My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Friday, December 31, 2010

Roti Jala


Gambar botol sos 3 muncung ni sebagai acuannya.......


Sempat lagi ni ke nak kejar ni?.....sebelum tahun 2011, sempat ke tak sempat pun tak pe lah...ia tetap akan datang juga. Macam baru je kita jejak tahun 2010, dah masuk tahun baru dah.
SELAMAT TAHUN BARU 2011 .....buat semua..mmuahhh!
Sempena tahun baru ni, marilah kita makan roti jala ni....cukup la satu ketui sorang tu,....Apa? tak cukup...haaa buat la sendiri. Gambo roti jala yg dulu kaler kuning entah mana dah tersorok pun entah....belek2 punya belek tak jumpa2. Terpaksa la ida letak pic baru ni. tengok kengkawan buat versi kaler hijau, cantik la pulak....ida pun nak menerai juga la.Ida pakai acuan botol sos yg muncung 3 tu, rasanya lebih senang daripada pakai acuan dia. Inipun dapat idea dari kengkawan juga.


Bahan-bahan :

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air...ida lebihkn sikit lg air,dlm 1/4 cwn atau kurang
  • 1 susu segar @ nk letak sume air pun ok....kali ni ida letak susu segar utk melemakkan rasa
  • 1 biji telur....saiz LL,
  • sedikit pewarna hijau
  • sedikit essen vanilla
  • 1 sd teh garam
  • 1/2 sd besar gula
cara-cara:

  • Satukan semua bahan di dalam blender. Blend sehingga sebati.
  • Atau di dalam bekas, pukul telur sedikit dengan garfu, masukkan 1 cawan air, semua tepung...kacau dengan whisker sehingga tepung tidak berketul.
  • Selepas itu baru masukkan baki lain2 bahan....kacau sebati dengan whisker
  • Jika tepung masih nampak berketul....tapiskan adunan
  • Panaskan kuali leper non-stick, sapu sedikit minyak.
  • Masukkan adunan ke dalam botol sos 3 muncung tadi, tutup ketat.
  • Jala kan panjang2 memenuhi kuali, jala kan sekali lagi atasnya secara menyilang seperti membentuk petak2 kecil yang bersambungan.
  • Biarkan seketika sehingga masak, angkat dan sedia digulung.
  • Ulangi sehingga habis.
  • Roti jala sedap dimakan bersama kari daging @ kari ayam.

Kuih Cara

Selamat malam buat semua pengunjung.......menu simple ni adalah penutup tirai tahun 2010. Selamat Tahun Baru 2011 buat semua.
Menu yang entah bila buat pun ida dah lupa.........kuih cara versi org dok kat Jepun je ni, sebab ida pakai acuan kuih takoyaki. Kuih takoyaki pun tertunggak2 nk N3...masa dok belek2 hard disk, amik menu senang ni je la....sebenarnya tgh dok bakar sweet corn cake, konon2 utk bawa bekal pergi jalan2 main snow......itupun kalau ada lagi, sementara kek masak..bole la n3 menu senang ni.

Bahan-bahan :

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan air
  • 1 biji telur
  • sedikit essen vanilla
  • 1/2 sd besar gula
  • 1/2 sd teh garam
  • Beberapa titik pewarna hijau
  • gula secukupnya sebagai inti

Cara-cara:

  • Masukkan semua bahan dalam blender, blend sehingga sebati @ di dalam bekas kacau bersama semua bahan dengan menggunakan whisker sehingga sebati dan tepung tidak berketul.(tapis jika masih nmpk adunan berketul )
  • Panaskan acuan kuih cara.
  • Sapu sedikit minyak pada setiap lubang acuan *
  • Tuangkan adunan 3/4 penuh di dalam setiap lubang acuan.
  • Biar seketika sehingga nampak bahagian tepi kuih mula sedikit masak, baru sudukan 1/2 sd teh gula pada setiap kuih tersebut.
  • Tutup acuan untuk kuih lebih cepat masak.
  • Setelah masak, cungkil keluar kuih cara tadi. Ulangi langkah yg bertanda * dan seterusnya sehingga adunan habis.

