My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Wednesday, June 30, 2010

Kuih Ketayap

Ni salah satu kuih kegemaran keluarga....kalau kat M'sia memang selalu beli.Kalau beli nasi lemak mesti combine dengan kuih ketayap ni.Emm...kat sini nak tak nak terpaksa la buat sendiri.Untuk buat intinya pun terpaksa guna kelapa kering.Hentam la labu...janji ada rupa macam kuih ketayap.
Bahan-bahan A(kulit)
2 mug kecil tepung gandum
3/4 mug kecil susu segar
2 mug kecil air
1 biji telur(saiz B)
1/2 sudu teh garam
sedikit essen vanilla
sedikit pewarna hijau
1sudu teh baking powder(untuk bagi sikit kedutan pada tekstur kulit kuih ni)
Bahan-bahan B(inti kelapa)
1 1/2 mug kecil kelapa lembut(saya pakai kelapa kering je)
2 sudu besar santan pekat dlm tin/kotak(jika menggunakan kelapa kering)
1 keping gula melaka
1 sudu besar gula ( tambahan jika untuk lebih manis )
sedikit garam
1/2 mug kecil air
Cara-cara
Masak bahan B dahulu<....>
Masak gula melaka, gula bersama air hingga hancur.
Masukkan garam,santan pekat jika menggunakan kelapa kering..kacau sebati
Akhir sekali masukkan kelapa & kacau hingga sedikit kering( jangan terlalu kering sangat )
Biarkan sejuk.
Bahan A<....>
Masukkan semua bahan ke dalam blender.Blend hingga sebati
Panaskan kuali leper non-stick,sapu sedikit minyak.
Ambil adunan menggunakan senduk kecil,tuang di tengah kuali kemudian ratakan nipis bulat menggunakan bawah senduk tersebut...agak-agak la ye saiznye
Ulangi langkah tersebut hingga habis.
......sambil buat kulit,boleh terus masukkan inti kelapa dalam kulit yang sudah masak & gulung kemas-kemas.SELAMAT MENCUBA

Monday, June 28, 2010

Bihun Sup Utara

Dah lama rasanya tak makan bihun sup utara ni...feberet ni.Kebetulan hari Sabtu lepas ada sikit jamuan dan stok barang-barang yang dipesan dari M'sia baru sampai pada pagi tersebut termasuklah bihun kering ni.Tekak pun teringin nak makan,jadi saya masak la bihun sup utara ni walaupun asalnya plan nak masak benda lain.

