My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Saturday, October 30, 2010

Pizza Sosej


Pizza ni buat bila zaman ntah......gambar dok terperap lama dah dlm hard disk ni...skrg tibalah giliran mu nak menayang diri pulok deh...dah bebanyak kali buat ...satu ni ja tuan dia sempat amik gambar dia, ni pun satu jer......sbb ramai yg menunggu nak ngap...pas tu tuan dia pun malas sama...Terpaksalah la hadirin sekalian ya....kami nak makan pizza pun, kena buat sendiri, kesian kan bila merantau ni. Ida buat doh tu pun dari doh roti jer....buat pizza pas tu buat roti sama, bija k kan. Boleh makan pizza, boleh makan roti sama. Resepi sape lagi..K'Yani ( deco cocho ) kita tu la...cuma kena pandai2 adjust supaya doh tu jgn terlalu manis......itu la salah satu sifu roti2 ida. Thanks a lots ye kak.

Bahan-bahan doh roti :( Jika utk pizza sahaja 1/2 adunan sudah cukup )

  • 500 gm tepung roti
  • 240 mls air......guna air suam lebih baik jika uli tgn dan jika berada di negara 4 musim yg cuaca sudah sejuk walaupun menggunakan BM dan sukatan air telah diedit dr resepi asal
  • 40 gm gula
  • 8 gm garam....letak 1 sd teh
  • 50 gm mentega......ida letak 20 gm mentega & 30 gm shortening
  • 6 gm yis kering
  • 16 gm susu tepung
  • 60 gm telur/ telur saiz LL...lebihkan sikit dr resepi asal
Bahan-bahan topping pizza:

  • Sosej yg mencukupi......potong panjang/bulat2 pun boleh
  • Sos pizza
  • Tambahan sos cili/sos tomato
  • Mozarella cheese yg halus2
  • Capsicum hijau/merah.......di potong nipis
  • Bawang besar......didadukan
  • Oregano
  • Tambahan ...serbuk lada hitam
  • Jika suka juga boleh letak mayonis

cara-cara:( Macam biasa ,ida pakai BM la ni )

  • Masukkan air suam serta bahan2 lain dan diakhiri dengan yis ke dalam acuan BM
  • Pilih menu dan tekan start. Tunggu sehingga siap baru keluarkan doh dari BM.
  • Tumbuk2 doh untuk keluarkan angin
  • Bahagikan doh ikut saiz yg sesuai.
  • # Sediakan dulang pembakar yg dialas dgn cooking sheet/disapu marjerin@mentega
  • Ambil satu bahagian doh tadi,leperkan di atas dulang tadi sehingga memenuhi dulang tersebut. Lebihkan sikit bahagian tepi , kemudian lipat masuk agar menjadi tebing @ mengikut kreativiti masing.
  • Selepas itu mari kita mulakan mekapkan pizza ini
  • Base dia sapu ngan sos pizza, tabur mozarella cheese, susun sosej, sapu tambahan sos cili/sos tomato @ sos pizza tadi, tabur bawang besar, susun capsicum, tabur serbuk lada hitam,tabur mozarella cheese dan akhir sekali tabur oregano
  • Biarkan seketika supaya doh naik sekali lagi dalam 20 minit
  • Panaskan oven terlebih dahulu
  • Bakar pada suhu 180 C lebih kurang 15-17 minit @ atau jika suka lebih garing boleh lebihkan masa
Kalau nak uli ngan tangan pun boleh, kat bawah ni salah satu lagi cara uli tgn :

  • Di dalam bekas yang besar, campurkan semua bahan kering kecuali yis. Gaul sebati.
  • Kemudian baru masukkan yis, gaul rata. Masukkan pula air, mentega & shortening.
  • Gaul dan uli sehingga menjadi doh yang kenyal & tidak melekat di tangan.Lebih lama menguli akan mendapat hasil yg lebih baik.
  • Selepas itu tutup bekas tadi dgn kain/apa2 shj, perapkan doh selama 1 jam sehingga naik 2 kali ganda
  • Setelah siap, tumbuk2 doh utk keluarkan angin.
  • Bahagikan doh mengikut saiz yg diinginkan
  • Utk seterusnya bolehlah follow step yg bertanda # dan seterusnya ke bawah.