Monday, December 27, 2010

American Chocolate Cake

Salam buat semua.....mekasih kepada yang sudi jengah dan singgah kat dapur yang tak seberapa ni. Kali ni ida n3 kek coklat yang memang lazat dan ku jadikan ia lemak manis dan berkrim ini. American chocolate cake memang famous dah lama kat dapur kekawan yg lain..cuma ida jer baru nak cuba. Resepi amik dari dapur kat Ummi, Kuantan..mekasih bebanyak ya kak. 1st time buat faile ....kek ni berderai..entah apa silapnyer, tapi rasa dia sedapp...tdk putus asa buat lg...kali ni ida kurangkan bahan penaik dia..baru ok. Mintak maaf kepada tuan punya resepi ssb dah langgar adat he.he

Tgk ler gambo penuh kek ida yg comot ni....comot2 pun sedapp weii....Ni kira kes nak cepat la ni...main tempek2 jer . Mcm pernah nmpk erk design tuu...kat ner ya..serupa tapi tak sama kih..kih.kih



Nak rasa...amik ler...rugiii tau kalau tak amik ni...esok confirm dah licin. Resepi dia kat bawah ya..

Bahan-bahan kek coklat :

  • 2 cwn tepung *
  • 2 cwn gula ( granulated )....ida lebihkan sikit gula,jdkan 2 1/4 cwn, & pakai gula halus
  • 3/4 cawan serbuk koko *
  • 2 sd teh baking powder.......ida kurangkan kpd 1 1/2 sd teh shj *
  • 2 sd teh soda bikarbonat....ida kurangkan kpd 1 sd teh shj *
  • 2 biji telur
  • 1 cwn susu segar
  • 1 cwn minyak jagung....ida bubuh minyak sayuran
  • 1 sd teh Nescafe di bancuh dengan 1 cwn air panas
  • Ida tambah 1/2 sd teh garam halus *
Cara-cara :

  • Ayak bahan bertanda * sekaligus
  • Pukul telur & gula bersama minyak ( cara K'Ummi Kuantan pukul selama lebih kurang 1 1/2 minit )
  • Masukkan bahan yg diayak, susu dan bancuhan nescafe..kacau sekejap dgn senduk kayu.....ida pukul seketika dgn menggunakan low speed.
  • Bakar dengan preheat oven pada suhu 170 C selama 45 minit. Atau sehingga masak....Ida bakar lebih kurang 55 minit sbb pakai loyang kecil dan tinggi. Masa adalah bergantung pada ketebalan kek. Pada 8 minit terakhir, ida tutup bahagian atas kek dgn aluminium foil utk mengelakkan bah. atas kek hangus.
  • Untuk pastikan kek betul2 masak, ambil lidi sate, cucuk bahagian tgh kek...jika lidi tersebut bersih, maknanya dah OK.

TOPPING: Ida buat 2 jenis, satu lapis light chocolate whip.cream dan satu lg coklat ganache main campak2, bubuh jer apa yg ada kat rumah ni.

Light chocolate cream:
KALAU nak lebih tebal krim, boleh tambah & jadikan 1 1/2-2 adunan krim ni, ida buat 1 adunan sbb kek kat atas tu ida bakar dlm loyang 4 segi 18x15cm...saja nak buat kek 4 segi & loyang ni tinggi sikit, ada lebih sikit balance lg bakar dlm mangkuk kecil.