Bihun ni biasanya di makan dengan cili merah seperti dalam gambar kat atas tu...kalau kat M'sia ni setiap kali ke pasar malam Seksyen 19,mesti tak miss....feberet hubby jugak,maklum la dia tu orang utara.Selepas tu saya try juga masak sendiri.Anak-anak pun ikut sama menggemarinya.
Resepi kuah/supnya lebih kurang sama je dengan masak sup daging@tulang.Inilah saya punya style bihun sup utara.....
Bahan A:
1 peket bihun kering-direndam duhulu lebih baik
....kalau tak, terus rebus sahaja,rebus sekejap sahaja
....masukkan sedikit serbuk kunyit/pewarna kuning ke dalam air rebusan
....toskan
Bahan B( kuah sup )
1 kg daging lembu.....dipotong kuib besar seeloknya sebab selepas supnya sudah masak,daging tersebut ditoskan untuk dihiris nipis2 untuk dimakan bersama bihun nanti.
* Jika nak tambah tulang lembu pun boleh
2 paket sup bunjut
1 sudu besar rempah sup
3 ulas bawang putih...dikisar
1 inci halia....................dikisar
1/2 labu bawang besar/5 ulas bawang merah.....dikisar
1/2 sudu teh serbuk lada hitam/kurangkan
1/4 sudu teh serbuk lada putih
1/2 inci lengkuas......diketuk
1 batang serai ..........diketuk
2 inci halia.................diketuk
2 ulas bawang putih diketuk
serbuk perasa jika suka
garam secukupnya
Bahan C( bahan untuk menumis )
3 batang kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 ulas bawang putih dihiris nipis
1/2 inci halia dihiris nipis&halus
4 ulas bawang merah/1/2 labu bawang besar dihiris nipis
(itu sahaja yang saya masukkan)
Bahan D ( sambal merah )
5 sudu besar serbuk cili/cili kering yang dikisar......saya pakai serbuk cili je
1 sudu besar bawang goreng
sedikit garam&gula
1 hiris air perahan lemon/limau nipis
......satukan,tambah sedikit air kemudian masak hingga pekat
Bahan E ( bahan tabur semasa menghidang )
Daun bawang,daun sup/daun sadri......dihiris nipis
Bawang goreng
Ketulan daging dari dalam kuah sup yang ditoskan.....dihiris kecil&nipis
Cara-cara:
Bahan B:
Di dalam periuk masukkan daging,air secukupnya kemudian bahan kisar,bahan yang diketuk & sup bunjut.Rebus sehingga separuh empuk.
Kemudian tambah bahan lain,teruskan memasak.
Bahan C:
Tumis bahan C didahulukan dengan rempah kasar,bawang putih,halia & bawang merah/besar hingga naik bau.Kemudian tuangkan ke dalam bahan B Jangan masukkan semua minyak menumis ke dalam kuah,untuk mengelakan kuah terlalu berminyak.Masak seketika bahan B, sesudah cukup rasa matikan api.
Cara menghidang:
Masukkan bihun yang direbus tadi ke dalam mangkuk,diikuti dengan kuah sup,bahan tabur&akhir sekali sambal merah.Sedap dimakan ketika kuah masih panas.Cubalah.....

Wednesday, June 23, 2010

Bun Coklat

Resepi bun coklat ni saya dapat dari mamafami.fotopages(Chocolate buns Hanieliza)....resepi asal adalah resepi Kak Hanieliza......thanks.Inilah dia gambar pertama hasilan ke-2 roti dari my new BM.....sudah penat uli tangan,nak kena ada pembantu.Sekarang dah senang la kerja sikit...mesin ni yang tolong menguli.Thanks to my hubby kerana belikan mesin ni.Katanya....selepas ni macam -macam roti la umi boleh buat. Insyaallah....inipun masih dalam percubaan,masih tengah belajar2 lagi .
Yang ni pulak....saya buat versi bakar sebiji-sebiji dari doh yang sama,lagi gebu....sebab dia punya cukup ruang untuk mengembang.Kat dalam tu saya letak inti coklat...emm marvelous!
Sekarang kita lihat macammana untuk buat roti ni...buat roti ni sebenarnya kena banyak bersabar,tak boleh skip step tu..nanti tak jadi pulak dia.Resepi kat bawah ni sama sahaja dengan kat mamafami.fotopages tu cuma caranya berbeza sedikit sebab saya guna BM.


Bahan-bahan:

Bahan A:
500 gm tepung roti
30 gm susu tepung
20 gm serbuk koko
100 gm gula
11 gm yis segera/ 1 paket yg 11 gm
1 biji telur(saya pakai saiz m).....pukul sedikit dgn garfu

Bahan B:
250 mls air
80 gm marjerin(saya pakai 40 gm shortening&40 gm butter)
saya tambah 1/2 sudu teh garam

Bahan C:
Apa-apa coklat yang bulat/ketul2 4 segi untuk di buat inti

Cara-cara:(used BM)

1.Keluarkan acuan BM,first masukkan air ke dalamnya,diikuti dengan telur(pukul sedikit ngan garfu dalam bekas lain),gula,garam,butter+shortening,susu tepung,serbuk koko,tepung dan last sekali yis.Letak semula acuan BM ke dalam BM mesin dengan betul.