Wednesday, October 27, 2010

Ala-ala Zinger Burger di KFC

Sarapan untuk anak-anak pagi tadi......untuk abahnyer sempat makan mini pizza jer sbb semalam dah siap buh topping & bakar half cooked,pagi tadi bakar lagi sehingga masak........ Tukar selera kpd burger pesen ni pulak. Anak-anak dah besar sikit gemar la pulak burger2 ni...kecik2 diaorg tak tau nak makan. meh la tgk resepi sempoi2 ni bermula dari buat roti burger, ayam gorengnya dan sehingga terbentuknya sebiji burger yang enak. Roti burger dah buat siap2 petang semalam, hari ni goreng ayam ja. Musim dah sejuk ni buat roti terpaksa guna air suam/susu suam walaupun guna BM kalau tak bantut yis tu.

Bahan-bahan doh roti ( resepi roti asas K'Fida MyR yg diedit sedikit, ida letak resepi utk separuh adunan.....nak doublekan pun boleh bg family yg ramai cam ida ni @ balance buat bun, doh tu buat apa2 shj jenis roti kesukaan anda )

  • 300gm tepung ( ida pakai tepung roti )
  • 1 biji telur saiz c ( 40gm )
  • 130 mls susu segar yang disuamkan/air suam
  • 1/2 sd teh garam
  • 20 gm gula
  • 5 gm yis
  • 30 gm mentega ( ida letak 20 gm mentega dan 10 gm shortening )
Cara-cara ( ida letak salah satu cara uli tangan kpd sesiapa yang tidak ada BM )
Untuk cara BM boleh rujuk di label roti2 yg lain k

  • Ambil 1/4 cawan dari 130 mls air suam tadi. Masukkan yis dlm cawan tersebut dan kacau ( jika yakin yis tersebut OK tak perlu tunggu sehingga ia berbuih )
  • Di dalam bekas besar, gaulkan tepung bersama gula, garam sehingga sebati.
  • Masukkan mentega & shortening dan ramas2 sehingga sebati
  • masukkan bancuhan yis, telur dan air sedikit demi sedikit sambil uli.
  • Uli sehingga doh menjadi lembut dan tidak melekat di tangan. Lebih lama menguli akan mendapat hasil yang lebih baik.
  • Setelah siap menguli, tutup bekas dgn kain/apa2 sahaja....perap doh selama 45 minit-1 jam supaya doh naik
  • Cukup masa, keluarkan doh....tumbuk2 utk keluarkan angin
  • Bahagikan doh mengikut saiz kesukaan
  • Bulat2 kan doh kemudian leperkan sedikit doh yg bulat tadi dgn tapak tgn supaya bila dibakar nanti bun tidak terlalu bulat meninggi
  • rehatkan lagi doh supaya naik sekali ganda lagi dalam 30-45 minit
  • Sebelum tu panaskan oven terlebih dahulu
  • bakar bun dlm suhu 180 C lebih kurang selama 15-16 minit.
  • Apabila sudah masak, sapu di atas permukaan bun yg masih panas dengan sedikit butter supaya nmpk berkilat.






Jom kita goreng ayam pulak....