  • 200 mls whip.cream
  • 2 sd bsr serbuk koko
  • 3 sd bsr gula
  • 1/4 sd teh garam
cara-cara :

  • Satukan semua dlm satu bekas, pukul sehingga pekat....agak2 sesuai utk disapu pada kek tadi

Coklat ganache campak2 :

  • 1 bar sweet chocolate/140 gm...kalau boleh yg plain, actually ida pakai yg ada cookies, amik apa jer yg ada kat umah, beli kat sini tapi m'sia mari...bebudak kurang suka taste dia, sbb tu ler kena habiskan
  • 2 sd bsr serbuk koko dibancuh dengan 1/4 cwn air panas
  • 1/2 cwn susu pekat
  • 2 sd bsr butter
  • 1 sd bsr gelatin
  • 1/4 sd teh garam
Cara-cara:
  • Satukan semua, masak secara double boiler sehingga semua bahan cair
  • Angkat dan ketepikan dahulu sehingga betul2 pekat baru dicurahkan ke atas kek
ATAU boleh juga buat cam bwh ni.

Resepi coklat ganache K'Ummi:

  • 1 tin susu pekat.....boleh dikurangkan
  • 1 sd teh esen vanilla*
  • 1/2 cwn minyak jagung
  • 1/3 cwn serbuk koko
  • secubit garam*

Cara-cara:

  • Kacau di dalam periuk dia atas api yang perlahan kecuali bahan bertanda *
  • Akhir sekali baru masukkan bahan bertanda * dan kacau sehingga sebati



Thursday, December 23, 2010

Kek Tiramisu


Kali ni try versi kek pulak.....sebelum ni pernah buat versi biscoti. Dua2 pun sedappp......kalau dah semuanya cheese lover, mmg kejap jer licin. Sape2 yg ada kek span kat umah tu....boleh la buat. Kalau kat kedai kek sekarang ni brp erk harga dia...mahal kan.


Kek span tu ida buat dari resepi Soft Marble Cake..amik resepi kat umah K'Ummi kuantan....resepi asal katanya dari umah kat Noreen. Resepi Soft Marble Cake ni boleh tengok kat SINI. Ida pernah buat untuk deco kek birthday sebelum ni. tapi kali ni ida kurangkan sukatan adunan dia sebab loyang ida hanya 2o cm jer. Thanks a lots ye kak
Resepi tiramisu/cream cheese tu dari umah Hana. Resepi asal Umi e MyR. Mekasih bebanyak dua2 pun.

Emmm.....dah selamat hampir separuh

Resepi kek span:
( Dari resepi Soft Marble Cake ..K'Ummi & K' Noreen ( asal )
Kat bawah ni ida buat 3/4 dari sukatan asal untuk loyang 20cm & tak bubuh serbuk koko

  • 203 gm mentega
  • 213 gm gula...nak dikurangkan pun boleh ikut citarasa
  • 195 gm tepung gandum
  • 3/4 camca teh baking powder
  • 4 1/2 biji telur
  • 1 1/2 cam bsr susu pekat manis
  • 3/4 camca bsr ovalette
  • 3/4 camca bsr air
  • 3/4 camca teh essen vanilla
*3/4....adalah 3 per 4...jgn silap tu

Cara-cara:
  1. Panaskan oven terlebih dahulu dlm suhu 180 C
  2. Ayak tepung dan baking powder
  3. Satukan butter, susu,essen vanilla.......pukul sehingga gebu dan ringgan
  4. Dalam bekas lain, satukan telur, ovalette, air, gula dan campuran tepung tadi.....pukul sehingga kembang dan rata
  5. Masukkan no.3 ke dalam no.4....kacau rata dengan spatula
  6. Sediakan loyang spring form 20 cm ( kalau loyang 21 cm lagi baik, sbb adunan tu ada lebih lagi sikit), alas dengan cooking sheet/sapu sedikit dengan minyak
  7. Tuangkan adunan 3/4 penuh ke dalam loyang
  8. Ida bakar pada suhu 180 C selama 50 minit..( untuk 8 minit terakhir ida tutup kek dgn aluminium foil untuk mengelakkan atas kek hangus )
  9. Setelah kek masak, keluarkan dari oven dan terlangkupkan di atas redai.