2.On kan BM,pilih menu yang sesuai kemudian tekan start.Saya pilih menu yang masa 1 1/2 jam.Jangan risau BM akan mula menjalankan tugas dia hingga selesai.

3.Setelah cukup 1 1/2 jam@masa yang tertera di BM menunjukkan 0,boleh la keluarkan doh,tumbuk2 untuk keluarkan angin.

4.Bahagikan/bulatkan doh lebih kurang 20/50 gm setiap biji(saya agak2 jer....sebab agak2 ni la saiz bun jadi terlebih besar...dia tak boleh mengembang sangat semasa dibakar dalam loyang,kalau bakar sebiji-sebiji ok la)

5.Masukkan inti coklat di dalam setiap bebola roti tersebut,tutup rapat-rapat.Bulat2 kan semula.

6.Setelah siap buat bebola,aturkan sedikit rapat dalam loyang hingga penuh.Jika nak bakar sebiji-sebiji dengan menjarakkan bebola ni pun boleh.

7.Biarkan bebola roti ni naik dua kali ganda dahulu sebelum dibakar.Tutup bebola2 roti ni dgn kain lembab yang bersih.Sebelum tu panaskan oven terlebih dahulu

8.Saya bakar pada suhu 170 C...selama 20 minit(utk bebola roti yang diaatur sedikit rapat2 dalam loyang)

9.Untuk bebola roti yang diatur berjarak...saya hanya bakar kurang dari 20 minit/dlm lebih kurang 15 minit.

10.Setelah masak,sapu/gliskan permukaan roti dengan marjerin/butter untuk nampak berkilat.

Cara-cara uli tangan:

Campurkan semua bahan A & gaul sebati.

Kemudian masukkan air,garam & gaul sebati.Akhir sekali masukkan marjerin/butter/shortening,uli hingga sebati,lembut & tidak melekat di tangan ( lebih kurang 10 minit) kalau BM dia uli lama sikit....ada dlm 1/2 jam rasanya.Penat jugak menguli tangan ni.

Rehatkan doh lebih kurang 1 jam/naik dua kali ganda.Tutup bekas dengan plastik.Selepas 1 jam,tumbuk2 doh untuk keluarkan angin.

Ulangi langkah guna BM dari no.4 dan seterusnya seperti di atas.




Monday, June 21, 2010

Banana Cake with dry fruits nut crumble

Basic untuk kek pisang ni saya dapat dari MyR(Umi). Terima kasih.....cuma saya ubah sedikit sukatan bahan-bahannya.Untuk topping ni pulak resepi asasnya saya dapat melalui internet juga, tapi dah lama &terlupa catat melalui sumber mana,terima kasih juga....Saya ubah topping ni menjadi topping dry fruits nut crumble.Topping nut&dry fruits memang sedap.Topping ni boleh diletak ke atas apa sahaja jenis kek,muffin@cupcake.
Bahan-bahan:
4 biji pisang(dilenyek hancur)....saya pakai 3 biji shj sbb pisang tu besar
3 biji telur
2 mug kecil tepung gandum(resepi asal sukat m'gunakan cwn)
3/4 mug kecil gula(resepi asal 1 cwn)
3/4 mug kecil minyak (saya pakai minyak sayur)..resepi asal 1 cwn
1/2 s.teh soda bikarbonat
1 s.teh baking powder
1/2 sudu teh garam
sedikit essen vanilla(optional)
saya tambah 2 sudu bsr susu pekat manis
cara-cara:
Ayak tepung gandum bersama bahan penaik
Pukul telur hingga betul-betul kembang,tambahkan gula & essen vanilla pukul lagi.
Tambahkan pisang yang dilenyek,susu pekat,garam,minyak...kacau sebati
Masukkan tepung yang diayak bersama bahan penaik tadi sedikit demi sedikit.
Gaul sebati dengan kaup balik adunan/guna mixer low speed
Tuangkan ke dalam loyang.Jika loyang kecil & inginkan kek yang nipis,bahagikan kepada 2 loyang(kek lebih cepat masak & cantik dipotong)
Tunggu untuk ditabur topping
Bahan-bahan untuk membuat crumble:
1 mug kecil kacang tanah(atau apa2 kacang)...dikisar separuh hancur
2 sudu besar gula halus/gula perang
3 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu teh serbuk nescafe(optional)
2 sudu besar soft marjerin/butter
1/2 mug kecil mix dry fruits
sikit garam
Cara-cara:
Campurkan semua bahan.
Alas tangan dengan memakai sarung tangan plastik
Gaul sebati dengan cara meramas dengan menggunakan tangan sehingga menjadi seperti breadcrumb
Sedia ditabur ke atas adunan kek yang telah dituang ke dalam loyang tadi.
Tekan2 sedikit crumble tersebut.Sedia dibakar.
Bakar pada suhu 170 C...selama 35-40 minit
Setelah cukup masa,test kek ini samaada sudah betul2 masak dgn cara cucuk dgn lidi satay bersih/straw kecil.Jika ia tidak melekat pada lidi..maknanya kek ni sudah betul2 masak
Biarkan sejuk sedikit baru dipotong.Selamat Mencuba.......
Tips:
Jika semasa 3/4 masa membakar, bahagian atas kek kelihatan sudah hampir garing,tutup bahagian atas kek dengan aluminium foil.Teruskan membakar,Insaallah bahagian atas kek tidak akan hangit.