Bahan-bahan untuk ayam :

  • 6 ketul Boneless chicken/ayam tanpa tulang secukupnya potong siap2 sesuai dgn utk dimuatkan dalam bun nanti
  • Bahan perap:
  • 3 ulas bawang putih...dikisar/ditumbuk halus
  • 1/4 labu bawang besar/3 biji bawang merah....dikisar
  • 1 sd teh serbuk lada sulah
  • Jika suka boleh tambah sedikit serbuk lada hitam
  • 1/2 sd teh serbuk cili
  • 1 sd teh serbuk jintan manis dan 1 sd teh juga serbuk jintan putih
  • Garam secukupnya
  • Satu hiris kecil lemon/limau nipis ...perah air
  • 1/2 sd teh serbuk kari
1 biji telur
Sedikit tepung beras( di campur sedikit garam halus, 1/4 sd teh serbuk cili, serbuk kari dan serbuk pati ayam )


Cara-cara :
  • Bersihkan ayam dan perap seketika dgn bahan perapan
  • Pukul telur sedikit dgn garfu kemudian celupkan ayam dgn telur lepas tu gaulkan ayam dengan tepung dan goreng ( goreng di dalam minyak yg banyak yg dipanaskan dahulu )@curahkan semua telur ke atas ayam kemudian gaul ayam dgn tepung dan goreng sehingga sedikit garing
Ida mekapkan burger ni simple2 jer....lebih2 lak kan kut habis kena kutip buang oleh budak2 ni jer karang
Macam biasa la, untuk mekapkan burger ni contoh2 bahan perlu ada seperti di bawah:

  • Daun salad@kobis yang diracik halus
  • Timun dihiris nipis
  • Tomato dihiris nipis
  • Sos cili/tomato
  • bawang besar yg diracik halus
  • Mayonis
  • kalau suka boleh tambah kepingan cheese
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • dan hiaslah mengikut kreativiti anda

Kuih Bakar Hijau

Selamat malam semua.......tgh melayan mata yang tak ngantuk ni...apa nak buat..kerja rumah, ahhh, tak abis2..esok la pulak sambung. Salah satu kuih kegemaran keluarga sejak di M'sia lagi tambah anak2....rasanya kat dapur sape2 pun ada kuih ni......selalu buat sbb tak susah, baru kali ni kerajinan nak snap pic..

Bahan-bahan :( utk loyang 20 cm )

  • 2 cwn tepung gandum
  • 4 biji telur
  • 2 cwn santan pekat.......ida pakai santan segera dalam tin, sbb itu jer la yg ada kat sini
  • 2 cwn air
  • 1 cwn gula
  • 1 sdteh garam
  • 1/2 sd teh essen vanilla
  • sedikit bijan utk tabur
  • sedikit pewarna hijau

cara-cara:

  • Masukkan semua bahan dalam blender dan blend hingga sebati
Atau
  • Dalam mangkuk besar, pukul sikit telur ngan whisker lepas tu masukkan 2 cwn air dahulu, kemudian tepung gandum......kacau dgn whisker hingga sebati@tidak berketul
  • Kemudian baru masukkan santan dan bahan2 lain ....kacau lagi hingga sebati & tidak berketul
  • Sapu loyang dgn marjerin/butter/minyak@alas dengan cooking sheet/baking paper
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang.
  • Tabur rata atasnya dgn bijan
  • Bakar dalam suhu 200C lebih kurang 45 minit@hingga masak
  • Jika nampak kuih ni naik menggunung bila dekat2 nak masak, tak perlu la risau, ia akan turun kembali rata apabila beberapa ketika dikeluarkan dari oven
  • Biar ia sejuk sedikit baru senang dipotong

Monday, October 25, 2010

Apple Streusel Cake with blackcherry jam

Salam kembali setelah beberapa hari kita senyap ja....kek ni baru ja buat petang tadi, buat kudapan anak2 balik dari sekolah. Resepi amik dari blog Joyofbaking
Emmm....sedapnyer kek ni..tambah2 yg streusel topping tu, ranggup, manis dan lemak...hi.hi...dapat kat si kecik, dia dok kutip makan tang atas tu dulu