Resepi Kek Tiramisu :......untuk adunan cream cheese tu ida lebihkan whipp cream

  • 1 biji kek span dia atas......kikis/potong buang kerak atas, potong kek melintang 2@3 lapis
  • 200mls whipped cream...ida jadikan 300 mls sbb takut tak cukup cream masa sapu kat kek tu...cream cheese kat ice box dah yilek
  • 250 gm cream cheese.....ida pakai jenama Philadelphia
  • 1/2 cawan gula halus....lebihkan kpd 3/4 cwn
  • 1 cawan air panas untuk bancuh nescafe
  • 1 sd makan serbuk nescaffe
  • Serbuk koko sebagai hiasan
  • Tambahan 1 sd bsr serbuk koko/ coklat emulco
Cara-cara :

  • Bancuhkan nescafe dengan air panas...ketepikan dahulu
  • Satukan gula, cr.cheese dan whip.cream di dalam bekas.....pukul bersama sehingga kembang dan gebu
  • Kalau nak buat cream kaler coklat mcm kat atas....ambil sedikit / lebih kurang 1/2 mangkuk kecil dari cream yg telah siap tadi kemudian tambahkan dengan 1 sd bsr serbuk koko/boleh juga di bubuh coklat emulco....kacau sebati
  • Sudukan air nescafe/renjis/spray .....ke setiap lapisan kek tadi.
  • Sapu adunan cream cheese pada kek mengikut kreativiti masing2
  • Ayakkan serbuk koko sebagai hiasan
  • Simpan sejuk seketika di dalam peti ais baru sedap di makan

Wednesday, December 22, 2010

Sushi Roll

First time buat sushi......ini lah rupa dia. Macam2 jenis sebenarnya sushi ni, tapi kan yg famous selalunya yg roll ni la. Tak sangka budak2 ni suka pulak...mak ngan bapak budak tak gemar sangat menda ni. Saja je nak menerai.....orang kata dok kat Japan,kena le cuba buat makanan tradisi dia orang walaupun serupa tapi tak sama he..he.Beras Jepun ni yang kontot2 ni memang sesuai sangat la buat sushi sebab apabila dimasak, ia memang melekat antaranya. Mula2 sampai sini dulu.....memang rasa tak leh telan nasi dia, rasa cam pulut pun ada. Lama2 dah ok dah
Apa lagi jom kita tgk cara2 nak buat sushi ......ida ada gak rujuk kat About Japanese Food


Bahan-bahan:

  • Nasi beras Jepun yg dimasak dari 3 cawan beras
  • 1/3 cawan cuka sushi.....kat botol dia memang dah ditulis cuka sushi dlm bahasa Jepun
  • Tambahan sedikit garam & gula jika mahu....tak perlu tambah banyak sebab dlm cuka tu mmg dah ditambah siap2 garam dan gula
  • Apa-apa inti kegemaran-ida letak telur dadar, ikan salmon dan udang goreng tempura serta timun Jepun
  • Dry seaweed sheet
  • Sushi mat...pelapik

Cara-cara:

  • Sendukkan nasi yg masih panas ke dalam bekas yg besar...ratakan
  • Renjiskan cuka sushi ke atas nasi dan cepat2 kacau rata dengan menggunakan senduk nasi
  • Cara untuk sejukkan nasi dan mengurangkan kelembapan nasi sebaiknya..kipas-kipaskan nasi tersebut dengan kipas tangan. Ia juga akan membuatkan nasi kelihatan lebih berkilat dan senang dibentuk nanti.
  • Setelah siap sushi rice ni, jom kita bentukkan sushi roll pulak
Sediakan sushi mat, alaskan pula atasnya dengan dry seaweed sheet,kemudian baru ratakan sushi rice tadi ke atasnya. Letakkan inti kegemaran di tengah2 nasi dan gulung kemas2 dan padat2. Pastikan betul2 padat supaya sushi roll ni tak terburai setelah dipotong2. Sushi mat tu la fungsi penggulungnya.