Thursday, June 17, 2010

Yogurt Fruity Bread Pudding

Sebahagian dari buah-buahan yang ada dalam gambar di atas nilah saya jadikan topping atas puding roti ni....

Datang idea sendiri...kalau campur yogurt apa rasa pada puding ni.Roti pun ada,buah-buahan & yogurt pun ada...apalagi bertungkus-lumus la kat dapur petang tadi menyiapkan eksperimen. Sebenarnya, buah anggur yg saya letak kat atas puding ni kecil2 je buahnya,lebih kurang sama besar dgn buah blueberry...manis sgt rasanya.

Ya taa.....itulah hasilnya.

Saya buat cara gini untuk bagi sikit kelainan rasa pada puding roti
Kalau plain je,macam boring je tengok & nak makan.
Ok,resepinya seperti di bawah...

Bahan-bahan:
bahan A:
-1 mug bsr susu segar/250 mls
-3 biji telur
-1/2 mug bsr gula+lg 3 sudu bsr...kalau nak lebih manis terpulang
-1/2 sudu teh garam
-1/2 mug bsr plain yogurt
-3 sudu bsr tepung jagung
-1/2 sudu teh esen vanilla.....optional(saya tak letak)
-3 keping roti
bahan-bahan lain:-buah-buahan segar.....di potong kecil( boleh juga menggunakan buahan dalam tin )
-blueberry filling/blueberry jam....saya pakai blueberry filling(kalau tak nak bubuh pun tak per )sbb bila dibakar warna purple blueberry filling ni akan bertukar warna hitam
-strawberrry jam......untuk sapu sedikit atas puding setelah ia masak
-3 keping roti.........siat2kan kecil2

Cara-cara:
-blendkan bahan A
-alas loyang dgn bakingpaper/sapu dgn sedikit minyak....saya pakai loyang 20 cm yg boleh tanggal
-aturkan roti yang telah disiat, rata keseluruh loyang
-tuangkan adunan A yang telah diblend tadi ke dalam loyang tersebut
-ambil sedikit blueberry filling,tompok-tompokkan ke dlm adunan
-tabur/susun buah-buahan yang telah dipotong kecil
-bakar pada suhu 180 C/selama 40 minit
-setelah masak keluarkan dari oven,sapu dgn sedikit jam strawberry
-biarkan sedikit suam baru baru potong

Emm....tgk pada slice dalam gambar ni..marvelous tak?he..he belum cuba belum tahu.Selamat mencuba.....
Selepas ni tunggu resepi puding roti letak cheese pulak....Sabar ya.
