Jom ida cerita sikit pasal kek ni.......bawah sekali kek la,pas tu hirisan epal, pas tu pulak sapuan jem blackcherry & atas sekali streusel dia la. Amik ko...2 biji sekali buat ( buat 2 adunan ). Tau je la, satu biji sekali hadap je budak2 ni..kalau balance pun seketul 2 je tinggal. Jom tgk resepi dia yg setengah ayat dia dah ditranslate ikut kefahaman ida. Pas tu ida tambah jem blackcherry sikit....saje nak abihkan stok la ni

Bahan Streusel topping :

  • 1/2 cwn / 65 gm tepung serbaguna
  • 1/2 sdteh ground cinnamon/serbuk kayu manis
  • 3 sdbsr/40gm butter tanpa garam yg sejuk dipotong kecil2( ida pakai butter biasa je )
  • 1/4 cwn /70gm gula perang.......ida kurangkan kpd 50 gm
  • 1/4 cwn /20gm kacang hazelnust/walnuts/pecans...yg dipanggang......ida tak panggang pun
cara-cara :

  • di dalam mangkuk bsr campurkan tepung bersama serbuk kayu manis. Masukkan butter...ida ramas campuran ni sehingga menjadi crumble/serbuk
  • Lepas tu masukkan gula dan kekacang...gaul rata dan ketepikan dahulu

Bahan adunan kek:
  • 1 cwn /130 gm tepung serbaguna
  • 1 sd teh baking powder
  • 1/8 sdteh garam.....ida letak 1/2 sd teh
  • 1/4 cwn /56 gm /4 sdbsr unsalted butter.......ida guna yg biasa je
  • 1/2 cwn /100 gm granulated white sugar
  • 1 telur saiz besar
  • 1/2 sdteh essen vanilla
  • 1/3 cwn /80 mls susu....ida pakai susu segar
  • 2 biji bsr Granny Smith Apple....ida pakai epal hijau kat jepun ni dlm 1/2 biji besar......buang kulit & hiris nipis2
  • Bahan ida tambah...sedikit jem blackcherry utk sapu pada atas lapisan epal nanti
cara-cara:

  • Panaskan oven dahulu pada suhu 177 C.........ida letak suhu 180 C selama 15 minit. Sapu loyang dgn butter dan alas dasar loyang 20 cm/8 inch dgn parchment paper/cooking sheet
  • Di dalam mangkuk berasingan, ayak tepung bersama baking powder dan garam
  • Di dalam mangkuk berasingan juga, pukul butter sehingga creamy & smooth
  • Masukkan gula dan pukul lg sehingga ringgan dn gebu
  • Masukkan telur & essen vanilla ...pukul lagi
  • Masukkan campuran tepung berselang-seli dgn susu dan pukul sebati sahaja
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang dan ratakan dgn spatula
  • Aturkan hirisan epal ke atasnya, kemudian sapu jem/tompok2 kan dgn jem dan tabur streusel topping
  • Bakar selama 45-50 minit
  • Ida bakar selama 38 minit sahaja pada suhu 170 C

Monday, October 18, 2010

Rasberry Mousse Chocolate Cake

Sebenarnya buat kek ni dah lama.....cuma tak nyempat2 nak entry...dah lapuk dah, jom layan gambar aja la. Sebelum ni buat versi asal dia choco mousse brownies ( resepi amik dr kawan ) rasanya dr MyR kut...entah la. Apa-apapun thanks a lot kpd tuan punya resepi, untuk kali ni edit sikit sebab kebetulan masa tu ada buat kek coklat...balance adunan ida bakar nipis2, lepas tu taruk atas dia mousse...dari choco tukar kpd rasberry. Dua2 pun sedap...len kali kalau bila buat lg versi asal dia, insyaallah ida entry...


