My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Tuesday, November 26, 2013

Nasi Lemak Telur Goreng......jarang2 muncul dari dapur.


RESEPI NASI LEMAK
  • 4 1/2 cawan beras biasa
  • 2 cawan santan pekat dlm tin......kalau ada santan fresh lg sedap
  • 3 cawan air...sukatan air bergantung pada jenis beras
  • 2 sd teh garam
  • 2 sd teh gula
  • 3 ulas bawang putih diketuk
  • 1 inci halia ......dipotong 3 dan ketuk
  • 2 helai daun pandan disimpul
Cara-cara:
  • Basuh beras 2x di dalam periuk nasi elektrik.
  • Keluarkan air basuhan beras.
  • Masukkan santan, air, garam, gula, bawang putih, halia serta daun pandan.
  • Kacau rata dan masak nasi seperti biasa
RESEPI SAMBAL TUMIS Kurang Pedas....versi tak letak ikan bilis
  • 4 ulas bawang putih*
  • 4 ulas bawang merah*
  • 1 labu bawang besar* ...kalau nk tukar kpd bwg merah pun boleh
  • 4 hiris nipis halia*
  • 1/2 labu bawang besar..dihiris/didadu ( optional )
  • Sedikit belacan...lebih kurang sebesar ibu jari
  • Sedikit air asam jawa / 1 asam keping
  • 12 tangkai cili kering jenis besar( cth boleh tgk kt pic bwh )....rebus sekejap & kisar
  • 1  1/2 sd besar gula @ secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit serbuk perasa ( optional )
CARA:
  • Kisar bahan yg bertanda *
  • Panaskn minyak dan tumis bhn kisar hingga naik bau dan sikit garing
  • Masukkan cili kisar, tumis hingga masak
  • Masukkan bahan2 lain tambah sedikit air supaya tidak hangit..tumis hingga masak
  • Masukkan bwg bsr hiris
  • Perasakan garam secukupnya dan tutup api
NASI LEMAK  tadi sedia utk dihidangkan bersama ikan bilis goreng, hirisan timun, telur goreng serta lauk2 pilihan yg lain.

Cili kering dibawa khas dari Kelantan....mmg tak pedas. 

Pssst : Suka beli & mkn timun jepun, tak berair......kulit dia yg kaler hijau gelap tu kalau saper tak kenal.

Monday, November 25, 2013

Puding/Bingka Roti Kukus Pandan

Assalamualaikum dan slm sejahtera...
Kejap ada, kejap tak de ida ni kan.....bz memanjang huhuuu. Hari nk post satu resepi biasa2 je, tapi yummy tau...sekadar syarat utk aktifkan blog yg semakin kusam ni huhuuu...resepi skodeng kt blog kak Ummi Kuantan.

BINGKA ROTI KUKUS PANDAN
Resepi : NotabiliaSumber : Kak Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 8-10 keping roti putih (akak guna 9 keping roti Gardenia - x perlu disiat kecil)
  • 200 ml santan - (akak guna santan kotak Kara je)
  • 200 ml air
  • 1 cawan gula (akak letak 3/4 cawan je gula kastor)
  • 4 biji telor - (akak buang tali pusatnya)
  • 1 sudu teh garam halus
  • 1/2 sudu teh pes pandan
  • 2 helai daun pandan - disimpul

Cara-Cara:-

  • Dalam mangkuk besar, kacau bersama santan, air, gula, telor, garam dan pes pandan dengan menggunakan whisk sahaja.
  • Kemudian rendamkan kepingan roti ke dalam adunan di atas dan biarkan sekurang-kurangnya 10 minit.
  • Pindahkan kepingan roti yang direndam tadi ke dalam loyang bulat 8 inci (akak sapu dulu loyang dengan sedikit mentega). Tuangkan lebihan adunan juga ke dalam loyang.
  • Letakkan daun pandan yang telah disimpulkan di atas permukaan roti tadi.
  • Sediakan kukusan dan bila air mendidih, kukus bingka selama 15 - 20 minit. (akak balut penutup kukusan dgn kitchen towel agar air kukusan tidak menitis di permukaan bingka).
  • Sejukkan pada suhu bilik sebelum dihidangkan. (Letak dalam fridge dan di makan sejuk pun sedap pada tekak akak...hehe)



Kalau mkn cam ni, lagi mabeless!

