublekan adunan kat bawah...kalau tidak, tak cukupnyer. Fuhhh...memang best dapat makan roti canai ni..setelah sekian lama tak dapat merasa.





















Doh yang sedang diperap



































Uik.....tangan sape kah ini...abaikan kemontelan tangan en.asben ku ini & apa2 sahaja yg berada di sekelilingnya.
Step pertama sebelum membuat tebaran..

Tak ku sangka.....teror jugakk en.asben ku ni menebar, ingat mula2 tu nak main tarik2 jer kat atas dulang.

Doh selepas ditebar, boleh lipat terus 4 segi atau dibubuh telur kat tgh kemudian balut menutupi telur tersebut dan sedia digoreng.....

Sumber resepi : Roti Canai Telur-zaidjaffar.multiply.com/recipes

Bahan-bahan :( utk family besar perlu doublekan adunan..ida buat double dari resepi kat bawah)

Utk 6 keping......tapi ida hanya buat 3 kpg/bebola utk satu adunan

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sd bsr susu pekat
  • secubit garam
  • 1/2-1 cawan air....ida letak 1/2 cawan jer...kalau doh agak lembik boleh tambah sikit tepung
  • 1 sd bsr minyak/marjerin/mentega.....ida letak 1/2 sd bsr marjerin & 1/2 sd bsr shortening
  • telur secukupnya utk buat roti telur ( boleh guna 1 biji telur utk 2 biji roti..kocok sedikit )
  • Sedikit minyak untuk menggoreng
  • Sedikit marjerin sebagai salutan doh nanti....ida cairkan 1 sd bsr

Cara-cara : Uli tangan....ida uli dalam bread maker jer

  • Campurkan tepung, garam dan susu pekat. Gaul sebati.
  • Masukkan air sedikit demi sedikit ke dalam tepung sehingga tidak melepkat di tangan.
  • Masukkan pula marjerin...uli sehingga menjadi doh yang lembut. (Jika doh lembik tambahkan sedikit tepung lagi )
  • Tutup doh dengan kain lembab/'cling film'selama 30 min.
  • bahagikan doh kepada bebola. Ida buat 3 bebola. Salutkan bebola dengan marjerin..ida salutkan dengan marjerin yang di cairkan beberapa titis minyak masak.
  • Simpan beberapa jam sebelum digunakan...ida perap semalaman
  • Sapukan minyak di meja kerja dan di tangan.
  • Ambil sebiji bebola, leperkan di meja dan tebar ATAU kalau tak pandai tebar, boleh tarik nipis2 kat atas dulang
  • Jika nak buat roti telur, doh yg telah ditebar tadi, di letak atas meja. Bubuh bancuhan telur kat tengah2 dan tutup/balut menutupi telur
  • Jika roti kosong....tutup jer menjadi 4 segi selepas ditebar.
  • Goreng dengan api yang sederhana dengan sedikit minyak sambil dibalikkan sehingga masak
  • Sesuai dihidangkan dengan kuah dal/kuah kari atau sambal ikan bilis.
Note: Mintak maaf publish yang agak b'terabur ni, entah apa sudah jadi pun tak tau....layan la dulu ya...mungkin akan diperbaiki kemudian he..he

Kamen Rider Birthday Cake


Mendeco lagii.....Terima Kasih buat kak azma utk kali ke-2 tempahan kek dari ida. Kat Jepun ni sebenarnya susah juga nak beli makanan yg halal apatah lagi kek2 cam gini...bila kwn mintak nak tempah....alahai tak sanggup, kesian la pulak..kesian kat bebudak la..at list dpt juga dia org merasa sikit cam celebrate b'day kat M'sia. Bukannyer terer sgt pun....tapi sebagai kenangan hasil dari keras tangan so ida tepek kat sini....bole buat koleksi. Kek utk anak bongsunya Najwan yg ke-7 thn pada 9.01.2010..HEPI B'DAY dik...katanya minat sgt tgk kartun Kamen Rider. Auntie ni tak dpt imagine ngupa kartun tu mula2..terpaksa la untie search kat internet..ohhh cam gini, hak yg ni KAMEN RIDER KUUGA katanya.. Akhirnya dpt juga dia kek Kamen Rider ya.....


Kek span coklat.......resepi masih guna yg sama seperti sebelum ni...kalau free2 nanti ida enter resepi letak kat sini


Friday, January 7, 2011

Donut 1

Menu donut pulak......kaler dia gelap sikit, sebab digoreng dalam minyak yg dah goreng kuih lain sebelum ni. Selalu gak buat donut ni, tapi belum pernah buat dari resepi yg sememangnya resepi donut. Selalunya ida buat dari lebih2 doh buat roti jer...punya la malas kn. Meroti musim2 sejuk ni....ida terpaksa letak bowl tu depan heater macam Maz, Ilham Dapur buat, baru la dia nak kembang
Donut ni pun dari resepi Burger Malaysia K'Yani ( Deco Choco ), tapi tak buat pulak burger m'sia tu, bebudak suka sangat makan donut. Terima kasih banyak2 ye kak, lembut dan sedappp ....ingat nak gi terjah dapur akak masa dok update blog, sbb dah terbau roti marble coklat...try bukak..aduhhh penat menunggu, tak dapat2..Slow benor tenet ni.