Taraa.....my anniversary kek sebenarnya, lama dah ....bulan lepas...haahhh, comotnyer nmpk nguper dia.....not under planning sebenarnya nak buat kek ni, apa2 je la,janji sedapppp...boleh kalah secret recipe ni...perasan pulak tuan yg membuatnyer.Jom la tgk resepi

Bahan-bahan kek coklat lembab( resepi dulu2 dari kawan setempat kerja..K'Ainon..thanks ye kak )

Adunan kek ni banyak kalau untuk buat kek kat atas.....boleh buat half adunan/selebihnya tak payah bubuh topping
  • 1 buku butter ( 250 gm )
  • 2 cwn gula...ida kurangkan sikit 1 3/4 cwn
  • 2 cwn tepung gandum #
  • 1 cwn serbuk koko #
  • 1/2 sd teh baking powder #
  • 1/2 sd teh soda bikarbonat #
ayak bersama bahan bertanda #
  • 4 biji telur saiz A
  • 1 kotak susu coklat ( ida pakai susu segar plain jer )
  • 1/2 sd teh essen vanilla
  • 1 sd bsr coklat emulco...tak letak sbb tak der
Cara-cara:
  • Panaskan oven terlebih dahulu
  • Pukul butter bersama gula hingga kembang
  • Masukkan telur, essen vanilla..pukul lagi
  • Masukkan bahan ayak dan susu....pukul lagi dengan perlahan
  • Alas loyang sring form/boleh tanggal dengan cooking sheet@sapu dengan sedikit butter pada dasar loyang
  • Tuangkan adunan lebih kurang setebal 1 inci....jgn tebal sgt, nanti tak muat utk mousse nanti
  • Bakar pada suhu 170 C seketika/hingga masak.....lebih kurang 20 minit sebab kek tak tebal
  • Balance adunan boleh la bakar dlm loyang lain sebagai kek coklat lembab biasa
  • Setelah masak ketepikan dahulu
Bahan-bahan untuk Rasberry Mousse/bahagian atas:
  • 200 gm whipping cream/200 mls
  • 40 gm gula halus
  • 2 biji putih telur
  • 1 sd bsr serbuk gelatin.....ida letak 1 1/2 sd besar
  • 100 mls air betul2 panas yg baru dimasak
  • Jem rasberry secukupnya
  • Chocolate topping....ida guna Hershey's Chocolate shell topping
Cara-cara:
  • Masukkan gelatin ke dalam air panas 100 mls tadi...kacau sehingga hancur dan biarkan seketika/ 5 minit
  • Pukul putih telur hingga betul2 kembang / bertanduk / tidak jatuh
  • Masukkan gula ke dalamnyer...pukul seketika
  • Dalam mangkuk lain, pukul whipping cream sehingga kembang atau berbentuk krim
  • Masukkan gelatin yg dicairkan dan adunan whipping cream ke dalam adunan telur ....masukkan sedikit jem rasberry dan kacau sebati
  • Ambil kek tadi, sapu atasnya dgn sedikit jem rasberry, kemudian tuangkan adunan mousse ke atasnya.
  • Sejukkan dahulu sehingga moussenyer beku
  • Setelah mousse sudah beku...bolehla di keluarkan dr loyang spring form tadi
  • Hias mengikut citarasa masing2. Ida curah Hershey's Chocolate Shell topping ke atasnyer sahaja. Kalau nak mekapkan dgn coklat masakan yg dicairkan pun boleh/tabur sahaja dengan serbuk koko
psst: untuk bakar kek ni, perlu menggunakan loyang spring form/boleh tanggal supaya senang untuk mengeluarkan kek nanti


Friday, October 15, 2010

Princess Birthday Cakes......untuk kakak dan adik

Ni kek untuk adik Ain......kena simpan kemas2 dalam peti ais dulu....masa untuk potong belum sampai lagi. Sabar dik ya, hari Ahad nanti 17.10.2010 baru adik potong. Umi bagi dia possing dulu k....sbb nak entry sekali ngan kek kakak ni. Nanti kalau sempat amik pic kek yg sudah dipotong...ida tempek kat sini
Haa...ni kakak Sara punya....dah lepas dah ari Ahad lepas 10.10.2010. Speacial request dr dia nak kek princess. Jenuh jugak nak menyiapkannya, maklumla..... Dah lama dia tunggu kek yang ummi dia buat ni sebenarnya, tahun ni 2 org yg lain dah lepas b'day diaorg, dah dpt hadiah, dah dpt kek yg ummi dia buat. Dua2 tu semua awal tahun...hanya kakak ngan adik je hujung2 sikit. Kakak asyik tanya bila kek kakak ummi, lambat lagi ke...penat dah nak menjawap...