Monday, June 14, 2010

Marble banana pancake

Saya buat hari tu untuk anak-anak minum petang.Bila balik dari sekolah mesti diorang cari sesuatu untuk makan.Semua kelaparan....Uminya kena la masak sesuatu, so menu kali ni ialah marble banana pancake.Budak-budak ni masak apa pun habis...sekelip mata dah licin,kadang2 nak kena simpan siap2 untuk bahagian abahnya makan.Untuk resepi boleh la rujuk di bawah,saya ubah sedikit dari resepi kek pisang ni..menjadi jugak,kira ok la
Bahan-bahan:
(A)
1 1/2 mug kecil tepung gandum
1/2 sd teh soda bikarbonat
1 sd teh baking powder
*ayak bersama
1/4-1/2 mug kecil gula halus
1 sudu bsr susu pekat manis
1/2 sd teh garam
2 biji telur
2 biji pisang dilenyek halus
1/2 sudu teh essen vanilla(optional)...saya tak letak,dah habis stok dr M'sia
1/4 mug kecil minyak sayur/minyak jagung
(B)
1 - 1 1/2 sudu besar serbuk koko.....utk ditambah ke dlm adunan yg telah diasingkan


Cara-cara:

Ayak tepung bersama bahan penaik

Pukul telur hingga betul2 kembang,tambah gula,essen vanilla pukul lagi

Masukkan susu pekat,garam,pisang,minyak..kacau sebati

Masukkan tepung bersama bahan penaik tadi sikit2&kacau sebati

Asingkan 1/4 daripada adunan untuk ditambah dgn serbuk koko

Panaskan kuali leper non-stick.Sapu sedikit minyak(jgn terlalu banyak,jika terlebih sapu dgn tisu bersih..jika tidak warna permukaan bawah kuih ini tidak akan sekata)

Cara masak..cedok dgn sudu adunan plain,buatkan seperti lempeng kecil di dlm kuali tersebut,kemudian cedok pulak adunan coklat..tuang diatas adunan plain tadi & cedok adunan plain sekali lagi..tuang ke atasnya.Dalam satu kuali leper,boleh masak lebih kurang 3 biji sekali.

Tutup kuali supaya kuih cepat masak.Masak dgn menggunakan api perlahan shj.Selamat mencuba....sekali sekala ubah selera,sedap jugakk.


Cheesy Chicken Ball

Cakap pasal chicken ball ni...sememangnya kat M'sia lagi anak-anak memang suka.Apakan daya bila tinggal di perantauan ni,kena la buat sendiri walaupun tak kira apa rupa bentuknya.


Close up sikit kat bahagian dalam chicken ball ni...nampak tak cheese tu.Emm......oishii !! bak kata orang Jepun.Nak cuba resepi ni,sila lihat dibawah,senang je....cukup bahan jadi la dia
Rasa lebih kurang ala-ala nugget gitu.Saya ubah sikit dari banyak2 resepi,copy dari resepi nugget sebenarnya...maaf saya terlupa catat dari sumber mana.Apa-apa pun thanks a lot kepada tuan punya resepi.

Bahan-bahan:

500 gm isi ayam kisar/agak2 lebih kurang 1 mangkuk besar
2 sudu besar mayonis
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 cawan bread crumb
2 sudu besar tepung jagung
3 ulas bawang putih.....kisar halus
1/4 biji bawang besar...kisar halus
1/2 inci halia/4 hiris.....kisar halus
garam secukup rasa
1/2 sudu besar gula
oregano & parsley halus(optional)
Slice cheese secukupnya....di potong 4 segi kecil
sedikit tepung gandum/tepung beras untuk salutan


Cara-cara:

Campurkan semua bahan kecuali cheese& t.gandum....gaul sebati
Ambil menggunakan tangan,bentukkan bulat..masukkan slice cheese yang telah dipotong ke dalam bebola tersebut....jika melekat di tangan,golekkan dalam tepung gandum/t.beras sambil bulatkan ia.
Goreng di dalam minyak yang penuh.Selamat Mencuba.....