Wednesday, October 30, 2013

Kek Lapis Kukus Cream Cheese Blueberry

Inilah kek sulung ida, setelah pulangnya dari merantau....dpt buat versi kukus aja dulu. Ni gara2 teringin nak mkn kek buatan sendiri la ni, anak2 pun bersungut "lama tak makan kek yg ummi buat" kata mereka. Nak beli oven pun mcm ruang dapur tu belum sesuai nk letaknya......tunggu la dulu. Alang2 nak beli oven, ingat nak beli yg bsr terus...tapi tidak la besar mcm kt bakery tu. 
Resepi rujuk dari blog hanamemories, resepi asal dari blog kak yatie....tqvm ye..cuma ida tambah perisa blueberry kt dlm cream cheesenya..
Yummy babe!

Kek Lapis Kukus Cream Cheese Blueberry

sumber : hanamemories.blogspot.com
sumber asal : yatiememories
loyang 8x8x3

BAHAN A

  • 250 gm cream cheese
  • 60 gm gula halus - Ida kurangkan 40gm shj sbb letak jem blueberry
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar air
  • 1 sudu besar tpng gandum
  • Ida tambah 2 sb jem blueberry
Cara-cara
  • Pukul cream cheese bersama dngn gula hingga sebati.
  • Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
  • Kemudian tambahkan jem blueberry..kacau sedikit
  • Biarkan sebentar.

BAHAN B (KEK)
  • 2 biji telur
  • 1 cwn gula halus
  • 1 sk vanilla
  • sedikit garam
  • 1/2 cwn air panas didih
  • 1/2 cwn cwn susu segar/cair
  • 1/2 cwn minyak jagung/masak
  • 1 cwn tpng gandum*
  • 3 sudu besar sebuk koko*
  • 1 sudu kecil baking soda*
  • 1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan2 perlu diayak dulu)
Cara-cara
  • Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
  • Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.
  • Masukkan air panas,susu dan minyak.
  • Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda, b. powder dan serbuk koko yg telah diayak dan gaul sebati.
  • Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian. Bahagikan pada 2 bahagian.

CARA MEMASAK
  • Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je.
  • Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dngn kertas minyak.
  • Tuang adunan coklat, tutup loyang dngn aluminium foil( ida tak tutup pun ) dan kukus selama 15-20 minit.
  • Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
  • Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil ( ida tak tutup pun ) dan kukus lagi selama 20 minit.
  • Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan.

Sunday, October 6, 2013

Muffin Pandan...mudahnyerr


Update gambar lama juga ni.....sedap dan mudah nak membuatnya..

Muffin Pandan


Sumber : Kak Nor Secubit Garam
Sumber asal : Cari.com & Rinnchan
TQVM all


Bahan-bahan:

200gm tepung gandum
1 1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bikabonat
1/2 tsp garam halus
120gm gula castor
200ml santan kelapa (dalam kotak)
100ml minyak jagung
2 biji telur

*1 tsp pandan paste (Boleh bubuh extra kalau nak lebih hijau) ....ida tak der so ida letak sikit pewarna hijau je
*1/2 tsp pandan essence

Bahan topping ikut selera - Almond slices, kismis, ceri etc. ( ida letak kcg tanah hancur )

Nota :

*Sekiranya tiada pandan paste atau pandan essence, boleh blend 5-7 helai daun pandan bersama 200ml santan di atas dan tapis ya


Cara-cara:

1. Panaskan oven pada suhu 190 darj cel. Sediakan loyang muffin dan paperliners.

2. Ayak tepung, baking powder, soda bikabonat dan garam halus. Masukkan ke dalam

sebuah mangkuk besar. Campurkan gula halus dan kacau rata menggunakan whisker.