Adik pun nak kek princess jugak mcm kakak dia. Bertungkus-lumus la ummi dia buat kek princess satu lagi. Kebetulan adik pun lahir bulan 10, selang 1 minggu je. Dah kali ke-2 buat, smooth sikit kali ni, ni konon2 kembar sorang lagi la. Kali ni bagi dia duduk pulak ya.






Ini adalah kek2 yang digunakan untuk deco kek princess adik Ain..patungnyer lupa letak.



Yang ini untuk deco kek princess kakak





Adunan kek span kedua2 kek tu sama je....cuma satu buat yang coklat, satu lagi buat plain. Resepi kek span ida intai2 kat dapur K'Ummi ( Home Sweet Home ) iaitu Soft Marble Cake...resepi asal ialah Kak Noreen..cuma ida tak buat marble dia, emm...lembut je kek ni. Terima kasih bebanyak ye kak. Pas tu frosting ida buat 2 jenis, butter cream cheese frosting ( resepi intai2 kat dapur Hana....thanks ye na ) & whipping cream frosting ( dpt ilham dr seorang kawan ). Izinkan ku tepek resepi nya kat sini lak.


Bahan adunan kek span:( dari resepi soft marble cake )
  • 270 gm mentega
  • 250 gm gula.....ida letak 230 gm sbb nanti nak sapu cream
  • 260 gm tepung gandum#
  • 1 camca teh baking powder#
Bahan bertanda # ayak bersama
  • 6 biji telur
  • 2 camca bsr susu pekat manis
  • 1 camca bsr ovalette
  • 1 camca bsr air
  • 1 camca teh essen vanilla
  • 10 gm serbuk koko......ida tambah kpd 20 gm sbb tak buat marble, kalau kek plain, tak perlu masukkan serbuk koko
  • opptional : 1 camca teh coklat emulco..utk kek span coklat( ida tak letak )
Cara-cara :
  • Ida panaskan terlebih dahulu oven
  • Ayak tepung gandum bersama baking powder
  • Satukan butter,susu,essen vanilla.....pukul sehingga gebu & ringan/adunan tidak jatuh *
  • Di dalam bekas lain, satukan telur,ovalette,air,gula,campuran tepung & serbuk penaik.......pukul hingga kembang & rata.
  • Masukkan adunan butter * ke dalamnya dan kacau rata.
  • Alas loyang dgn cooking sheet/sapu dgn sedikit butter@minyak. Kek yang kecil2 tu ida bakar dlm mangkuk kecil untuk buat skirt princess nanti.
  • Bakar pada suhu 180 C ( ida reduce ke 170 C ) selama 45-50 minit. Ida tuang aduanan kek tak brp tebal kat dalam loyang,jadi ida bakar lebih kurang dalam 37 minit sahaja.
  • Apabila sudah masak sejukkan seketika. Setelah itu, kek dipotong menyilang kepada 2 lapis untuk disapu cream.
Bahan-bahan frosting/cream...boleh pilih salah satu/buat 2 jenis frosting
1) Butter cream cheese
  • 120 gm butter
  • 250 gm cream cheese
  • 120 gm gula aising
cara-cara:
  • satukan semuanya, pukul sehingga kembang
  • Bahagikan adunan jika ingin letak pewarna
  • Gunakan pipping bag dan noozlenya apabila hendak mendeconya nanti. Sebelum tu, sapu cream rata keseluruh kek/bahagian yg ingin diletak butter cream cheese sebagai basenya dahulu.
2) Whipping cream ( untuk satu kek biasanya menggunakan lebih dari 2 kotak whip.cream yang 200 ml )
  • 1 kotak/ 200 mls whipping cream
  • 3 sd bsr gula halus....boleh dikurangkan/dilebihkan
  • 1/4 sd teh garam
  • 1-2 titis essen vanilla
cara-cara :
  • Satukan dalam mangkuk besar. Putar sehingga kembang dan pekat
  • Tapi jangan terlalu pekat. Agak-agak sesuai untuk disapu ke atas kek.
  • Bahagikan adunan jika ingin letak pewarna.
  • Cara deco sama, cuma sebelum membuat apa2 deco...sapu cream rata ke seluruh kek sebagai base dan juga pada lapisan kek yg telah dipotong