Friday, June 11, 2010

Dorayaki

Dorayaki @ Japanese Pancake ni lebih kurang sama dengan pancake yg selalu kita makan,tapi....ia lebih gebu & cara makannya dengan meletakkan pes kacang merah yg manis seperti dalam gambar di atas.Adunannya pun lebih pekat,macam adunan kek.Ha....inilah kuih Doraemon yang suka makan tu....anak2 saya pun suka sangat,sedap...kata diaorang.Kuih ni sesuai dimasak untuk breakfast anak2 atau untuk minum petang.Senang je untuk membuatnya.
Resepi ni saya ubahsuai sikit kuantiti bahan2nya,saya sukat menggunakan mug kecil sahaja.Isi kandungan bahan2 lebih kurang sama.Thanks kepada tuan punya MYR.
Bahan-bahan:
- 2 mug kecil t.gandum
- 3 biji telur
- 3 sudu besar minyak sayur/minyak jagung
- 1/4 mug kecil susu segar
- 2 sudu besar madu(jika ada)
- 1/2 sudu teh garam
- 2 sudu besar gula
- 1/2 sudu teh soda bikarbonat
- 1 sudu teh baking powder
- 1/2 sudu teh essen vanilla ( optional )
Inti : Pes kacang merah manis
Cara-cara:
- Ayak tepung gandum bersama bahan penaik
- Pukul telur menggunakan mixer hingga betul2 kembang,tambah gula dan pukul lagi
- Masukkan minyak,susu segar,madu & garam......kacau sebati
- Kemudian masukkan bahan yang diayak & kacau sebati
- Panaskan kuali leper non-stick.Sapu sedikit minyak,jangan sapu terlalu banyak minyak
jika tidak kuih tidak cantik bila dimasak.
Tips : Setelah kuali disapu minyak,lapkan sedikit dengan tisu.Insyaallah,warna permukaan
bawah kuih ni akan sekata & cantik
- Ambil satu sudu besar/lebih,tuang ke dalam kuali.Bentukkan satu lempeng bulat kecil
- Dalam satu kuali,boleh masak lebih kurang 4 biji sekali. Ulanginya hingga habis
- Untuk kuih lebih cepat masak,tutup kuali. Apabila ditutup,kuih ini tidak perlu diterbalikkan
lagi.Setelah semuanya sudah masak,ia boleh disapu dengan pes kacang merah tadi &
kembarkan ia seperti dalam gambar di atas.
- Jika tiada pes kacang merah,ia juga boleh disapu dengan kaya
Selamat Mencuba.......anak-anak pasti suka.





Thursday, June 10, 2010

Peria Jepun Goreng Udang Geragau

Peria goreng bersama udang geragau memang sedap dimakan bersama2 nasi panas ketika lunch. Makanan tradisi orang kampung.. mula teringat kampung nie. Apa yang menarik peria Jepun nie texture dia lain sikit dari peria di Malaysia. Isi dia agak keras sikit.. ape2 pun sedap juga peria nie. Resepi PERIA JEPUN GORENG UDANG GERAGAU senang jer...
Bahan-bahan:
  • Buah peria dihiris nipis & di rendam dalam air garam untuk kurangkan rasa pahit.
  • Bawang putih, bawang merah/bawang besar di kisar halus. Bagi yang suka kepada rasa pedas boleh dicampur sedikit cili padi yang dikisar bersama2 bawang tadi.
  • Udang geragau 2-3 sudu besar
  • Garam secukup rasa


Cara-cara:
  • Tumis bawang yang telah dikisar sehingga naik bau.
  • Masukkan peria & udang geragau
  • Kacau sehingga masak, dan boleh dihidangkan...