3. Campurkan ke semua bahan basah ke bahan kering. Kaup balikkan sekadar kesemua

bahan bercampur. Adunan akan kelihatan seakan berketul2 sedikit (lumpy).

4. Isikan adunan ke dalam paperliners dan taburkan kepingan almond di atasnya.

5. Bakar selama 20minit.


Mekasih byk2 kpd yg sudi terjah sini.....tuan rumah ni tak sempat nk terjah blog kwn2, kalau terjah pun tak sempat nk meninggalkan jejak huhuuu.

Thursday, October 3, 2013

Nasi Minyak Hujan Panas....terlebih hijau la pulak yang ni


Salam di pagi Jumaat...semoga kita sentiasa dilimpahi rahmat dan mendapat perlindungan dariNya. Updated resepi nasi minyak hujan panas .....gambar dah lama. Ada satu ni je gambarnya walaupun dah banyak kali juga buat. Latest buat masa syawal baru2 ni, tu pun tak sempat + malas nak amik gambar molek2. So, letak je la pic yg ni je...nasi minyak hujan panasku yang terlebih hijau la pulak huhuuu. Ni gara2 terlebih letak kaler hijau...apa2 pun layannn.....
TQVM for visited here...

Rujukan : Blog KakInaKL TQVM kak
Sedikit Olahan : Happy Cooking Time
Bahan-bahan

  • 4 cawan beras basmathi - cuci dan rendam 10 minit ( boleh juga pakai beras biasa & tak perlu rendam )
  • 5 - 6 cawan air...sukatan air bergantung kpd jenis beras ( nak letak susu cair pun boleh jika suka, so kurangkan sukatan air )
  • 2 kiub pati ayam ( ida letak 1/2 sudu kecil sahaja serbuk pati ayam )
  • 2 helai daun pandan
  • pewarna merah, hijau dan kuning-kuning tak letak sbb abis stok, tambah kaler biru....pewarna hijau terlebih la pulak

Bahan Tumis

  • 1/2 inci halia - hiris halus
  • 2 ulas bawang putih - mayang
  • 1/2 biji bawang besar - mayang
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • Bahan Hias:- 
  • Bawang goreng
  • Kismis-tak letak sebab anak2 tak suka
  • Boleh tambah gajus sangai jika suka

Cara Memasak:-

1. Panaskan minyak dan minyak sapi, tumiskan bahan yang dihiris dan rempah 4 sekawan tadi hingga naik bau.
2. Masukkan beras dan gaul rata sebentar.
3. Masukkan air, kiub ayam, garam dan daun pandan.
4. Kacau sekejap dan biarkan nasi masak.
5. Bila nasi telah kering, ambil chopstick dan buatkan 3 lubang di atas nasi dan tuangkan setiap lubang dengan 3 warna secara berasingan.
6. Bila nasi telah benar2 masak, kaup balik nasi hingga rata.
7. Masukkan kismis dan hiaslah dengan bawang goreng bila menghidang.

Sedia dihidangkan dengan apa sahaja lauk pauk yang sesuai.




Wednesday, October 2, 2013

Mix Green Smoothie.....segarnya


Assalamualaikum dan salam sejahtera.....
Sebelum langkah bermula, ida ucapkan byk2 terima kasih kepada yang masih sudi singgah kt sini....tiada bicara panjang lebar, jom layan smoothie yg sihat dan segar ini. Dah beberapa kali jugak buat,  resepi mula2 rujuk kt sini ( All recipes ) tapi ida adjust2 sikit la bahan dia ikut selera tekak & mana bahan yang ada kt dapur.



Bahan-bahan yang ida gunakan seperti dalam pic kt atas....ida mix buah dan sayur sekali. Contohnya utk kali ini ida letak betik, pear, timun dan saderi. 

Mix Green Smoothie

Bahan-bahan:Secukupnya

1 biji buah pear
1/2 btg timun 
1/4 biji buah betik
1 btg saderi & daunnya sekali
Sedikit madu jika suka.
Yogurt/susu segar jika suka...1/2 cawan ( kali ni ida tak letak ) so mmg betul2 ori la rasa dia.
Beberapa ketul ais
Sedikit air masak

cara-cara:

  • Buang kulit mana yang perlu, potong saiz yang sesuai buah dan sayur tadi.
  • Campurkan semua bahan ke dalam blender dan kisar hingga hancur
  • Sedia diminum


Emmm...segarnyaaa.....