Tuesday, October 12, 2010

Tiramisu Biscoti with Blackcherry Jam

Salam buat semua...apa khabar? Tuan rumah ni sebok je...dapur ni dah 1 minggu tak berupdate....3 hari cuti ni pun penuh ngan aktiviti..hari Ahad anak2 ada undokai ( sukan tahunan ), hari semalam lak aktiviti makan angin. Resepi yg sedap, senang dan cepat...tiramisu yang hanya menggunakan biskut. Salah satu menu yg dibawa ke tempat sukan anak2.


Kepada sesiapa yang tak pernah tengok biskut khas untuk buat tiramisu biscoti ni..ni lah dia biskut lady finger...

Resepi intai kat umah Hana....cuma ku tambah blackcherry jam sikit. Time kasih ya Hana...ida letak resepi kat sini pulak


Bahan-bahan :
  • 250 gm cream cheese
  • 200ml whipp cream
  • 1/2 cawan gula
  • 1 sd makan serbuk nescaffe
  • 1 cawan air panas utk bancuh nescafe
  • 1 pkt biskut lady finger
  • Sedikit jem blackcherry
  • Sedikit serbuk koko untuk hiasan

Cara-cara :( ida pakai tulih ikut ayat ida je ni )

  • Di dalam cawan, bancuh nescaffe bersama air panas tadi
  • Satukan cream cheese, whip cream dan gula.......pukul sehingga kembang dan gebu
  • Aturkan biskut satu lapis penuh menutupi dasar bekas 4 segi lebih kurang 20 cm / boleh juga siap2 disusun lapis di dlm cawan lutsinar...nanti kalau nak mkn ambik je sorang satu cwn
  • Renjiskan sedikit air nescaffe/ikut Hana... spray air nescaffe tadi ke atas biskut yang di atur. Cara asal celup biskut ke dlm air nescaffe...TAPI biskut ni senang lembik. Kalau air nescaffe tu tak dihabiskan pun tak per, takut terlembik sgt biskut tu karang.
  • Sapu sedikit jam blackcherry ke atas biskut dan kemudian sapu adunan cheese.
  • Ulangi langkah yang sama untuk lapisan yg seterusnya.
  • Setelah sudah siap, tutup bekas dengan cling film/plastik dan simpan di dalam peti ais agar adunan cheese mengeras sedikit
  • Apabila hendak hidang, baru tapiskan kat atas dengan serbuk koko.


Monday, October 4, 2010

Kek Pisang Sempoi

Menu untuk kudap-kudapan anak2 petang tadi...potong kek ngan snap pic terpaksa dibuat dgn pantas sebab masing2 sudah menadah piring satu sorang. Budak2 ni dah tak sabar menunggu....dari sebiji kek ni..cuma tinggal balance 3 ketui ja, huihh..kuat betul anak2 umi makan. Sib baik doublekan adunan, dapat la 2 biji kek...boleh simpan untuk esok lak..