Haa..gambar atas ni yang masih berbedung.......


Ni pulak ......bedung dah terbukak...bukan terbukakkk la...dah dibukak, kalau tak bukak macammana nak potong. Potong dengan pisau lebih kurang 1 inch tebal.


Sushi roll yang dah siap dipotong dan sedia untuk di ngap.......haipp! sabar anak2 ya...ummi belum habis snap lagi ni..

Tuesday, December 21, 2010

Spiral Potato

Jom pekena potato berbelit ni....mula2 mmg rasa mcm nak tergeliat tgn potong benda alah ni....maklum la, baru2 practice hari tu.....pic atas tu kira 2nd time buat...baru ler ok, tapi tak der le secantik pakai cutter dia. The latest nmpk kat umah Hana...tapi ida tak sempat pi jengah pun sana. Baru2 ni kwn ida Liza ada buat juga...rupa2 nya boleh pakai pisau biasa je erk. Dia bg link Seasaltwithfood klik jer kat situ, nanti leh tgk video cara cut dgn pisau. Video ni sama je cam Hana bagi, tengok jer video tu pasti anda semua boleh faham...kalau terang jer kut susah nak faham. Mekasih to both of u for this idea.

Syok betul anak2 ida mkn spiral potato ni......squeeze sikit dgn mayonis dan sos mmg sedap kata dia org. Kalau ada cheese lagi ummmp.....Pakai potato kecik2 lg senang nak handle masa memotong. Lepas siap potong, goreng dia dlm minyak panas yg banyak sehingga masak & garing Tabur sikit dgn garam halus pas tu squeeze dgn mayonis dan sos kegemaran. Sedap di makan semasa masih panas. Dengar kata famous sekarang ni kat M'sia ya. Sib baik kami tak ketinggalan ha.ha

Wednesday, December 15, 2010

Under Water Birthday Cake


Kek ni untuk birthday 2 org sekali yg ditempah oleh kwn ida juga K'Azma utk 2 org anaknyer...Naufal ke 9 thn & Salsabila ke 13 thn HEPI BIRTHDAY untiey ucapkan. Birthday diaorg ni dekat2 tarikhnya. Semalam kek ni dah diambil oleh K'Azma, katanya suprise utk diaorg berdua tu...dia tempah kek ni senyap2. Apa2 pun, harap2 mereka berpuas hati dgn design & rasa kek ni. Design ikut suka hati pembuat katanya.


Saturday, December 11, 2010

Apam Balik

Lama tak buat ni....feberet sekeluarga masa kat M'sia, baru2 ni, terjumpa kat kedai sweet corn yg ingredient dia ok. Dulu pernah cuba resepi dr Mesra Net...ok, setelah di edit sedikit, lembut dan sedap. Resepi kat bawah ni ida edit sedikit, lebihkan adunan & sukat timbangkan dia.

Bahan-bahan :( adunan tepung )

  • 330 gm t.gandum*
  • 1 1/2 sd teh baking powder*
  • 1/2 sd teh soda bikarbonat*
  • 1/2 mug kecil+2 sd bsr lg gula
  • 1/2 sd teh garam
  • 2 sd bsr minyak msk
  • 380 - 400 mls air/susu segar........atau boleh bubuh separuh air & separuh susu
  • 2 biji telur
  • 2-3 titik essen vanilla
  • Optional....pewarna kuning...ida tak bubuh

Bahan ( inti )

  • 1 tin jagung manis berkrim/creamy sweet corn
  • 1 1/2 mug kecil kacang tanah yg telah digoreng dan dikisar separuh hancur
  • Gula putih/gula perang secukup rasa.......ida campurkan 5 sd besar gula bersama kacang kisar & semasa memasak kuih ni, ida tabur sedikit lagi gula sebab 1st kuih yg dah msk rasa kurang manis maybe gula kat Jepun ni kurang manis kut
Bahan sampingan:

  • Sedikit marjerin/butter utk sapu ke atas kuih setelah masak

Cara-cara:

  • Di dalam bekas, pukul telur sedikit dgn hand whisker, tambah essen vanilla...kacau
  • Masukkan susu/air, minyak, gula & garam.....kacau sebati
  • Ayakkan bahan bertanda * ke dalamnya...kacau sebati
  • Perap adunan selama 2-3 jam lebih baik sebelum memasak...ida perap semalaman, buat siap2 adunan sebelum tidur, esok dah boleh masak
  • Panaskan kuali leper non-stick, sapukan sedikit minyak sahaja, jika nmpk terlebih ambil tisu paper yg bersih sapu sedikit permukaan kuali tadi....jika tidak rupa permukaan kuih akan bertompok2 dan kurang cantik.
  • Ambil 1 senduk kecil adunan, ratakan di atas kuali/mengikut citarasa ketebalan kuih yg diingini
  • Biar seketika/apabila permukaan bawah kuih dah nmpk sedikit masak,...taburkan rata campuran kacang kisar tadi, sudukan jagung krim ...tambah sedikit gula lagi, ikut citarasa
  • Tutup kuali utk kuih lebih cepat masak
  • Apabila sudah masak, lipat / tutupkan kuih apam dan angkat. Sapu butter/marjerin semasa kuih masih panas. Sedia dihidangkan.


Friday, December 10, 2010

Crunchy Chicken Wings with parsley

Tak boleh makan chicken wing kat KFC....dpt yg ni pun jadi la..dah sikit boleh hilangkan rasa rinduuu


Bahan-bahan :

  • Dlm 10 ketul kepak ayam
  • 3-4 ulas bawang putih dikisar/ditumbuk halus*
  • 1/2 sd teh serbuk lada sulah *......boleh lebihkan
  • 1/4 sd teh serbuk lada hitam *.....boleh lebihkan
  • 1 sd teh serbuk kari *
  • garam secukup rasa*
  • Sedikit air perahan lemon....dlm 1 hiris kecil *
  • 1/2 sd teh serbuk pati ayam *
  • Optional....boleh tambah sedikit serbuk cili kalau nak pedass *
  • 1 sd teh daun parsley yg serbuk
  • 1 1/2- 2 cwn serbuk roti/bread crumbs
  • 1/2 cawan t.beras....ida tak der, pakai tepung jagung je ni..kalau t.beras lg ranggup
  • 1 biji telur

cara-cara :

  • Gaulkan kepak ayam bersama bahan *
  • Gaulkan semua kepak ayam bersama tepung tadi
  • Curahkan telur, gaul lagi
  • Satukan bread crumb bersama parsley di dlm mangkuk
  • Ambil satu2 kepak ayam tadi....lumurkan dengan bread crumb
  • Goreng di dlm minyak yg banyak sehingga masak & garing

Kek Pisang Gebu

Sape suka kek pisang yg gebuss....jom tengok sini, bubuh tepung jagung memang gebuss la, kita buat eksperiman beberapa hari lepas. Pas tu nak la tempek kat sini pulak untuk mempelbagaikan versi kek pisang ni.

Sape nak, amik la yer...