Resepi dari doh 'Burger M'sia'( Yani - Deco Choco ):

  • 200 gm tepung gandum...ida pakai tepung roti dan sukatan air terpaksa dikurangkan
  • 140 mls susu/air.....ida kurangkan sukatan kpd 110 mls dan guna air suam
  • 2 sd bsr marjerin/butter
  • 2 1/2 sd besar gula.....ida kurangkan kpd 2 sd
  • 1/2 sd kecil garam
  • 2 sd kecil dry yis
  • minyak untuk menggoreng
  • Gula halus sebagai salutan

Cara-cara : ( Uli Tangan )...tapi ida pakai BM jer

  • Masukkan dalam mangkuk bahan2. Uli sehingga tidak melekat di tangan.
  • Buatkan bulat besar. Biarkan kembang 2 kali ganda.
  • Lepas tu tumbuk2 doh roti tadi utk keluarkan angin.
  • Bahagikan doh kepada 8 bahagian.
Step seterusnya ida buat cara bentukkan donut, ida tak pakai acuan.
  • Ambil 1 ketul doh tadi, bulatkan dan leperkan sedikit...buat lobang di tengah.
  • Lakukan sehingga habis
  • Rehatkan doh sehingga naik 2 kali ganda lagi...terpaksa direhatkan depan heater sebab winter sekarang ni
  • Panaskan minyak yang banyak dengan sederhana panas
  • Goreng dengan api yang sederhana sahaja sehingga masak
  • Toskan kemudian salut dengan gula halus / apa2 topping kegemaran.

Bebola Pulut Berserunding Ikan

Salam kembali........terima kasih sekali lagi di atas kunjungan teman2 semua. Tuan rumah ni mmg tak sempat nak b/walking buat masa ni....hanya dapat merenung dari jauh sahaja menu2 lazat yg ditayang oleh kengkawan. Nak n3 hari2 mcm tak sempat la.....pic menu ni pun dah lama terperap dalam harddisk...Jom la tgk menu simple ni....tapi sedappp tau...


Bahan-bahan :

  • 1 kg beras pulut direndam 3-4 jam
  • 250 mls santan pekat......ida guna santan dlm tin
  • 4-5 sudu bsr gula/ikut selera kemanisan masing2
  • 3 1/2 sd teh garam/secukup rasa
  • Tambahan air panas jika pulut belum lembut
  • Serunding ikan....yg dibeli je ( M'sia mari )
*P/s:Ida pakai beras pulut Jepun, kemungkinan berbeza sedikit...jadi kemungkinan juga sukatan santan dan air tak sama

Cara-cara :

  • Bersihkan beras pulut yang direndam dan toskan
  • Panaskan air dalam kukusan
  • Kukus beras pulut kosong lebih kurang 30 minit. Dalam setiap 10 minit , kacau sedikit dan kukus lagi.
  • Angkat dan tuangkan pulut ke dalam bekas yg besar
  • Masukkan santan pekat, gula dan garam.......gaul sebati
  • Masukkan semula ke dalam pengukus. Kukus lagi lebih kurang 20 minit. 10 minit pertama kacau dan kukus sehingga masak.
  • Jika pulut masih keras, ambil sedikit air panas, renjis2 rata seluruh pulut, kacau dan kukus lagi seketika dan angkat.
  • Biarkan ia sejuk sedikit baru buatkan bebola dan golekkan ke dalam serunding ikan.
  • Semasa menghidang...tabur lagi atasnya dengan serunding ikan.

Wednesday, January 5, 2011

Homemade Prosperity Burger

Salam kembali bersiaran.......baru nak membuka tirai tahun 2011.....cuti new year lak sibuk pi jalan2 je....penat tapi best sebab dapat main SALJI.......ngee..ngee ..ngee sejuk yg amatnyer kat Jepun skrg ni...sejuk2 ni jom makan burger ...kalau kat M'sia, time2 dekat nak Gong Xi Fa Cai....mesti pekena benda ni...tak per, kali ni, biar kami dulu yg pekena...bun burger boleh tgk resepi kat SINI atau SANA pilih la yg mana berkenan resepinya. Kalau tak dapat, cari kat bahagian label burger atau bun sardin + bun burger


Resepi daging burger boleh tgk SINI atau cari kat home made beef burger

Bahan-bahan :
  • Bun burger
  • Daging burger
  • Daun salad
  • Kobis di racik halus
  • Tomato dihiris nipis...kalau nak letak
  • Timun dipotong nipis..kalau nak letak
  • Sos lada hitam.....ida beli kat kedai KALDI kat sini jenama Yeos( m'sia mari tu )
sos ni, ida tambah dengan sedikit air panas, sedikit sos tomato kalau tak masin sangat
  • Mayonis......kalau nak tambah
  • Sedikit marjerin utk sapu pada bun
Cara-cara :

  • Bun burger di belah 2 ( bun akan terbahagi kpd bah.atas & bah. bawah )
  • Sapu merjerin pada bahagian yang dibelah
  • Panaskan kuali leper, bakar sekejap bun tadi dengan menelangkupkan bahagian yg di sapu marjerin ke atas permukaan kuali.
  • Aturkan daun salad, timun, sedikit kobis dan tomato pada permukaan bun( bahagian bawah) yg telah dibakar
  • Picitkan sedikit mayonis
  • Celup daging burger ke dalam sos lada hitam/lumurkan, kemudian letak di atas bun tadi......tambah sedikit lagi ke atasnya sos lada hitam jika masih kurang
  • Tutup atasnya lagi dengan tomato, timun, kobis........picit mayonis ke atasnya dan baru letak daun salad
  • Akhir sekali tutup dengan separuh bun tadi ( bahagian atas ) OK siap dah....