Haa...kali ni, baru sempat snap pic kek pisang ni...kalau tak...
ADA BEZA rupanya kaler kek tu bila pakai pisang yg agak2 sudah masak ngan yg dah masak ranum. Kali ni bubuh pisang yg agak2 sudah masak...kaler dia cerah sedikit. Sebelum ni pernah pakai pisang yg sudah ranum..kaler kek dia agak gelap sedikit. Sumber resepi sebenarnya dari MyR, tapi masa salin dulu terlupa catitkan siapakah tuan empunya resepi...mintak maaf ya. Apa2 pun terima kasih banyak2 kepada tuan punya resepi cuma ida ada edit sedikit.

Bahan-bahan :
  • 150 gm pisang dilecek.......dijdkan kpd 170 gm
  • 180 gm tepung gandum
  • 180 gm gula halus.............dikurangkan kpd 160 gm
  • 3 biji telur
  • 120 mls minyak masak....dikurangkan kpd 110 mls/boleh juga guna butter yg dicairkan
  • 1 sd teh soda bikarbonat & baking powder......ida bubuh 1/2 sd teh soda & 1 sd teh baking powder
  • garam......ida letak 1 sd teh
  • tambahan...sedikit essen vanilla, 1 sd besar susu pekat manis dan badam untuk hiasan

Cara-cara :

  • Sementara tu panaskan oven terlebih dahulu dlm suhu 180 C lebih kurang 10-15 minit.
  • Pukul telur hingga kembang/ringgan
  • Masukkan essen vanilla & gula ke dalamnya dan pukul seketika.
  • Ayakkan garam, bahan penaik bersama tepung gandum ke dalam adunan telur.
  • Pukul dengan kelajuan perlahan
  • Kemudian masukkan pisang lecek,susu pekat & minyak pukul perlahan/kacau sebati
  • Sapu loyang pembakar dengan mentega/marjerin/minyak...atau alas dengan cooking sheet.
  • Tuangkan adunan dan tabur badam.
  • Bakar dlm suhu 180 C lebih kurang selama 40 minit atau sehingga masak.

Sunday, October 3, 2010

Makan-makan lagi..my menu is chicken lasagna, bakso, rich blueberry pizza & blueberry cheese biscoti

Huhuhh....dah lama tak update blog, sibuk sangat ke aku ni? Dua hari ni pun penuh ngan aktiviti......... Ni bukan open house umah ida lagi tau...sebenarnya menu2 ni ida bawa ke jamuan hari raya group pelajar M'sia kat sini hari Sabtu semalam. Macam umah sendiri buat open house lagi la pulak...
Haa...nak tau apakah menu2 yg ada kat atas...ida buat bihun bakso..tapi bebola dagingnyer tdk sebulat yg diinginkan, pizza buah ( rich blueberry pizza ), chicken lasagna dan blueberry cheese biscoti.....resepi mintak ampun byk2....tunggu buat lagi baru letak resepi sbb tak sempat nak snap pic elok2.

Inilah dia my first chicken lasagna.....mintak maap ya, sekarang ngak boleh di potong lagi....kita sama2 mkn kat sana...itu pesanan kpd org2 di dalam rumah. For the first time i baked lasagna.....very creamy, next time nak kurangkan sikit creamy tu..kena kurangkan sedikit sos bechamel/sos putih dan keringkan sedikit sms memasak ayam dengan sos merahnya...but this taste also still yummy..licin dua2 bekas ni hari tu..


Pizza buah lagi.....Rich blueberry pizza...sekali kena serbu masa jamuan hari tu...sekejap ja dah licin juga..hi..hi entah sedap ke tidak tu? Gambar blueberry cheese biscoti konon2 la..dah tak nyempat lg nak close-up pic..ala cheese tu lebih kurang mcm buat tiramisu cuma tambah sedikit jem blueberry dlm cream tu, pas tu lapis2 je ngan biskut..ida pakai biskut merrie
...ha..ha kerja org malas kan...tapi licin jugak.