Bahan-bahan :

Bahan A
  • 220 gm t.gandum ( dlm 2 mug kecil )
  • 60 gm t.jagung
  • 2 sd besar susu tepung/kalau tak der boleh tukar kpd susu pekat & masukkan susu pekat ni bersama pisang nanti
  • 1 1/2 sd teh baking powder
  • 1/2 sd teh soda bikarbonat
Ayak bersama bahan2 atas.
  • 150 mls minyak sayuran/minyak jagung ( dlm 3/4 mug kecil )
  • 170 gm gula ....boleh dilebihkan kalau suka lebih manis
  • 1 sd teh garam
  • 4 biji telur
  • 2-3 titik essen vanilla
  • 400 gm pisang/lebih kurang 3 1/2 biji pisang b'saiz besar....dilenyek hancur/kisar
Cara-cara :

  • Sebelum tu, panaskan oven
  • Pukul telur dgn mixer sehingga betul2 kembang, masukkan essen vanilla, gula dan pukul lagi
  • Masukkan minyak, garam.....pukul perlahan, kemudian ayakkan terus bahan A ke dalam adunan telur...pukul perlahan juga
  • Akhir sekali masukkan pisang lecek ...kacau sebati
  • Bakar dlm suhu 170 C lebih kurang 40-45 minit mengikut ketebalan kek. Jika loyang kecil, boleh bakar dlm 2 loyang sebab 1 adunan ni banyak juga....hari tu ida bakar dlm 2 loyang, satu saiz 18cm 4 segi, 1 loyang kecil bulat dlm 15 cm

Grilled Foods

Gambar menu simple untuk b'fast ni dah terperap lama sgt dah......tak susah pun nak buat dia, cukup bahan mentah yg ada dah bole siap menu kat atas ni...sekali-sekala tukar selera orang putih apa salahnya....

Bahan-bahan:
  • Thin slice beef/daging slice yg nipis secukupnya
  • Kentang....dikupas kulit & dipotong nipis
  • Sosej secukupnya...dibelah 2
  • Serbuk lada sulah secukup rasa *
  • Serbuk lada hitam secukup rasa *
  • Oregano secukup rasa *
  • Bawang putih ( dlm 3-4 ulas )....kisar/tumbuk hancur *
  • Garam secukup rasa *
  • 1 sd besar mentega
  • Kobis secukupnya diracik/hiris halus
  • Carrot dibuang kulit & sagat halus
  • Mayonis
  • Sos lada hitam....pencicah
  • Sos cili....pencicah
cara-cara:

  • Mula2 sediakan salad.......gaulkan kobis yg diracik halus & carrot tadi bersama mayonis & ketepikan dahulu
  • Gaulkan daging slice bersama separuh bahan bertanda *
  • Gaulkan kentang bersama lebihan bahan bertanda * tadi
  • Guna kuali non-stick, titiskan sedikit minyak masak kemudian masukkan 1 sd besar butter....biar butter cair
  • Aturkan daging, kentang dan sosej.....kalau muat semua la...kalau tak, bakar satu2. Grill sehingga masak.
  • Apabila semuanya sudah masak, sedia dihidangkan seperti di atas ...sedap dimakan semasa panas2

Monday, December 6, 2010

iPnone Birthday Cake.....atas permintaan yg meng' order


Di atas permintaan tuan yg menempahnya, maka kali ni, tercipta kek iPnone pulak. Kawan ida, yatiechomeyl yg tempah ni, kira utk belated b'day la...sbb kek ni ditempah seminggu selepas b'daynya, masa hari b'day...hubby dia outstation. Kata dia, kek ni idaman dah lama..uhuhuhhh nasib baik ada gak rupa cam iPnone, kalau tak jadi....kena cancel ler jawapnyer...



Bahan-bahan utk buatnyer sama jer cam kek2 sebelum ni ya.....

Sunday, December 5, 2010

Choco Mousse Brownies dan seakan dengannya.......