Sunday, September 29, 2013

Nasi Daging ....sedapnyerr la


Nasi daging ni dah jadi feberet hubby.......byk kali jugak dah buat. Resepi asalnya hasil skodeng kat blog Kak Nor Secubit Garam. resepi asal dari Dayang Jack.. TQVM kak Nor & kak Dayang ye..Sorry errkk....pic ni pic dah lama benor perap, bawak dari jepun lagi ni....jauh tu. Buat kt mesia tapi malas nak amik gambar molek2 huhuuu.....baru teringat, ada rupanya gambar lama ni.
mekasih byk2 kpd yang masih sudi singgah kt sini...tuan dia ni bz aje


NASI DAGING

Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
sumber : K.Nor@SecubitGaram

bahan-bahan : 4 orang makan
bahan A :

3 pot kecil beras Basmathi (direndam 3 jam)
250 g daging batang pinang (dihiris nipis atau dipotong kiub)
2 sudu makan serbuk rempah kurma (dibancuh dengan sedikit air)
2 helai daun pandan
80 ml susu cair
1 sudu makan puri tomato...ida letak buah tomato didadukan sebiji
2 helai daun limau purut
garam secukupnya
1 sudu kecil gula
1 sudu besar minyak sapi
Ida tambah carrot

bahan B :

5 biji bawang merah (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1/2 inci halia (dikisar)
1 sudu kecil jintan manis
rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih dan bunga lawang)
1 batang serai (diketuk)ida tambah sedikit daun ketumbar


Cara-cara :

Panaskan minyak sapi di dalam periuk. Tumiskan bahan-bahan B hingga wangi.

Masukkan pes kurma dan puri tomato. Tumis lagi hingga garing dan pecah minyak.

Kemudian masukkan daging, daun pandan, garam dan gula. Kacau rata-rata.

Masukkan air secukupnya dan masak hingga daging empuk (pastikan air rebusan daging sama dengan sukatan beras Basmathi...agak-agaklah yer)

Masukkan beras. Perlahankan api. Masak hingga nasi hampir kering. (boleh juga dimasak dengan menggunakan rice cooker selepas menumis bahan)

Tuangkan susu cair dan daun limau purut. Kacau perlahan-perlahan hingga rata dan sebati. Biarkan nasi masak sempurna.

Taburkan bawang goreng dan sedikit daun hirisan daun ketumbar pada nasi dan hidangkan bersama air asam serta lauk berkuah jika suka.


Bahan Air Asam

bahan-bahan : 4 orang makan

2 biji bawang merah (dihiris)
1/2 labu bawang besar (dihiris)
1 biji tomato (dihiris dadu)
8-10 biji cili padi (dihiris)
2 biji cili merah (dihiris)
1 cawan air asam jawa (-/+)
sedikit serbuk belacan atau belacan bakar
sedikit garam, gula dan jus limau nipis/kasturi

Cara-cara :

Satukan semua bahan dan kacau sebati.( separuh ida blend, separuh hiris )
Hidangkan bersama nasi daging.

Friday, September 27, 2013

SALAM RINDU SEMUA.....masihkah kau ingat..


Salam dari bumi Malaysia........bukan lagi dari bumi sakura. Alhamdulillah, hampir 6 bulan sudah kami berada di tanah air tercinta. Yang pasti, Nihon itu hanya persinggahan, Malaysia adalah realiti kehidupanku kini. 
Kesibukan dari mula2 kembali ke sini, membataskan juga ida untuk menulis di sini....Teramat rindu untuk berblogging semula seperti dulu, tapi apakan daya, terpaksa didahulukan masa untuk mana yang lebih utama. Jika diizinkan waktu......adalah lagi selepas ini. Jika tidak.....sepi ajalah dari sini. Miss u all so much!!!