SELAMAT MENCUBA......

Kepada sesiapa yang belum pernah tengak buah peria Jepun, ini lah gambarnya. Sebenarnya nak simpan kenangan gambar buah peria Jepun ni....tgk tekstur & warna kulit peria ni....berbezakn dgn m'sia....teksturnya lebih menggerutu & warna hijaunya tersangat la hijau. Kalau dah nama peria pahit tu tetap sama jer...

Gold Kiwi Cake

Buah kiwi ni mmg namanya 'Gold Kiwi' ...New Zealand mari.....tgk isinya pun warna kuning
rasanya lebih manis dari yg warna hijau
Tektur kulit buah ni sikit berbeza dr yg hijau....licin sikit.Datang idea pulak utk menghasilkan kek ni....sedap jugak.Sesiapa yg ingin mencuba...silakan.Jika tiada kiwi gold ni,yg hijau pun boleh Resepinya seperti dibawah<>
Bahan2:
2 mug kecil t.gandum
1/2 sudu teh s.bikarbonat
1 sudu teh b.powder
*ayak bersama
4 biji telur size m
3/4 mug kecil minyak sayur/jagung( bole kurangkn sikit )
1 mug kecil gula halus
1/2 sudu teh essen vanilla(optional)
2 sudu besar susu pekat manis
1/2 sudu teh garam
2 biji buah kiwi .....dilenyek shj,jgn blend krn bila bijinya hancur akan rasa pahit
2 biji buah kiwi .....dihiris nipis utk letak atas kek
Cara2:
Pukul telur dgn mixer guna high speed hingga kembang,tambahkan gula,essen vanilla...pukul lagi hingga betul2 kembang
Masukkan minyak,susu pekat,garam,buah kiwi yg dilenyek....kacau sebati.
Masukkan pula t.gandum yg diayak bersama bahan penaik separuh2.....kacau pakai sudip/guna mixer dgn low speed.
Alas loyang dgn baking paper/sapu sedikit minyak.Tuangkan adunan kek,bahagikan kpd 2 loyang.Selepas itu,aturkan hirisan buah kiwi diatas permukaan.
*adunan kek ni saya jadikan 2 biji kek yg nipis...supaya cepat masak&nampak cantik bila dipotong
Bakar pada suhu 170 C....selama 35-40 minit/hingga masak
Selamat Mencuba..senang sahaja,tidak perlu sukat timbang....cedok je pakai mug kecil tu.Ini adalah utk memudahkan para ibu yg sibuk bekerja.



Tuesday, June 1, 2010

Cheesy Epal Blueberry Jelly


Bahan A:
  1. 10 gram agar2
  2. 600 mls air
  3. 250 mls jus epal
  4. 1 1/4 - 1 1/2 cawan gula
Bahan B:
  1. 1/2 biji epal bersaiz besar atau 1 biji epal bersaiz kecil (hijau/merah)
  2. 50 gram cream cheese
  3. 100 mls whipping cream
Bahan C:
  1. Blueberry Filling
  2. Epal yang dipotong nipis (untuk hiasan)
Cara-cara:
  1. Masak bahan A sehingga agar2 dan gula hancur. Tapiskan kedalam bekas
  2. Biarkan seketika sehingga suam
  3. Blendkan bahan A bersama2 bahan B
  4. Tuangkan campuran bahan A & B kedalam bekas
  5. Cedok dengan sudu blueberry filling dan letak di bahagian tepi dalam bekas yang mengandungi agar2 tadi yang masih belum beku.
  6. Kemudian kacau blueberry filling tadi dengan garfu dari tepi hingga ke tengah secara bulatan seperti  membuat bulatan dari besar ke bulatan kecil untuk mendapatkan corak blueberry secara rawak.
  7. Susunkan hirisan epal diatas agar2
  8. Biarkan ia keras sebelum dihidangkan
Selamat mencuba... sesuai dijadikan desert ketika lunch atau dinner..