Salam kembali.......mintak maaf bebanyak sebab dah lama ida menyepi.....dah naik bersawang dah agaknya dapur ni....nak jengah ke sini rasanya tak nyempat la....nak kena bereskan hal2 lain dulu...nak jengah dapur kekawan lagi la....gomen ne
Kek kat atas tu pun dah lama buat.....ida bawak masa pergi ke jamuan hari raya haji lepas. Gambar pun snap alar-balar jer........jap jer kek ni kena serbu oleh budak2 masa tu....mak & bapak budak ada yg kompunan sbb tak sempat mkn..tu pun dah buat 2 biji bawak ke sana
Dah beberapa kali buat........rupa2 nya baru sekarang tahu resepi sape....sbb masa amik resepi dulu kat kawan...dia pun dh lupa. Resepi asal sape lagi.....Yani, Deco choco la. Tima kasih bebanyak sangat.....memang marvelous sgt kek ni,sehingga menjilat jari....mmmuahhh suke sgt Jom la tgk resepi......rasanya dah ramai yg buat ni....

Brownies ( bahagian bawah )....ida doublekan adunan utk lapisan kek lebih tebal sbb pakai loyang 20 cm, kat bwh tu resepi 1 adunan

  • 45 gm butter
  • 65 gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 50 gm tepung
  • 1/2 sdk baking powder
  • 1 sd besar serbuk koko
  • Ida tambah badam cincang...panggang dlm oven sekejap/goreng tanpa minyak dlm kuali sekejap

Cara-cara:

  • Sebelum tu panaskan oven terlebih dahulu
  • Pukul butter bersama gula hingga kembang / putih
  • Tambah telur dan pukul lama sedikit
  • Ayak tepung bersama baking powder & serbuk koko ke dalamnya......pukul perlahan
  • Tambahan.....masukkan pula badam cincang .....kacau sebati
  • Masukkan adunan ke dalam loyang spring form/boleh tanggal
  • Bakar dalam suhu 190 C lebih kurang 12-15 minit....ida lebihkan ke 20 minit sebab doublekan adunan
  • Bila masak biarkan sejuk dahulu. Sementara tu sediakan mousse dia pulak.....tgk bawah ye...

Bahan-bahan coklat mousse ( bahagian atas ):

  • 140 gm coklat masakan
  • 1 sd besar gelatin......ida buh 1 1/2 sd besar sbb knp ye masa buh 1 sd bsr mcm lembik sikit, sorry sbb ida ubah sikit
  • 100 mls air panas...kena air betul2 panas
  • 2 biji putih telur
  • 200gm whipping cream/200 mls
  • 40 gm gula halus.......ida lebihkan sikit kpd 60 gm
Cara-cara:

  1. Masukkan serbuk gelatin ke dlm bekas yg mengandungi air panas....ida kacau dan biarkan seketika lebih kurang 5 minit
  2. Cairkan coklat guna double boiler, bila coklat dah cair.......masukkan campuran gelatin ke dalam coklat cair tadi, kacau sebati
  3. Pukul putih telur hingga kembang, bila telur tidak jatuh apabila diterbalikkan mangkuk, sambil pukul masukkan gula sedikit demi sedikit.
  4. Dalam mangkuk lain pukul whipping cream sehingga kembang /berbentuk krim
  5. Kemudian masukkan 2 & 4 ke dlm 3, kacau sebati dan tuangkan ke atas brownies yang masih di dlm loyang
  6. Simpan di dlm peti sejuk sehingga mousses keras
  7. Semasa menghidang, hias dengan ayakkan serbuk koko ke atasnya


haaaa...yg ni pulak versi seakan dengan kat atas tu...TAPI lapisan bawah tu adalah kek coklat jer, lebih2 adunan buat apam coklat/ala2 kek coklat hari tu...ida bakar sikit.....

Pas tu utk chocolate mousse tu ida hanya buh serbuk koko instead of cooking chocolate, tapi kena lebihkan gelatin ler....pun sedapp juga

  • Gelatin jdkan 2 1/2 sd besar
  • Cooking chocolate ganti ngan 4 sd besar serbuk koko bancuh ngan 50 mls air panas....cara2 sama jer seperti di atas...masukkan jer campuran gelatin ke dlm adunan serbuk koko...kacau